Tuesday, September 27, 2011

Pesta tanglung TER-balik lagi =='

Assalamualaikum !

Setelah 1 jam berlalu , aku still x dapat nak buat ayat pendahuluan yang sesuai . 
So kita terus ke cerita nya lah erk . Malas nak fikir lagi =='

21 September 2011 , KMPP adakan mooncake and lantern festival .
Best memang best . Cuma yang x best nya , kamera aku buat hal .
Gambar semua x cantik . Kabur sana kabur sini . Errr rasa macam nak baling kat tasik je =='

Ini je gambar yang elok =='

Gambar hasil curi , maaf kan saya =='

Banyak persembahan malam tu . Ada pertunjukkan yoyo cina , breakdance , drama , nyanyi2 .
Paling best of course lah part joget-joget . Aku suka persembahan yang pakai baju kuning uh .
Serious best gila kot . Dorang menari smart . Awat x ajak aku menari sekali , sampai nya hati =='


Such a talented person yin yee nie . Dia classmate aku . Budak pandai okey .
X sangka pulak terer maen bende alah nie . Tersangat lah terer . Kagum !


Ini pon classmate aku . Pon budak pandai jugak .
Boleh menari breakdance , tabik spring gila lah aku kat dia nie . 

Okey itu je pasal Mooncake and lantern festival =) Hihi 

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ohh ye , minggu lepas kan aku TER-balik selangor lagi . 2 minggu berturut-turut balik .
Boleh koyak poket kalao tiap-tiap minggu buat macam nie .

Aku balik pon sebab ada hal penting . Dan yang paling syiok nya , tiket bas ditaja .
Nak aku ulang ? DITAJA ! So xde lah keluar duit sesen pon .


Seperti biasa lah kan , x sah kalau Zharif Azis balik selangor tanpa si Ummi nie .
Asal aku balik selangor je , Ummi mesti nak ikut balik .
Asal Ummi nak ikut balik je , mesti aku balik selangor . Peliks.blogspot kan ?

Sampai klang jam 8.30 malam . 2 jam setengah kemudian baru lah ayah aku sampai .
Terima kasih ayah . Zharif Azis really2 liked this =='


Actually aku kena hadiri anugerah kecemerlangan pelajar anjuran tempat kerja ayah aku .
Yang mana setiap pelajar yang di jemput , akan menerima duit .
Duit depends on how many A's kita dapat masa SPM dulu .

Satu A , 50 hengget . Subjek BM dan BI kalau A , dapat 80 hengget .
So total-total , banyak jugak lah yang aku dapat . Hihi .

Sape nak bagi duit senang-senang macam nie ? Dah lah dapat duit , balik ditaja pulak .
So memang x rugi apa-apa lah kan .

 Vogue 

Kat tempat kerja ayah aku , kene pakai kasut khas . So semua kasut luar xleh pakai .
Dorang bagi plastik nie dan suruh sarung kan kat kaki =='
Rasa macam bodoh je pakai bende alah nie kehulu-kehilir .
Nasib baik bukan aku sorang je yang kene pakai . Semua orang yang hadir kene pakai .

Petang tu aku pergi melaka servis braces . Kali nie aku pakai yang kaler merah .
Rasa sexy pulak bila pakai braces kaler merah nie =D
Budak-budak KMPP , kalau terserempak Zharif Azis kat mana-mana ,
Sila focus on my teeth ya . Dan kalao nak lebih jelas , mintak lah izin <--- Hahaha xde keje

Anugerah kecemerlangan - beraya bersama rashid - rumah terbuka kawan ibu - 
melawat kakak ngan adik dekat negeri sembilan - servis braces kat melaka .

Satu hari berjalan , sumpah penat .
Best bila dapat balik selangor . Aku rasa macam nak balik lagi lahh . Huhu .
Keje asek nak balik rumah je si Zharif Azis nie . Haihhhh ~

PESANAN PENAJA

Tulisan fathi cantekk dohh 

" Kepada budak-budak facebook yang bermurah hati nak pos kat aku 
apa-apa , ambek lah alamat kolej aku tu . Hihi "

Terima kasih fathi sebab sudi bagi kad raya dan baju kat aku . Serious terharu sangat =)
Faries pon ada bagi baju dekat aku . Terima kasih banyak-banyak .
Kalau ada nak bagi apa-apa lagi , bagi je lah erk . Tangan aku sentiasa terbuka =P

Terima kasih Fathi =)

Terima kasih Faries =)

Final exam dah dekat sangat dah . Aku still x cover banyak topik lagi .
Lecturer sume dok pakat ajar lelaju nak habis kan silibes ( x tau eja so aku eja ikut bunyi . Haha )
Kelas tambahan itu , kelas tambahan ini . Serious tension gila owhh .

Tajuk entri hasil gabungan 2 cerita sebenarnya . Satu Pesta tanglung , satu lagi Terr-balik lagi
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirajim .

