Saturday, December 31, 2011

Presentation week =)

Assalamualaikum !

Minggu nie minggu paling tough selain minggu exam kat matrik nie .
Sebab nya , i got two assignment need to present in front of my class .

Okey , firstly aku nak cerita pasal presentation english assignment . I love this =)
Group kitorang turn yang pertama , so boleh bayang kan x cuak nya macam mana ?

Abaikan gambar nie ~

The tittle of the assignment is X-spectro 101 . Something about cermin mata lahh .
Cermin mata nie berkuasa tinggi yang boleh digunakan untuk belajar .
Alaaa kalao aku terang lebar-lebar kang korang bukan paham pon =='

Dah 4 group present setakat nie and guess what , my teacher loved our presentation . She said ,

" I love the first group presentation , which is the best group so far . 
So i hope the next group do better "

Apa yang best sangat presentation group kitorang tu ? Maybe because of the video kot .
Check it out guys ,

I love this video , she's ohsem !
~ Wajib tengok ~

Version orang tua

Ohsem kan ? Nama dia Fasihah dan dia sangat cool dalam video nie . Without skrip okey .
I bet , korang pon akan suka lepas tengok video nie . Tengok tau tengok tau =)

Yang nie pon best jugak , usually dia nie yang paling kelakar 
Maybe her character as a student kot yang membuat kan dia agak serious 


Nama dia Amirah . Dia nie petah berbicara . Best dengar dia bagi ceramah masa sem satu dulu .

This is my video . Omaigad ! i'm super excited yaww !

Nampak sangat hafal skrip =='

Credit to Hana yang menjadi penemuramah yang sangat bersemangat !

I act as budak techik yang tomey menunggu mummy nya yang hilang entah ke mana . Hahaha .
Kind adorable kan budak tu ? Eh terpuji diri sendiri pulakk . Sorry ye kengkawan =)

Assignment nie kitorang kene reka satu benda baru yang di luar jangkaan lah .
Which is dapat menarik orang ramai untuk membeli . Konon benda tu dah berjaya di cipta .
Tinggal nak promote je lahh dan menerang kan cara guna , kelebihan dan faedah nya .

Siap ada facebook page , jangan main-main 

Aku yang bertungkus lumus buat facebook page nie tawu . Ingat senang nak buat page ?
Actually senang je . Yang lain xpayah nak menggedik buat facebook page yerp .
Lepastu , dengan rasa x malu nya IM orang sana sini suruh like . Itu sangat kelakar . Hahaha
Kalao dah tau xde sape nak like , buat apa buat page ? Think twice pelisssss .

Antara material yang kitorang gunakan untuk menarik perhatian pembeli

Ewahhh " Malaysian inventor and blogger "

Semua kad-kad nie Fasihah dengan Amirah yang buat . Cantik kan kad-kad tu =)
Even the slide show also dorang yang buat . Dorang berdua nie agak kreatif dan berpengalaman .

Siap ber-ABC lagi =)

Malam sebelom presentation , bertungkus-lumus gila 

Satu group empat orang . Pelajar lelaki dalam kelas aku ada enam orang .
So nak xnak dua orang lelaki kene masuk dalam kumpulan budak perempuan .

Aku suka gila work as a team dengan dorang betiga . Serious best =)
Jadi x salah lah pilihan aku untuk join dorang punya group .

Kat bawah nie pulak gambar-gambar time kitorang buat presentation .
Terima kasih Rean yang sudi mengambilkan gambar kami semua .

Semangat itu penting =)

Wahh video aku tengah di tayang kan ewahh 

Me and Hanna are the scientist who create the spec , ewahh lagi 

Ewahhh customer pon xnak kalah , nak jugak try >__<

That's all about my english assignment presentation .
Aku sangat berpuas hati sebab semua nya berjalan lancar . Audio pon x buat hal . Alhamdulillah !

