Wednesday, August 22, 2012

Hari Raya Episode 1

Assalamualaikum 

Dah semua tengah batak cerita pasal raya , aku pon nak jugak lah kan . Sebab aku pon tergolong dalan golongan batak . Eh ? Tapi batak aku nie lagi parah tau , sebab nya aku nak buat ber-episode . Hah kan batak tu namanya . Hikhik

Hari Raya Pertama 

Amat sadis sekali tahun ini , aku terlampau eksaited buat persiapan raya sehingga ke subuh , then aku tertido . Aku tak berjaya menghadirkan diri untuk solat raya woi >__< Padahal dah siap gosok baju melayu vogue nak tayang kat masjid tu nanti . Tapi apa kan daya , melepas lah pulak .

Ma familia 

Adik pompuan aku sorang je yang tayang gigi

Tema tahun nie , HIJAU . Pagi raya mestilah nak kene bergambar dulu , ye dak ? Lepastu aksi bermaaf-maafan lah pulak . Alahai korang nie macam tak pernah raya pulak kan sampai aku nak kene bagi tau -__-

Alahai ~

Oh jambang ayah aku kene pipi ku >__<

Dah sweet habis lah tu =P

Kira macam dah kosong kosong oh ooooo ...... Eh Najwa latiff tetibe . Sesi bermaafan pon sudah . Sekarang sesi bergambar nak menggedik di pagi raya dengan adik-beradik . Kau ado ?

Adik aku kalao suruh buat muka nombor satu 

Iras ke ?

Nama pose nie ialah " DIA MILIK KU SORANG ! "

Lepas dah habis sesi bersama keluarga , kitorang semua pergi berkumpul dekat rumah bapak sedara aku . Memang dah jadi tradisi selepas arwah nenek aku meninggal , rumah abang sulung ibu aku jadi tempat bagi kitorang semua sedara untuk berkumpul .

So apa yang kitorang buat kat situ , selain daripada mengutip duit raya ?

Comel tak ?

Nak makan kene tunggu giliran 

Muka kekenyangan 

Lepas makan , pergi rumah sedara aku lagi satu . Korang tau tak rumah sedara-sedara aku nie semua keliling rumah aku ? Depan belakang tepi kiri kanan sedara . Jalan kaki 2 minit dah sampai . tapi tak semua lah sedara aku kat sini , ada jugak kat tempat lain .

Tengok-tengok gambar je boleh ?

Qistina Damia , budak paling penakut 

Islah hanif yang comel macam abang sedara dia =)

Nampak braces , malu >___<

Serious sebab tak nak tunjuk braces .

My sibling and my cousin

Awat lah haziq mata macam hantu tu ?

Lepas habis keliling rumah sedara kitorang redah , sekarang masa untuk meredah rumah sedara yang jauh . Bukan lah jauh sangat pon . Kat Selangor jugak . Tapi sebelom tu , aku satu keluarga pergi ke kubur arwah nenek aku . Maka bermulalah drama air mata di situ . Eh ini air mata sebab sedih real oke . No berlakon-berlakon .

Al-Fatihah ~

Ini lah akibat nya , orang lain semua pergi kubur pagi , aku sekeluarga je pergi lepas zohor . Lepastu balik dari kubur , cepat-cepat masukkan barang-barang nak balik kampung masuk dalam kereta .

Packing barang pon nak kene ada gambar , curlasss kau Zharif 

Sebab nya , lepas je pergi rumah sedara aku tu , aku sekeluarga nak terus balik kampung . Maka di sini , aku nak sertakan gambar-gambar time ada dekat rumah sedara aku tu . Sangat meriah uolllss .

Melantak kuih raya

Melantak makanan yang ada

Me with Zira

Me with zati , eh ada asheeq kat blakang 

Suka gambar nie , thanx syasya =')

Too much camera nak kene pose 

Ini baru separuh nie 

Best part ever ! tapi muka aku terhalang oleh phone pink -__-

Hah tu baru nampak sikit

Eh ayah aku pon nak bergambar jugak 

Lepastu , satu rumah dikejutkan dengan jeritan " Api ! Api ! Api ! " . Ada suis meletop kat luar siap dengan percikkan api lagi . Tanjat mak jemah masa tu .

Hah tu muka terperanjat O,O

Ada 2 buah rumah lagi kitorang raya , tapi malas lah nak cerita . Ini pon dah panjang berjela .

PESANAN PENAJA 


On the way balik kampung . . . . . . . 

Nantikan sambungan nya , stay tuned =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

12 comments:

  1. Replies
    1. alaaa renovate sikit2 je . eleh rumah kau pon dah cantik =)

      Delete
  2. huyoo ~ meriah nye raya family ZA . ! cayalaaa ~

    ReplyDelete
  3. ingat comel la tuh buat muncung bagai?? hahah. gila sporting family kau semua bergambar? best pose, parents kau uh. eceycey so sweet

    ReplyDelete
  4. aku tk fhm byk sgt gmbar ni .. ni kt Banting ke kt mana people?

    ReplyDelete
  5. wahhh. meriah laa raya zharif. selamat hari raya zharif. maaf kalau dila ade buat zharif tersinggung. nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak diela , maaf kan kalao ada salah silap , tersinggung ke , sorry tau .

      BTW , thanx diela =')

      Delete
  6. meriah gila raya zarep ni . hehehe :)

    ReplyDelete

Home