Tuesday, January 31, 2012

Cuti !!

Assalamualaikum !

Seperti yang telah di janjikan , post kali nie aku nak cerita pasal cuti mid-sem aku .
Cuti seminggu je , tapi i do so many things . Curious much ? Keep reading guys =)

Ber-posing dengan batak nya in front of my adik's school

Hari Sabtu , aku pergi lawat adik perempuan aku kat Negeri Sembilan . Not that one on the picture ==' . Lepas tu terus pergi Melaka servis gigi =) Aku pakai kaler turqoise kali nie ( Betol ke aku eja ? ) . Semartt beb ! Budak KMPP kalau buang tebiat tetibe rasa nak tengok kaler braces aku , boleh lah mendaftar yer . Hahaha . Balik dari servis , gigi aku saket banget deyhh >__<

Iman Aleesya 

Hari Ahad , aku terus mengorak langkah pergi ke Negeri Sembilan sekali lagi untuk berjumpa dengan budak techik yang omel macam abang Zharif dia nie =) Ekceli she call me abang Jalip . Omel ! I feel like want to cubit-cubit her pipi you know . Owhh ya , aku pergi rumah Faries lah sebenarnya . Hewhew =)

Ambek gambar curi-curi 

Hari Isnin , bersempena tahun baru cina , Faries dan keluarga serta keluarga abang ipar dia ajak makan besar . Aku rasa malu sangat-sangat weyhh . Yelahh rasa macam menggangu acara keluarga dia pulak . Tapi xpe , dah orang pelawa xkan nak tolak pulak kan . Lagipun makan-makan tu , sape yang xnak >__< 

Dan makanan nya sangat lah sodap sehingga menjilat jari orang sebelah . Loike seriously memang sodap ! Tom yam dia , pergghhh ! Ikan siakap 3 rasa dia , pergghh ! Kira semua nya pergghh lah . Malas pulak nak taip satu-satu makanan nya lepastu tulis pergghh . Hahaha . Harga nya , ermmm RM 318 hengget . Aku makan free !! Sekian terima kasih .

Hari Selasa , kitorang berdua pergi mandi-manda dekat Port Dickson . AGAIN ==' Dengan menaiki kereta Faries berbekal kan minyak 40 hengget bertolak lah kitorang pagi-pagi . Hewhew =) Kitorang drive gilir-gilir . Faries ngantok aku drive , aku ngantok faries dodoi kan . Eh salah . Adoi macam mana boleh silap taip nie >__< Malu malu malu .

Kali nie tutup aurat sikit sebab dapat complain terlampau seksi

Memandu dekat 2 jam pergi ke situ , tapi mandi nya alahai sekejap sangat ==' Cuaca hari tu pon agak panas . Zharif Azis mana tahan panas-panas nie . Oke tipu je . Saja buat ayat annoying . Korang rasa annoying tak ? 

Handsome nya Zharif Azis =')

Hari Rabu , masa untuk pulang ke Selangor . Rasa macam dah lama sangat aku kat rumah Faries . Saja balas dendam sebab selalu nya asek dia je datang rumah aku . HAHA ! Ohh mak dia panggil aku Ejang , aku pon x tau macam mana boleh lekat nama tu kat aku ==' 

Kitorang tunggu bas x sampai-sampai so saje lah berkeliaran kat KLIA amek-amek gambar . Xkan lah pergi Negeri Sembilan pon nak naik kapal terbang kot . Aku bukan anak orang kaya pon . 
Lagipon , ada ke lapangan terbang kat Negeri Sembilan ? Noob -,-

Korang tengok pipi aku , makin tembam pulakk dia =='

Hari Khamis , pagi-pagi pergi sarapan dekat McD . Hari biasa kalau breakfast meal , harga nya murah sikit . Tu yang aku suka tu . Korang pon boleh lah mengamalkan benda yang sama yerp .
Btw , kitorang makan berempat . Aku , Faries , Ady dan Rashid

Pagi petang siang malam McD ==' Macam xde tempat lain je . Ada je tempat lain , tapi x berapa nak sempat amek gambar lah ( Cakap macam lah ambik gambar tu satu kewajipan ) Maklum lah , rumah aku dengan McD bukan jauh sangat pon . 10 minit naik motor dari rumah dah sampai . Hewhew =) 

Hari Jumaat , pergi Morib jalan-jalan hidup udara segar . Saja pergi sini sebab dah tak tahu nak pergi mana lagi . Tengok matahari terbenam pon jadi lah kan . Morib kan sekarang dah cantik . X macam dulu dah . Dulu Morib seburuk-buruk tempat . Hahaha kejam !

