Followers

Monday, September 3, 2012

Genting Highland

Assalamualaikum

Tanggal seluar dan baju , eh silap . Tanggal 31 August 2012 , merangkap hari kemerdekaan ke-55 Malaysia . Aku dengan batak nya pergi bercuti ke Genting Highland . Yang mana ia merupakan hari paling salah untuk melawat tempat-tempat sebegini .


Dari rumah gerak ke stesen bas jam 8 pagi . Dari Banting naik bas ke KL jam 8.30 pagi . Sampai KL sentral jam 10.15 pagi . Lepastu berlari-lari anak ke kaunter tiket Go Genting untuk mendapatkan tiket bas . And guess what , bas kitorang jam 12.30 tengahari -___- Tak boleh lambat lagi ke bas oi ?

Bas ke Genting 2 jam lagi so kitorang manfaat kan masa yang ada untuk breakfast . Perut lapar habak hang . Tak sempat nak breakfast kat rumah . Kelam kabut sangat uolll .


Just nak complain sikit , pekerja cashier KFC yang bernama Diana bapak kwaja . Rasa nak lempang je . Mentang-mentang lah pelancong tu tak faham bahasa Melayu . Selamba badak dia je mengutuk orang tu . Depan-depan pulak tu . Nasib baiklah aku nie walaupon pelancong , tapi fasih berbahasa Melayu . Eh ?


2 jam dah pon berlalu . Maka bertolaklah kitorang dari KL Sentral ke Genting Highland . 1 jam je weyh perjalanan dia . Satu benda yang boleh di puji bas nie ialah ketepatan waktu dia . Sangat bagus . Tapi yang buruk nya pulak , pemandu yang memandu bas tu . Santak laju , dah lah berbukit-bukit . At least hati-hati lah sikit . Aku nie nak punya anak dan isteri pada masa akan datang .



Sampai sana jam 1.30 petang sharp . Lepastu kene beratur nak naik cable car . Penuh gila manusia masa nie . Sibuk je dorang nie , aku datang dorang pon nak datang . Grr .


Beratur sampai 1 jam 30 minit weyh -__- Boleh bayangkan tak betapa ramai nya manusia masa nie . Dalam jam 3 petang macam tu , baru lah dapat naik cable car tu .


Agak cuak masa naik tu . Gayat gila kot . 15 minit kat dalam cable car tu . Mengucap dua kalimah syahadah je lah kat dalam tu sambil membayangkan kalao-kalao cable car tu jatuh dalam gaung . Agak teruk jugak imaginasi aku nie >__<



Nampak tak ke-happy-an aku kat situ ? Ke nampak macam orang kampung pose dengan bataknya first time pergi Genting Highland >__<


Berjalan menuju ke outdoor games tapi malang nya , dari tingkap pon boleh nampak betapa ramainya manusia sedang beratur untuk mendapatkan giliran . Dahlah kitorang nie sampai dekat atas tu dekat jam 3.30 petang . Memang tak lah kan nak masuk . Membazir duit je bayar mahal-mahal


Aku teringin gila naik benda alah tinggi tu . Nampak macam best je . Tapi xde rezeki , nak buat macam mana . Outdoor games tak main , so main indoor games jelah . Salah satunya ialah Snow World . Alaa tempat yang ada salji tu laa .


Satu kepala 25 hengget . Di beri masa hanya 40 minit sahaja dalam tu . Kejam tak kejam >__< Masa kitorang beli tiket tu , jam 4 petang . So kene tunggu lagi 30 minit sebelom masuk . Sementara dok tunggu tu , kitorang pergi makan dulu . Lapar pulak perut masa tu .


Berbekal kan KFC pagi tadi yang tak habis , kitorang bungkus bawak ke Genting . Maklumlah , harga makanan kat sini agak mahal . Makan sambil melihat orang menjerit-jerit naik nate mende ntah tu .

