Saturday, December 31, 2011

Presentation Week

Assalamualaikum !

Minggu nie minggu paling tough selain minggu exam kat matrik nie .
Sebab nya , i got two assignment need to present in front of my class .

Okey , firstly aku nak cerita pasal presentation english assignment . I love this =)
Group kitorang turn yang pertama , so boleh bayang kan x cuak nya macam mana ?

Abaikan gambar nie ~

Wednesday, December 28, 2011

Family stuff

Assalamualaikum !

Alhamdulillah , cuti krismas kali nie aku spent whole time with my family .
Dah lama x meluang kan masa bersama keluarga dan sanak saudara tercinta . Eceyhh


Hari Sabtu hari tu , aku dengan adik-beradik aku jenjalan pergi jusco Bukit Tinggi .
So kitorang berlima dengan gigih nya mengambil bas sebagai transport kami ke sana .

Sampai tertidur dekat dalam bas 

Finally dapat jugak berkumpul berlima . Yelahh , masing-masing kan busy . Menteri pon kalah tau .
X cadang papepon sebenarnya , just pergi macam tu je .

As we all know , eh x semua tahu , my ibu x bagi anak-anak nya tengok wayang .
So what did we do hah ?

1.Melantak 

Sos yang banyak itu satu kewajipan =)

X payah nak buat muka sangat lah kan kakak 


Sekejap je dah habis dah kentang goreng uh , hebat anak2 pakcik Azis nie

Ini di nama kan makan x ingat dunia  

Lepas makan , aku naik bas lagi pergi ke Klang Sentral pulak nak beli tiket balik ke KMPP .
So my adik-beradik stay at the Jusco almost 2 hours jugak lahh without me .

So what they did during ketiadaan aku ? Tengok bahasa aku dah kucar-kacir >__<
They watched movie ==' Dekat pasaraya kan selalu nya ada jual-jual televisyen nie .
So depa berempat dok berkampung kat situ watching some movies . Omaigad !

Khusyuk nye tengok aku bukan tomboy =='

2.Taking lot of pictures 

Jualan sempena perayaan hari natal semakin menjadi-jadi . Banyak benor diskaun sana-sini .
Moh lah kita ke Jusco berhampiran untuk mendapat kan barang-barang murah .
Wahhh ! Aku dah jadi jurucakap Jusco . Apa lagi , pihak Jusco x reti-reti nak bayar ke ? Eh >__<

Kamera aku rosak sikit time nie ==' tu pasal gambar jadi lagu tu 
Awat lah dia nak rosak time aku nampak hensem >__<

We became so batak with the lights , the tree , the jingle bell-jingle bell , the Santa HOHO .
Almost satu jam jugak kat situ , semata-mata nak bergambar .

Walaupon selalu gadoh , tapi aku sayang dorang semua <3

Balik nya , pakcik Azis ambek anak-anak tercinta nya di Jusco .
Dari pagi sampai lah ke maghrib baru lah balik rumah . Padahal x beli apa-apa pon =='

Dan malam tu jugak , tetamu istimewa bertandang again ke rumah Zharif Azis . Who ? Tettt .

----------------------------------------------------------------------------------------

Hari ahad , my cousin did some kenduri doa selamat and kenduri arwah .
My family pagi-pagi dah bertolak pergi rumah sedara aku tu yang terletak dekat Labuan Dagang .

Petang nya baru lah aku dengan faries pergi sana . Naik dengan ayah aku .
Actually we are running late that time , so kitorang x sempat langsung nak tukar baju melayu .
Dengan gembel nya ( bahasa Indon ) kitorang pakai baju macam tu . Dah lah x mandi lagi =='
Semua orang pandang kitorang sebab terpesona dengan wajah kami berdua . Oke tipu je >__<

Akibat terlampau malu , kitorang duduk luar je . Hew hew

The dishes were so delicious i tell u . 

3 orang satu dulang , ewahhh >__<


Makcik-makcik yang curi tulang , eh ada ibu aku sekali . HAHA

Ini adik sedara saya , dan dia comel macam abang sedara dia . Eh 

Wahhh rajin nyewwww

Antara yang curi tulang x buat kerja

Mia kuat nanesh >__<

Kita abaikan yang ini =='

Ini Damia Qistina , dia takut sangat dengan aku ==' 

Aku x tau nak ulas apa pasal kenduri nie , just enjoy je lah the pictures yerp .
Scroll balik ke atas dan hayati setiap gambar-gambar yang tersedia . Eh boleh pulakk >__<

Actually , hari Sabtu tu aku kene balik Pahang . Tapi x jadi di atas sebab-sebab tertentu .
And hari Ahad nya pulakk sepatut nya aku pergi Melaka servis braces tapi doktor nya x ada .
Dia pergi melancong bersama keluarga nya . Adoiii dah lama gila x servis braces nie .

