Friday, July 20, 2012

Info tentang UNIMAS

Assalamualaikum

Sejak 13 julai yang lalu, ramai yang bertanya aku : "Dapat sambung mana?. Dekat beratus jugaklah mesej masuk phone masa tu. Okey tipu je, padahal cuma 13 mesej je. Tapi jumlahnya tetap banyak bagi orang yang single macam aku nie. So post kali nie, aku akan reveal semuanya, head to toe bak kata Tyra Banks.


1. Zharif Azis dapat sambung Universiti mana ?
I got Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS. I did some research about UNIMAS dan ianya tersangatlah besar. Bagi pendapat aku, ia sangat cantik. Infrastruktur dan reka bentuk bangunan tersangatlah unik dan menarik. Paling menariknya, di UNIMAS terdapat satu jambatan yang amat besar, ia dikenali sebagai jambatan cinta. Agak mengundang fitnah nama jambatan ini. Kah !


Reka bentuk perpustakaan UNIMAS agak moden. Reka bentuknya buat pelajar tertarik untuk datang ke situ setiap hari. Datang situ untuk belajar ye hadek-hadek, bukan untuk bercintan-cinun. Rata-rata dulu masa kat KMPP, most of the students manfaatkan study di library sebagai salah satu medium untuk dating. Licik betol remaja sekarang kan. 


Paling menarik sekali dekat UNIMAS terdapatnya kolam renang. Itu sangat wow okey. Selain kolam renang, dekat UNIMAS juga terdapat tempat untuk bermain bowling. All these temptations make me can't say no to UNIMAS. 



Itu yang aku rasa outstanding lah. Mungkin universiti lain tiada kemudahan nie. Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam UNIMAS, termasuklah gymnasium (setiap kolej kediaman ada), cafe makan yang cantik, Mini pavilion (7E, kedai photostat, mini market, what so ever).



Keluasan UNIMAS kira-kira 2000 hektar (105,367 meter persegi). Pembinaannya pula mencecah RM775 juta. That costed a lot of money. No wonder lah cantik dan besar. 

2. Zharif Azis dapat sambung kos apa ?
Aku dapat sambung kos Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian (Hubungan Industri dan Perburuhan). Maka termakbullah doa aku bahawa aku tak nak ambil kos sains lagi dah. Tapi agak-agak kot sampai bagi industri dan perburuhan. Lulz

Fakulti Sains Sosial

Tulah masa isi UPU dulu siap tukar, konon tak nak kos Perhutanan Tropika Antarabangsa kat UMS sebab kene masuk hutan. Tup tup dapat perburuhan, amek kau. Habislah lepas nie mesti banyak terdedah pada sinaran terik matahari. Maaflah pada mereka yang bertanya tapi aku tak jawab. I was frustrated with what i got. Cuma those yang rapat dan rapat dan rapat je yang aku bagi tahu. Aku mintak maaf ya. Tapi sekarang semua dah tau kan ?

3. Zharif Azis dapat kolej apa ?
I got Kolej Cempaka.

Kolej nie bangunan tempat tinggallah. Ada 7 kolej dekat UNIMAS nie, antaranya adalah Kolej Bunga Raya, Kolej Sakura, Kolej Tun Ahmad Zaidi, Kolej Alamanda, Kolej Kenangan, Kolej Cempaka dan Kolej Perubatan. Semua kolej besar-besar belaka cumanya yang paling besar Kolej Bunga Raya.

This would be my kolej kediaman for the next 3 years 

Kolej Cempaka nie didiami oleh wanita dan lelaki. Begitu juga dengan kolej-kolej yang lain kecuali Kolej Sakura yang mana wanita sahaja di situ.  Banyak kelebihan kolej aku nie.

Peta UNIMAS 

Antaranya ialah ia terletak di tengah-tengah UNIMAS dan paling dekat dengan beberapa fakulti, termasuklah fakulti aku iaitu Fakulti Sains Sosial. Bak kata abang/kakak senior, kedudukan kolej cempaka nie paling strategik. So tak ada lah penat sangat berjalan nak pergi satu tempat ke satu tempat yang lain.