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kali nie pulak presentation untuk subjek Agama Islam .
Tajuk yang di beri dekat kitorang ialah " Poligami " . Agak interesting jugak lah tajuk nie .
Dengan bersemangat nya kitorang berhujah . Ewahhh =)

" X suka xpe , tapi jangan benci "

Confident gila cakap macam nie . Dah lah malu gila teramat bila berdiri dekat depan tu .
Ustaz siap cakap dia suka statement aku . Rasa bangga pulak tetiba ( Dabik dada )

" Isteri yang berpoligami akan dapat payung emas di akhirat kelak , 
so korang xnak ke payung emas ? "

How can this word terkeluar dari mulut aku ? Amboi sangat kann .

The baju melayu one is Qhutaibah 

Qhutaibah paling hebat di kalangan kami sebab dia banyak pengetahuan bab-bab agama nie .
So dia jelah yang jawab semua pertanyaan yang bertubi-tubi ditujukan kat kitorang .

Ingat ye kawan-kawan

" Jodoh di tangan Allah dan jodoh itu x semestinya ada satu " 
Renung-renung kan lah erk wahai kaum hawa di luar sana tu . Eh >__<

Apa-apa pun , perempuan mana yang sudi di madukan . Betol x ?
Jadi pandai-pandai lah menjaga hati lelaki kalao xnak kene madu , Eh . Hahaha gurau je =P

PESANAN PENAJA 


" Masa xkan pernah menunggu kita , 
maka rugi lah kepada mereka yang tidak menggunakan masa
 sebaik-baik nya "


" Goodbye 2011 , welcome 2012 
Happy new year guys "

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim ,

Sekian ,

Wednesday, December 28, 2011

Family stuff

Assalamualaikum !

Alhamdulillah , cuti krismas kali nie aku spent whole time with my family .
Dah lama x meluang kan masa bersama keluarga dan sanak saudara tercinta . Eceyhh


Hari Sabtu hari tu , aku dengan adik-beradik aku jenjalan pergi jusco Bukit Tinggi .
So kitorang berlima dengan gigih nya mengambil bas sebagai transport kami ke sana .

Sampai tertidur dekat dalam bas 

Finally dapat jugak berkumpul berlima . Yelahh , masing-masing kan busy . Menteri pon kalah tau .
X cadang papepon sebenarnya , just pergi macam tu je .

As we all know , eh x semua tahu , my ibu x bagi anak-anak nya tengok wayang .
So what did we do hah ?

1.Melantak 

Sos yang banyak itu satu kewajipan =)

X payah nak buat muka sangat lah kan kakak 


Sekejap je dah habis dah kentang goreng uh , hebat anak2 pakcik Azis nie

Ini di nama kan makan x ingat dunia  

Lepas makan , aku naik bas lagi pergi ke Klang Sentral pulak nak beli tiket balik ke KMPP .
So my adik-beradik stay at the Jusco almost 2 hours jugak lahh without me .

So what they did during ketiadaan aku ? Tengok bahasa aku dah kucar-kacir >__<
They watched movie ==' Dekat pasaraya kan selalu nya ada jual-jual televisyen nie .
So depa berempat dok berkampung kat situ watching some movies . Omaigad !

Khusyuk nye tengok aku bukan tomboy =='

2.Taking lot of pictures 

Jualan sempena perayaan hari natal semakin menjadi-jadi . Banyak benor diskaun sana-sini .
Moh lah kita ke Jusco berhampiran untuk mendapat kan barang-barang murah .
Wahhh ! Aku dah jadi jurucakap Jusco . Apa lagi , pihak Jusco x reti-reti nak bayar ke ? Eh >__<

Kamera aku rosak sikit time nie ==' tu pasal gambar jadi lagu tu 
Awat lah dia nak rosak time aku nampak hensem >__<

We became so batak with the lights , the tree , the jingle bell-jingle bell , the Santa HOHO .
Almost satu jam jugak kat situ , semata-mata nak bergambar .

Walaupon selalu gadoh , tapi aku sayang dorang semua <3

Balik nya , pakcik Azis ambek anak-anak tercinta nya di Jusco .
Dari pagi sampai lah ke maghrib baru lah balik rumah . Padahal x beli apa-apa pon =='

Dan malam tu jugak , tetamu istimewa bertandang again ke rumah Zharif Azis . Who ? Tettt .