Bukan tu je yang aku lakukan sepanjang cuti nie . Banyak lagi sebenar nya .
And again aku malas nak ulas lebih lanjut . Korang tengok je lah gambar-gambar yang tersedia nie .

I bought that blue bag =) thirty ringgit only 

Aku sampai penang jam 9.30 malam tadi .
So bas nak ke KMPP dah xde sebab bas terakhir dah pon berlalu .
And ada lah makcik sorang nie , dia boleh pulakk menakut-nakut kan aku . Errr !

" Adik malam-malam macam nie bahaya dik , tambah-tambah adik sorang diri pulakk . Lenkali balik bawak lah kawan . Kat penang nie macam-macam kes ada . Kene bunuh kene samun kene culik , kene rogol x payah cakap lah sebab memang banyak kes kat sini . Nasib baik adik nie lelaki  . Hantu pon banyak kat penang nie . So adik banyak-banyak lah berdoa pada Allah yerp "

Kenapa bagi tau aku semua nie wahai makcik oi ==' Menambah kan keseraman aku je .
Belom cukup lagi . Dia belom habis membebel lagi masa tu .

" Adik jangan naik teksi kalao malam-malam macam nie . Depa suka pau orang malam-malam . Tambah-tambah muka bodoh-bodoh macam adik nie , memang dorang suka lahh "

Perghhh dia cakap aku muka bodoh-bodoh ==' , nampak blurrr sangat ke aku nie kalao kat luar ?

Lepas nie mesti kene ade mokcikk >__<

Aku buat cuti tambahan , sepatut nya hari isnin kene balik KMPP tapi aku cuti sampai hari selasa .
So memang aku balik sorang-sorang lah . Ummi balik hari isnin . Kene lah berdikari sendiri .

PESANAN PENAJA 


" Selamat hari natal kepada mereka yang menyambut nya "


" Xde sape nak bagi hadiah ke ? "

Itu je kot untuk kali nie , kalau boleh semua bende aku nak sumbat dalam satu entri . Hewhew 
Sebelom banyak lagi bende aku sumbat , lebih baik aku berhenti . Enjoy ya eberibadi =)

Apa yang baik datang dari Allah , yang jahat datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Saturday, December 17, 2011

Happy 1 year blogging =)

Assalamualaikum !

Wahhh hari nie genap setahun aku ber-blogging . Tepuk tangan sikit =)
17 Disember 2010 blog jejakakaula telah di tubuhkan dengan amboi nya .
Yang mana , aku baru sahaja menamat kan paper last SPM iaitu AlQuran Sunnah semalam nya .

Aku dah lama nak buat blog tapi kesibukkan SPM melanda masa tu .
So aku tangguhkan lah niat suci murni aku tu . Eh eh
Aku berguru dengan si Farah Shameela nie , classmate aku masa form 5 dulu .
Aku suka baca blog dia . Tapi sekarang dia dah deactive blog .

Hai , nama blog saya jejakakaula =)

Mana dapat nama jejakakaula tu ? Hurmmm entah lah . Aku pon x tau .
Tetibe je terlintas perkataan jejaka tu . So terjadi lah jejakakaula.blogspot.com , ewahhh .

Let's begin with blog mana yang aku selalu stalker . Mesti korang semua nak tau kan ?
Actually aku xde lah rajin sangat nak usha-usha blog orang nie . Dashboard pon jarang bukak =='
Al-maklum lah , broadband aku nie berkelajuan siput pig . So faham-faham je lah erk .

But , ada satu blog nie which is memang aku suka sangat baca . Ayat dia selalu buat aku ketawa .
Lagipula , pemilik blog nie super duper cantek . So boleh feeling-feeling bila baca . Eh >__<
Dah nama pon cantik , so it must be a perempuan lah kan ? Hewhew .


Seriously , kalau korang baca entri-entri dia , mesti korang rasa macam nak cubit-cubit tuan nya .
Comel sangat ayat dia . Memang x bosan langsong lah kalau baca .
Actually , aku kenal dia masa iftar dengan Maria Elena dulu . Dia pon menang contest tu , sepp sikit !

