Monday, June 25, 2012

Baru 2 minggu

Assalamualaikum

Hai semua , jumpa lagi kita kat sini . Hah kan rajin tu namanya . Sila beri tepukan sikit untuk Zharif Azis sebab dah meluangkan satu malam berjaga untuk hapdet satu entri .
Tup tup tup ( Sound effect tepukan )

Someone tagged me this picture in facebook =)
Thanx Janna =)

Jom teruskan dengan apa yang baru 2 minggu tu . It's not really 2 weeks actually , i've been working since 5th June . So you can count on me like one two three lah . Betol-betol OhMyEnglish nie .

Baru kerja 2 minggu , dah pecahkan 2 pinggan kaca .

Tak tau lah macam mana boleh terjatuh . Padahal cuma bawak dua pinggan je masa tu . Kalau bawak banyak tu kira nya boleh faham lah lagi kenapa boleh terjatuh . Ini cuma bawak dua pinggan je pon boleh terjatuh . Actually masa tu tengah mengelamun . Mengelamun saat-saat indah lah konon . Sekali pung pang pang ping dua pinggan terjatuh . Terus tersedar dari lamunan .

Pinggan-pinggan sekalian , tolong jangan pecah lagi 

My hands were shaking very hard . Lantas aku lari ke belakang untuk mengambil penyapu supaya perbuatanku itu tidak dihidu oleh manager aku . Namun cubaan ku gagal -___- Demm ! Kantoi pulak dengan manager . Nasib baik dorang tak marah . Nak kene bayar ganti rugi ke erk ?

Baru kerja 2 minggu , dah jatuhkan 3 pizza dekat tangga .

My recent pos ada menceritakan saat-saat aku menjatuhkan pizza di tangga . And again , aku jatuhkan 2 pizza sekali gus dekat tangga . You did a very good job Zharif . If there's 10 people like you outside there , Pizza Hut akan bungkus .

Ini tangga berhantu

Seronok pulak main jatuh-jatuh kan pizza dekat tangga . Kau mampu ?

Baru kerja 2 minggu , tangan dah calar balar .

It was an accident okey . Bukan aku saja-saja luka kan tangan aku sendiri .

Cantik kan tangan aku sekarang ?

Aku bukan sahaja menjatuhkan 2 pizza di tangga malah aku juga mencederakan kedua-dua belah tangan aku . Bagai sudah jatuh di timpa tangga . How shit is that ? Terkena pan panas bapak sakit . Melecur sampai tersiat kulit aku . Bila kene air , maigad Allah saja yang tau pedihnya macam mana .

" Kau nie baru kerja 2 minggu , tangan dah calar balar " - Sir Ramlan

Sir , itu tanda nya saya nie seorang pekerja yang gigih dan rajin =)

Baru kerja 2 minggu , henset terjatuh dalam sinki yang dipenuhi air .

Ini kisah yang menyayat hati . Sila beri perhatian khusus untuk ruangan ini . Untuk lebih ikhlas , sila sediakan tisu bersama anda . 

Tinggal kenangan 

Di satu malam yang sunyi lagi dingin , aku memakai apron plastik seperti biasanya untuk membasuh pinggan mangkuk semasa closing . Dengan tak semena-mena henset sony hazel yang berharga 510 hengget aku tu berdering menandakan ada satu pesanan ringkas masuk .
( Ayat nak dramatik je padahal boleh je cakap ada mesej masuk -__- )

Lantas dengan excited nya aku terus mengambil henset yang berada di dalam poket seluarku tanpa memikirkan kesan dan akibatnya untuk melihat siapakah gerangan pengirim mesej itu . Belom sempat untuk membuka mesej itu , henset aku terlepas dari tangan kerana tangan aku terlalu licin . Lalu terjun lah henset itu ke dalam sinki yang dipenuhi air . 

Guess what , the message come from whom ?
It was from Maxis -__- 

Sadis kan cerita nya ? Mesti ada yang menangis sampai keluar hingus-hingus cair kan .

Baru kerja 2 minggu , kasut aku dah koyak rabak .

Yes , it's true . Just take a look at my shoes . It's horrible .

