Sunday, March 27, 2011

Aku dan kereta antik

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja dapat lesen. Oleh itu, sekarang aku sudah mula berani memandu kereta ke tempat kerja. Tak berani lagi bawa jauh.Setakat ulang-alik pergi kerja tu, gagahlah lagi. Sebagai seorang newbie yang baru sahaja reti memandu, jadinya aku bawa sangat perlahan seperti kura-kura. Dari rumah aku untuk ke lokasi tempat aku kerja lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja.

Friday, March 25, 2011

Mengulangi sejarah

Assalamualaikum


Keputusan SPM bagi batch 2010 telahpun keluar. Sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat. Ia tidaklah teruk dan tidak jugaklah cemerlang. Biasa-biasa je. Agak sedikit terkilan sebab beberapa subjek yang aku target untuk dapat A kecundang. Namun subjek yang aku tak target dapat A seperti subjek Sejarah, tup tup dapat pula A. Pelik betul. Sedangkan dalam kelas selalu tidur kot. 

Aku dapat 6A daripada 12 subjek yang aku ambil. Okaylah, Alhamdulillah. Tahniah buat semua pelajar kelas saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. 

Post edited : July 2021                               

Friday, March 18, 2011

Sampai hati dia

Assalamualaikum

Aku nie nampak je happy go lucky depan orang ramai tapi sebenarnya hati tisu jugak. Jadi janganlah sangka semua benda aku akan okay terutama sekali bab kata-kata. Walaupun aku tidak zahirkan secara fizikal tapi itu tidak bermakna aku tidak sakit hati. Jadi, berhati-hatilah bila memilih kata-kata.

Biasanya bila benda nie dah terlanjur berlaku dan aku rasa sedikit sedih, aku akan comfort diri aku dengan pasang lagu kuat-kuat dan joget. Joget-joget sampailah aku tak rasa sedih lagi.

Post edited : July 2021

Tuesday, March 15, 2011

Reject


Tesco Klang merupakan tempat kegemaran ibu aku untuk beli kain pasang untuk baju raya. Memang tiap tahun akan datang situ untuk beli kain baju raya. Tak sangka boleh pula nampak jualan penghabisan stok. Ramai gila orang masa nie membelek-belek barang di rak tu. Semuanya murah-murah dan terdapat pelbagai jenis barang.

Sunday, March 13, 2011

Kemalangan


1 March 2011, aku telah ditimpa kemalangan. Ia telah berlaku di depan pasaraya Econsave. Agak memalukan kerana terdapatnya kedai makan di situ. Apabila kejadian itu berlaku, ramai yang memerhatikan aku. Tidak hiraukan kesakitan yang dialami, aku terus memandu motor setelah jatuh tu.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...