Omei kan Zulaikha Zainudin nie =)

Terus terang aku cakap , memang aku jarang ber-blogwalking nie .
Dulu masa duduk kat rumah boleh lah ber-blogwalking . Internet kat rumah laju nya amboi sangat .
Tapi bila dah mai kat matrik nie , nak blogwalking pon malas dan x sanggop nak tunggu loading .

Dan yang paling awkward , aku suka baca blog aku sendiri berbanding blog orang lain .
Serious aku cakap , memang aku suka baca blog aku sendiri lepastu sengih sorang-sorang .

Bila dah ada blog yang aku suka baca , so mesti lah ada blog yang aku x suka baca kan ?
Nak kene bagi tau ke ? X yah lah erkk . Bikin malu pemilik blog tu je . HAHA ( Gelak jahat )
Dah nama pon xsuka so buat apa bukak kan ? It's kind like buang masa je .

Okey , sekarang aku nak ucap kan terima kasih kepada sesape yang pernah buat entri pasal aku .
Ada ke ? Ermmm ade lahh jugak dua tiga ketul manusia . So terima kasih sangat-sangat .
Walaupon xde lah panjang lebar entri tu , at least ada mention nama blog aku nie .

------------------------------------------------------------------------------


Pemilik blog nie budak matrik penang jugak . Aku try cam muka dia .
And yesterday , i saw u lah with baju pink , kasut pink , tudung pink , beg pink . Sweet sangat =)
Sorry not to say hai coz i am too segan . So hai-hai kat sini je lah erk . Hai Ana Michie =)

Nie lah kot baju pink tu , sorry curi gambar x bagi tau =)

------------------------------------------------------------------------------


Hah dia nie pon budak matrik penang jugak . Nama dia Nur Fathihah .
Tapi sampai sekarang aku x pernah terserempak dengan dia nie . Menyorok ke ape erk ? HAHA

Sorry curi gambar 

------------------------------------------------------------------------------


Dia nie pon budak matrik jugak , tapi matrik perlis lahh . Budak pandai dia nie =)
Agak rapat jugak lah dengan aku dekat facebook . Of course x pernah jumpa . Tapi pernah skype .

Ini Aliff Haikal =)

------------------------------------------------------------------------------

Ada lagi sorang sebenarnya , tapi aku x ingat sape . Uwaaaaa . Jangan kecik hati tau .
Kalau awak terbaca nie , cepat-cepat bagi tau saya . Nanti saya edit balek entri nie . Cun ?

Okey i'm done with this , now let's move on with my followers .
Xde lah banyak mana pon follower aku kalao nak di banding kan dengan korang-korang punya .
Tapi aku bersyukur sangat lah coz ada jugak orang nak follow blog aku nie . Syahdu kan ayat nya .

Dulu aku mengaku , aku agak mengejar jugak bilangan-bilangan follower nie .
Yelahh , sape yang xnak follower yang ramai kan ? Aku pon nak jugak >__<
Tapi bila usia kian meningkat , ewahh , aku dah malas nak pikir pasal follower-follower nie .
Korang nak follow ye follow , korang xnak follow ye sudah . I'm still okey . X mati pon .

I'm still eighteen . Forever eighteen plisss >__<

Buat apa kita follow blog orang tu tapi kita x pernah bukak pon blog orang tu ?
So it's only increasing in follower's number but not increasing in number of readers . Right ?
And one more thing , don't lah paksa-paksa orang suruh follow blog kita . Malu lah sikit pliss .

Asal kan aku tau , ada orang baca blog aku kat luar sana . Even jadi silent reader sekali pon .
So xde lah aku syok sendiri karang ayat sorang-sorang x ada orang baca .

Ohh ye , ber-blogging jugak tempat untuk letak banyak-banyak gambar .
So buat lah blog ye korang-korang semua . Sebab best =)
Boleh abadi kan detik-detik indah bersama sahabat handai dan juga keluarga tercinta . Ewahh

Bila imbas kembali entri-entri aku yang lama , aku rasa nak muntah pon ada .
Sampai boleh cakap kat diri sendiri " Apa yang kau taip nie Zharif ? ==' "
And one big mistake about my blog is , aku terlanjur cerita pasal kisah cinta aku .
Rasa menyesal sampai sekarang . Sebab semua dok sebok tanya sape sape sape >__<

Bila aku nak updated sesuatu post tu , i took almost 5 hours and more . X kurang daripada tu .
Sebab tu aku jarang updated blog . Sebab nya masa aku banyak terbuang kat sini .
Kan elok kalau aku guna masa tu untuk study , cehh sejak bila ada kesedaran nie Zharif Azis oi ?