Kat Morib je ada bende nie tawuu =P

Macam-macam cengkerang ada kat situ . Semua cantik-cantik . Ingat senang nak masukkan badan kat dalam tu . Dengan keadaan fizikal aku yang agak tiang lampu nie , memang susah lah waa cakap sama lu .

Hari Sabtu , masa untuk menghantar Faries pulang . Akhir nya ! Balik jugak mamat nie . Bhahaha . Gurau je . Lepas dia balik je , baru lah aku start belajar . Maklumlah , exam hari isnin .
Serious gelabah !

Kembali menjadi noob =)

Hari Ahad , waktu untuk balik ke KMPP ==' This is the benciest part ever ! Demmm

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Eh post kali nie aku buat dalam perenggan , harap korang x marah . BYE !

PESANAN PENAJA 


" Minggu nie aku balik lagi , YEAY ! "

Ada sedikit konflik minggu nie , KMPP hanya membenarkan pelajar pulang pada hari Jumaat .
Tapi malang nya , aku dah terbeli tiket balik hari khamis , masa aku sampai Butterworth hari tu .
Aku tempah bas jam 5 petang pulakk . Budak KMPP yang lain , jangan jeles yerp =P

Masa aku nak pergi mintak tanda tangan Miss Neela petang tadi ,
Nampak je muka aku terus dia perli aku macam nie ,

" You want to go back early ? You always like this "

Perghhh ! X payah cakap dia dah tahu . Hahaha malu nyaaa >__<

Miss Neela , my english teacher =)

Yang paling x tahan , En.Mokhtar suruh aku buat surat rasmi bagi sebab untuk cuti . Kejam >__<
Aku mungkin active facebook , ada blog bagai , tapi hakikatnya microsoft word aku x tau guna =='

X kesah lah , yang penting habis paper kimia hari khamis nanti terus blah dari KMPP . Hewhew
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Sunday, January 29, 2012

Omaigad ! I am 19

Assalamualaikum !

Ini muka excited =)

29 januari , guess what , it's my birthday yaww ! I'm freakin' excited >__<
Diam-diam dah 19 tahun dah aku . Uwaaa sedihh nya sebab aku makin tua ='(
Tapi still lagi nampak comel , Alhamdulillah !

Perlu ke tayang hadiah ? 

Ini je hadiah yang mampu diperolehi tahun nie ( Terjun bangunan )
Terima kasih sangat kepada mereka-mereka yang bagi hadiah dekat aku .


Aku memang teringin sangat nak ada jam tangan . Aku dah lama xpakai jam tangan .
Tup tup ada pulak orang bagi aku jam tangan =)

Terima kasih Faries 

I got big scar on my right hand . Sebab aku kemalangan tahun lepas . Baca nie ---> LINK
Heret jalan tu jangan main-main , sakit nya x payah cakap lah . Memang terbaik !
So dengan memakai jam nie , aku boleh cover parut kat tangan aku nie . Hewhew =)

Saya tulis tangan kiri jadi saya pakai jam tangan kanan =)

Ferrero Rocher tuu , mahal siot >__<

Whoever give this , thank you =)

Terima kasih Hafidz =) He's my classmate

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi wish birthday aku
Sama ada lalu Facebook ke , lalu message ke , lalu Twitter or even Myspace ( Ada ke ? Runsing jap )

X sangka ramai jugak yang ingat birthday aku , ceyhh 


Owhhh ini video tahun lepas . Saja nak tayang . Comel-comel belaka depa semua nie . Thanx !

Dee , Wanie , Najihah dan Zyra 

About my cuti mid-semester , aku akan post dalam entri lain yerp .
Aku tahu korang semua dah x sabar . Ye ye tenang ye pembaca-pembaca sekalian .
Alaaa jangan la buat muka monyok macam tu , x comel tawu .

Banyak sangat aku buat time cuti hari tu , sampai buku pon x berapa nak terusik . Hewhew
Minggu nie aku exam pertengahan semester . Khamis nie paper habis terus aku balik rumah .