----------------------------------------------------------------------------------------

Hari ahad , my cousin did some kenduri doa selamat and kenduri arwah .
My family pagi-pagi dah bertolak pergi rumah sedara aku tu yang terletak dekat Labuan Dagang .

Petang nya baru lah aku dengan faries pergi sana . Naik dengan ayah aku .
Actually we are running late that time , so kitorang x sempat langsung nak tukar baju melayu .
Dengan gembel nya ( bahasa Indon ) kitorang pakai baju macam tu . Dah lah x mandi lagi =='
Semua orang pandang kitorang sebab terpesona dengan wajah kami berdua . Oke tipu je >__<

Akibat terlampau malu , kitorang duduk luar je . Hew hew

The dishes were so delicious i tell u . 

3 orang satu dulang , ewahhh >__<


Makcik-makcik yang curi tulang , eh ada ibu aku sekali . HAHA

Ini adik sedara saya , dan dia comel macam abang sedara dia . Eh 

Wahhh rajin nyewwww

Antara yang curi tulang x buat kerja

Mia kuat nanesh >__<

Kita abaikan yang ini =='

Ini Damia Qistina , dia takut sangat dengan aku ==' 

Aku x tau nak ulas apa pasal kenduri nie , just enjoy je lah the pictures yerp .
Scroll balik ke atas dan hayati setiap gambar-gambar yang tersedia . Eh boleh pulakk >__<

Actually , hari Sabtu tu aku kene balik Pahang . Tapi x jadi di atas sebab-sebab tertentu .
And hari Ahad nya pulakk sepatut nya aku pergi Melaka servis braces tapi doktor nya x ada .
Dia pergi melancong bersama keluarga nya . Adoiii dah lama gila x servis braces nie .

Bukan tu je yang aku lakukan sepanjang cuti nie . Banyak lagi sebenar nya .
And again aku malas nak ulas lebih lanjut . Korang tengok je lah gambar-gambar yang tersedia nie .

I bought that blue bag =) thirty ringgit only 

Aku sampai penang jam 9.30 malam tadi .
So bas nak ke KMPP dah xde sebab bas terakhir dah pon berlalu .
And ada lah makcik sorang nie , dia boleh pulakk menakut-nakut kan aku . Errr !

" Adik malam-malam macam nie bahaya dik , tambah-tambah adik sorang diri pulakk . Lenkali balik bawak lah kawan . Kat penang nie macam-macam kes ada . Kene bunuh kene samun kene culik , kene rogol x payah cakap lah sebab memang banyak kes kat sini . Nasib baik adik nie lelaki  . Hantu pon banyak kat penang nie . So adik banyak-banyak lah berdoa pada Allah yerp "

Kenapa bagi tau aku semua nie wahai makcik oi ==' Menambah kan keseraman aku je .
Belom cukup lagi . Dia belom habis membebel lagi masa tu .

" Adik jangan naik teksi kalao malam-malam macam nie . Depa suka pau orang malam-malam . Tambah-tambah muka bodoh-bodoh macam adik nie , memang dorang suka lahh "

Perghhh dia cakap aku muka bodoh-bodoh ==' , nampak blurrr sangat ke aku nie kalao kat luar ?

Lepas nie mesti kene ade mokcikk >__<

Aku buat cuti tambahan , sepatut nya hari isnin kene balik KMPP tapi aku cuti sampai hari selasa .
So memang aku balik sorang-sorang lah . Ummi balik hari isnin . Kene lah berdikari sendiri .

PESANAN PENAJA 


" Selamat hari natal kepada mereka yang menyambut nya "


" Xde sape nak bagi hadiah ke ? "

Itu je kot untuk kali nie , kalau boleh semua bende aku nak sumbat dalam satu entri . Hewhew 
Sebelom banyak lagi bende aku sumbat , lebih baik aku berhenti . Enjoy ya eberibadi =)

Apa yang baik datang dari Allah , yang jahat datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Saturday, December 17, 2011

Happy 1 year blogging =)

Assalamualaikum !