Sejarah header blog 

Dulu masa zaman-zaman noob , pakai gambar je jadi kan header . Tapi sekarang dah amboi dah .
Dah pandai buat header blog sendiri . Tapi still berjinak-jinak , belom pro lagi bro .

Tapi sekarang dah baru dah . Sempena ulang tahun pertama , so kene lah berwajah baru .
Semart tak ? Kalau x semart xpe lahh , aku nak merajuk . Eh boleh pulakk =='
Lantak lah , semart ke tak , yang penting aku happy . Kesah pulak aku kalao korang suka ke tak .

PESANAN PENAJA !


" Feel free to visit n follow my blog yerp "

Okey tamat sudah cerita pasal blog aku nie . Hikhik .
X sangka dah setahun aku ber-blogging . Semoga aku akan terus aktif dalam dunia blog .
Korang pon terus lah baca blog jejakakaula nie erk . Itu je aku mintak . Tak mintak lebih . Eh

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Wednesday, December 14, 2011

Mandi-manda di PD

Assalamualaikum !

Alhamdulillah , percutian yang aku plan 3 weeks ago menjadi jugak .
Walaupon banyak onak dan duri yang terpaksa aku lalui , namun berhasil jugak .
Ayat sangat skema . Jangan muntah sekarang sebab banyak lagi ayat skema aku nak taip nie

Tettt . . . .

Keluarga aku semua nya balik pahang sebab ada kenduri kesyukuran sikit .
Tapi aku x ikot . Malas . Lagipon aku dah plan bende nie lama . Xkan nak cancel pulakk .

So bertolak lah ke PD dengan menaiki kereta . Aku yang pandu okey .
First time ever drive kereta dekat highway . Siap bayar tol lagi . Ewahh kan ?
( Memang lah lalu highway kene bayar tol Zharif Azis oi )

Aku pergi bertiga . Aku , Faries dengan Rahmat .
Almost 2 hour something jugak lah drive kereta nak ke sana . Nasib baik traffic x jam . Huh
Sampai-sampai je terus cari kedai makan . Lapar bhai . X sempat nak sarapan pagi .

 Sejak bila si Faries nie jadi pemalu =='

Nasi goreng kampung tu sedap sangat kot >__<

Then terus pergi mandi =) Dekat 3 jam jugak lah kitorang mandi .
Bila dah masuk air semua benda lupa . Ingat nak mandi je . Xde pikir lain .

Lepastu kitorang naik pisang bende entah nama nya . Best kot .
Ada akak tu , dia mengandung tapi berdegil jugak nak naik . So naik lah sama-sama dengan dia .
Bila time nak jatuh tu , dia boleh pulak landing badan dia dekat kepala aku . Berdengung siot >__<

Hah tu lah akak yang mengandung tu =='

Okey ini saja gambar yang dapat di tayang . X nak upload banyak-banyak . Segan lahh .
Apa pulak cakap orang kampung nanti bila nampak Zharif Azis dalam keadaan macam nie .

Selepas menghabiskan 3jam berendam dalam air , kitorang pon siap-siap nak balik .

 Hensem kan >__<

Ewahh nyaa . . .

Habis hitam kulit aku . Berjemur di bawah cahaya terik matahari .
Tapi xpe , bukan selalu pon . So memang best lah mandi-mandi kat PD nie .
Air dia pon bersih . X macam dekat Morib . Air keruh gila =='


Balik nya , Faries pulak drive . Giliran aku pulak nak tidur . Penat kot bawak kereta .
Jangan pikir bawak kereta x penat .

Sebelom balik rumah , singgah sekejap dekat KFC nilai . Topup perut .

Ini kerja si Faries =='

Yeay ! Selesai sudah percutian mandi-manda aku di PD . Rasa puas sangat . Hewhew =)
Malam nya pulak , aku makan pizza .

Pizza nie x sedap 

 This is how the way to eat pizza ^__^

Saja nak try pizza yang cheesy nie . Dan rasa nya amat lahh yerkkk 0,o
Nak termuntah . Betol cakap tett tett , pizza cheesy nie muak . Island supreme tetap nombor satu !