Isnin paper physic pulakk , memang best lah cerita dia . Huh =='
Xnak say gudluck kat aku ke ? Ermm xpe lahhh ( Sambil buat muka sedih yang paling comel )

PESANAN PENAJA 


" Aku mungkin 19 tahun , tapi aku masih lagi muda , hensem 
dan bergetah . Saket hati ? "

Again , aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada awok-awok semua . I love u !
Yang baik datang dari Allah , yang buruk tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Tuesday, January 17, 2012

Period erk ?

Assalamualaikum !

As we all know , orang yang period nie emosi nya x stabil . So kita semua kene paham lah kan
Tapi lama-lama agak menyirap lah jugak kalao dah setiap minggu nak marah-marah .
Sememang nya masuk kelas H4P1 tempat untuk melepaskan kemarahan ke ?!!

Lelaki period . Erk ?

Kalau perempuan yang kene simptom nie tak apa lah jugak , ini lelaki . Acano ?
Korang tau tak aku tengah cakap pasal sape nie ? X tahu ? Laaa awat tak habaq mai , haihhh .
I'm talking about my cikgu hensem . Dia nie aku x tau lah kenapa . Asek nak marah je kerja nya
Muka dia penuh dengan kebencian . Terserlah sangat bila masuk kelas kitorang .

Even simple mistake pon dia nak marah . Patot ke ? ( Semua pelis cakap x patot tanda menyokong aku )
Kalau asek nak pikir marah tanda nya sayang , memang nanti naik tocang lah kan .
Kennot use this word anymore . Not valid !! Haram di sisi Zharif Azis .

Contoh simple mistake ,

Contoh

Aku letak lah report aku yang nombor 2 tu kat situ , then dengan x semena-semena nya dia tegur

" Haihh Zharif , letak lah ikut nombor , susun x boleh ke ? 
X kan tu pon nak ajar "
Nada suara memerli sambil buat muka paling annoying 

Loike seriously ? Cuma x arrange dengan betol je pon nak marah-marah macam tu .
Ada effect apa-apa ke kalau salah letak pon ? Still boleh kira 1 2 3 4 kan ?

Xpe , Zharif Azis melemparkan senyuman paling manis untuk cikgu hensem =)

Another example ewahh 

Kali nie bukan aku yang kene , tapi kawan aku . Nama dia Aimi .
Dia letak lah beg dia kat tombol pintu macam gambar kat atas tu . Lepastu cikgu hensem tegur

" Sape punya beg nie ? X ada adab . Macam budak sekolah rendah je "

Look ! Cuma gantung beg dekat tombol pintu je pon nak marah-marah . Adoii >__<
Itu belom lagi yang buat kesalahan berat SIKIT . Sikit je okey , x berat sangat actually .

Contoh macam hantar report lambat . Tolong lah paham , kitorang nie banyak kerja .
Kerja lain lagi berlambak nak buat . Bukan report cikgu hensem je kene buat . Report lain pon ada
So paham-paham lah situasi pelajar . Jangan lah terlampau memaksa .

Kalau hantar time tu jugak , bukan cikgu nak tanda time tu jugak pon kan ?
Paling-paling 2 hari lepas submit baru nak tanda . Lecturer pon ada sikap M jugak . Kan ?

Lepastu dia ada tanya satu soalan suruh aku jawab . Seperti biasa , aku pon cakap lah aku x tahu
Nama pon fizik kan , so se-simple mana soalan tu , memang aku x tahu nak jawab . Bhahaha

Gelabah >__<

Then boleh pulak dia perli aku ,

" Tulah pemalu sangat nak tanya orang lain , ingat dah pandai lah tu "

Aku rasa macam nak lempar je dengan buku rujukan aku yang tebal tu kat muka dia . Seriously !
Nasib baik rasa hormat aku terhadap dia masih lagi tinggi . Kalau x dah jadi arwah dah . Hikhok

Susah lah belajar amali fizik dengan cikgu hensem nie .
Kalau ada experiment bukan dia nak bantu-bantu pelajar pasang kan apparatus . Grr

Tengok muka dia , i mean cikgu hensem .
Abaikan gambar budak yang tersengeh-sengeh tu =P

Kalau kita mengadu kat dia kenapa x boleh bergerak , kenapa x boleh hidup . Nanti dia jawab

" Hah , mesti salah pasang apparatus tu ? Cuba tengok buku manual 
betol-betol " 

We expect u to come here and help us not just simply said " ohh salah pasang apparatus tu " =='
Kalau dia bantu kita pasang but then still x boleh gerak jugak , dia akan cakap

" Apparatus rosak nie , pi tukaq lain "

Then pergi begitu sahaja . Seronok nya belajar dengan cikgu hensem =) Tepuk tangan .

