Sunday, October 30, 2011

Tourist comel sesat di Penang

Assalamualaikum

Besok mula exam tapi hari nie sempat update blog. Ko ghase ? Otak tepu mengadap buku, jadi apa salahnya aku buka laptop kejap. Betul ke sekejap ? Kah ! Saja nak cerita haritu aku keluar outing. Outing emergency katanya. Tak pergi Jusco pon, tu jauh sangat. Aku pergi Kailan je. Dekat sikit dengan matrik aku nie.


Aku sebenarnya tak berapa familiar lagi dengan kawasan sekeliling. Biasa kalau pergi outing naik bas je dan bas tu pulak destinasinya hanyalah Jusco. Nak pergi tempat lain memang aku tak reti. Tapi aku gagahkan diri juga cuba untuk outing ke Kailan. Kalau tengok peta, Kailan nie dekat je dengan lokasi matrik aku. Kira walking distance jugalah. Peta nie pulak aku dapat dalam group KMPP.

Pagi-pagi dah mandi untuk keluar. Aku pon mulakan perjalanan dengan berjalan kaki mengikut peta yang aku dapat tu. Tapi peta tu macam salah weyhh. Aku punyalah ikut peta tu elok-elok tapi ia membawa aku kepada kesesatan. Aiyooo. 


Peta yang aku ikut tu lalu kawasan perumahan Chinese. Anjing liar bukan main bersepah dekat kawasan tu. Untuk pengetahuan korang semua, aku nie agak takut dengan anjing. Walaupun korang cakap anjing tu tak akan kacau, aku tetap takut. Hah, nie macam mana aku nak jalan kalau anjing-anjing tu dok bertenggek melepek dekat situ ?

Sedap !!!

Selepas setengah jam berjalan kaki, aku akhirnya sampai ke destinasi iaitu Pekan Kailan. Rasa bersyukur sangat akhirnya sampai. Apa-apa hal, kita reward diri dulu dengan KFC. Perut lapar gila. Aku cuba ayam KFC perisa tom yam baru.


Outing emergency apa sampai kena keluar waktu-waktu dekat nak exam nie ? Tak adalah emergency apa, aku cuma keluar pergi gunting rambut je. Rimas rambut dah panjang. Kira emergency lah tu kan ? Hahaaha.

Jam 12 tengahari macam tu aku pulang semula ke matrik. Tak lama pon keluar outing. Tapi balik tu, aku naik bas. Malas nak jalan kaki. Takut kena hadap anjing-anjing liar tu lagi. 

Post edited : July 2021

10 comments:

  1. pg sorang-sorang ? :o
    taktakot kena colik ? HAHA

    zharifff , maria add hang ka ??? homaiiiii :D

    ReplyDelete
  2. yupp sorang2 , dah lama dahhh dia add . seminggu lepas iftar tu . hihi , senyum sampai ke telinga tau .

    ReplyDelete
  3. GOOD LUCK ZHARIF :)
    untung lah maria elena add dia kan. haha

    ReplyDelete
  4. thanx deeba =)
    sangat untung , hikhik ^^

    ReplyDelete
  5. zharif... nape x guna google map.. kan lagi tepat... hahahaha... map yg zharif guna tu mcm map kenduri kawin jeeee... :P

    ReplyDelete
  6. google map xtau nak bce la aswad , map yang tu comel sikit , byak simbol2 . hikhik

    ReplyDelete
  7. eh google map la paling senang... boleh dapat lokasi... siap jarak jalan kaki lagi :) x cuba tak tahu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...