Tuesday, April 17, 2012

Penjagaan Muka

Assalamualaikum 

Penjagaan muka sangat penting sebab muka merupakan aset berharga kita . Muka merupakan benda yang pertama yang kita tengok bila kita jumpa seseorang . Selepas muka then turun bawah lagi and bawah lagi . Okey dah mula seram . Abaikan .

Persoalan nya , ada ke lelaki yang betol-betol ambek berat pasal penjagaan muka nie ?
Kalau perempuan tu , kita boleh faham lah lagi . Dah memang sifat azali dorang memang nak cantik je sepanjang masa . Kalau boleh satu jerawat pon tak nak ada .

Boys over flower maybe ? Okey aku tak pernah tengok lagi >__<

Jawapan nya , ADA .

All this while aku ingat lelaki nie tak kisah sangat pasal penjagaan muka . Sebab lelaki kan jenis yang brutal . Jenis yang tak amek port sangat bila ada jerawat . But then bila aku start tinggal dekat asrama ( Matrik ) , baru aku tau yang lelaki pon nak jugak nampak cantik . I mean cantik dari segi muka bersih , bukannya cantik dari segi aww aww . Errr awkward -___-

Kalau setiap malam sebelom nak tidur , try lah jejak kaki pergi bilik air budak laki ( Kalau boleh lah )
Mesti ada je dua tiga empat lima kira sendiri orang tengah berdiri depan cermin sambil pakai pencuci muka . Tompok-tompok benda putih kat muka secara berjemaah .

Pernah lah satu malam tu , I mean dah tengah malam sangat . Sistem pembuangan aku buat hal . Dia meragam suruh aku pergi toilet . Urghhh ! Dekat 15 minit jugak lah kat toilet tu . Perlu ke detail kan berapa lama kita berak kat sini Zharif ? Okey abaikan .

Selepas perut ku rasa happy kerana sisa-sisa di dalam nya telah di keluarkan , aku pon bergegas keluar sebab takut pergi toilet malam-malam sorang-sorang . Dekat nak sampai pintu keluar , sekali ada satu mamat nie muncul dengan muka penuh putih-putih secara tiba-tiba . Ya Allah , tanjat boboi O,O Melatah eh mak kau jugak lah kat situ . Habis kantoi maskulin .

Moral of the story : Jangan pergi bilik air malam-malam .

I don't have any produk khusus for my face since my face doesn't really give me any problem . Thanks Allah , Alhamdulillah . Memang tak pakai apa-apa produk pon kot since sekolah menengah . Lagipon aku nie jenis tak percaya sangat produk-produk muka yang ada kat pasaran sekarang nie . Masa sekolah rendah dulu ada lah jugak gatal tangan guna Fair & Lovely sebab nampak ayah aku pakai so terikut-ikut sekali pakai .

Dulu masa muda-muda ( sekarang pon masih muda lagi okey >__< ) , bila picit jerawat je dia terus hilang . Tapi sekarang nie bila aku picit jerawat dia ada tinggalkan kesan hitam . Urghh ugly tau tak . So that aku kene pakai something untuk menghilangkan kesan-kesan hitam nie .

I use Bio-Oil

My mom yang suggest kan benda nie . And Alhamdulillah lah kesannya boleh tahan . Nampak jugak lah perubahan nya . Harga nya cuma RM 30 something je kot . Tiap kali nampak Bio-Oil je , mesti kita pikir " Ohh itu ubat hilangkan parut " Tapi kita silap . Banyak kegunaan sebenarnya Bio-Oil nie

5 masalah , 1 penyelesaian .

Hah banyak kan faedah nya =) So memang tak menyesal lah guna benda nie . Guna pon tak habis-habis . Aku beli sebelom aku masuk matrik which means tahun lepas bulan lima . Sampai lah dekat nak habis matrik tak habis-habis lagi . Memang betol-betol tahan lama benda nie .

Sila baca label sebelom guna yerp . Do not use on broken skin which means kalao tengah berdarah-darah tu jangan lah guna . Takot ada effect lain pulak nanti . Kang tak pasal-pasal aku yang korang cari nanti sebab suggest kan pakai benda nie .

Memang aku akui , produk muka yang lain seperti pencuci muka semua tu perlu ada . Tapi entah lah , aku memang tak reti nak guna benda tu semua . Dan satu hal lagi , aku nie jenis yang tak peka waktu . Kalau aku ingat , aku pakai . Tak ingat memang tak pakai .

Senang je .
Nak putih : Jangan masuk kawad kaki . Jangan bogel tengah-tengah panas . Jangan berjemur .
Nak jerawat tak ada : Jangan gatal ada makwe pakwe sebelom waktunya .
Nak kulit licin dan bersih : Biasakan diri amek wudhuk selalu .
Nak kekal muda : Hentikan masa dunia .

As simple as that =)

Beberapa petua-petua orang lama yang aku rasa korang boleh amalkan .

Air bilas beras - Kata orang , air bilas beras nie boleh kurangkan jerawat kat muka . Muka jadi licin , kulit jadi halus mulus . Lembut je bila pegang .

Daun kunyit hidup - Daun kunyit hidup di tumbuk sampai berair , then sapukan dekat parut . InsyaAllah akan pudar parut tu sekiranya dilakukan secara berterusan .

Ini je petua-petua yang aku pernah cuba . Yang lain tak pernah lagi . Korang cuba lah try google-google untuk dapatkan lebih banyak petua .

PESANAN PENAJA 


" Jangan tak makan sayur "

Ewahh terhapdet jugak blog aku nie . Rindu tau tak nak menaip >__<  Korang tengok pukul berapa aku hapdet nie -____- Dekat jam 4 pagi tau tak *matapanda.jpg*

Ini merupakan entri yang ke 100 dalam blog jejakakaula . Kagum sat dengan pencapaian gigih aku menaip . Walaupon orang lain punya entri dah dekat ribu riban , kesah apa aku . Muehehehe

Aku tak tau nak letak gambar apa kat ruang pesanan penaja tu sebenarnya . Sebab tiada waktu untuk berposing . Jadi terima apa yang ada jelah erk . Haha

Doakan aku boleh jawab dengan mudah ye untuk final exam nie . And i wish all the best to all budak-budak matrik . Let's do this bebeh !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

9 comments:

  1. lelaki nak muka bersih sebab perempuan skrg tak suka lelaki banyak jerawat . 9 of 10 responden . haha

    amboi patutlah muka dia putih dah bersih :3

    ReplyDelete
  2. Haha! Aku pon jaga muka gàk. Hidup tak tnteram kot bila ada 1 jrawat ada kat muka. Kalau ada kt bwh takpa lagi. Okay seram xD hahaha..nice entri!

    ReplyDelete
  3. aliff : owhh ye perempuan tak suka lelaki berjerawat ? memilih betol kann >__< huhu

    kimy : patot lah muka bersih innocent je =) wahh dah pandai gurau seram sekarang nie . kemain =P

    ReplyDelete
  4. sempat promote g tuh. btw gud luck

    ReplyDelete
  5. haha,comel btol la entry2 kamu ni..

    ReplyDelete

Home