Malu gila nak pakai

Sebenarnya ini kasut yang aku pakai masa dekat matrik dulu . I've been wearing this shoes since day first in KMPP until day last . Almost setahun jugak lah guna . Elok je takde lah sampai koyak dan seburuk ini . Tapi bila aku guna kasut nie untuk pergi kerja , maigad , dah macam apa entah . Grrr

Tapi takpe , aku dah beli kasut baru . RM 15.90 sen je . Murah kan =)

Taraaa ! Ringan dan selesa 

----------------------------

Sebenarnya cerita nie ada sangkut paut . Disebabkan kasut aku yang buruk tu , aku terjatuh kat tangga time bawak pizza . Dan di sebabkan aku jatuhkan pizza , pan panas jatuh kat tangan aku lalu tercedera .

Aku harap lepas nie aku bekerja dengan lebih bagus dan lebih berhati-hati . Aminn

PESANAN PENAJA


" Ini baru 2 minggu , kalau 2 bulan macam mana ? "

Siap pon =) Baca blog nie ----> KLIK
Kalau korang rajin lah nak baca . Ke dah penat dah ?

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

See ya !

Wednesday, June 20, 2012

Sunway Lagoon

Assalamualaikum 

Hari ahad yang lalu , 17 jun 2012 , aku telah di taja untuk bermandi-manda di Sunway Lagoon . Memang excited sangat lah kan . Sebab Sunway Lagoon nie memang tempat feveret aku dari kecik . Kalau boleh nak pergi hari-hari tapi apa kan daya , bukak wallet hanya rama-rama yang keluar . Ohh sadis nya hidup ku ~

Tak nampak macam tengah excited pon kan 

Saja je buat muka macam tu . Tak nak lah tunjuk macam kampung sangat . Muahaha =D

Sape yang taja ? Mesti korang nak tanya kan , alaa tau dah . Korang memang suka sangat jadi wartawan tak berbayar nie kan . Meyh aku bagi tau . Aku di taja oleh ........

Dorang lah yang taja ^^

Dorang nie keluarga si Faries . Keluarga dia buat family day . So lokasi nya di Sunway Lagoon lah . Mak dia ajak aku ikut sekali . Orang dah ajak sape je yang nak tolak kan ?

Tapi malu sangat-sangat sebab seluruh ahli keluarga dia ada . Termasuk tunang kakak dia , abang-abang ipar dia , kakak-kakak dia , anak-anak buah dia . Pokok nya semua nya ada . Cukup dan lengkap . Tak ada tinggal satu pon . Semua yang pergi 17 orang termasuk aku .

Ini keluarga besar Faries =) Budak kecik lagi 2 orang merayau masa nie
( Tukang ambik gambar : Tunang kakak dia yang baju kuning )

" Acik , terima kasih sangat-sangat sebab ajak saya =) "

Sebenarnya nak terima kasih kat semua keluarga dia sebab dah baik sangat dengan aku =) Tak tau nak cakap apa lagi . Terima kasih ye semua .

Yang nie dah kenapa ?

Okey jom teruskan dengan percutian aku di Sunway Lagoon . Sabtu malam aku dah gerak pergi Negeri Sembilan tidur dekat sana sebab nya nak gerak beramai-ramai besok pagi nya . So dalam jam lapan pagi macam tu baru semua bertolak pergi ke Sunway Lagoon . Sampai Sunway jam 10 something macam tu .

Tangan aku yang ada parut tu -__-

Konon je -__-

Lepas dapat tiket je terus cari port letak beg . Then start main benda-benda kat situ . First kitorang main permainan kasut =) Rasanya korang tau kot .

Kasut 

Muka teruja 

Yang kedua kitorang main burung terbang . Tak tau lah nak panggil apa . Tengok bentuk macam burung zaman dinosour .

Inilah bendanya 

Muka tak tahan pundi kencing 1

Muka tak tahan pundi kencing 2
( Takde misai dah )

Yang ketiga kitorang main pelampung air benda ntah . Alaaa benda nya yang kaler oren tu . Dia macam bot tapi jenis yang bulat dan bawah nya ada pelampung tayar yang besar .