Wahhh hari nie genap setahun aku ber-blogging . Tepuk tangan sikit =)
17 Disember 2010 blog jejakakaula telah di tubuhkan dengan amboi nya .
Yang mana , aku baru sahaja menamat kan paper last SPM iaitu AlQuran Sunnah semalam nya .

Aku dah lama nak buat blog tapi kesibukkan SPM melanda masa tu .
So aku tangguhkan lah niat suci murni aku tu . Eh eh
Aku berguru dengan si Farah Shameela nie , classmate aku masa form 5 dulu .
Aku suka baca blog dia . Tapi sekarang dia dah deactive blog .

Hai , nama blog saya jejakakaula =)

Mana dapat nama jejakakaula tu ? Hurmmm entah lah . Aku pon x tau .
Tetibe je terlintas perkataan jejaka tu . So terjadi lah jejakakaula.blogspot.com , ewahhh .

Let's begin with blog mana yang aku selalu stalker . Mesti korang semua nak tau kan ?
Actually aku xde lah rajin sangat nak usha-usha blog orang nie . Dashboard pon jarang bukak =='
Al-maklum lah , broadband aku nie berkelajuan siput pig . So faham-faham je lah erk .

But , ada satu blog nie which is memang aku suka sangat baca . Ayat dia selalu buat aku ketawa .
Lagipula , pemilik blog nie super duper cantek . So boleh feeling-feeling bila baca . Eh >__<
Dah nama pon cantik , so it must be a perempuan lah kan ? Hewhew .


Seriously , kalau korang baca entri-entri dia , mesti korang rasa macam nak cubit-cubit tuan nya .
Comel sangat ayat dia . Memang x bosan langsong lah kalau baca .
Actually , aku kenal dia masa iftar dengan Maria Elena dulu . Dia pon menang contest tu , sepp sikit !

Omei kan Zulaikha Zainudin nie =)

Terus terang aku cakap , memang aku jarang ber-blogwalking nie .
Dulu masa duduk kat rumah boleh lah ber-blogwalking . Internet kat rumah laju nya amboi sangat .
Tapi bila dah mai kat matrik nie , nak blogwalking pon malas dan x sanggop nak tunggu loading .

Dan yang paling awkward , aku suka baca blog aku sendiri berbanding blog orang lain .
Serious aku cakap , memang aku suka baca blog aku sendiri lepastu sengih sorang-sorang .

Bila dah ada blog yang aku suka baca , so mesti lah ada blog yang aku x suka baca kan ?
Nak kene bagi tau ke ? X yah lah erkk . Bikin malu pemilik blog tu je . HAHA ( Gelak jahat )
Dah nama pon xsuka so buat apa bukak kan ? It's kind like buang masa je .

Okey , sekarang aku nak ucap kan terima kasih kepada sesape yang pernah buat entri pasal aku .
Ada ke ? Ermmm ade lahh jugak dua tiga ketul manusia . So terima kasih sangat-sangat .
Walaupon xde lah panjang lebar entri tu , at least ada mention nama blog aku nie .

------------------------------------------------------------------------------


Pemilik blog nie budak matrik penang jugak . Aku try cam muka dia .
And yesterday , i saw u lah with baju pink , kasut pink , tudung pink , beg pink . Sweet sangat =)
Sorry not to say hai coz i am too segan . So hai-hai kat sini je lah erk . Hai Ana Michie =)

Nie lah kot baju pink tu , sorry curi gambar x bagi tau =)

------------------------------------------------------------------------------


Hah dia nie pon budak matrik penang jugak . Nama dia Nur Fathihah .
Tapi sampai sekarang aku x pernah terserempak dengan dia nie . Menyorok ke ape erk ? HAHA

Sorry curi gambar 

------------------------------------------------------------------------------


Dia nie pon budak matrik jugak , tapi matrik perlis lahh . Budak pandai dia nie =)
Agak rapat jugak lah dengan aku dekat facebook . Of course x pernah jumpa . Tapi pernah skype .