So sama-sama lah kita mendoakan agar cikgu hensem hati nya tenang dan tenteram .
Supaya , pelajar-pelajar matrikulasi lain tidak terkena kesan sampingan " simptom period " nya
( Rasanya dia lepaskan kemarahan dekat kelas kitorang je kot . Sebab dia mentor kitorang )

Nasib baik lah kelas amali fizik aku jatuh pada hari isnin . Syukur Alhamdulillah !
Semester kali nie , hari isnin banyak cuti . So memang x banyak sangat lah jumpa cikgu hensem .

PESANAN PENAJA !


" Saya mewakili H4P1 , just nak cakap , We all love u cikgu hensem " 

Korang-korang , jumaat nie aku balik selangor bersempena cuti pertengahan semester .
Seminggu je . Lepastu balik KMPP terus ada Ujian Pertengahan Semester . Demm >__<

And aku nak mintak maaf lah kalau korang x berapa senang dengan gambar aku sebelom nie
Sampai kat kelas pon dorang dok perli aku ==' err

Adakah gambar kali nie pon akan jadi isu hangat ? Aku harap tak lah . Sopan je kan ?
Penat aku tertonggeng sana tertonggeng sini time roommate tak ada . Hewhew

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Friday, January 13, 2012

6 perkara peliks

Assalamualaikum !

Post kali nie sebenarnya nak membalas tag Aliff dengan Myra yang telah tag nama aku .
Tapi aku x ikut apa yang dorang suruh . Aku buat apa yang aku rasa nak buat .
11 tu macam banyak sangat je so aku potong jadi kan 6 aje . Kira halal lah yerp . Hahaha

Okey , aku nak reveal 6 perkara peliks tentang diri aku .
Yang mana orang kat luar sana tu x pernah terbayang kan yang Zharif Azis macam tu .
I may look handsome ( Perasan ) I may look comel ( Perasan lagi ) but I'm totally just like others
Doing mistakes , doing crazy things , pee while sleeping , sometimes of course =)

Oke tanpa perlu membuang masa lagi , moh lah kita straight to the point . Xnak merapek lagi 
Aku tau korang semua dah x sabar . Ye tenang , tenang ya kalian semua . Bawak bertenang =)

---------------------------------------------------------------------------------------------
1.MANGGA MUDA

Omaigad ! I don't know how to describe how much i love mangga muda >__<
I just love it with all my heart . Aku sanggop lakukan apa sahaja demi mangga muda .

Dah macam orang mengidam dohh 

Dulu , my nenek got a very big pelam epal tree beside her house ( tapi sekarang sudah tebang )
Aku suka petik pelam epal dia petang-petang . Sampai satu hari tu dia tegur jangan ambek lagi .
Sebab sedara-mara aku yang lain pon nak jugak rasa . Bukan aku sorang je cucu dia katanya .

" Sampai hati nyai buat zarep macam nie =( "
We call our nenek " nyai " and now she's gone already . Al-Fatihah 

Dah abes baca Al-Fatihah belom ? Korang jangan nak mengada-ngada skip surah tu yerp .
Dah x sabar sangat nak baca perkara peliks seterusnya letewww . Tau sangat dah .
Baca cepat dan sedekah kan kepada nenek aku . Lepastu baru kita move on ke point seterusnya .

5 minit kemudian . . . . . . . . Amin ya rabbal alamin =) Semoga roh arwah di cucuri rahmat .

---------------------------------------------------------------------------------------------
2.SPENDER 

Aku nie agak pelik sikit , aku teringin sangat memiliki underwear jenama Renoma . 
Tapi aku tau yang aku nie x mampu nak beli underwear-underwear berjenama mahal nie .