Eh lompat-lompat pulak dia 

Le me in boat 

Budak nie main semua benda takot , dari mula sampai akhir asyik mengucap je -__-


Yang keempat , kitorang masuk rumah hantu . Seram lah jugak bila masuk tu . Cuma tak faham kenapa tetibe ada tayangan dalam tu . Lawak ke rumah hantu ada tayangan perdana bagai ?

Masa nie tengah fikir sama ada nak masuk ataupon tidak 

Seram lah sangat 

Le me in front of rumah hantu 

Lepastu terus berkumpul balik dengan keluarga dia . Kamera pon aku tak bawak sebab nya letak dalam beg . Beg mak si Faries yang jaga . So memang tak ada gambar lah .


Ihsan kamera abang ipar dia =)

Masa nie naik kayu balak ular yang tinggi tu . Sumpah takot gila bila nak jatuh ke bawah tu . Curam sangat . Dah lah naik dengan abang-abang ipar si Faries masa nie -__- Tau tak MALU tu apa ? Tapi dalam gambar ketawa tak ingat dunia . Habis braces tunjuk orang sana sini .

Lepastu ramai-ramai naik kapal besar yang terbalik-balik , naik penukul , naik roller coaster , naik cawan pusing-pusing . Lepastu pergi ke extreme park main motor merah yang besar , main paintball , main lompat-lompat , naik swan lake dekat tasik . Alaaaa kalau korang tengok Seia Sekata Schawal dekat Astro Ria , mungkin korang tau kot . Then kitorang pergi mandi-manda . Baru lah teringat nak bawak kamera .

Flying fox tu tak sempat naik sebab kene beratur panjang >__<

Mat salleh sana sini ber-bikini bottom . Seksi-seksi ngat .

Tamat sudah . Terus siap-siap nak balik sebab dah dekat pukul 6 . Tapi kitorang semua tak terus balik . Sempat lagi naik roller coaster buat kali kedua . Lepastu naik cable car pusing-pusing yang macam kat funfair tu . Maklumlah , kan jarang dapat pergi tempat-tempat macam nie , so manfaat kan peluang yang ada .

Bila bekas jerawat dekat dagu tu nak hilang -__-

Pelancong kat belakang tu usha pelik pulak pehal ~

Yang lain semua nya tengah main roller coaster 

Lepastu baru lah start berposing amek-amek gambar sebelom nak balik Negeri Sembilan .

Ini tempat roller coaster =) 

Eh ?

Le tiger sedang beristirehat ~

Beruang depan mainan cawan 

Gula-gula kapas kat sini memang sedap ^__^

Why so serious ? Chill lah 

Eh eh dah senyum nampak braces =D

Keychain tu bapak mahal . Kecik je pon >__<

Tiket yang aku pakai tu ( Jam ) , aku tukar dengan baju tu . Lepastu beli sikit souvenir untuk sir Ramlan sebab dah baik hati bagi aku tukar cuti di mana Pizza Hut memang busy pada hari Ahad =)

Nak balik dah =') Lain kali datang lagi yerr 

Sebelom balik singgah dekat RnR mana ntah , laksa dia memang super sedap lah .


Actually nak tunggu kakak-kakak dia upload gambar tapi nanti macam lambat sangat pulak . So terpaksa hapdet dulu . Gambar-gambar tu nanti aku selit-selit kan lah kat entri nie . Korang kene lah rajin bukak blog jejakakaula nie . Ahaks ~

NOTE : Aku ada tambah gambar lagi . Ihsan kamera DSLR abang ipar dia . Harap maklum .

PESANAN PENAJA


" Terima kasih buat Faries sekeluarga sebab dah belanja saya =) "

Alhamdulillah siap jugak entri nie . Dah aku nak pergi kerja nie . Byebye ~
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Friday, June 15, 2012

Kau ingat aku apa ?

Assalamualaikum

Selagi aku tak hapdet benda nie , selagi tu otak aku terganggu . Terganggu sebab blog . Sampai kan time nak ambik order pon boleh mengarang ayat dalam otak untuk hapdet blog . Hah macam mana tu ?

So aku harap dengan ter-updated nya blog aku nie maka gangguan itu akan hilang dari otak aku

Kenapa senyuman aku pelik ?