Atur susun bilik

Kemudahan yang disediakan di Kolej Cempaka :
1. 2 buah kafeteria
2. Bilik rekreasi
3. Bilik seminar
4. Bilik belajar 24 jam
5. Surau
6. Gymnasium
7. Minimart
8. Padang bola keranjang , futsal dan bola jaring
9. Peralatan dan kemudahan sukan
10. Studio kebudayaan
11. Bilik simpanan semasa cuti semester
12. Dobi layan diri

Kafe Kolej Cempaka 

Aku harap dengan post kali nie, akhirnya terjawab sudah segala teka-teki korang yang selama ni buat korang tak tidur malam memikirkan kos apa yang aku dapat, dapat sambung universiti mana dan macam-macam persoalan lagilah. Just nak bagi tahu, aku tak pasti lagi sebenarnya nak ambil tawaran nie. So jangan lah berharap sangat yang korang akan jumpa Zharif Azis kat UNIMAS or berharap nak dapat satu bilik dengan aku. Kah !

NOTAKAKI : AKU TOLAK TAWARAN UNIMAS DAN SAMBUNG BELAJAR DI UPSI.

Post edited : August 2021

 

84 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hoyeah !!
    Akhirnya..zarep hensem btaw jugak semuanya kan? hehee



    Hey,zarep, kau taw tak,aritu mase aku kt KMM, aku jadi MC utk taklimat sal Unimas ni ha.Dari situ aku pun dah exposed tntg bykkkkk benefit kalau masuk situ.Siyes aku teringinnnn sangat nak masuk.Kemudahan sangat3lah syiok.Siap aku amek no dekan ngn penceramah tu taw.Dlu aku ade dapat asasi unimas,tp sygnye,ade konflik.So,aku tak pegi lah.


    Kali ni,aku tak mntak unimas bukan sbb tak suka,tp takut homesick~ hahahaha

    Hey,info tambahan untuk kau dan sesapa yang nak masuk unimas :

    Better you all grab peluang untuk jadi wakil MPP coz sgt3 berbaloi beb.Aku takleyh nak btaw secara umum sbb benda yg sulit sikit,haruslah disimpan kan? Tapi tu lah,pesan penaja. Silalah bajetkan diri anda utk jadi MPP yg bertanggungjawab.You'll be surprise in what you'll get.. hohohoho


    p/s:haha. sejak bile aku pandai komen pepanjang neyh?=.=

    ReplyDelete
  3. serius ade swimming pool ? wahhh bestnyaaa. asal tak sure lak ? kalau aku dapat, aku pegi ja . hehehehe:D

    ReplyDelete
  4. untunglaa dapat u besar gila bapak. tp upnm pon ada gym dgn swimming pool untuk training askar. hahah rugi la klu kau tolak wey

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bagus2 jauh2 merantau best juga, cuma kekadang merindui kampung halaman, tapi yang penting SARAWAK tak sama dengan bandaraya KL

    GOOD LUCK ZHARIF

    ReplyDelete
  6. ummi : wohoo panjang lebarnye pon =) MPP tu apa ? btw thanx ummi sbb byak bagi info =)

    qila nisa : tu lah kan , tekezut jugak bila tau ad swimming pool kt sana =) btw , thanx ^^

    ReplyDelete
  7. mila : msalahnya , eden nie xtau berenang . hahahaha

    aswad : sdangkan yg dekat penang pon asik nk balik , inikan pula sarawak , tiket flight dh lah beratus , so kne tahan jelahh . btw thanx =)

    ReplyDelete
  8. cantik gila kampus kau.meletup you. kira berbaloi lah kau tercampak jauh,dapat U yang canggih dan cantik.

    Boleh tahan gatal kan.aq pelik lah kenapa wat gitu.lelaki n perempuan duduk kat kolej yang sama/dekat sangat.Lagilah bertambah masalah SOSIAL kan.

    Apapon yang pilihan kau,semoga kau berjaya mengejar apa yang kau nak dalam hidup kau ye.