So setiap kali aku sidai kain ( Zharif Azis sidai kain , jangan main-main , calon suami mithali tu . Ewahhh )
Dan ternampak pulak underwear jenama Renoma tersidai , aku rasa macam nak curi je . Bhahaha
But i never do such a dirty job like that , aku just terniat je okey >__<

" Kepada lelaki-lelaki di luar sana , berhati-hatilah jika anda memiliki spender jenama Renoma kerana Zharif Azis BERNIAT untuk mencuri nya " 

Aku pakai jenama 1 Malaysia je . Demi untuk menyokong kempen perdana menteri kita <-- Tipu !
Murah sangat kot . Bermacam-macam colour lagi . Beli kat Hari-Hari je . Moh lah kita pergi situ .
( Perlu ke detail kan underwear sendiri kat sini ==' )

---------------------------------------------------------------------------------------------
3.Victoria's Secret

Pilih je mana nak =)

Yang ini the most peliks part in my peliks's list . I love to watch Victoria's Secret Fashion Show .
Aku pon x tau sejak bila aku mengumpul bende alah nie . Yang penting i love it whole much .
Siap boleh hafal nama model-model nya lagi . Just say who ? Adriana ? Alessandra ? Candice ?
You name it . I am Mr.Know it all bebeh !

Ce teka nie sape , ce teka ce teka =)

My intention is NOT to watch a sexy girl wearing bra and panties . Sama sekali tidak !
I just love how the chaos situation takes place at the backstage . Lari sana lari sini , ewahhh .
Dan aku suka tengok model-model perempuan nie catwalk . Serious semart babe !

---------------------------------------------------------------------------------------------

Okey kita rehat sekejap . Penat doh menaip . Korang x penat ke ?
Sape-sape yang rasa dahaga nak minum air tu boleh lah pergi ambek dulu air kat dapur .
Xpe aku tunggu korang , tapi cepat sikit , aku nak sambung bercerita lagi nie . 

10 minit kemudian . . . . . . .

Cepat cepat cepat .
Semua dah ada ? Alaaa Pak Mat x datang lagi . Xpe , kita tunggu dia kejap . 
Hah tu pon dia ! Okey semua dah cukup , moh lah kita sambung lagi =)

---------------------------------------------------------------------------------------------
4.IM Chat

Ini kisah facebook =) Kadang aku malas sangat nak layan IM chat .
But orang yang aku kenal and yang betol-betol nak berkawan dengan aku , aku layan je =)
So sape-sape yang aku layan tu , anda di kira bertuah lah <--- Ayat mengundang kemarahan nie

Tutup kan mata dan pekak kan telinga 

I'm not being mean guys , i just malas . There's nothing i could do to overcome this malas behaviour .
Aku buat-buat x nampak yang korang hantar aku IM . 30 minit kemudian baru aku response
Dengan alasan " Sorry lambat reply , xde kat depan laptop tadi " Bhahaha jahat kan aku .
Ayat nie dah selalu sangat aku gunakan . Sape-sape yang pernah terkena tu aku mintak maaf ye

---------------------------------------------------------------------------------------------
5.Hensem 

Dapat baca x ? Ini saiz paling besar nie , kalao xnampak jugak x tau lah -,-

Kat matrik nie agak ramai yang handsome dan of course aku pon termasuk sekali . Eh
Okey-okey tenang , jangan marah dulu . Aku tau dah ada yang start gigit-gigit pintu bilik .

Kata cikgu subjek dinamika saya , puji diri sendiri dapat menghilangkan stress =)
As we all know that studying in matriculation is just like ketuk kepala di dinding bilik .
Wahhh aku dah jadi macam karam singh walia , buat peribahasa sendiri . Ewahh nyaa .
So the best way to tangani stress ialah dengan memuji diri sendiri . Cuba lah try .

" Zharif Azis hensem Zharif Azis hensem "
Eh laaaa , yang korang puji aku tu kenapa ? Susah-susah je >__< Terima kasih lah yerp . 

---------------------------------------------------------------------------------------------
6.Cara perempuan berpakaian 

Hah ini pon agak pelik tentang diri aku . Aku suka memerhati apa yang budak perempuan pakai
Contoh paling dekat ialah budak-budak perempuan kat matrik nie .

Aku bukanlah nak kutuk or bajet terror dalam cara berpakaian nie , tak , bukan bukan
Tapi agak-agak lah , pandai-pandai lah matching kan kaler baju dengan tudung .
Ini tak , baju dah kaler merah tetibe tudung kaler hijau . Tak ke gonjeng nama nya tu ?

Apa yang kau pakai nie ?

And one more , i really-really don't like women wearing legging .
Tau tak yang korang tu nampak macam buah nenas kene bungkus ? Tau tak ?!!
Dengan kalernya yang cerah disinari cahaya matahari , pergghh ! Serious beruk makye . Bhahaha

---------------------------------------------------------------------------------------------


So dalam banyak-banyak nie , nombor berapa yang paling peliks bagi korang ?