Time's up ! Masa untuk masuk ke Snow World ^__^



Nampak macam aku pakai skinny tight jeans kan tapi sebenarnya tidak . Jaket tu yang terlampau besar . Saiz XXL kot . Saiz L semua dah di kebas orang lain -___-


Tak boleh bawak kamera masuk dalam nie , so bergambar guna S2 si Faries nie ja . Tiap kali nak ambik gambar kene bukak glove . Payah benor lah henset touch screen nie . Grr

But then aku tengok ramai je gunakan kamera , aku pon keluarkan lah kamera MAHAL aku tu dan bergambar dengan poyo nya tanpa ada rasa segan silu .


Keluar je dari Snow World tu , tangan aku mula gatal-gatal dan menggelembung . Nampak tak betapa comel nya jari-jemari ku yang gemuk itu ? Muka aku pon mula keluar bintik-bintik merah yang timbul ibarat kene gigit nyamuk . Agak malu masa tu .

Terus pergi tempat panas , berjemur sekejap . Baru lah reda sikit kegatalan ku itu . Aku lupa yang aku memiliki penyakit ganjil ini yang mana aku alah dengan benda-benda sejuk terutama sekali ais dan aircon .


Agak payah nak cari surau kat Genting nie . Lepastu space nya agak kecik . Sabor jelah . Kitorang nie bermusafir jadi kitorang tak solat jumaat . Kitorang jamak kan sekali . Islam itu mudah kan ? Jadi , marilah beramai-ramai memeluk Agama Islam =)


Entah kenapa , perut nie lapar lagi . Jadi kitorang singgah lah Pizza Hut kat situ . Try makan pizza baru nie . Agak sedap . Harga kat Genting nie mahal sikit . Almaklumlah , harga antarabangsa kan .

#FaktaMenarik : Ada sorang pekerja pizza kat sini , hensem giler waa cakap sama lu 



Menghabiskan sisa-sisa waktu kitorang dengan berjalan-jalan sekitar Genting tu sambil bergambar . Banyak benda menarik kat dalam nie . Menara Eiffel ada , Statue of Liberty ada , even patung emas yang kat batu caves tu pon ada .


Baliknya tu kitorang tak naik cable car , kitorang naik bas dari atas tu straight ke Kuala Lumpur . Bas kitorang jam 9 malam . So lepas habis semua kitorang redah , solat maghrib isyak kejap , then terus tunggu bas dekat stesen bas depan First World Hotel tu .


Agak penat satu hari berjalan . Rasa nak tidur je masa tu . Bas dah ada kat belakang tu , cuma tunggu masa nak bergerak je . Sangat seronok walaupon sedikit terkilan sebab tak main outdoor games . InsyaAllah , lain kali jika di panjangkan umur , aku akan datang lagi . Huhu

Sampai KL jam 10 malam . Ambik bas ke KLIA jam 11 malam . sampai KLIA 12 malam . Then ambik bas ke Banting . Sampai Banting jam 12.40 malam . Lepastu ayah jemput ambik . TAMAT ~

Anda juga boleh baca cerita si Faries kat sini -------> Go Go Genting !

-----------------------------------------------------------

Kenapa pergi ke Genting Highland nie merupakan satu kesilapan ?

1-Pergi ketika cuti umum , maka seramai-ramai manusia ada masa tu .
2-Bertolak dari rumah lewat , sepatutnya bertolak jam 5 pagi .
3-Tiket bas lambat , naik cable car lambat , masuk snow world pon lambat .
4-Tak sediakan makanan ringan dalam beg dari rumah .
5-Pakai baju Great Britain pada hari kemerdekaan negara sendiri ? Sangat tak bijak -__-
6-Tak main outdoor games yang mana itu merupakan tujuan utama datang situ .
7-Ibu memberi permission lewat , jadi buat persediaan last minute .

#Pergi sini korang wajib bawak sweater sebab environment dia agak sejuk . Lagi-lagi time hujan , menggigil >__<

PESANAN PENAJA 


" Selamat menempuh alam Degree kawan-kawan ku =) "

Agak jeles bila tengok kawan-kawan semua dah sambung Degree . Aku je yang tak pergi UNIMAS tu . Banyak sebab kenapa aku tak pergi . Tolong jangan tanya kenapa wahai sahabat .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

44 comments:

  1. percutian yg AWESOME . even banyak benda yang jadik right ? btw .. x sambung at UNIMAS ? SO futher study kat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole tahan awesome jugak lah walaupon xberapa nak flow ikut apa yang di rancang .

      yang tu tak tau lagi =)

      Delete
  2. knp kte always pegi tempat yg sama on the same day but we never meet =='..ape jew lahh...btw..its awsome ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi genting jugak ke ? huhu , xde rezeki nak jumpa =)

      sebelom nie pergi sama , pergi mana yerp ?

