Thursday, February 9, 2012

Artis sementara =')

Assalamualaikum

 " Zharif cepat lah updated blog pasal semalam "
Okey fine , aku updated . Banyak benor permintaan suruh updated . Haha tipu je , bye =P

Seperti yang korang semua sedia maklum , lately aku betul-betul busy . Itu ini aku kene buat .
Penat tawu . Aku juga manusia biasa yang xpernah lari dari melakukan kesilapan .
Eh macam x masuk je ayat nya tu ? Aku salah taip ka ? Runsing jap -,-

Gambar pendahuluan . Excited tak ?

Semalam , merupakan hari yang di nanti-nanti kan buat semua artis KMPP . Eceyhh
It show time bebeh ! Giliran aku nombor dua . Giliran ikut nombor block .

Ekceli , ( X payah nak ekceli-ekceli sangat lah kan , geli bulu ketiak dengar -,- )
Sebenarnya , kat matrik nie ada mini kakom . Tau tak mini kakom tu apa ? Haihhh -,-
Perlawanan antara block-block dekat KMPP nie . Block kat KMPP ada 3 jenis . A , B dan C .
A dan B block perempuan . C block budak lelaki . Setiap A B C , terbahagi kepada 5 block .
Block-block nie semua mengikut turutan . Contoh A1 , A2 , A3 , A4 , A5 , B1 dan seterusnya

So kitorang berlawan ikut negeri . Negeri nie pulak ikut nombor .
Contoh negeri 1 ialah A1 , B1 dan C1 . Dan begitulah seterus nya . Dah paham dah ?
Aku mewakili negeri 2 sebab aku duduk dekat C2 . Jerit hoorrayy sape-sape yang negeri 2 !
Krikk krikk ( Sound effect bunyi cengkerik ) -,- Ya Allah , aku cakap sorang-sorang rupa nya . Sedih .

Sesi berlatih 

Balik kuliah berlatih . Balik kuliah berlatih . Balik kuliah berlatih . Tau penat tak ?
Tapi x apa lahh . Bukan selalu pon buat macam nie kan u olls ( Ayat nak jaga hati )

Kumpulan koir aku di pimpin oleh Aniq . Dia nie hensem tawu >__< Gigi dia rata sangat .
Eh melampau betol Zharif Azis nie -,- Sampai gigi orang pon dia perhati . Ce klik SINI

Aku memang suka gila dia conduct group koir kitorang . Sangat berkarisma dan profesional .
Dia nie bab-bab menyanyi , menari memang hebat . Jadi negeri 2 sangat bertuah sebab ada dia .
Negeri 2 juga sangat bertuah sebab ada Zharif Azis yang join group koir . Sakit hati ?

Malam sebelom pertunjukkan bermula 

Saat lagu Negaraku di dendangkan

Bangga dengan rakyat Malaysia . Walaupon busy macam mana , bila lagu Negaraku di dendangkan , semua berdiri tegak . Letak semua barang . Nnyanyi dengan penuh semangat .
Eh aku pon berdiri tegak , tangan di sisi dan nyanyi dengan penuh semangat sambil ambik gambar

Thanx jiji =) Serios cantik <3

Tiba lah saat yang di nanti-nanti kan . Persembahan !
Ce usha gambar-gambar bawah nie . Maaf low kualiti . Bukan pakai DSLR .

Negeri 1

Negeri 2 ( Negeri aku weyh >__< )

Alolo omel nya Zharif Azis kat situ . Omel sangat-sangat =) Rasa nak cubit kan ?

Negeri 3

Negeri 4

Negeri 5

Masa aku kat atas pentas tu , Allah je tau betapa cuak nya . Sebab penonton sangat ramai .
Semua nya pakat-pakat datang nak tengok Zharif Azis nyanyi , kan ? Eh >__<
Kaki aku ketar-ketar weyhh . Dah macam ada gempa bumi je . Bergoyang 8.9 skala richter .