Okey kali nie aku nak cerita pasal customer-customer Pizza Hut yang tut tut tet tot . Ada yang baik , ada yang jahat , ada yang kejam , ada yang tak faham bahasa , ada yang mintak penampar pon ada . Seronok ada customer macam dorang nie . Buat hidup aku jadi lebih meriah .

First nak cerita sikit pasal customer yang kuang hajaq . Ada lah 2 pasangan makwe pakwe nie duduk satu meja . Dan kebetulan masa tu meja yang dia duduk tu belom di bersihkan lagi . Aku pon dengan baik dan rendah diri nya lap kan lah meja dorang tu . Time aku tengah lap , boleh pulak , dorang semua tunjuk-tunjuk kotoran-kotoran kat atas meja tu sambil berkata ,

" Bang nie belom bersih lagi , bang nie belom , yang nie "

Kau tak reti sabar ke hah ? Aku tau lah nak lap . Kau tak nampak ke aku tengah lap . Tak payah lah kuang hajaq sangat nak tunjuk-tunjuk macam tu . Ada mulut kene suap dengan kain lap nie kang . Ingat kau bagos ?! Aku nie Zharif Azis oke .

Dah kenapa pon kalau kau tu Zharif Azis ? lol ~

Nampak tak ketekunan aku di situ ?

Secondlay pulak aku tak puas hati dengan orang cina nie . Bukan lah nak kutuk kaum cina ke apa . Tapi , selalunya ( Tak semua ) kaum cina nie dorang tak berapa nak respect orang lain . I mean , dorang kan kaya so dorang mungkin fikir dorang boleh arah sesape saja . Marah sesape saja . Dan tahap kesabaran dorang juga teramatlah tipis . Sangat !

Selalunya , bila dorang tengah marah , dorang suka meninggikan suara . Tau tak betapa malunya kene tengking , dah lah ramai orang . Terpaksa lah buat muka tebal ala-ala pakai make up tebal cover jerawat . Eh ?

Kalau panggil elok-elok kan bagus , tak perlu lah jerit-jerit nak marah . Panggil lah dengan penuh kasih sayang . Ini tak . Semua nya nak menengking . Bukan kaum cina je . Melayu India semua same . Warna kulit je yang membezakan kita . Cuba korang panggil camnie ,

" Zharif Azis yang hensem lagi menggodakan , order pliss "

Dengan serta merta aku terus datang meja korang and serve korang semua . Siap bagi dua soup free lagi . Ce korang try buat . Tapi makesure kuat sikit tau . Biar orang lain dengar sekali

Cek tanda Halal =) Semua nya Halal !

Ketiga pulak aku paling fed up bila dorang panggil suruh order then bila aku datang dorang masih lagi tak sure nak order apa . Serious best dengar perbualan dorang .

" Shi shi shoo , fo dishafou , okey dik yang nie bagi satu . Se fomei lin ? Shafou , shie so fotot toye , okey bagi yang nie lagi satu tapi tak nak bawang ye dik . Se mo ? fishou toforeo ferrero roshe , po ta chi fi mathafaka . Ko be fosyoputa fi mokolitou . Okey itu saja dik =) "

" Ina puringge ? Nalek , sundiram tanalayem , akak nak ini mari tapi akak tak nak itu cendawan . Kelonggopori elek , ayoyo mo tamil laddu , nak tambah yang nie 4pcs ye dik . Poraaa vaan na vil astromali two o wan bolecuriya boli kanggena ? Ama pucik , elek . Okey itu saja dik =) "

" Nak yang nie ke yerp ? Takot nanti tak habis pulak kan . Okey dik bagi akak yang nie satu set . Eh papa , nak ke bungkuskan untuk mak kat rumah . Kat rumah ada berapa orang ye ? Takot nanti dorang berebut pulak . Dik , yang nie akak nak bungkus tapi nak empat set . Dah tu je ke papa ? Mama dah lapar nie . Baby dalam perut pon dah tendang-tendang nie . ini semua salah papa lah nie yang buat mama buncit macam nie . Eh ? Okey itu je dik . Nanti kalau ada lagi akak panggil yer "

