Wednesday, July 18, 2012

Resepi Spageti Tekak Aku

Assalamualaikum 


Sejak kebelakangan ini , aku tersangatlah stress . Stress memikirkan banyak perkara . Apabila stress aku suka makan . Lagipula aku memang suka memasak . So aku akan masak lah pape yang ada kat dalam peti ais tu . As long as the food can make my stomach happy then i'll be fine with it .

Perut aku nie suka meragam bila waktu malam . Dengan tetibe aku akan rasa lapar yang abadi . Lulz fancy gila kot ayat >__< So kali nie aku nak share lah cara masak spaghetti terpantas dan termudah . Bahan-bahan yang digunakan juga tak rumit , cuma campak-campak je dalam kuali dah siap .

-------------------------------------------------------------


Resepi nie aku nama kan " Olio Spaghetti Masterchef Tak Jadi " . Yang nie ala-ala Prawn Olio spaghetti yang macam dekat Pizza Hut tu . Rasanya pon lebih kurang je cuma resepi aku nie sedap sikit . Wakawaka . Curlasss kau maria =P

Bahan-bahan : Spaghetti , Cendawan Hitam , Cili Kering , Lada Hitam & lada putih , Bawang Putih

Cara memasak :
1.Rebus spaghetti 8-10 minit . Depends on jenis spaghetti ( Takkan nie pon nak kene ajar kot ? )
2.Bawang putih dan cili kering dihiris halus . Cendawan hitam dipotong kecil-kecil .
3.Tumbuk lada hitam & lada putih sehingga lumat . Takpon guna yang dalam botol ajinomoto tu .
4.Masukkan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga lembut .
5.Masukkan cendawan hitam , cili kering , secubit garam dan sedikit perasa ajinomoto .
6.Masukkan spaghetti yang telah di tos air nya , lada hitam dan lada putih ke dalam kuali .
7.Gaul sebati dan siap =)

p/s : Actually kene guna minyak zaiton tapi minyak zaiton xde , so aku gantikan dengan mentega buttercup sebagai minyak .

-------------------------------------------------------------


Yang nie pulak aku namakan sebagai " Bolognese spaghetti taknak sarawak " . Suka hati aku lah kan nak namakan apa . Nanti bila korang buat , korang tukar lah sendiri nama dia =P

Bahan-bahan : Spaghetti , Sos Spaghetti , Cendawan Hitam , Hotdog Ayam Ramly

Cara memasak :

1.Rebus spaghetti dalam air mendidih 8-10 minit ( Lulz kene ajar lagi -__- )
2.Potong cendawan hitam dan hotdog ayam ramly kecil-kecil .

3.Panaskan minyak dan masukkan sos spaghetti sebanyak mana yang korang suka . 
4.Masukkan cendawan hitam dan hotdog yang telah di potong tadi kedalam kuali .
5.Curah sedikit air untuk bagi dia sedikit cair . Perkataan curah tu yang tak tahan .
6.Tuangkan sos yang telah di masak pada spaghetti dan gaul sehingga sebati .


p/s : Nak lebih sedap , bubuh Ayam/Daging Kisar Segera Ramly dalam sos spaghetti . 

-------------------------------------------------------------------------------

Itu sahaja resepi spaghetti yang nak aku kongsikan . Mudah dan senang je . 15 minit dah siap . So korang boleh lah cuba lepas nie . Lepastu tunjuk kat mak korang , boleh lah feeling-feeling macam dah terer masak . Make your mom proud people ^^



Actually aku guna fettucini dan bukannya spaghetti . Fettucini nie aku dapat dekat Pizza Hut masa kerja dulu . Sebab nya dorang nak buang fettucini nie coz ada kumbang yang naturally hidup dalam fettucini nie . So demi untuk mengekalkan standard , semua bungkusan fettucini yang di dalam nya terdapat kumbang kecil-kecil nie ( even cuma satu kumbang ada dalam tu ) , dorang tetap akan buang . So sebelum dorang buang lebih baik aku ambik . Manager aku pon bagi je kalao ada sesiapa yang nak ambik . Sumpah banyak gila aku ambik . Muahaha .


Sos spaghetti aku gunakan sos yang nie . Banyak pilihan sebenarnya . Aku pilih yang cendawan punya . Guna yang jenama Prego pon boleh . Cuma nya mahal sangat dohh -__- So nak jimat beli yang jenama Kimball . Sama je lagipon . Pilihan bijak di tangan anda , so fikirlah sendiri .


Ini orang kampung panggil cendawan hitam atau nama barat nya shitaki mushroom . Aku lebih memilih cendawan nie sebab rasa dia yang sedikit masam . Serious sedap , tapi ini tekak aku kan , tekak korang tak tau lah . Lupa nak bagi tau , cendawan nie korang kene rendam dulu dalam air mendidih then baru korang boleh masak .

Eh korang boleh juga guna white button mushroom . Cendawan yang jenis nie pon sedap jugak . Ada jual dalam tin sardin yang gambar ayam . Tak ingat jenama nya >__< 

So sempena nak masuk bulan puasa tak lama lagi , korang boleh lah cuba-cuba masak spaghetti nie sebagai juadah buka puasa nanti . Ke korang lebih prefer makanan melayu ? Tapi kadang nak jugak tukar selera , ye dak ?

PESANAN PENAJA


" Lelaki akan nampak lebih hensem sekiranya dia pandai masak , 
ehem ehem >__< "

Percutian ke Genting yang aku rancang untuk pergi hari nie tidak menjadi . Ohh sadis nyaa >__< Dah lah teringin gila nak pergi situ . Hurmm xde rezeki , xpelahh lain kali .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

11 comments:

  1. sumpah nampak sdap spagheti kau.. tu bukan google image kan??

    ReplyDelete
  2. nope =) itu ambek gambar sendiri ^^ try lah kalao ada masa nanti , senang je =D

    ReplyDelete
  3. GAMBAR KEDUA TU NAMPAK SEDAPP. WAHH CHEF ZHREPP. HEBAT KAU NYAH :D

    ReplyDelete
  4. hebat an kami =) contohilah kami , nanti si sugus bertambah-tambah syg kat rean , ceyhhh =P

    ReplyDelete
  5. zharif hensem sebab tu zharif pandai masak . hew hew hew

    terbaik lah zarep ! nak cuba :3

    ReplyDelete
  6. alahai malu nie >___< hahaha
    cuba jgn tak cuba =)

    ReplyDelete
  7. k tergoda..tp nama spageti awat2 pelik2 sgt? haha

    ReplyDelete
  8. masterchef 2013 !
    bravo-bravo .. boleh dah bukak gerai kat bazar ni . haha

    ReplyDelete
  9. mila : saja bubuh pelik2 , muahahaha =D

    mira : confirm tak laku kalao bukak gerai , hahahaha

    ReplyDelete

Home