Monday, March 12, 2012

Mata sudah rabun

Assalamualaikum 

Yer, mata aku sudah mula rabun. Tapi masih di tahap yang terkawal, cumanya ia sedikit sebanyak sudah mula mengganggu penglihatan aku. Uwaaa ! Tak sangka yang mata aku akhirnya mula rabun. Sumppah terganggu dan rasa tak puas nak tengok sekeliling.


Hari Sabtu hari tu, aku buat pemeriksaan mata dekat salah sebuah kedai kacamata di Banting. Ya, di Banting. Itu maksudnya aku balik ke rumah lagi. Ini merupakan kali pertama aku cek mata. Jadi aku agak sedikit runsing kenapa mata aku kena tengok rumah kecil di hujung bukit pada mesin itu. Hahaha. 


Aku ingat aku rabun disebabkan silau, sebab dari dulu aku memang sedikit silau. Rupa-rupanya memang aku ada rabun jauh. Mata kanan 0.25, mata kiri dah 0.75 rabunnya. Walaupun angka tu dikira masih kecil tapi orang kedai tu sarankan aku untuk pakai cermin mata kalau aku sudah mula rasa sakit kepala. Tapi Alhamdulillah, setakat hari ini aku tak ada rasa sakit kepala.


Ramai kata, orang yang rabun nie petanda orang tu kuat belajar. Tapi itu amat mustahil sekali untuk aku. Hahahaha. Jadi aku tak pasti punca utama yang menyumbang kepada kerabunan mata aku. Apa-apa pon, aku harap angka rabun tu tidak meningkatlah. Payah bila dah mula pakai cermin mata nie. Buat masa sekarang, aku masih bermata dua, esok lusa siapa tahu dah bermata empat pulak. 


Okay masa untuk aku pulang semula ke matrik. Ini merupakan balik rumah terakhir aku yang mana lepas nie aku hanya akan duduk dekat matrik tu sampailah hujung bulan empat nanti. Mampukah aku bertahan duduk di matrik tanpa balik Selangor selama itu ? Kita sama-sama saksikan.

Post edited : August 2021

5 comments:

  1. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete
  2. ,masuk nmatrik terus pakai spek T_T

    senasib

    ReplyDelete
  3. zharif dh rabun ye..selagi x sakit kepale x perlu kot pakai..yg penting faries hensem kt gmbr bwh 2..hehehe.

    ReplyDelete
  4. haikal : biasa lah , budak matrik kan semua nya pandai2 , mesti study kuat . ahaks =D

    faries : stop being perasan lahh weyhh . ikut kan hati xnak letak gambar kau , hahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...