Friday, December 31, 2010

x best kan kene reject !

                          balik sembahyang jumaat terus tangkap gamba . hahaa

Dah dekat dua minggu aku cari kerja . Tapi sampai sekarang x dapat2 .
Di mana silap nya ? Aku pon pelik  . Aku ingat kan nak cari kerja nie senang je .
Banyak tempat dah aku minta . Tapi x ada satu pon yg call aku . Damn !

Aku mengharap sangat dapat kerja dekat Pizza Hut . Tapi x dapat =_='
Kata orang , penolakan yg pertama x bermakna penolakan selama-lamanya .
Jadi , aku pergi mohon sekali lagi buat kali kedua  *malu gila 
Tapi xpe lah . Kerja punya pasal aku tebal kan muka je . 
Kali nie aku tulis nama besar2 biar orang dekat pizza tu nampak .
Tapi x nampak2 jugak . haihhhh =_=' 
Kenapa lah dorang x nampak kesungguhan aku nak kerja dekat situ ?

Sementara tunggu panggilan dekat pizza , aku cuba mohon dekat tempat lain .
KFC pula jadi sasaran aku . KFC dekat Banting nie ada dua . 
Aku mohon dua-dua tempat . Nampak macam tamak kan ? hahaha (^,^)
Damn ! X ada satu pon yg call aku . Sedih , hiba , kecewa dan x semangat .

The Store peluang cerah sikit kot sebab pekerja yg diperlukan ramai .
Tapi yg aku x puas hati , ada lah sorang minah nie . Dia kerja kat situ .
Perangai macam $*@& ! Aku tanya ada kerja kosong ke tidak , dia cakap xde .
Pelik bin ajaib betul . Di sebab kan x puas hati , aku pergi lagi keesokan hari nya .
Nasib baik x jumpa minah tu . Aku tanya lah pekerja kat situ dan dia cakap ada .
Aik ! Ada pulak kerja kosong . Minah semalam tu memang betul2 buat aku hangin .
Dia suruh aku isi borang dan terus interview aku on the spot . Wahh ! Gembira gila .
Kalau dapat , dia akan telefon aku selewat-lewatnya petang tu juga . 
Tunggu punya tunggu sampai lah malam . xde juga dapat panggilan .
Okay itu bermakna aku x dapat kerja kat situ .

7eleven pon aku apply tau . Tapi amatlah malu . xde kerja kosong plak kat situ .
Lepas nie , aku x nak pergi situ lagi . Malu gila2 x tau nak sorok muka kat mana .

Butik Charmz sebelah kedai mamak pon aku sapu  *Sangat terdesak aku ni
Ada notis kerja kosong kat situ untuk lelaki . Kerja sebagai bar tenders .
'Bar tenders' tu apa ? Aku pon x tau . Tapi kerja tu dah di ambil orang .  
Sekali lagi aku rasa amat malu . 

McDonald juga x ketinggalan . Time tu aku nak beli big mac kegemaran ku .
Lepas je order , terus tanya cashier pasal kerja kosong . Dia pon tanya manager .
Dan sekali lagi aku dapat jawapan yg menghampakan , TIADA !

Aku juga cuba nasib kat Guardian . Then pekerja kat situ suruh hantar resume .
Alamak ! Menggedik la kau . Resume plak kau nak . Dah lah aku x tau nak buat .
Tapi Alhamdulillah . Ada lah seorang hamba Allah nie , dia nak tolong buat kan . 
Thanx Amnie (^,^) .

Harun ada ajak aku cari kerja dekat Econsave . Adoii kat situ banyak Bangla . 
Ramai pulak tu . haihhh =_=' . Econsave merupakan pilihan terakhir aku .

Hari Sabtu tanggal 1 Januari 2011 , aku akan mencari kerja dengan Amnie .
Dan hantar resume aku dengan dia dekat Guardian . Harap2 dapat lah .
Jadi , di manakah lagi patut aku pergi ?
Secret Recipe , Watson , Megah dan al-Ikhsan
Kalau x dapat juga , Econsave la tempat aku . hahhahaha


"SELAMAT TAHUN BARU"



Tuesday, December 28, 2010

Lelaki ber-lens BIRU


Lelaki ber-lens biru ? OMG ! Bak kata Andre Leon Talley " Dreckitude ! "
Tapi kalau mata asli memang dah sedia ada warna biru , aku boleh terima . Nampak oke je
Aku pon x tau kenapa aku x suka langsung mamat ber-lens biru .
Kalau aku nampak , aku rasa macam nak cungkil2 je mata mamat uh .
Kalau warna lain aku boleh terima lagi tapi kalau dah warna biru memang x suka .
Ini pendapat aku lah . Aku x kisah kalau korang nak terima ke x . X suruh pon terima .
Se-handsome mana pon , se-macho mana pon , kalau dah ber-lens biru , semua tu hilang !
Hahahahahaha . Kejamnya lah penilaian aku nie .