Ini Aliff Haikal =)

------------------------------------------------------------------------------

Ada lagi sorang sebenarnya , tapi aku x ingat sape . Uwaaaaa . Jangan kecik hati tau .
Kalau awak terbaca nie , cepat-cepat bagi tau saya . Nanti saya edit balek entri nie . Cun ?

Okey i'm done with this , now let's move on with my followers .
Xde lah banyak mana pon follower aku kalao nak di banding kan dengan korang-korang punya .
Tapi aku bersyukur sangat lah coz ada jugak orang nak follow blog aku nie . Syahdu kan ayat nya .

Dulu aku mengaku , aku agak mengejar jugak bilangan-bilangan follower nie .
Yelahh , sape yang xnak follower yang ramai kan ? Aku pon nak jugak >__<
Tapi bila usia kian meningkat , ewahh , aku dah malas nak pikir pasal follower-follower nie .
Korang nak follow ye follow , korang xnak follow ye sudah . I'm still okey . X mati pon .

I'm still eighteen . Forever eighteen plisss >__<

Buat apa kita follow blog orang tu tapi kita x pernah bukak pon blog orang tu ?
So it's only increasing in follower's number but not increasing in number of readers . Right ?
And one more thing , don't lah paksa-paksa orang suruh follow blog kita . Malu lah sikit pliss .

Asal kan aku tau , ada orang baca blog aku kat luar sana . Even jadi silent reader sekali pon .
So xde lah aku syok sendiri karang ayat sorang-sorang x ada orang baca .

Ohh ye , ber-blogging jugak tempat untuk letak banyak-banyak gambar .
So buat lah blog ye korang-korang semua . Sebab best =)
Boleh abadi kan detik-detik indah bersama sahabat handai dan juga keluarga tercinta . Ewahh

Bila imbas kembali entri-entri aku yang lama , aku rasa nak muntah pon ada .
Sampai boleh cakap kat diri sendiri " Apa yang kau taip nie Zharif ? ==' "
And one big mistake about my blog is , aku terlanjur cerita pasal kisah cinta aku .
Rasa menyesal sampai sekarang . Sebab semua dok sebok tanya sape sape sape >__<

Bila aku nak updated sesuatu post tu , i took almost 5 hours and more . X kurang daripada tu .
Sebab tu aku jarang updated blog . Sebab nya masa aku banyak terbuang kat sini .
Kan elok kalau aku guna masa tu untuk study , cehh sejak bila ada kesedaran nie Zharif Azis oi ?

Sejarah header blog 

Dulu masa zaman-zaman noob , pakai gambar je jadi kan header . Tapi sekarang dah amboi dah .
Dah pandai buat header blog sendiri . Tapi still berjinak-jinak , belom pro lagi bro .

Tapi sekarang dah baru dah . Sempena ulang tahun pertama , so kene lah berwajah baru .
Semart tak ? Kalau x semart xpe lahh , aku nak merajuk . Eh boleh pulakk =='
Lantak lah , semart ke tak , yang penting aku happy . Kesah pulak aku kalao korang suka ke tak .

PESANAN PENAJA !


" Feel free to visit n follow my blog yerp "

Okey tamat sudah cerita pasal blog aku nie . Hikhik .
X sangka dah setahun aku ber-blogging . Semoga aku akan terus aktif dalam dunia blog .
Korang pon terus lah baca blog jejakakaula nie erk . Itu je aku mintak . Tak mintak lebih . Eh

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Wednesday, December 14, 2011

Mandi-manda di PD

Assalamualaikum !

Alhamdulillah , percutian yang aku plan 3 weeks ago menjadi jugak .
Walaupon banyak onak dan duri yang terpaksa aku lalui , namun berhasil jugak .
Ayat sangat skema . Jangan muntah sekarang sebab banyak lagi ayat skema aku nak taip nie

Tettt . . . .

Keluarga aku semua nya balik pahang sebab ada kenduri kesyukuran sikit .
Tapi aku x ikot . Malas . Lagipon aku dah plan bende nie lama . Xkan nak cancel pulakk .

