Wednesday, February 8, 2012

Makan Untuk hidup

Assalamualaikum !


Kali nie aku nak cerita pasal makanan . 
So get ready with ur tissue coz u might get terliur when u read this . Beware >__<

Seperti yang korang sudah sedia maklum , aku dapat cuti 5 hari .
Memang Zharif Azis rasa puas sangat sebab dapat joget-joget kat rumah dengan slamber nya .
Selain itu juga , Zharif Azis telah mengisikan masa lapang nya itu dengan makan tanpa henti .
Dan part yang paling runsing sekali ,berat Zharif Azis masih lagi maintain pada tahap 55kg . Dem !

Destinasi pertama yang ingin aku ceritakan ialah Domino's Pizza . 
Actually aku lebih prefer Pizza Hut daripada Domino's nie . Sebab aku rasa Pizza Hut lagi sedap kot

Bergaya dengan poyo nya semata-mata nak tunjuk lambang 
Domino's Pizza je =='

First impression was excited then turned to what the hell is this . Thank you so much !
Actually rasa nya boleh tahan lah jugak cuma cepat muak coz too much cheese in the pizza .
Atau erti kata lain , mungkin lidah aku dah sebati dengan Pizza Hut kot . Sorry Domino's =)

Berposing time makan itu perlu !

Walaupon x berapa suka , tapi makan jugak lahh . Boleh lah isi perut aku yang lapar time tu .
Lagipon bukan selalu makan bende alah tu . Aku datang cuma nak taste n go je . Bye !

Disebab kan aku terlampau comel , aku sampai x tau nak pilih gambar yang mana satu untuk di masukkan dalam blog . Jadi jalan penyelesaian nya ialah dengan meng-combinekan keduanya dan upload . Habis cerita =)

Selepas 1 jam lebih , ternyata perut aku x dapat lagi menerima pizza itu .
Jadi aku decide untuk bungkus bawak balik bagi adik-beradik aku yang kat rumah makan .


Lupa nak bagi tau , ya Allah dah nak habis baru nak habaq kat ampa semua . Nauzzubillah !
Aku pergi dengan budak Faries nie hah . Dia lah yang ber-ia sangat nak aku rasa Domino's nie

Print screen status facebook merupakan rutin harian Zharif Azis

Then we move on to the next destination . We went to Tutti Frutti yaww !
Omaigad ! I'm so excited to come here . Feeling-feeling like an orang kaya you know .
But the hakikat is I'm just an orang kampung yang baik dan handsome . Okey xde kene mengena .

Ini gambar curi dekat google image . Bye !

Ambik bekas paling kecik dengan harapan xnak ambik banyak sebab mahal .
Setiap 100 gram harga nya RM5.30 . Jadi kene berhati-hati semasa mengisi cawan tu . 

Ini muka " Uwaaa duit aku banyak habis kat sini jeeeee "

Toping nya agak membuat kan aku rambang mata . Rasa macam nak ambik semua .
Nafsu makan ku telah menghasut ku dengan rakusnya tanpa memikirkan kondisi kewangan ku

Terima kasih nafsu sebab berjaya membuat kan aku habis RM 9.81 . Uwaaaaa >__<
Padahal aku ambik sikit je . Seriously memang sikit . Buat taik gigi pon x lepas weyhh .

Sekali lagi aku keliru nak upload gambar yang mana satu sebab dua-dua handsome 

Tapi x apa lahh kan , niat pon cuma nak merasa je . So apa salah nya keluar duit sikit .
( Ini ayat nak tenang kan hati je )

Faries actually tengah demam .

I am a good paparazzi =)

Then i decide to send him to the doctor coz his temperature was too panas .
Masak telur rebus pon boleh kalau letak periuk dekat atas dahi dia . Loike seriously .
Budak-budak kat facebook yang korang kata hot-hot tu semua kalah . Dia lagi hot yaww .

The restaurant is just like a 5 star restaurant . Ohsem !

Makan-makan kali nie pulak , i was planned this makan-makan about a week ago ( Abaikan grammar aku )
Last aku makan kat sini masa bulan puasa tahun lepas . So agak dah berkurun jugak lah .
And that was the first time ever aku jumpa si Faries nie . Sadis kan cerita nya . Rasa nak lempang

Aku makan-makan dekat Celup King Shabu-Shabu . Comel je kan namanya . X rasa nak cubit ?
Lokasi nya terletak di atas Pak Li Kopitiam . Tempat kerja lama aku dulu =')

Nak makan kat sini xleh selalu , koyak poket korang nanti . Satu kepala RM 25 hengget .
Then makan lah banyak mana , selagi boleh . Selama mana pon xper . It's buffet style yaww .


