Wednesday, May 18, 2011

Mendaki Bukit Broga pakai selipar

Assalamualaikum

Sempena Hari Wesak haritu, kawan-kawan aku ajak pergi mendaki Bukit Broga. Serius tak pernah dengar nama Bukit Broga sebelum nie jadi aku tak tahu bukit nie berada dekat mana. Katanya nak buat sesuatu yang mencabar, aku ikut je sebab free je masa tu.


Perjalanan dari Banting ke Bukit Broga mengambil masa selama 2 jam. Untuk perjalanan kali nie, aku yang memandu. Hebat bukan ? Aku tak berapa kerap sangat memandu kereta walaupun dah ada lesen. Tapi gagahkan jugalah. Alhamdulillah selamat sampai.


Oleh kerana aku tak pernah pergi mendaki mana-mana bukit, jadinya aku tak tahu dresscode yang aku perlu pakai. Boleh dengan slamber badak pergi mendaki pakai seluar jeans dan juga selipar. Tak pernah buat dek oranglah pergi mendaki pakai macam nie.




Aagak mencabar juga liku-liku pendakian Bukit Broga nie. Tapi aku steady je mendaki pakai selipar. Semangat dan laju je mendaki. Hareez dengan Rashid lah agak perlahan sedikit. Banyak kali berehat.Ambil masa agak sedikit lama untuk sampai ke puncak. Tapi kitorang semua berjaya sampai ke puncak akhirnya. 



Sampai je Puncak, kitorang semua mula rasa pitam, loya dan rasa nak muntah. Akhirnya termuntah jugak, tak tahu sebab apa.Aku rasa sebab perut kitorang kosong kot. Tak sempat sarapan terus pergi mendaki. 






Dekat atas puncak nie sejuk je, berangin kuat. Walaupun matahari tegak atas kepala,tapi rasa nyaman je. Lama jugaklah kitorang dekat atas nie,dekat satu jam baru mula turun. 


    

Berjaya pon mendaki bukit pakai selipar dan seluar jeans. Kitorang tak terus balik. Cari masjid terdekat untuk mandi dan tukar baju. Melekit-lekit badan berpeluh. Tak selesa. Lepas dah wangi, kitorang bergerak ke Alamanda untuk isi perut. 



Terima kasih Rashid sebab belanja makan dekat Chicken Rice Shop. Memang lapar betulkitorang masa nie. Sampai bertambah-tambah nasi. 

Post edited : July 2021

18 comments:

  1. Pehh , untunglah ! Aku yang nak pergi Broga Hill sangat-sangat pun belum dapat pergi lagi

    ReplyDelete
  2. jangan pergi . penat , curam . xd ape yg special pon kat Broga Hill nie . tp best la jugak bila dah sampai atas :)

    ReplyDelete
  3. pakai selipar?
    erkk....



    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. i have no choice :( so selipar je lahhh

    ReplyDelete
  5. teringin sgt nk pegi sini buat aktiviti mndaki :(

    ReplyDelete
  6. miss chiorika : memang best :)

    adil : kenapa smalam x cakap ? kalao x boleh join .

    ReplyDelete
  7. nak ckp apa .. aku tk tau apa2. sepatotnyer org2 yg pegi tu yg mengajak

    ReplyDelete
  8. Adil : I wish I could like your comment . Haha lol

    ReplyDelete
  9. adil : a'ah erk . lupa plak . actually 5 org yg nak pergi tp yg sorang lag tu cancel saat2 akhir .
    so sorry ye adil ye :)

    wan : butang like belom sempat buat la wan :)

    ReplyDelete
  10. perh cam kat Block Akedemic UiTM (Academic Height)Perlis je pemandangan 2..huhu

    ReplyDelete
  11. x x x . ini kat bukit broga . perlis punya lagi cantik kot .

    ReplyDelete
  12. pergh..
    bestnye..

    pegi tak ajak !
    huh =,='

    ReplyDelete
  13. SCC kan rumah jauh . confirm2 x leh pergi . huhu

    ReplyDelete
  14. laa..oke pe..takde la trok sgt broga hills tu..hahha..tp nice view gak la

    ReplyDelete
  15. terok coz pakai selipar . licin . hahahhaa

    ReplyDelete
  16. zharif azis : i've read almost all of ur story , , tht was really crazy amazing . . u are superb . . i love it ! really2 love it . so , keep it up man , .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx anon =) keep reading ya , thank you soo much ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...