Untuk menjawab , sila taip ON JEJAKA jarakkan dan di ikuti dengan jawapan anda . 
Dan hantarkan kepada 15999 . RM 0.50 sen cas dikenakan bagi setiap jawapan yang di hantar .

PESANAN PENAJA !


" Ulang tahun kelahiran aku semakin hampir , 
korang jangan pura-pura lupa yerp "

Lately aku busy sangat-sangat . I feel like an artist now =)
Habis kuliah bergegas balik bilik tukar baju , solat itu ini berlari ke tasik KMPP berlatih nyanyi
Zharif Azis masuk pertandingan nyanyi , amboi tak ? Jangan main-main , vokal bukan sekadar rupa

About my MUET result , i just wanna say Alhamdulillah eventho x capai target . Thanx Allah =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Saturday, January 7, 2012

Makwe Pakwe . Apa kes ?

Assalamualaikum !

Wahhh rajin pulak aku update blog sejak kebelakangan nie . Korang suka tak ?
Semua nya diam je , so aku consider korang semua suka lah kan . Bhahaha perasan BYE

Dah dah lupakan . Okey kali nie aku nak kupas sikit soal makwe pakwe di kalangan remaja
Omaigad ! Bahasa Melayu aku semakin indah . Siap main kupas-kupas lagi . Kau ada ?

U dont even know her so please don't make any rumors 
It's Niara yaww

First of all , is that having makwe/pakwe itu merupakan satu kewajipan ? 
X wajib pon kan malah haram lagi di sisi Islam . Sebab nya mengundang kepada maksiat .

Wahh ! Bahasa Melayu dah meningkat , pengetahuan agama aku pon meningkat jugak lah .
Semua beri tepukan yang paling gemuruh buat Zharif Azis , yeay yeay yeay !
( yeay yeay yeay tu consider macam korang tengah tepuk tangan , haha )

Berkapel nie dah macam jadi satu kewajipan aku tengok .
Kalau xde makwe/pakwe di kira macam x laku pulak . What the neraka panas ?

Ekceli , aku xde lah nak condemn orang-orang yang tengah hangat bercintan-cintun nie .
Aku cuma nak luah kan betapa stress nya aku bila orang tanya bila aku nak ada makwe .
Seriously memang aku stress . Dan aku sebenarnya x suka orang tanya aku macam tu .
Bukan nya apa , nanti orang lain dengar , malu lah aku . Hahaha

DAH ! Serious okay , jangan ketawa-ketawa . Aku serious nie >__<
Yang korang pon satu , aku tulis hahaha korang ikut sebut je kan . Padahal x ketawa pon .

Serious please >__<

Nak kata x ada orang minat aku , tipu sangat . Ada je <--- okey yang nie aku x sure sangat
Nak kata aku jual mahal , ermmm agak lahh . Sebab aku memang mahal pon .
Harga 2 kereta Toyota Alphard jugak lah mahal nya . Mampu nak beli ?

Kalau betol lah korang yang kat luar sana tu nak jadi makwe aku , 
baca benda nie :

1- Aku bukan jenis yang romantik . Seriously aku cakap , memang x romantik langsong . So sampai mati pon korang xkan pernah dengar aku cakap " aku sanggup meredah lautan api walaupon diri ini melecur-lebur , aku tetap akan cuba mendapat kan dirimu di seberang sana " Memang xkan ! Aku geli weyhh , yerkkk .

2- Aku jenis liat nak balas message . Yang nie memang perangai aku . Kalao masa sekolah menengah dulu lagi terok , kadang sebulan sekali je topup . Tapi bila dah duduk kat matrik nie , Alhamdulillah lah setiap minggu ibu aku tolong topup kan . Terima kasih ibu , muahh sikit =)

3- Aku miskin . Aku x mampu nak ajak korang pergi keluar dating . As we all know , boys will treat their girls for their meal and what so ever . Itu dah memang macam satu kemestian lah . X cool lah kalao perempuan yang belanja , kan ? Kita semua tahu yang perempuan more tu material things . They like something yang bling-bling , something yang expensive . So i can't afford to provide all this things to you girl .