Sekian ,

Sunday, September 18, 2011

3 hari x cukup !

Assalamualaikum !

Hai saya Zharif Azis , bertemu lagi kita di sini <--- perlu ke intro macam nie ? Lempang =='
Ohh ye , kepada sesiapa yang belum tahu , aku pulang ke kampung halaman khamis hari tu .
Sangat ohsem walaupon sekejap . 3 hari dekat rumah memang x cukup !

Tangan aku sedikit cacat sebab pernah patah dulu 

Target nak balik selangor sebab nak jumpa mereka-mereka yang tersayang =)
For sure nak jumpa family lah kan . Tanpa mereka , siapalah Zharif Azis <--- Ayat xleh nak skema lagi ?

Hari Jumaat ,
Sampai rumah jam 3 pagi . Then kene bangon jam 8 pagi sebab nak pick up someone .


Aku kene ambik si Faries dekat rumah kakak dia . Untung ada Rashid tunjuk kan jalan .
Aku nie bab-bab peta Malaysia lemah sikit . Tapi geografi time PMR dapat A okey ( Show off )

So dah pon jumpa 2 orang yang aku sayang . Syahdu kan bunyi nya . Bak tisu satu !
Lepastu pergi pulak beraya rumah Aini budak cute mata bulat .

Loghat penang mai dah =='


Jumpa jugak Aini , last jumpa masa buka puasa dulu .

Celup King Restaurant =)

Rindu gila lah time nie . Happy sangat kot .
Misi untuk berjumpa mereka semula . Tapi sayang , ada yang x dapat jumpa T,T

Lets move on , kali nie , pergi beraya rumah Ady .
Siap masak nugget seri murni . Amboi nya Ady masak . Kagum 0_0

Ady memang pemalu , bye =='

Petang nya pergi McD pulak . Kali nie pulak nak jumpa Rahmat dengan Amnie .


Rahmat nie alahai suke sangat buat ayat sedih " Mesti x ada cerita aku dalam blog kau "
Nahhh ! tu dia . Gambar besaq-besaq aku bubuh . Hahaha . Xde lahh . Gurau sahaja .
Memang nak jumpa si rahmat nie pon . X pernah keluar dengan dia sebelom nie .

Pantang nampak alat yang boleh ambek gambar =='

Alhamdulillah , jumpa Amnie jugak . My best friend time sama-sama kerja dekat Pak Li dulu .
Dah lama sangat x jumpa sejak dah sambung belajar . Masing-masing busy =='

Toilet McD Banting =='


Budak perempuan yang aku bulat kan tu , kawan sekelas aku . Nama dia Farah .

" Farah , sorry x tegor . Aku segan , harap kau x marah "

Meyh menggedik dulu sebelom balik rumah . Ohh yeahh =)

H

O

T 

Petang tu , terus pergi beraya rumah N . Pergi berdua dengan si faries .
N nak balik johor hari sabtu , so nak xnak kena lah pergi jugak walaupon dah petang .

Mampu ?

Last jumpa 29 disember 2010 , duduk satu kampung tapi x pernah jumpa .
Naik motor 5 minit dah sampai . Tapi x pernah buat . Terok x aku ?

Hari sabtu ,
X banyak tempat aku pergi sebab nya x tau nak pergi mana dah =='
So aku cuma bawak si faries ronda-ronda banting je lah .

Dekat nak maghrib , pergi rumah kakak rashid . Saja je datang sebenar nya .
Cuma nak berborak dengan si rashid sebab boring kat rumah . Tup tup dapat duit raya .
Memang terus masuk poket lah kan . Banyak pulak . Thanx kakak rashid =)

Pantai Morib dah cantek . Jemput datang ye semua =)

Malam tu jugak , family rashid invite kitorang berdua pergi dinner sama-sama dekat Morib .
Topup lagi perot aku . Tapi x gemuk-gemuk jugak . Hairan betol lah =='

Hari Ahad
Kene bangon pagi-pagi sebab nak kene hantar faries balik rumah kakak dia .
Dia dah kene balik negeri sembilan dah pagi tu dengan kakak dia . So time for leaving .

PESANAN PENAJA 

Photo deleted on 27 April 2012 due to severel error

" Balik penang dengan hati yang aman dan tenteram "

Eh minggu nie bersamaan 23 Sept aku balik lagi . So jangan jeles u all <-- gedik nak mampuih 
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Saturday, September 10, 2011

Ohsem nya raya di KMPP !

Assalamualaikum !

9 september 2011 , Kolej adakan sambutan perayaan .
So sekarang , masa nya untuk show off everything . Semua dah bersedia ?
Get set go !

Ewahhh . . . .