      Delete
    2. time square mse raye tu...and kfc kl sentral tu... sabar jew laa...huhu...

      Delete
    3. owhh ye ke , maybe x sama waktu kot =)

      Delete
  3. lain kali pg kite masuk theme park zharif oi..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau lah punya psal bangun lewat >__< lenkali kita masuk situ , tapi bila nk pergi oi

      Delete
  4. Er..sebenarnya kuor sblm subuh baru bulih jamak Solat Jumaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr solat jumaat sejak bila pulak boleh jamak nie ? awkward gila .

      dah kita nak pergi berjalan jauh , so kita jadi musafir . musafir tidak wajib solat jumaat . solat macam biasa saja .

      solat biasa , musafir boleh qasar dan jamak . hai takkan tu pon tak tau ? sedih gila .

      Delete
  5. mm suka pergi time tengah2 malam.. saja gatal2 nak rasa mcm duk oversea.. kena angin sampai terketar2 badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalao pergi sendiri okeylah sampai tengah malam =)

      Delete
  6. Hahah betul tu kesilapan yg besar kalau pergi waktu cuti xD
    Ak pernah pergi juga dgn kawan2 tapi kitorg pergi weekdays, it was nice except kitorg kesuntukan masa sebab pergi naik pakej bus juga ;D
    tak sempat nak enjoy semua tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi lah xdapat nak main apa sebab sampai sana dah lewat .
      lepas nie nak ke sana lagi kene pergi hari biasa pulak

      Delete
  7. tq singgah folo blog mama mia...best pulak bc cerita pergi genting ni...mama dah bertahun tak pergi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best =) dari kl sentral ke genting satu jam je . cepat sangat ^^

      Delete
  8. best, best! seronok die dapat pergi genting. KN ni tak tau bile boleh gi. hehe. Tapi bab solat Jumaat tu betol lah tak yah tunaikan kalau sebagai seorang musafir :) Anon tu yg salah, hihi. BTW, thanks sudi follow keyh. Hit u back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan , terperanjat jugak baca solat jumaat boleh jamak . huhu .
      satu hari nanti dapat lah tu pergi =)
      terima kasih ^__^

      Delete
  9. ok,salah seorang yang tergoda dengan braces tu. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaaa tak mungkin kot =P terima kaseh =)

      Delete
  10. wowww.. best ! tapi syg fiza tak sampai lagi genting highland. sobss !

    meriahnya tengok gambar gambar tu ^__^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pon first time pergi ^__^ hahaha
      thanx =)

      Delete
  11. wowww..nice entry! hehehehe,
    suka baca..

    ReplyDelete
  12. bestnya belog awak ni. suka baca. lawa pun ya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh banyak-banyak =) blog simple je nie =D

      Delete
  13. makanan sana mmg kompom mahal.la..senak perut nak mkan byk2.hehehe hurmm
    my classmate pon tak hbis2 suh edy bawak diorang g genting.ehhe entah bila nak bawak...syoknye gak tengok pic

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mahal , tapi bila dah lapar sangat terpaksa lah makan . huhu
      thanx edy =)

      Delete
  14. wah,seronoknya p bercuti-cuti..tak pernah jejak lagi kat sana..

    ReplyDelete
  15. banyk x indon2 yg dijumpai di sekitar genting tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan banyak nya , macam semak je >__<

      Delete
  16. naz dulu pun pergi gak..sempat main outdoor.. it's soo awesome than indoor..should try another time ok ^_^ slm kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupon tak main indoor games , still best kan =) salam kenal juga ^^

      Delete
  17. Wah Bestnya . . Kena Pergi Time Kerja Ni . . Haha

    ReplyDelete
  18. nice trip.. len kali go genting main la outdoor pulak.! best! @_@

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik je yerp =) thanks .