4- Aku x hensem mana pon . Ekceli hensem lah jugak kalao nak di bandingkan randy pangalila dengan aku . Adakah aku bersikap perasan di sini ? Sila tegur kalao aku perasan ya . Aku kekok bila time nak bercakap . I dont have those confident when it comes to talk . I got braces on my teeth maa . U wanna see ? U wanna see ? It's ugly yaww .

I told u already , it's ugly =='

5- Let's skip about dosa bersentuhan tangan yang bukan muhrim sekejap . SEKEJAP JE pliss . Kebanyakkan kapel-kapel sekarang nie , depa suka berpegang-pegangan tangan bila keluar sama-sama #i said kebanyakkan not semua ya , please take note . Aku pernah terbuat , sekali dan aku rasa macam x kena . My body was shaking that time . Maybe sebab first experience kot pegang-pegang tangan nie . Haha . Entah lah , aku rasa berdosa sangat bila pegang tangan perempuan lama-lama . Pelik kah aku ?

6- Aku x suka di kongkong . From my experience with my tett ,  eceyhhh . Before kitorang putus , hah nie yang rasa macam nak nangis nie >__< Okey tabah kan hati . Sebelom kitorang putus , dia cakap lah kenapa aku x amek tau pasal dia , contoh macam tengah buat apa , dah makan ke belom , hari nie buat apa dan macam-macam lagi lah . Is that necessary ? Kalau ya , maaf kan aku . Aku x tau pulak kene buat semua tu . Hahaha .

7- Aku sukar nak ingat tarikh-tarikh penting . For example tarikh lahir pasangan kita . Ohmai , susah benor aku nak mengingat . Thanx Allah we got facebook . Sedikit sebanyak membantu aku mengingat tarikh lahir girlfriend aku . Haha . Wait i try remember your birthday date ya , ermm i think 18 ogos , ke 16 ogos . Okey keliru BYE . Eh tapi aku ingat tarikh keramat 29 disember 2010 . Tarikh di mana aku tamat kan zaman single aku . Ewahhh =)

8- Aku ada strange feeling about love . Aku boleh je jatuh cinta , but bila dah declare as a couple , perasaan cinta tu hilang . Pelik kan ? Hah sebab tu lah aku takut nak berkapel-kapel lagi . Aku xnak kecewakan orang lagi . Serious x sanggop .

--------------------------------------------------------------------------------------

Okey cukup lah bagi lapan je . Kang bagi banyak-banyak kang semua orang takot nak dekat .
So lepas korang baca benda alah nie , berani tak nak jadi awek aku ? BERANI ?

Kat matrik nie , kes kapel xyah cakap lah . Memang berlambak .
Kalau petang-petang tu pergi ke tasik , mesti ada je laki dengan perempuan duduk sebangku .
Kang aku tegur , x pasal-pasal muka aku yang hensem nie lebam-lebam kene belasah .

Tasik KMPP yang cantik . Cantik ke ?

My classmate yang lelaki , semua nya dah ada makwe . Tinggal aku sorang je yang x ada .
Awek dorang semua nya budak kuliah H4 . Semua nya dapat budak satu kuliah .
Dalam kelas pulak dorang asek cakap pasal makwe makwe makwe . Stress >__<

Aku x jeles pon dengan dorang . Okey tipu . Aku ada jeles sikit tapi belom lagi tahap melampau .
Matrik setahun je , bulan empat nanti dah abes dah program matrik nie .
Nanti kat Universiti lagi banyak pilihan . Jangan gelabah sangat cari sekarang <-- ayat nak cover nie

PESANAN PENAJA !


" It's hard being handsome and got no makwe . Saket hati ? "

Kalau ada jodoh x kemana . Jangan risau Zharif Azis oi .
Untuk masa sekarang , aku cuma nak berkawan je . Xnak kapel-kapel dulu . Menyusahkan !
Tapi aku akan cuba jugak cari tahun nie . Bhahaha lol .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Tuesday, January 3, 2012

Budak Facebook banyak ragam nya

Assalamualaikum !

First of all , aku nak mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa dengan entri aku kali nie .
Untuk tidak menyakiti hati sesiapa , i'm using my awek punya akaun , Alessandra Ambrosio .
Sebagai contoh kepada status-status yang akan aku print screen .

Contoh-contoh nie semua berdasar kan apa yang kawan-kawan facebook aku updated .
So , i'm not the one who create all those status okey . I just re-write je . Understand ?