Mesti korang ter-tanya2 , kenapa pulak aku tiba2 bangkit kan isu nie . meyh aku story sikit
Aku dalam misi nak menjejaki kawan2 Myspace aku . So search la nama dorang .
Jumpa tu jumpa lah , tapi segan pulak nak add .Takut dia x kenal pulak .
Selongkar profile dia . Dan terjumpa lah gamba dia ber-lens biru . X tahan !
Dalam fikiran aku dah mula fikir lain . Yang bukan2 di fikir . Ishhh manusia manusia .

Cerita pon tamat . Bak kata Adib "Renung2 kan dan selamat beramal"
Teruskan lah memakai lens selagi ia tidak merosakkan mata anda .
Teringin gak pakai lens tapi duit x mengizinkan lah pulak . *duit sentiasa menjadi masalah
Sebaik2 nya x perlu lah . Mata yg Allah bagi kan sudah cukup indah . Setuju ?

Monday, December 27, 2010

RM 1500 ? I want it so bad .


Mungkin bagi sesetengah pihak anggap 1500 nie sikit . Jadi senang nak dapat .
Tapi bagi keluarga aku , 1500 nie amat lah banyak .
Nak keluar kan duit banyak nie , kena fikir betul2 .
1500 nie baru harga pendahuluan . Harga sebenar 4000-5000
"Benda" yg aku nak nie pon bukan lah penting mana  *kata mak aku
Tapi bagi aku , "Benda" nie amat lah penting . It means world to me !
Aku harap sangat sebelom pergi PLKN , aku dah dapat "Benda" nie ( Hakikatnya tak pergi pon PLKN, hahah )

Ramai yg tanya "kau nak buat apa 1500 nie ?" 
Dan ramai juga yg cuba meneka "Benda" yg aku nak nie .
Laptop , motor , iphone . No ! All this stuff are far more expensive than 1500
Aku tetap akan berdiam diri selagi "Benda" nie aku x dapat .
Jadi aku decide nak bekerja dan kumpul 1500 tu sendiri .
Nak harap kan duit parents aku memang lambat .
Silap2 , sampai aku balik dari PLKN pon belum tentu dapat .

Cakap pasal kerja , ada lagi masalah yg timbul  *dugaan
Mak aku x kasi kerja la pulak . haihhh =_='
Dia suruh aku buat lesen dulu sampai aku dapat lesen memandu .
Kalau macam tu ye lambat lagi aku nak dapat "Benda" nie . Adoii !
Aku nie jenis yg keras kepala sikit . Aku tetap nak kerja .
Sampai bergaduh dengan mak sendiri  *anak jenis apa lah aku nie kan

Mungkin di sebab kan pergaduhan nie , mak aku ubah fikiran *kot
Waktu tengah sarapan pagi , dia cakap

 I : Zarep , kau nak ke "Benda" tu ?
Z : Ishhh , mesti lah org nak . Dah memang "Benda" tu org nak dari dulu .
I : Besok bangun pagi2 ikut ibu pergi ****** tu . ( 27 dec 2010 )
Z : Eh ! asal tiba2 pulak nie ? kata "Benda" tu mahal sangat .
I : yelah , kita tanya la dulu harga berapa . Mana tau boleh kurang kan lagi .

OMG ! Gembira gila aku masa dengar berita nie .
Tapi x boleh gembira sangat . Mak aku nie kadang2 suka tukar fikiran saat2 akhir
Survey2 harga , nanti x jadi pulak . Tolong lah jangan merosakkan kegembiraan aku .

Friday, December 24, 2010

WARISAN RIMBA !


Rombongan ke Warisan Rimba best sangat2 . 
Dalam kekurangan terdapat kesempurnaan . x kisah la . 
As long as kami semua gembira . Selamat pergi dan selamat pulang .
Thanx to Khalida , Atikah Latif , Musfirah dan Farah Shameela .
Mereka merupakan tulang belakang rombongan ini .

Banyak sangat yg kami semua lalui semasa trip ini .

Kita mulakan dengan yang pahit dulu ya :
Jalan kaki ? Fuhh ! Penat gila . Sengal2 otot semua ada .
Naik Lori ? Hahaha ! Kelakar sangat2 . Nasib baik aku x naik .
Pondok ? Pergghh ! Xda kipas & katil , xda bantal & tilam yg cukup untuk 11 orang
Nyamuk ? Shuhh ! Nasib baik aku bawa selimut dari rumah . Kesian babyboy :(
 
Sekarang nak cerita yang manis pula :
Makanan ? Ermm yummy ! Semuanya sempurna . Termasuk wan's roti john :)
Kolam ? Yok jiblon ! Kami mandi sampai x ingat dunia . Tangan semua kecut habis
Hadiah ? TenQ ! Aku dapat baju yang amat smart daripada Khalida .
Gamba ? Wow ! Macam2 ragam . Ramai permintaan nak bergambar dengan aku .


X PERCAYA ?








 


DAH PERCAYA DAH ?