Terhibur doh aku dengar =) Rasa nak lempang pon ada .
*Perbualan itu hanya rekaan semata-mata . Aku tak tau maksud nya apa . Harap maklum ~

Nie muka mintak pelempang >__<

Jadi manusia tu cuba lah bawak-bawak bersabar . Pikirlah situasi orang lain jugak . Jangan asyik fikir perut sendiri je . Ingat kau sorang je ke customer yang tengah makan kat situ ? Ingat kau sorang je ke yang kitorang kene layan ? Ingat kau tu Yang Di Pertuan Agong ? Ingat mati pliss . Eh tetibe

Try to put yourself in my shoes then you'll now how hard being a Pizza Hut BANTING's crew . Pizza Hut kat tempat lain tak tau lah pulak . Yang pasti kat sini memang kekurangan staff . So sape-sape yang goyang kaki kat rumah tak buat apa-apa , boleh lah datang kan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada crew kami =) Sesungguhnya bekerja di sini teramatlah best ! Hari-hari boleh dapat makan pizza free . Tak nak ke ?

Pizza-pizza dalam nie kalao tak habis boleh bawak balik 
How cool is that ?

BTW , tak semua customer-customer yang datang situ kejam . Ramai je yang baik dan peramah . Ada je orang yang faham dengan situasi kitorang . So sweet kan =D Aku suka customer yang macam nie . Harap korang pon jenis yang macam nie .

PESANAN PENAJA 

" Banyakkan bersabar =) Jangan marah-marah nanti cepat tua "

For this entri tak sempat nak bergambar , so pakai gambar capture lalu phone kawan je . Untuk makluman , handphone aku semalam jatuh dalam sinki yang dipenuhi dengan air masa aku tengah basuh pinggan . Bagos nya Zharif Azis bekerja =)

Ahad nie aku cuti =) Ada orang taja nak ajak aku pergi somewhere . Alhamdulillah murah rezeki aku
Nak berterima kasih dekat Fieyna Abd Manan sebab dia ada tulis entry untuk aku . KLIK
Terharu baca blog dia =') Terima kasih .

Dah tu je .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Friday, June 8, 2012

Tidak lagi tanam anggur

Assalamualaikum

Aku tau ramai yang rindu aku , ye aku tau . Aku pon rindu korang semua . Kalao jumpa , rasa macam nak pelok-pelok bawak masuk bilik je . Eh ?

Okey , actually aku sihat walafiat je . Ada orang tanya khabar ke ? lol ~
Alhamdulillah , aku sekarang tidak lagi bergelar graduan matrik yang menganggur . Aku dah dapat kerja . Kerja dekat Pizza Hut Banting .

Satgi naik pangkat lerr , bye .

Aku sebenarnya malas nak kerja kedai makan lagi , cukup lah dulu kerja dekat Pak Li Kopitiam . Bukannya apa , kerja kedai makan nie penat tawu . Al-maklumlah , kene layan kerenah pelanggan , lari sana lari sini , terkejar sana terkejar sini . Fenat sangat youuuu .

Tapi nak buat macam mana , mungkin rezeki aku kat sini . So terima je =)

First day kerja 5 Jun hari tu , masuk kerja je terus di interview . Sebab nya masa aku isi borang terus manager Pizza Hut tu suruh datang kerja besok nya . Amboi . Hensem sangat ke aku nie ? Wahh gitu .

Tapi aku di interview oleh manager yang lagi satu . Manager lelaki . Aku punya lah cuak sebab nya muka manager lelaki aku tu serious gila nak meninggal . Padahal sebenarnya dia nie jenis yang lawak dan cool je orang nya . Cuma muka dia tu yang buat orang lain takut .

Sedikit sedutan interview aku hari tu ,

PERLI >__<
Manager : Hobi awak apa ?
Me : Online , blogging , something yang relate to the computer lah .
Manager : Dulu masa sekolah awak masuk sukan apa erk ?
Me : Acara larian dengan catur .
Manager : Awak nie tak main benda lasak ke ? Semua nya jenis yang tak berpeluh .