Bila aku dah naik atas tu , aku ingat ada lah orang yang jerit-jerit nama aku . Tapi x ada -,-
Dorang semua jerit nama " Jiji Jiji " . Omaigad ! Ada orang lagi terkenal rupa nya >__<
Padahal aku dah upah beberapa orang suruh bawak sepanduk tulis " Zharif Azis Hensem ! "
Tapi x ada pulak yang bawak . Okey tipu je . Aku x sekeji itu untuk dapat kan perhatian .

Penonton penuh satu dewan . Siap ada yang x muat masuk 

Keputusannya , johan di menangi oleh negeri 4 . Naib johan negeri 2 . Ketiga negeri 1 .
Negeri 3 dan negeri 5 x dapat tempat <--- Wajib bagi tau . Hahaha

Negeri 4 memang layak menang . Persembahan dorang kemas dan teratur . Best sangat-sangat !
Konduktor dia pon begitu bersemangat . Suka tengok aksi dia . Tapi Aniq lagi tiptop lah =)

Nak tengok video ? Video ada tapi rakam part 30 saat terakhir -,-
Kepada budak-budak matrik yang rakam time group aku buat persembahan , habaq cek noh .

Ini lah miss photographer yang ambek gambar masa aku tengah buat persembahan ( Re'an )

Overall memang best lah . Meriah ! Classmate aku ramai yang join koir-koir nie .
So memang excited sangat nak tengok dorang nyanyi . Dapat ejek-ejek antara satu sama lain =P

Ustazah sekolah aku komen >__<

Uwaaa malu . Aku nie memang macam nie . Nampak memang senyap tapi bahaya .
Aku separate two different character . Kat luar aku senyap , kat alam maya memang aku bising
Clear enough ? Just like Beyonce lah . Kat luar dia jadi Beyonce tapi bila atas pentas dia jadi Sasha .
Ce try google sana -,- Haihh korang semua nie kurang membaca . Oke bye =P

PESANAN PENAJA 


" Seronok jadi artis sementara "

Minggu yang akan datang , budak-budak matrik akan start busy . Busy dengan segala benda .
Harap-harap aku dapat lalui semua ini dengan lancar . Program matrik dah nak habis dah .
Akhir bulan 4 dah habis dah . Serious rasa macam sekejap sangat >__<

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

10 comments:

  1. waaaaa...bestnya ! terbaik doe..hang memang artis dan retiss pon...HAHA :D

    ReplyDelete
  2. amboi laju nya dia komen >__<

    nie baru sikit nie . hang lagi siap dah berlakon . uwaa jeles =)

    ReplyDelete
  3. haha, terbaik zhreeep. omel nyer hampa(tipu jew) HAHAHAHAH

    eh gambar kami, buruk ,HAHAHAHHA

    ReplyDelete
  4. rean jeles lah tu kami comel =P

    rean comel je lahhh =)

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya dia kena interview ! hahaaa smart doh korang punya kmpp buat koir waktu mini kakom . kitorang takde pun , kitorang semua sukan je . :)

    ReplyDelete
  6. Hahahahah BEYONCE JAVA cayalah ok la tu dapat NO2 tapi mane hadiahnye? nak tengok gak...

    ReplyDelete
  7. aliff : why kmp sangat kedekut untuk adakan semua itu ? so sad ='(

    aswad : hadiah nya dpat sumbang mata kat negeri kita , n maybe juat a piala je kot . alaa xkesa pon , asalkan dapat byak pengalaman =') xpernah join koir sebelom nie . huhu

    ReplyDelete
  8. bagus la ada koir koir nih.. tapi satu je yg menghentak dinding otak aku, apa atas pale ko tu? bunga ya?

    ReplyDelete
  9. negeri 4 , negeri saya tuhh :D bangga kot negeri 4 menang. hmm, saya duk belakang masa tu. tak nampak la plak zharif azis si retis tu menyanyi, haha

    zharif dalam blog kemain riuh kan. kalau selisih kat kmpp senyap kalau semut wakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua personaliti yg berbeza , begitulah hakikatnya =D

      Delete

Home