Penat melayan peminat . Hahahahah ( PERASAN ! )

Lepas ni belom tentu dapat berkumpul ramai2 macam ni lagi .
Semua dah buat haluan masing2 . 5KAA 2010 tetap dalam ingatan .
OMG ! Aku rindu saat2 berada dalam kelas , makmal dan balai Islam .
Banyak sangat kenangan . Kalau la boleh di patah balik kan masa .
Eh x nak ! Aku x nak ambil SPM buat kali kedua . TENSION !


Ada soalan cepuk emas nak di tanya ni :

Kelas mana tiap2 minggu merangkul gelaran kelas terbersih dan tercantik ?
Jawapannya adalah :  5KAA
 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ...... Soalan senang sangat .

Sunday, December 19, 2010

MAK CIK standard


Pagi tadi aku pergi kenduri kahwin dekat Kuala Lumpur .
Oke perkahwinan agak standard lah . Semua orang guna sudu dan garfu nak makan
Tapi aq xde lah guna sebab susah nak makan ayam guna bende alah tu .
Yang paling lawak nya , tiba2 ada sorang mak cik nie duduk satu meja ngan aku .
Meja tu meja bulat yang ada 6 sit . Umur dalam lingkungan awal 50an .
Aku pun hairan bin ajaib . Dah la makan duduk ngan family aku (*macam xd tempat lain je) ,
makan guna sudu dan garfu pulak tu .Tak tahan !
Aku yang muda ni pon pakai tangan , dia yg dh tua pakai benda tu .



Tengah syok2 makan , tetibe ade ayam terlompat dari pinggan .
Habis kotor lapik meja kaler putih tu . Basuh mesti x hilang .
Aku ngan adik-beradik aku ape lag , ketawa terbahak2 .
Sumpah lawak gila tengok reaksi mak cik tu .
Tak tenang aku nak makan . Ketawa x henti2 hampir 2 minit .
Ayah aku x tahan sampai beredar dari meja tu .
Sebab kesian mak cik tu malu . Anak2 dia pulak x henti2 ketawa .

Moral Of The Story :
   x payah la nak mengikut keadaan sangat .
   Kalau buat sesuatu benda yg kita jarang buat mesti buruk padahnya .

to mak cik : sory terngumpat dekat blog . tapi saya x sebut nama .
Aku tengah tulis entry nie pon stil ter-ketawa2 .
Wajah mak cik tu xkan aku lupa kan sampai bila2 . hahaha :D

Saturday, December 18, 2010

BAHASA MELAYU itu unik


Entri kali ni nak bercerita tentang BAHASA MELAYU .
Mesti pelik kan ? Apa pasal pulak lah aku nak bercerita pasal bahasa kali nie
Semalam sebelum aku lelap kan mata , aku boleh pulak terpikir pasal bende nie
Aku terpikir pasal perkataan I dengan U

I merupakan salah satu perkataan BAHASA INGGERIS
Yang membawa maksud 2 perkataan yg sama makna
   *Bahasa Melayu Sopan : Saya
   *Bahasa Melayu kurang sopan : Aku 

U (singkatan) juga ada keunikan tersendiri .
Ia membawa maksud 3 perkataan yg sama makna
   *Bahasa Melayu Sopan : Awak , Kamu
   *Bahasa Melayu kurang sopan : Kau

Kedua-duanya boleh di gunakan dalam perbualan seharian tetapi berbeza situasi
   *Jikalau kita mengenali seseorang itu kita menggunakan Aku , Kau
   *Jikalau kita baru sahaja kenal seseorang itu kita menggunakan Saya , Awak , Kamu


Bahasa Jiwa Bangsa . Tetapi BAHASA MELAYU tidak lah seindah BAHASA ARAB
Kerana BAHASA ARAB merupakan bahasa syurga .

Adib's word : "Renung2 kan dan selamat beramal"

NOTICE : jangan pulak label aku jiwang . Entry nie saja2 je nak share

Friday, December 17, 2010

MASA untuk ber-huha2


Setelah menempuh bulan yg penuh dgn stress , akhirnya dpat gak ber-huha2 .

Satu kelas akan pergi ke Warisan Rimba blakang zoo negara slama 2 hari .

Kami sume pergi time bdak2 LK exam . Confirm mereka x tenang nk jwab pekse .

Mereka jawab pekse , kami sume plak bersuka ria . haha *evil laugh

BTW , gudluck kpd calon2 yg amek exam uh :)


Lepas blek j dri rombongan kelas uh , ingat nk g sunway lagoon besok nya

Tapi xd transport la pulak . adeii .Masalah selalu timbul bila nak ber-huha2

Kenapa lah agaknya erk ?

SPM just over !



23 hari SPM tmasok gap akhirnya selesai aq lewati .
gembira ? well of course aq gembira .
tp dalam masa yg sama , aq sedih tinggal kan skola tu
banyak sangat kenangan beb :) pahit manis sume ad
Home