Friday, August 24, 2012

Hari Raya Episode 2

Assalamualaikum 

Eksaited gila nie nak menaip , al maklumlah tengah raya . Jadi semangat tu lebih . Okey , kali nie nak sambung cerita raya aku . Aku pasti , ramai yang tertunggu-tunggu . Jangan marah , jangan buat muka . Memang hobi pon buat korang bengang baca blog aku . Hahahaa .

So selamat hari raya maaf zahir batin ye kepada mereka yang tengah bengang tu .

Adik aku penat sangat tu -__-

Sampai rumah nenek aku dekat jam 1 pagi . So memang balik semua terus terlentang lah kan . Dah tak fikir apa dah . Penat sangat wooo .

Hari Raya Kedua 

Dekat rumah nenek aku nie , kalao malam bapak sejuk . Bila dah tengahari bapak panas . Jadi , kami sekeluarga yang ala-ala orang London nie dengan pantasnya menyiapkan diri naik kereta pergi berjalan . Tak kesah pon pergi mana asalkan dapat keluar dari rumah oven tu .

Adik bongsu aku nie memang suka buat muka yerp -__-

Raya kedua memang tak buat apa pon . Raya pon tidak , duduk rumah je . Sebab tu aku tak berapa suka balik kampung lama-lama . Sebab takde suasana raya pon kat sana . Tapi satu sebab kenapa aku suka balik sana ialah kerana adanya nenek dan atok aku .

Hari Raya Ketiga

Masa untuk pulang ke rumah . Rasa macam dah lama sangat kat rumah nenek aku nie . Dah jadi macam wajib , setiap kali nak balik , nenek aku akan bekalkan macam-macam untuk family aku bawak balik Selangor . Cili , pucuk ubi , belimbing buluh , terung asam , daun kunyit , daun kesum , limau nipis , bunga kantan dan macam-macam lagi lah .



Gambar atas nie semua muka tak mandi -__-

Lepas habis semua , sekarang masa untuk bersiap-siap balik ke rumah . Bertolak lepas zohor sebab ada tempat nak kene pergi lagi .

 Alolo adik aku 

Kecik je nenek aku nie , comel ^^

Nak balik dah =')

Sepatutnya pakai baju melayu tapi nya baju melayu aku yang kaler merah tak siap lagi . Urghhh !

Bye semua , eh not semua .

Gambar dengan atok aku takde , sebab nya masa aku sampai rumah dia dah tido . Bila aku tido , dia bangun . Bila aku bangun , dia keluar . Bila dia balik , aku dah takde . Tapi dapat gak salam dengan dia . Cuma tak dapat nak bergambar je . 



Kitorang tak terus balik Selangor . Kitorang nak singgah beraya rumah someone dulu . Hehe

PESANAN PENAJA 


We were going to . . . . 

Nantikan episode seterusnya , bye bye =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

13 comments:

  1. balik kampung mmg best..time tu la dpt syur fresh pucuk ubi gitu..hihihi..slmat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu betol =) selamat hari raya jugak ^^

      Delete
  2. erk maaf komen aku tergantung. hehe. aku rasa raya dah takdak apa2 meaning dah. eh ada, cuma takdak feel ja. both my grandparents dah takda. sob sob.

    *rajin eh kau update. klu dah malas tu, sampai berjanggut aku tunggu entry kau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ye ke , kesiannya . tapi xpa lah , still ada sedara mara kan =)

      Delete
  3. ohh aku ingat aku dah publish tadi. maaf lagik

    ReplyDelete
  4. aq rasa korang sekeluarga poie rumah alif kot. yg slalu datang rumah kau tu kan.

    sekejap gila ko balik kampung, aq semalam malam baru sampai dr tganu.seminggu hidup di ipoh n tganu.hari ni bertolak balik uitm kedah.
    best gila bak hang.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALIFF ? aliff mne pernah datang rumah aku =P hahahaa

      wahh best nya perjalanan raya . jauh dan lama . selamat kembali ke U =)

      Delete
  5. huyoo .. gmbar nampak bracers tuu sexy ! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasa je kot =P BTW , terima kasih =)

      Delete
  6. Macam kenal je jalan tu weyh ..blur kejap

    ReplyDelete
  7. weh, aq dah ingat masa nak tidoq tetiba teringat nama dia-Faris,hehe.ko tau klo boleh masa aq teringat nama si Faris tu, rasa cam nak terus komen.konon bangga bebenor dapat recall his name.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak arr DSH nie =)
      nantikan episode seterusnya yerp =)

      Delete

Home