Memang semangat masa pagi tu . Sebab sexcited nak beraya weyhh .
Time nie lah waktu yang paling sesuai untuk tayang semua yang kita ada . Ohh yeahh =)

Terima kasih Tuan Khairy Bin Jalun sebab berceloteh panjang pagi tu 
Gambar nie aku nampak dekat news feed FB , lepastu curi . Aku x ingat sape punya . Sorry 

Pagi tu semua pelajar kene berkumpul di dataran . Memang saja aku datang lambat .
Nak tau kenapa ? Sebabnya nak bagi pelajar-pelajar lain semua duduk dulu .

Then dekat-dekat majlis nak start baru lah aku datang . Time tu semua attention kita dapat .
Ohh sungguh keji taktik Zharif Azis nak dapat kan perhatian . Tolong jangan contohi oke .

Kegigihan melanda =='

Masa khamis malam , semua praktikum kena hias khemah masing-masing .
Dorang sangat bertungkus-lumus kan . Aku je yang main-main . X banyak buat kerja .
Keje aku cuma nak bergambar je . Itu lah niat asal aku . Terok kan Zharif Azis nie =P

Apahal sebenarnya nie ?

Dan hasil nya memang sangat cantik . Ececeyh puji khemah sendiri . Lempang =='

Tolong jangan ketawa =D

Pagi tu kene hias lagi sebab nya khemah x siap sepenuhnya . Aku lah yang jadi mangsa =='
Tapi xpa . Nampak sikit yang Zharif Azis nie seorang yang rajin =D

Rajinnya =')

Kad raya aku =) Hand-made okey

Makanan yang khemah H4P1 sediakan termasuklah laksa , nasi impit beserta kuah kacang ,
satay ayam n daging dan lengkong kingkong . Cikgu hensem taja nasi dagang . Amboi x ?

Ce cari mana satu cikgu hensem =)

Masa untuk beraya ! Tapi malang nya , aku bukan ramai sangat kawan dekat KMPP nie .
So x ada lah singgah banyak khemah . Ada 3 khemah je yang aku SEMPAT singgah T,T

Budak perempuan praktikum aku 

Kenapa muka aku macam orang hilang bini nie ? Tapi still comel 

Kolej cuma sponsor ais cream je ==' sumpah kedekut 

My praktikum ( Ada yang tiada )

Masa aku banyak di buang untuk melayan tetamu yang bertandang ke khemah H4P1 .
Best jugak melayan tetamu . Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim ( Ayat xleh nak geli lagi ke ? )

Meyh la berkenalan dengan tetamu-tetamu yang bertandang ke khemah H4P1 .
First of all , terima kasih sebab habis kan makanan kami . HAHA . Ini bukan ayat perli oke .

Meriah !!

Tapi mereka bukan tetamu saya . I mean , aku x berapa kenal dorang . Jangan salah anggap =)
Meyh sini aku perkenal kan tetamu aku pulak . Kali nie aku kenal walaupon ada yang x tau nama .

Terima kasih datang =)

Ada lagi sebenarnya tapi terlupa ambek gambar . Kenapa lah baru sekarang teringat =='

Unknown guest

Tengah dok sibuk hidang air dekat dorang berdua nie , then yang tudung merah tu bersuara ,
" Mana botol susu ? "
And i was like , macam mana boleh tau nie ? Sumpah segan gila masa tu .
Terus lari ke dapur . Bila masa pulak kat khemah tu ada dapur ? Runsing =='

Masih x paham ? Ce click link nie : BOTOL SUSU

Bertandang ke khemah hafifi =) 

Okey , kali nie nak show off gambar berduet pulakk .
Alhamdulillah , ada jugak yang nak bergambar dengan aku nie . Serious terharu =)

Anis garang dan Diela 

Syikin dan Fariha 

Aimi dan Fasihah dan Hafidz

Kak Jue dan Cikgu Muzaidi

Ini budak kuliah aku =)

Ini Maria 

Ini Praktikum lama aku . Nama dia Sarah Amirah 
Ada kes yang sangat memalu kan . Try baca bawah nie 

Awkward moment =='

Ini Sarah . Kawan satu sekolah dulu 

Ini Hafifi . Ketinggian dia buat aku rasa sangat jeles =)

Ini Ummi Hanni , aku panggil dia mokcikk sebab aku suke . 
Dia stranger yang aku PALING rapat dekat KMPP nie .
Selalu balik selangor sama-sama yaww =)


Itu saja kot . Agak panjang berjela jugak entri kali nie . Sama macam entri sebelom nie .
Aku malas nak upload gambar dekat facebook . Sebab nya x berapa bermakna .
Letak dekat blog best sikit . Sebab boleh bercerita ( Itu pon kalao korang baca lah kan )

PESANAN PENAJA

" Minggu depan aku balik selangor ! Jangan jeles u oull =P "

Masih lagi dalam bulan syawal kan ? So maksod nya , balik nie masih lagi boleh beraya =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirajim .

Sekian ,

Home