Wednesday, February 16, 2011

Kerja Jangan Malas !


                                              Pak Li Kopitiam In Banting

11 Februari genap sebulan aku kerja di Pak Li Kopitiam .
Sepanjang aku kerja di situ , banyak benda yang berlaku . Pahit manis semua ada .
Paling banyak mestilah yang manis . Apa yang membuatkan aku jatuh cinta kerja di situ ?
Mungkin pekerja2 di situ yang membuatkan aku gembira dan semangat untuk datang kerja .

First day kerja agak bingung sedikit . Banyak benda nak kena masuk otak .
Serve makanan dekat pelanggan , cara cuci tandas , hafal nombor meja , lap sudu garfu ,
cara penyediaan makanan , macam mana nak buzzing , hafal nama menu dan banyak lagi .
Sampai terlupa benda paling penting yang mesti kena tahu , iaitu nama2 staff .
Lalu aku kena marah dengan supervisor . Nama supervisor ? Ermmm biarlah rahsia .
Marah ?? "TEGUR" mungkin perkataan yang lebih sesuai . Marah macam kejam sangat je .

"___" : Engkau nak kerja lama kat sini ke or dua tiga hari kerja lepastu blah ?
Me : Nak kerja lama kat sini . 
"___" : So kau kena tahu nama2 staff kat sini .

Sangat terkejut , menusuk dan sakit hati masa nie . Rasa macam nak berhenti je .
Kesalahan aku bukannya besar mana pon . Aku cuma tanya jadual aku je .
Tiba2 dia melenting . Tapi terima jelahh . Salah aku jugak KOT .
Dah 3 hari kerja tapi masih lagi x tahu nama2 staff .
Lepas je peristiwa tu , aku terus hafal nama semua staff . Hebat ! ! !
Dan aku agak dingin dan takut dengan supervisor nie .
Tapi lama-kelamaan , aku suka plak kat dia . Sporting gila kot dia nie .

Bella sorang lah yang aku boleh borak masa hari pertama kerja .
Sebab dia kawan sekolah rendah aku . Jadi tak lah sunyi sangat .
Aku mula dapat lebih ramai kawan . Aku bergaul dengan budak2 kitchen dan bar .
Kebanyakannya daripada seberang . Semua nya lucu2 , peramah dan baik2 .
Mereka menggunakan bahasa Jawa . Aku faham apa yang dorang cakap .
Sebab ibu aku Jawa Melayu . Huhu . Cuma aku tak lah pandai sangat nak cakap .
Sikit2 tu boleh lah . Sesekali ada jugak cuba speaking Jawa dengan dorang .

Amnie menyertai Pak Li Kopitiam masa hari kelima aku kerja . Sumpah best gila !
Dia nie dah lah sekepala dengan aku . Asyik ketawa je kalau borak dengan dia .
Mana tak nya , satu sekolah kot aku dengan dia . Memang lah gila2 sikit.

Amalyna join Pak Li Kopitiam baru2 nie . Tapi dia kerja untuk sebulan je .
Dia kawan sekolah aku semasa aku berada di SAMUS KD .
Ramai kot peminat dia kat situ . Hampir semua staff nak ngurat dia .
Masa closing sama2 dia , aku tumpang kan dia balik ke rumah . Satu kampung dengan dia .
Dia tak ada transport . Tu pasal naik moto pagi2 buta berdua .
Staff lain panas je tengok aku bonceng dia balik rumah . Hahahaa

Baru2 nie ade PLU test . PLU merupakan kod2 makanan dekat situ .
Semua service crew kena hafal . Aku bingung masa nak hafal .
Tapi bila dah lama ambil order , terhafal sendiri pulak . Hahha
Aku dapat markah 93 . Huhu . Berjaya mengalahkan orang yang lebih lama kerja kat situ .
Tapi name tag aku masih lagi tulis "TRAINEE" . haihhh =_='
Name tag untuk service crew dah habis . Tengah dalam proses pembuatan  (x pasti)
Gaji tetap masyuk bhai . Tapi kena tolak 200 lebih sebab aku lewat 10 hari masuk kerja .

Paling aku tak suka sepanjang kerja kat Pak Li Kopitiam nie ialah nama panggilan aku .
"ARIFF" ?? Macam pelik je bunyi nya . Aku terpaksa biasa kan dengan panggilan nie .
Ada segelintir panggil aku dengan nama sebenar sebab aku lebih suka dipanggil ZHARIF


                                         PLU kod , order paper and name tag

Sepanjang aku kerja kat sini , ramai betul yang meragui halal haram makanan kat sini .
Di sini saya ingin menegaskan bahawa makanan di sini HALAL ! Ada sijil halal .
Kalau tak halal , tak ada nya aku nak jejak kaki kat sini .
Tapi nak buat macam mana kan , ada yang percaya dan ada yang tidak .
Jadi terpulanglah kepada individu masing2 . Penat aku nak layan soalan2 macam nie .