Manager : Nombor 017 nie nombor awak ? Satu nombor je ke ?
Me : A'ah tu nombor saya , Ada satu je .
Manager : Ye ke ? Bukan ada lima ke ? Satu untuk awek nie satu untuk awek tu . Muka playboy nie

Lawa Pizza Hut Banting sekarang nie , baru renovate =)

PUJIAN MELAMPAU =)
Manager : Kenapa nak kerja dekat Pizza Hut ?
Me : Sebab saya mintak kerja dekat tempat lain tak dapat . Ini je yang dapat .
Manager : Ahh tipu lah kalao kacak-kacak macam nie takde orang nak ambek kerja .

Manager : Kat tempat lama awak , apa yang awak rasa customer suka kat awak ?
Me : Mungkin sebab saya rajin kot
Manager : Ye ke ? bukan sebab awak kacak ?
Me : Pon boleh sir ( Okey part yang nie aku tambah )

Ruangan untuk pujian nie aku ingat nak tambah lagi , tapi cukuplah bagi dua je . Takot satgi kang ada yang meluat pulak . Jelly ke ? Wakawaka

So far kerja , Alhamdulillah okey . Cuma masa hari ketiga aku kerja , aku dah jatuh kan satu pizza . Dah lah aku terjatuh kat tangga . Pulak nya jatuh pada anak tangga yang terakhir . Pergghhh ! Masa pizza tu tersembam mencium lantai , customer semua tengok T__T Malu sangat diri ini . Bagai di cili dengan cili kampung . Ada kene mengena ke ?

Semuanya buat muka seolah-olah berkata begini di dalam hati :
" Laa hensem rupanya yang jatuhkan pizza tu , takpe lah . Mungkin dia penat sangat kot "

Bye .

Apa yang aku suka kerja dekat Pizza Hut Banting nie ialah kurang nya kamera litar tertutup . Ini sangat ohsem sekali . Kamera hanya letak dekat kaunter cashier SAHAJA . So jikalau ada pizza yang customer tak mintak tapi budak kitchen terbuat lebih , kitorang yang budak service nie melantak ramai-ramai pizza tu dekat bar . Di situ tiada pengawasan kamera . How best is that people ?

Segala makanan yang tak pernah aku order/beli sebelom nie , aku dah rasa dengan free nya tanpa bayar . Nak beli benda pelik-pelik dekat pizza nie jauh sekali memandangkan harga nya pon sangat lah menyedihkan mata yang melihat nya .

Caught on camera , kantoi !

Yang pasti , Pak Li kopitiam jauh lebih sistematik berbanding dekat Pizza Hut nie . Dekat Pak Li teratur je tapi dekat Pizza Hut nie huru-hara . Sampai tahap customer nak menipu pon boleh .

Apa-apa pon , aku bersyukur sangat dah dapat kerja . Tengok lah first month nie macam mana . Kalau gaji okey , aku teruskan lah . Kalau gaji tak okey , bye-bye jelah jawab nya . Muahaha =D

Comel ngat ^^

Zharif betolkan niat tu balik ! Okey-okey , aku betolkan .  Sahaja aku bekerja untuk mencari rezeki yang halal semata-mata kerana Allah Taala dan bukannya melalui kegiatan MLM . Eh terhina lagi pulak . Oppsss =) Jangan marah okey .Tak baik youuu . Siap remove friend gitu . Eh ?

Gara-gara pizza aku kehilangan misai aku T__T

Why so serious Zharif ?

Hilang dah misai aku =( So lepas nie nama twitter aku kene tukar lain lah . Dah tak boleh Misai Nipis lagi . Owhh bukan itu saja , aku juga kene potong rambut . Apasal lah cerewet sangat kalau nak keje dekat tepat makan nie . Semua jenis bulu nak kene potong . Haihhh ~

Taraaaa !

Dah itu saja nak cerita . Malas pulak nak celoteh panjang lagi .

PESANAN PENAJA 


" Jemput lah datang Pizza Hut Banting , tak datang pon takpe , senang sikit kerja aku . Muahaha "

Next time aku post pasal customer Pizza Hut pulak yer . Itupon kalao aku rajin lah . Laptop pon tengah rosak nie . Hapdet nie pon ehsan guna laptop orang lain . Eh aku busy tau kawan-kawan , online pon dah jarang dah nie . Hewhew =D

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 
Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...