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  9. DSH : terima kaseh =) canggih dan lawa , rasa berat hati kalao tolak , dan rasa berat hati juga nak pergi . huhu

    yg pasal kolej tu entahlah knapa mcm tu . pelik jugak eden dengan sistem kat situ .

    papepon slamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  10. pergh... mantop la... ^^


    btw, selamat berpuasa..salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa jugak =) salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  12. bestnya tempat kau zharif..poli aq pon x mcm nie..pegi jgn x pegi =)

    ReplyDelete
  13. poli kau pon best gak =) cuma xde swimming pool and tempat bowling je =P

    last word : BORINGGG . hahahha

    ReplyDelete
  14. wow//bestnya dpt unimas. tp., jauh kot.. huhu.. tahniah ler zareppp "ensem". ensemkah? opss, tanak puji :)

    ReplyDelete
  15. rahniah dapat sambung belajar.....cantik gile kat UNIMAS, tapi jauh la bro...xpe la, aku dengar awek kat UNIMAS cun melecun...berbaloi gak la...
    yang penting ada swimming pool..leh ari-ari practice

    ReplyDelete
  16. tempo of life : best tp jauh =(
    hensem lah kot . muahaha

    ReplyDelete
  17. faizal : awek kelate lagi cun kot =) hahaha

    danielz : memang cantik =)

    ReplyDelete
  18. wah untunglah dapat unimas. dah laa moden gila tempat tu. hahahaha :D

    ReplyDelete
  19. Gagagagga Nak cari awek ke nak belajar... :p

    ReplyDelete
  20. nak belajar sambil cari menantu untuk ibu . hahahaha

    ReplyDelete
  21. wahh.. nampk cantik gilee unimas ni. tahniah la ye dapt sane. bljr lek lok nanti.. =)

    btw, first time haz masuk sni. agak terkejut tgok ur face kt header tu. hahah xD

    ReplyDelete
  22. muahahaha =) jangan takut , chill saya xmakan org .

    ReplyDelete
  23. salam, congrats dpt unimas.. sy ex pdt kmpp jugk..n dpt unimas jugk..fakulti kte sma, FSS.. tpi kos lain..sy dpt antropologi n sosiologi.. hee :)

    ReplyDelete
  24. nabiela : thanx =)

    syakira : wahhh sama lah KMPP =) bangga sat =)

    ReplyDelete
  25. cntiknye unimas..bes klu dpt stdy environment cmtuu..huhu..selamat men-decide yek..n selamat bpuasa jugak.. :)

    ReplyDelete
  26. gile la . punyela canggih dah mcm shopping complex . dasat2 .

    oh hello im dilla !:)

    ReplyDelete
  27. memang cantik tp jauh >__<

    owhh hai dilla =) nice to know you ^^

    ReplyDelete
  28. oerghh gempak nye...jalan tu stail.hehehe bilik pon slesa..
    smart gambar pmilik blog ni

    ReplyDelete
  29. UNIMAS memang besar kot . untung la ada kolam renang .

    cun je aku tengok meja study kat bilik tu .
    pegi weh , pegi ! haha

    ReplyDelete
  30. insyaAllah pergi *not sure*
    hahahhaa

    ReplyDelete
  31. Pheh cantik gila Unimas !!! siap ada swimming pool bagai . waaaaahhh

    Zarep kena pergi tau ! :"D

    ReplyDelete
  32. cantiknya zhreeep
    Pergi ke tak nie?

    ReplyDelete
  33. tett =P tak tahu lahh rean , huhu

    ReplyDelete
  34. gmbr first tu serius ohsem.. memang aku x pernah tgk unimas ni... tahniah buat kamu...