Yang pasti aku gembira kerja dekat sini dan aku bersyukur aku dah dapat kerja .
Penat cari kerja di Banting berulang2 kali , daftar nama berkali2 .
Tapi akhirnya , rezeki aku dekat Pak Li Kopitiam rupanya .
Pak Li Kopitiam tak ada dalam senarai aku langsung .
Fikiran aku tertumpu pada PIZZA PIZZA PIZZA .
Kawan aku yang berjaya dapat kerja di PIZZA tidak segembira aku yang bekerja di sini .
Hahaha . Ketawa besar aku masa dapat tahu HAL kawan aku tu .
HAL apa ? Gaji dia lahh . hahahaha . Dia kerja dah lebih 30 hari dan aku kerja baru 20 hari .
Tapi gaji aku lagi banyak daripada dia . Huhu .
Dia kerja di PIZZA tak ada sapa2 yang bantah, itu yang best tu .
Aku kerja dekat sini ramai kot yang bantah . Cuma itu lah yang buat aku rasa tak happy .

Ibu aku dan keluarga aku percaya dengan sijil halal yang tertera di Pak Li Kopitiam tu .
Dan di sebab kan kepercayaan inilah yang membuatkan aku masih lagi kerja di situ .

Sekian , terima kasih ~

Kepada sesiapa yang terasa , saya mohon maaf .
Saya memang memaksudkan diri anda sebenarnya . hahaha

19 comments:

  1. Sedap nme ariff uh .. haha :D:D .. n nak ckp ta ramai org islam yg mkan kt ctu ..

    ReplyDelete
  2. obviously mmg lah cina ramai . tp melayu ade ramai lah jugak singgah situ .

    ReplyDelete
  3. Eh pak cik , serius terasa . Bhahaha ~

    Erm , aku tak cakap mknn kat situ tak halal ek . Aku cuma MERAGUI sumbernya ;) As what you told me about ustzh ally .

    Have a nice day ! ;>

    ReplyDelete
  4. hahaha nie klaka nie klaka . ramai kot yg meragui nya . bukan kau sorang j . huhu .

    ReplyDelete
  5. mmg kena ragui pown..
    dah nme restorn cina
    cina
    cina
    ...
    ragui je ;/
    cina islam x pe,x pyh nk ragu2

    ReplyDelete
  6. jgn mara ;/
    ape2pown
    keje jgn malas !

    have a nice day ;D

    ReplyDelete
  7. Gaji berapa ? Share sikit ? Amalina dah berhenti kerja kedai kain ke ?

    ReplyDelete
  8. adil : nak aq berhenti erk ? nant aq berhenti lepas dpat plkn . mest hepy kan ? huhu

    farah : basic 800 . campur OT , double pay boleh dpat seribu lebih jugak lahh .
    amalina dh bhenti kedai kain dahh . dia keje sini sebulan j . lepas nie dia kata nk duduk rumah terus . dia dh malas nk kerja . x pon dia nak keje balek kat kedai kain uh . aq un x tau lahh

    ReplyDelete
  9. puteri : ada maksod tersirat tu . huhu

    ReplyDelete
  10. mana ad suwoh kau brenti !
    x ckp pown ;/

    ReplyDelete
  11. bro, bg lg detail apa lg keje yg ko wt..ak nk try apply kt pak li kopitiam gk ah..membe ak ckp pakli lg lenggang dr old town..tolong weyh..haha..thnx

    ReplyDelete
  12. first week , buang sampah , cuci tandas . kene tahan sebab dorang saja nak test kita . lap2 meja , angkat pinggan yg dh abes mkan . hantar mkanan dan layan krenah pelanggan . itu je .

    lepas dh lama sikit bru lah ambik order .

    best keje kat pak li nie . gaji banyak ouhh .
    lengang ? ce try waktu public holiday , lunch hour ngan malam . mmg x cukup tgan . HAHA .

    try je keje dulu , kalao sesuai stay lah kat situ . x sesuai cri lah keje lain . tp ingat gaji dekat pak li agak mewah berbanding mcd , kfc dan pizza .

    ReplyDelete
  13. hmm...tu mcm leh handle..tp tol ckp ko kne tabah..haha
    closing lak cmne?membe ak ckp sume kedai mkn closing saket..apa pandangan anda..huhu

    ReplyDelete
  14. yang tu memang saket sikit . tambah2 customer yg degil x reti nak balek umah . menyirap

    kalao kat pakli , setiap malam bos besar datang . bos besar nie gemok gila nak mati . dia punya kedai so suka hati mak bapak dia je nak balik pukul berapa . serious saket hati .

    bos besar nie jugak kuat marah , semua crew pakli takot nak amek order or hantar makanan kat table dia . bende kecik silap pon dia akan marah . serious >__<

    ReplyDelete
  15. nak tanye sal kopitiam tu, errr, buzzing tu ape yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buzzing tu , mcm kemas2 lah lepas customer habis makan . contoh mcm kalao pinggan tu dia dah tak guna lagi , so kita ambik lah . macam tu =)

      Delete
  16. makasih..saye perempuan taw..i luv u zharif...hensem mak oii..tapi jgn sebut sgt hensem dlm entry..rase menyampahlah..tau doh awak hensem..peace..dah follow..jenguk-jenguklah ya blog saye..peace...http://zackoolblog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Home