Hari ahad nya pulak , x buat apa . Keluarga aku x balik lagi .
So apa lagi , bantai lah kereta ayah aku pergi jalan-jalan dekat Morib .
Nasib baik minyak full , save sikit bajet . Terima kasih ayah =)


Kalao keluar dengan aku , makan-makan itu merupakan satu benda yang wajib !
Aku memang suka makan . Tapi aku x gemok-gemok . Tu yang pelik tu .

Hai , nama saya tulang temulang 

Sepatutnya hari ahad aku balik tapi rasa macam x puas pulakk .
So aku extend cuti aku sampai lah hari isnin . Buat matrik nie macam bapak aku punya pulak kan .

Isnin aku cuma pergi sarapan dekat McD dengan beli barang sikit untuk bekalan di matrik nanti .

 Balik dari PD jerawat terus naik , ini sangat amboi >__<

Balik matrik sumpah bosan . Dengan broadband xleh guna , memang best lah cerita dia kan .
Cerita nie tertunggak sebab wifi kolej buat hal . Saket nya hati =='
Tapi sekarang dah siap . TARAAAAAA !

PESANAN PENAJA !


" Jauh berjalan , luas pemandangan , ewahhhh "

Lepas nie rancang nak pergi mana pulak yerp , hurmmm suggest kan aku tempat-tempat yang best
Aku dah x boleh kerap balik selangor macam dulu dah . Ayah aku marah .
Tapi InsyaAllah christmas nie aku balik =)

Itu je untuk kali nie . Nanti ada cerita lagi , aku updated . Korang jangan x baca pulakk =P
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Tuesday, December 6, 2011

Rasa Macam Nak Bunuh Diri

Assalamualaikum !

Result keluar hari nie , dan Zharif Azis sangat excited yaww .
Dah lah terpampang besar-besar dekat papan kenyataan tu =='

Berebut-rebut , gelojoh jugak budak-budak matrik nie . Haihhh tau lah semua nya 4flat .
Aku pon xnak kalah , berhimpit-himpit jugak . Bau nya , perghhh ! Tahan je lahh kan .

Cubaan bunuh diri >__<

Friday, December 2, 2011

What a malang week =='

Assalamualaikum !

Huh , kenapa lah malang sangat nasib aku minggu nie ? Ya Allah apa salah hamba mu ini =(
Nak kata x sembahyang , aku sembahyang . Cuma waktu cuti je kadang subuh terlajak . Opss >_<

Cerita nya macam nie , aku ada rancang satu percutian nie . Bercadang nak pergi mandi pantai .
I planned this trip about 2 weeks ago . Yeah  2 weeks ago . Can u imagine how bersemangat i am ?

So I called my mom . I told her  I I I wanna go oh oh all the way ay ay nyanyi lagu Britney pulakk .
And Alhamdulillah dia bagi pergi =) Terloncat-loncat sampat pecah siling bilik . Amboi !

Then isnin hari tu , my adek lelaki called me , dia tanya aku balik selangor bila . Pelik sangat =='
Tetibe tanya aku balik bila , dah rindu sangat ke dengan abang kau yang kacak dan handsome nie ?

Zahin , kau rindu aku ke ? Can't believe it >__<

Rupa-rupanya nak kene balik pahang . Ada kenduri sempena kepulangan atok ngan nenek dari haji
Ohmaii , cuba teka hari apa ada kenduri tu ? Ce teka ce teka , cepat lah suara dah mula gedik nie .

Foinee semua membisu xnak jawab . Xpe biar aku yang jawab . Aku tanya aku jawab . Fine !
Kenduri tu hari sabtu bersamaan 10 disember 2011 . The day yang aku plan nak pergi pantai =='

Lepas dengar je bende nie , lidah ku kelu . X bisa ku ungkap sepatah perkataan pon .
1- Aku dah start menangis macam budak kecik hilang selipar .
2- Aku mula tutup muka guna bantal konon nak bunuh diri .
3- Aku terjerit-jerit macam orang kene rasuk dengan syaiton yang direjam .
4- Aku tipu korang yang nombor satu dua dan tiga . BYE !

Tapi xpa , aku cakap aku xnak ikut . Biar aku kat rumah sorang-sorang . Ye ke sorang-sorang ?
Ermm hal nie terpaksa di rahsia kan terlebih dahulu . Nanti kontroversi melanda Zharif Azis lagi .