-------------------------------------------------------------------------------

1.Alaaa nak suruh orang like letewww 


Manusia dalam kelompok ini jenis manusia yang x tau malu . Kejar like je keje dorang .
Pakat-pakat nak bertanding like sapa yang paling banyak . Konon hot lahh ?

Sometimes aku x berapa suka orang yang bajet alim kat facebook . Kat luar perangai nauzzubillah .
For those yang aku kenal dekat luar , itu lain cerita lahh . Luar dan dalam facebook memang alim .


Of course aku tau untuk mengingati satu sama lain dan juga untuk menyeru kebaikan
But sometimes dorang update tu , more untuk mengumpul like . U got what i mean ?

Then ini pulak contoh orang yang menagih simpati =='



Aku tukar ayat nya tapi berkonsep kan benda yang sama . Peace ~

Dapat like of course kita suka . Tipu lah kalao korang x kejar benda-benda nie . Jangan bohong !
But berpada-pada lahh . Kalao dah hari-hari update suruh like , melampau sangat lah kan . Err

-------------------------------------------------------------------------------

2.Kau nie bajet nyewwww =='


Kat facebook , kalau xde yang bajet x sah .
Budak-budak bajet nie selalu nya tergolong di kalangan orang-orang yang pandai dan kaya .
This type of people selalunya suka show off , menyampah gila dengan budak-budak macam nie .

Antara contoh status-status show off kekayaan yang aku pernah baca ,




Ini pulak jenis yang nak show off  depa tu pandai



Actually aku tukar sikit ayat nya , takut ada yang terasa . Peace ~

-------------------------------------------------------------------------------

3. Nak termuntah dohh bila baca 


Kelompok manusia yang nie pulak aku paling meluat sekali , loike seriously !
Kalau orang mengandung yang terbaca status-status macam nie , serious terberanak time tu jugak

Here are some examples status-status yang aku pernah jumpa .
As usual i change the words a little bit .





Meluat ! Meluat ! Meluat ! Korang x meluat ke ?

-------------------------------------------------------------------------------

4.Lucah nya kau . X ada adab !


Bagi manusia yang macam nie , kita doa kan dia supaya kembali ke rahmatullah je lahh .
Eh silap taip , maksod aku kembali ke pangkal jalan . Sorry sorry sorry .
Manusia macam nie jugak xelok di simpan dalam friendlist kita . So remove je . X rugi pon .

Nie contoh-contoh status yang lucah teramat , dan ini real punya olang yang update .



Yang nie aku cilok je kat tempat ruangan search tu . HAHA
Puas aku cuba ingat nama budak uh , tapi aku lupa . Semalam dia update status santak lucah . Err

-------------------------------------------------------------------------------

5. Omel nya ayat dia =)


Kelompok manusia nie aku paling suka sebab selalu nya budak-budak perempuan yang update
Dorang nie suka guna bahasa comel dorang tersendiri . Sampai aku boleh tersengeh-sengeh .




Ada banyak lagi sebenarnya , tapi nama-nama dorang nie je yang ada dalam kepala aku . Haha

-------------------------------------------------------------------------------

6.Kau nak cakap apa sebenarnya ?


Manusia dalam kelompok nie agak rumit sikit . Apa yang dorang cuba sampai kan pon aku x tau
What's on your mind sebenarnya ? Bosan sangat ye online facebook ?



Kalau dah bosan sangat , lebih baik matikan je facebook uh . Buat keje yang berfaedah sikit =P

-------------------------------------------------------------------------------

Walaubagaimanapon , dengan status-status macam nie lah yang mampu buat kita gelak .
Buat kita ingat orang tu . Even kita x kenal langsong sape dia . Kan bagos kan namanya tu ?

Dah nama pon laman sosial , so memang kita akan jumpa bermacam-macam ragam manusia .
Kalau nak ikut apa yang kita suka aje , lebih baik buat dunia sendiri tinggal sorang-sorang kat situ

Aku harap selama aku meng-updated status , korang x buat muka .
Kalao aku tau ada yang buat muka , SIAP ! Hahaha gurau je .

PESANAN PENAJA !


" Selamat kembali ke sekolah "

Yeay ter-updated jugak blog aku nie . First entri untuk tahun nie . Enjoy !
Sekali lagi aku nak mitak maaf kalao ada sesape yang terasa . Peace ~

Yang baik datang dari Allah , yang buruk tetap datang dari syaiton nirrajim ,

Sekian ,

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...