So bertolak lah ke PD dengan menaiki kereta . Aku yang pandu okey .
First time ever drive kereta dekat highway . Siap bayar tol lagi . Ewahh kan ?
( Memang lah lalu highway kene bayar tol Zharif Azis oi )

Aku pergi bertiga . Aku , Faries dengan Rahmat .
Almost 2 hour something jugak lah drive kereta nak ke sana . Nasib baik traffic x jam . Huh
Sampai-sampai je terus cari kedai makan . Lapar bhai . X sempat nak sarapan pagi .

 Sejak bila si Faries nie jadi pemalu =='

Nasi goreng kampung tu sedap sangat kot >__<

Then terus pergi mandi =) Dekat 3 jam jugak lah kitorang mandi .
Bila dah masuk air semua benda lupa . Ingat nak mandi je . Xde pikir lain .

Lepastu kitorang naik pisang bende entah nama nya . Best kot .
Ada akak tu , dia mengandung tapi berdegil jugak nak naik . So naik lah sama-sama dengan dia .
Bila time nak jatuh tu , dia boleh pulak landing badan dia dekat kepala aku . Berdengung siot >__<

Hah tu lah akak yang mengandung tu =='

Okey ini saja gambar yang dapat di tayang . X nak upload banyak-banyak . Segan lahh .
Apa pulak cakap orang kampung nanti bila nampak Zharif Azis dalam keadaan macam nie .

Selepas menghabiskan 3jam berendam dalam air , kitorang pon siap-siap nak balik .

 Hensem kan >__<

Ewahh nyaa . . .

Habis hitam kulit aku . Berjemur di bawah cahaya terik matahari .
Tapi xpe , bukan selalu pon . So memang best lah mandi-mandi kat PD nie .
Air dia pon bersih . X macam dekat Morib . Air keruh gila =='


Balik nya , Faries pulak drive . Giliran aku pulak nak tidur . Penat kot bawak kereta .
Jangan pikir bawak kereta x penat .

Sebelom balik rumah , singgah sekejap dekat KFC nilai . Topup perut .

Ini kerja si Faries =='

Yeay ! Selesai sudah percutian mandi-manda aku di PD . Rasa puas sangat . Hewhew =)
Malam nya pulak , aku makan pizza .

Pizza nie x sedap 

 This is how the way to eat pizza ^__^

Saja nak try pizza yang cheesy nie . Dan rasa nya amat lahh yerkkk 0,o
Nak termuntah . Betol cakap tett tett , pizza cheesy nie muak . Island supreme tetap nombor satu !

Hari ahad nya pulak , x buat apa . Keluarga aku x balik lagi .
So apa lagi , bantai lah kereta ayah aku pergi jalan-jalan dekat Morib .
Nasib baik minyak full , save sikit bajet . Terima kasih ayah =)


Kalao keluar dengan aku , makan-makan itu merupakan satu benda yang wajib !
Aku memang suka makan . Tapi aku x gemok-gemok . Tu yang pelik tu .

Hai , nama saya tulang temulang 

Sepatutnya hari ahad aku balik tapi rasa macam x puas pulakk .
So aku extend cuti aku sampai lah hari isnin . Buat matrik nie macam bapak aku punya pulak kan .

Isnin aku cuma pergi sarapan dekat McD dengan beli barang sikit untuk bekalan di matrik nanti .

 Balik dari PD jerawat terus naik , ini sangat amboi >__<

Balik matrik sumpah bosan . Dengan broadband xleh guna , memang best lah cerita dia kan .
Cerita nie tertunggak sebab wifi kolej buat hal . Saket nya hati =='
Tapi sekarang dah siap . TARAAAAAA !

PESANAN PENAJA !


" Jauh berjalan , luas pemandangan , ewahhhh "

Lepas nie rancang nak pergi mana pulak yerp , hurmmm suggest kan aku tempat-tempat yang best
Aku dah x boleh kerap balik selangor macam dulu dah . Ayah aku marah .
Tapi InsyaAllah christmas nie aku balik =)

Itu je untuk kali nie . Nanti ada cerita lagi , aku updated . Korang jangan x baca pulakk =P
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...