Ingat masalah dah selesai , tup tup datang lagi masalah baru . Kali nie pakcik Azis pulak yang call

" Zarep , kau xyah balik , rumah xde orang . Xde sape boleh ambik ngan hantar ke klang sentral tu nanti . Lagipon kau balik keje nak habiskan duit je "

Okey ayat terkahir tu buat aku mencirap . Err ! Aku tetap nak balik , x kira nak balik jugak .
Aku sanggop ambik bas dari klang ke banting . Penoh dengan bangla pon penoh lah . X kesah .

Nie muka happy , dan muka nie jugak muka minx pelempang 

Then kelas aku ada buat rombongan . Cadang nak pergi Lost Of Tambun yang dekat perak tu .
Tapi cikgu hensem cakap tempat tu x logik . Dia suruh tukar ke Cameron Highland .
Amboi senang nya hati cikgu hensem tukar-tukar tempat . Mintak lah izin saya dulu . Eceyhh .
Aku teringin sangat nak pergi tambun tu . Haihhh apa pon x boleh . Grr

Baru buat kertas kerja , belom dapat kelulusan lagi daripada pengarah KMPP yang comel lote tu .
And i ask my classmate tarikh rombongan tu , guess what , the date is on 10 Disember 2011 .

Damn it ! Kenapa semua dok pakat nak kacau tarikh 10 Disember 2011 nie ?
Semua nya seems like nak sabotaj Zharif Azis . Jahat nya korang semua >__< Xnak kawan

Then my friend yang akan pergi pantai bersama Zharif Azis pon bagi aku masalah .
He told me that we got no transport to go there so how to mandi-mandi in pantai ? Err

Aku dah bengang nie , jangan main-main !

Dah xnak pikir pasal masalah-masalah nie lagi . Aku tetap nak balik rumah . Bye

Ohh ada lagi perkara malang yang berlaku kat aku siang tadi .
Ermm i left my wallet at makmal komputer 4 . I realise it before solat jumaat after kelas habis =='
Berlari dengan comel nya sambil pakai baju melayu kaler kuning naik tingkat 2 . Amboi
Sampai-sampai je pintu dah pon di kunci . Pulang dengan perasaan kecewa ={

Cuba untuk khusyuk time solat jumaat tadi tapi x boleh sebab dok terpikir pasal wallet =='
Abes solat jumaat , again Zharif Azis lari lagi ke makmal komputer . Tutup lagi =='

Tunggu situ about 47 minutes baru lah pintu di buka . Alhamdulillah , i got my wallet back .
Thanx Allah my nasib not malang this time . Huh . Dah lah banyak duit dalam tu >__<

U got be kidding me makcik kantin ?

Then tadi aku pergilah turun kafe nak cari sesuap nasi . Ayat skema ayam dah keluar dah =='
Then i took daging masak kicap . Agak banyak jugak . Dan harga nya mencecah 5.20 sen .
What the tett ! Mahal nak mampuih . Tu pasal aku x berapa suka beli makanan dekat kafe laki

Daging pulak liat nak mati , yang makan pulak orang yang xde gigi macam aku nie .
Memang best lah cerita dia kan .

Aku lebih suka beli makanan kat kafe perempuan . Murah , lauk pon sedap , pelbagai jenis =)
Aku nak dapatkan harga murah dan bukan nya nak usha awek-awek kat situ .
Dan niat aku jugak untuk tayang muka aku yang handsome nie . Eh boleh pulak macam tu . Bye .

Itu ja setakat nie , mintak-mintak xde lagi nasib malang menimpa Zharif Azis . Aminn =)
Result exam semester 1 keluar minggu depan . Doa kan aku cemerlang yerp .
What ever the keputusan yang akan keluar nanti , aku terima dengan hati yang terbuka .

PESANAN PENAJA !


" Kalau kita rancang untuk gagal , maka gagal lah kita . 
Kalau kita rancang untuk berjaya , maka berjaya lah kita "

Saja letak gambar yang sama kali nie .  Dah amek gambar penat-penat x nak tayang . Membazir je
Nak upload kat facebook kang orang cakap batak upload banyak-banyak pakai baju yang sama .

Budak-budak facebook bukan boleh aci , kerja nya nak mengutuk orang lain je .
Eh macam cakap untuk diri sendiri je Zharif Azis ? Hahaha bye =P

Yang baik datang dari Allah , yang jahat datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...