Friday, December 31, 2010

x best kan kene reject !

                          balik sembahyang jumaat terus tangkap gamba . hahaa

Dah dekat dua minggu aku cari kerja . Tapi sampai sekarang x dapat2 .
Di mana silap nya ? Aku pon pelik  . Aku ingat kan nak cari kerja nie senang je .
Banyak tempat dah aku minta . Tapi x ada satu pon yg call aku . Damn !

Aku mengharap sangat dapat kerja dekat Pizza Hut . Tapi x dapat =_='
Kata orang , penolakan yg pertama x bermakna penolakan selama-lamanya .
Jadi , aku pergi mohon sekali lagi buat kali kedua  *malu gila 
Tapi xpe lah . Kerja punya pasal aku tebal kan muka je . 
Kali nie aku tulis nama besar2 biar orang dekat pizza tu nampak .
Tapi x nampak2 jugak . haihhhh =_=' 
Kenapa lah dorang x nampak kesungguhan aku nak kerja dekat situ ?

Sementara tunggu panggilan dekat pizza , aku cuba mohon dekat tempat lain .
KFC pula jadi sasaran aku . KFC dekat Banting nie ada dua . 
Aku mohon dua-dua tempat . Nampak macam tamak kan ? hahaha (^,^)
Damn ! X ada satu pon yg call aku . Sedih , hiba , kecewa dan x semangat .

The Store peluang cerah sikit kot sebab pekerja yg diperlukan ramai .
Tapi yg aku x puas hati , ada lah sorang minah nie . Dia kerja kat situ .
Perangai macam $*@& ! Aku tanya ada kerja kosong ke tidak , dia cakap xde .
Pelik bin ajaib betul . Di sebab kan x puas hati , aku pergi lagi keesokan hari nya .
Nasib baik x jumpa minah tu . Aku tanya lah pekerja kat situ dan dia cakap ada .
Aik ! Ada pulak kerja kosong . Minah semalam tu memang betul2 buat aku hangin .
Dia suruh aku isi borang dan terus interview aku on the spot . Wahh ! Gembira gila .
Kalau dapat , dia akan telefon aku selewat-lewatnya petang tu juga . 
Tunggu punya tunggu sampai lah malam . xde juga dapat panggilan .
Okay itu bermakna aku x dapat kerja kat situ .

7eleven pon aku apply tau . Tapi amatlah malu . xde kerja kosong plak kat situ .
Lepas nie , aku x nak pergi situ lagi . Malu gila2 x tau nak sorok muka kat mana .

Butik Charmz sebelah kedai mamak pon aku sapu  *Sangat terdesak aku ni
Ada notis kerja kosong kat situ untuk lelaki . Kerja sebagai bar tenders .
'Bar tenders' tu apa ? Aku pon x tau . Tapi kerja tu dah di ambil orang .  
Sekali lagi aku rasa amat malu . 

McDonald juga x ketinggalan . Time tu aku nak beli big mac kegemaran ku .
Lepas je order , terus tanya cashier pasal kerja kosong . Dia pon tanya manager .
Dan sekali lagi aku dapat jawapan yg menghampakan , TIADA !

Aku juga cuba nasib kat Guardian . Then pekerja kat situ suruh hantar resume .
Alamak ! Menggedik la kau . Resume plak kau nak . Dah lah aku x tau nak buat .
Tapi Alhamdulillah . Ada lah seorang hamba Allah nie , dia nak tolong buat kan . 
Thanx Amnie (^,^) .

Harun ada ajak aku cari kerja dekat Econsave . Adoii kat situ banyak Bangla . 
Ramai pulak tu . haihhh =_=' . Econsave merupakan pilihan terakhir aku .

Hari Sabtu tanggal 1 Januari 2011 , aku akan mencari kerja dengan Amnie .
Dan hantar resume aku dengan dia dekat Guardian . Harap2 dapat lah .
Jadi , di manakah lagi patut aku pergi ?
Secret Recipe , Watson , Megah dan al-Ikhsan
Kalau x dapat juga , Econsave la tempat aku . hahhahaha


"SELAMAT TAHUN BARU"



17 comments:

  1. btw , selamat menyambut tahun baru . smoga ia mnjadi tahun yg lebih baik dari sebelumnya . for sure , huhu . insyaallah , ameen .

    ReplyDelete
  2. selamat taun baru gak (^,^)

    baru balek terengganu kan . rugi x pergi reunion .
    ramai yg ridu kau wan .

    ReplyDelete
  3. Aku pun asyik kena reject je . Penat dah . Sampai malas nak apply . Akhirnya , ambil keputusan nak duduk rumah je la . Haha .

    Eh , boleh apply ke Econsave , Megah and The Store ?

    ReplyDelete
  4. arak ? hahaha . aku tau tu .
    tapi .............

    ReplyDelete
  5. itu satu hal . lagi satu , sume tempat xnk terima aku . sedihh :(

    ReplyDelete
  6. kesian ko zharif .
    huhu~
    aku pun bercita-cita nak menganggur gak .
    tapi aku nak kumpul duit.
    tgk konsert maher zain. hoho

    ReplyDelete
  7. maher zain j keje dia . haihh =_='
    farah un suke maher zain .

    ReplyDelete
  8. usaha>doa>ikhtiar>tawakal to Allah"
    wu..wu.. (+.+)'

    ReplyDelete
  9. sudah :)
    dan selepas dapat kene BERSYUKUR .
    ingat tu adi :P

    ReplyDelete
  10. *jahat
    again,we propose,God dispose

    ReplyDelete
  11. manusia di beri pilihan untuk memilih .
    dan adi memilih untuk ?
    pilihan manusia kadang salah dan kadang betol . dan pilihan adi mmg salah sama sekali .

    ReplyDelete
  12. Usrah;
    manusia smmgnya dberi pilihan utk memilih.ape yg dipilih,dikehendaki,ditolak,dan apa2pun yg dilakukan oleh seseorg individu berdasarkan kemahuannya sendiri adalah bertepatan".Kerana keputusan yg dilakukan adalah melihat kpd kesesuaian diri individu tersebut,minatnya,kebolehannya,kemampuannya,dan sebagainya.
    Cth pilihan salah yg dibuat oleh seseorg individu dlm perihal kerja:
    individu tersebut sesuaian dan berminat dgn kerja yg dilakukan,tetapi kerana mndgar nasihat ibubapanya,die brhenti sedgkan ia tidak ada apa2 masalah atau membatasi syarak.
    Seterusnya,mmbuat keputusan dgn tidak berfikir kesannya pada hari2 esok.

    oleh:Adil Mohamad

    ReplyDelete
  13. renung2 kan dan selamat beramal ~

    ReplyDelete
  14. Mcm mane eh nk pgy megah @ banting kalau naik public trnsport dr kl sentral?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kl sentral naik ktm ke klang . then dari klang jalan kaki sikit menuju ke stesen bas and cari bas banting . nanti dah sampai banting , jalan kaki sikit dah jumpa megah =)

      Delete

Home