Ouhh aku x makan berdua je dengan si Faries . Aku makan beramai-ramai . Total 9 orang =)
Nama dorang korang nak tau jugak ke ? Alaaa segan lahh nak habaq . Sebab semua nya artis
Ady , Izu , Amnie , Adib , Aiman , Awie , Farid , Faries Niet , Zharif Azis yang kacak . Eh

Konon-konon bentuk LOVE lahh =)

Kanan , kawan baik masa kerja dulu . Kiri , kawan baik facebook 

Restaurant nie berkonsep kan celup-celup makanan dalam kuah yang di sediakan .
Kebanyakkan makanan yang di sediakan makanan laut , ayam dan sayur-sayuran .
So memang aku manfaat kan makanan yang ada sebaik-baik nya . Xnak rugi . HAHAHA

Zharif Azis memang suka main cium-cium nie >__<

Bagi aku ruang untuk makan peliss , lapar tawu -,-

Them =')

Romantik tak ? Tapi Amnie nie macam xde nafsu je kat aku =='

Ini Izu , dia comel sangat-sangat =)

Alahai nape lah Izu dengan Faries nie comel sangat >__<

Memang best sangat dapat luang masa dengan dorang . 
BTW , x semuanya sebaya aku . Ada yang 17 , 18 dan of course yang paling tua tu 19 tahun -,-

Habis pasal Celup King , let's move to the next makan-makan . Kali nie aku makan Big Apple .
Bukan makan epal besar ke apa , tak tak tak . Big Apple nie kedai donut . Donut yang ohsem !

Big Apple Jusco Bukit Tinggi

Aku keluar ber-empat . Aku , Faries ( wajib ada ) , Zuhair dan Adi .
Aku makan berdua je dengan Faries masa nie . Yang lagi dua pergi tengok wayang .
Korang tau kan aku xleh tengok wayang . My ibu tak kasi . Hewhew =)

Donut yang dalam circle tu feveret aku !

Berposing time makan kan wajib =)

Biarpon sedap macam mana , tapi rasa muak tetap ada . Jadi xleh nak habiskan semua .
Bungkus bawak balik bagi adik-beradik aku yang kat rumah makan . Suci kan niat Zharif Azis =')

Lepas dah baca dari atas sampai sini , mesti korang dah salah anggap tentang aku .
Mesti korang cakap " Zharif Azis nie nak makan tempat mahal-mahal je , poyo dohh "
Korang mesti cakap macam nie kan ? Kan ? Aku tau dah , x perlu lah tipu lagi .
Apa ? Korang x ada cakap aku macam nie ? Okey aku silap , bye >__<

Ekceli warung-warung tepi jalan pon aku tibai . Aku nie bukan jenis yang memilih makanan .
Aku makan semua benda , asalkan halal . Ada lah beberapa makanan yang aku x makan .
Macam kuning telur , segala jenis bubur kecuali bubur nasi , air soya , susu , dan makanan pelik2

Mee bandung dan Epal jus 
Kedai makan depan perpustakaan Banting 

Nasi goreng paprik dan Oren jus
Restoran Warisan , pon depan perpustakaan Banting 

Yee mee ayam dan tanpa air ( sebab mahal )
Food court Jusco Bukit Tinggi

Roti canai dan Sirap limau
Restoran Malinda Monggo Mampir ( Orang banting xkan x tau kot ? )

Entri kali nie saja je nak cerita pasal makanan yang aku makan sepanjang 5 hari cuti di rumah .
Banyak sebenarnya aktiviti aku sepanjang cuti . Gambar pon banyak tapi malas nak upload .

Masa nak makan dekat Domino's , kulit aku terkoyak =(

Dah cukup lah erk . Dah bagi betis nak peha , nak kene siku ? Bye =P

PESANAN PENAJA


" Selamat tinggal dan terima kasih wahai kamera ='( "

Alkisah nya begini ,

Masa aku tengah tidur , laptop ada dekat sebelah Zharif Azis memang suka tidur depan laptop )
Lepastu laptop tu terjatuh , Uwaaaa dah dua kali laptop aku jatuh dari katil . Nasib baik xde pape . Tapi yang paling malang nya , kat bawah tu ada kamera aku nie hah . Lalu dihempap oleh laptop . Lepastu kamera tu kemek , xleh nak bukak . Habis cerita . Tepuk tangan >__<

Jadi aku sudah tidak memiliki kamera . Dah x boleh nak posing-posing maut dah >__<
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

10 comments:

  1. terkena kayu , then terkoyak lah kulit kaki tu . serious sakit gler msa kne >__<

    ReplyDelete
  2. kat situ kalau kena mesti susah nak baik... sebab hari2 kena air solat hehehehe

    ReplyDelete
  3. eh tapi alhamdulillah sekarang dh kering luka nya =)

    ReplyDelete
  4. elok la tu buh ubat... mcm ne game semalam dapat 2nd ek? ok la t upload blog lagi wokey :)

    ReplyDelete
  5. damnn, ak berhrap ade idea na post camnie, sygnya kaw da curi idea ak, haha, nice entry, jeless, blog ak bunyi cengkerik je lbey #cengkerik .. see bunyi lagi cengkerik tu , haha :)

    ReplyDelete
  6. alamak,mee bandung... ! camne nih..slurpp! kesat air liur..hehe

    nice entry.. first tyme dtg melepak disini..done folow..

    jemput datanga : akulovehunter.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. faiz : kau kan chef =) mesti banyak makanan yang sedap2 kau pernah masak <3

    ash : thanx singgah n follow =) mee bandung tu memang sodap =)

    ReplyDelete
  8. wah2,kita sama,sya ska jgak donut tu,nama donut tu MIMI LOLO kot,ntahlah. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! nama dia MIMI LOLO =) sepp sepp ! =D

      Delete

Home