    ReplyDelete
  35. haha...dulu aq dapat gak UNIMAS...baru 2 bulan duduk lari semenanjung...pasal x reti la nk cakap BI..sane gune BI London...aq dapat sains komputer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ye ke ? BI boleh belajar . sayang lah kalao lari . sebab tiket flight bukan murah =)

      Delete
  36. unimas? jauh tu..hehe

    ReplyDelete
  37. jauh nya..tapi menuntut ilmu biarlah samapi ke china sekaipun..congrat ya!!!blaja rerajin..:)

    ReplyDelete
  38. Wah! Tahniah2! Gd luck eh.
    mcm best je UNIMAS tu kan.
    Takpe2, tunggu update kamu bila da kat sana nanti..
    HAHAHA! *jealous

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenQ =) entah bila lah nak updated blog nie pon tak tau lah , huhu

      Delete
  39. bestnyaaa.. terus rasa cam nak study balik.. hihih

    ReplyDelete
  40. wow best nye kalau dpt situ...bilik sgt2 selesa..rsa cm nk kuak lentang je 24 jam..heehe

    ReplyDelete
  41. Replies
    1. belom lagi edy =) xde bende nak updated , huhu

      Delete
  42. hah rindu ngan UNIMAS,,,

    if kmu terima twrn UNIMAS nie,,,

    skrg kmu mesti sdg jalani MAP,,,

    ReplyDelete
  43. wahh, untung la dpt unimas,, sya mohon x dapat2.. rezeki di upsi.. kt situ pn ade redbox jgak, boleh la release tension kan...

    -anak sarawak-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mohon kat upsi tapi xdpat . rezeki dekat unimas tp tak pergi . huhu =)

      Delete
  44. knpe x pergi dik...akak dh 3 thun kat unimas...best lor...:D

    ReplyDelete
  45. saya dari unimas dan bakal jadi alumni unimas dalam masa sebulan je lagi :)

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Askum Zharif. Anak Aunty baru dapat offer to do a foundation course in UNIMAS for Sains Hayat. He also got an offer to do matriculation in Kolej Gambang. Belum buat keputusan. Any advice from you? Thank You.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam aunty mastura =)

      foundation tu berapa tahun ? matriculation tu pulak berapa tahun ?
      kalau dua-dua setahun, mana2 pon boleh je.. kalau ada satu dua tahun, satu setahun, better pilih yg setahun.. cepat sikit boleh sambung degree..


      Aunty Mastura duduk mana ? kalau duduk semenanjung, better ambik matrik pahang tu.. boleh melawat, anak aunty pon boleh balik.. kalau unimas tiket flight lagi, duit tu..

      plus kalau cuma setahun je, tak payah jauh2 sangat pon tak apa kot.. kalau sy, sy pilih yang program setahun dan yang dekat =)

      Delete
  48. Unimas the best ! Rndu gler nk study kt unimas. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa buat entri nie, memang jatuh cinta betul dengan UNIMAS. terlepas peluang itu. takper, mungkin rezeki saya di UPSI =)

      Delete
  49. Asslam..zharif blh aunty nor mnta pendapat anak aunty dpt twarn asasi sains/fizikal dri unimas tpi dlm mase yg sama dpt juga twran dri unikl asasi kat kulim kedah tpi buntu nk buat pilihan yg mne lbih baik..ada cadangan atu ape2 pndangn dri zharif..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Aunty Nor. Pada pendapat saya, sy rasa kalau anak aunty Nor minat dengan sains fizikal tu, better pursue UNIMAS. lagipula, kalau universiti kerajaan nie, kos perbelanjaan tak ada lah mahal sangat compared to swasta. asasi tu dua tahun ke setahun ? kalau setahun okey lah, sbb save umur untuk terus pursue degree. lagipula, nak dpat asasi nie bukan calang2. tawaran terhad. so bagi saya, sy better pilih UNIMAS berbanding UNIKL tu..

      ini dari pandangan saya lah. sy pon bukan sesiapa, cuma seorang student je, tak pakar pon dalam bidang nie. kalau aunty Nor nak pendapat lebih bernas, mungkin Aunty Nor boleh rujuk kaunselor sekolah anak aunty. semoga urusan aunty Nor dan keluarga dipermudahkan =) good luck.

      Delete
  50. Assalamualaikum. Adakah penempatan kolej di UNIMAS diberitahu selepas menerima tawaran fakulti?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...