Wednesday, September 12, 2012

Kucing Meowww

Assalamualaikum


Memandangkan aku sekarang nie hanya duduk rumah 24 jam setiap hari , jadi idea nak updated blog tu agak terbatas ye kengkawan . So menggunakan environment yang ada , aku nak updated pasal kucing-kucing aku yang kat rumah nie .


Yang nie nama dia Pussy . Dia nie kira macam kucing paling senior lah . Since dari aku form 2 kot dia dah ada . Kucing nie family aku kutip dari sekolah kakak aku .

Banyak sejarah dia nie . Sejarah paling tak boleh lupa , si Pussy nie hilang dekat 2 bulan tak balik rumah . At the end , kitorang jumpa dekat kedai makan sebelah petronas . Ada sumber mengatakan , jiran aku yang buang kucing aku nie . Rasa menyirap sangat dengan jiran aku tu . Kalau korang duduk dekat area rumah aku nie , korang pasti tak akan pernah suka dengan jiran aku nie . Boleh di katakan , sederet satu jalan rumah aku nie tak suka jiran aku tu .

Eh ini entri kutuk jiran ke apa ?


Pussy nie suka sangat beranak . Nafsu kuat sungguh kucing aku nie . Sampai tahap aku terpanggil dia pelacur . Wakakaka . Tapi dia nie jenis yang tak tau jaga anak . Itu yang geram nya tu >__< Anak dia tak pernah hidup sampai besar . Semua mati di usia muda . Sampai sekarang nie dia langsung takde waris walaupon kerap kali beranak .

 Tempat tidur dah bagi tapi still nak tidur dengan kitorang

Dan lagi satu , tiap kali nak beranak , dia mesti nak ada orang temankan . Kira macam nak kene sambut lah anak dia tu . Kurlasss kau Pussy . Dia nie sekor je yang tau berak dengan kencing dalam tandas . Yang lain , haremmm . Sebab tu kadang kalau dia nak bermalam kat dalam rumah , kitorang tak kisah .


Yang nie pulak , namanya T Kelepet . T tu stand for tempat nak susu . Haha . Kelepet tu perkataan orang jawa kot . Maklum lah aku nie jawa . Kelepet nie macam terlipat lah . Faham ? Nama tu kitorang dapat sempena T dia yang agak kelepet macam meloyot ke bawah . Mungkin sebab anak dia agresif sangat kot time menyusu . Ke kucing jantan yang buat T dia macam tu ? Seram meyhh .

Hah nampak tak ke-kelepetan nya tu ?

Kelepet nie ahli baru dekat rumah aku nie . Sedara aku yang bagi . Dia jumpa dekat petronas . Sekali dengan 4 ekor anak dia yang masih kecik-kecik . Jadi sedara aku rasa kesian dan takut anak-anak dia tu kene langgar dengan orang . So dia bawak balik rumah dan amanah kan ibu aku untuk menjaga nya . Si Kelepet nie juga se-spesis dengan si Pussy . Jenis yang tak tau nak jaga anak . Habis mati semua nya -___-


Hah yang nie pulak nama dia Dollah . Dia nie pon kucing kutip jugak . Dia nie sangat pembersih dan senang di urus . Dollah baru je beranak beberapa hari yang lalu . 5 ekor kesemuanya dan comel-comel pulak =)


Dia nie berbeza daripada si Pussy mahupun si T Kelepet . Dia nie jenis yang tau menguruskan anak dia . Masa anak si Kelepet tu hidup lagi , ibu aku letak dalam sangkar sekali dengan anak si Dollah nie . Alhamdulillah lah yang si Dollah nie amat bermurah hati nak dermakan susu nya yang berkhasiat tu . Berkhasiat ke ?

Yang nie namanya Kentut

Dollah kini memiliki  seekor cahaya mata yang membesar dengan sihatnya =)


Yang nie pulak nama dia Kelabu . Dia nie kucing jantan yang amat bengis . Teramat-amat bengis dan garang . Kuat cakar orang dia nie . Aku pon tak berani nak bergomol-gomol dengan dia nie .

Kelabu nie kucing orang bagi . Memang pon rumah aku nie tempat perlindungan kucing , memang pon >__< Dia nie mangsa dera oleh manusia yang rakus . Mungkin sebab tu kot dia agak bengis . Masa kitorang dapat Kelabu nie , ekor dia kene cukur separuh , bulu dia tak sekata dan ada luka dekat perut . Memang kesian tengok dia masa tu .


Tapi Alhamdulillah sekarang bulu ekor dia dah tumbuh dan bulu dia sekarang dah sekata . 

Oke itu je kucing yang ada setakat nie . Dorang nie semua time waktu makan je baru reti nak balek rumah . Kalau tak jangan harap lerr nak balik . Cuma si Kelepet je yang selalu ada dekat rumah .

PESANAN PENAJA 


" Janganlah berlaku kejam terhadap haiwan " 
( Me not haiwan okey >__< )

Bila lah aku nak bekerja nie , bosan jugak duduk rumah nie . Haihh
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

32 comments:

  1. yg atas dengan bawah skali tu kucing belaan jugak ke?nak boleh?ekeke.lepas nie ambik jiran tu buang dia kat peronas siam pulak.biar dia rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kucing miang tu , jangan dekat . nanti parah pulak . hahaha =D kisah jiran tu , memang dah lama bersabar dengan dia >___<

      Delete
  2. fuyoo. comel2 laa sume kucing2 kamu =) curlasss.. ~ hahha ! btw ~ pic muka kucing !.. AWESOME . leyh jadik duta pakaian ala2 kucing gituuu ~

    ReplyDelete
  3. whoooaaaa... meowww..meowww..meoow..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan meoww meoww , nanti kene cakar . hahhaha =P

      Delete
  4. hahahahaha nak yg si kelepet tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat kelepet ke ? hahhaa . kelepet tu dahlah jenis yang tak menarik . tapi dia jenis yang setia =)

      Delete
  5. untung la banyak kucing dekat rumah=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau lah kau tu penakot kucing , hahahaa =D

      Delete
  6. wahhhh comel-comel la kucing ne especially baby dia ..
    minta seekor boleh ? Ehew :P

    ReplyDelete
  7. Banyaknya kucing comelll..especially the kitten, so fluffy! :D

    ReplyDelete
  8. banyak gila kucing >.<
    i got one too :D

    Eh dollah ni gigirl rupanya . haha

    ReplyDelete
  9. pesanan penaja tu aku tak berapa setuju sangat... aku meman tak tak berlaku kejam terhadap haiwan, tapi haiwan yg kejam ngan aku.. ade ke anjing tu kejar aku bbrapa hari lpas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalao haiwan jenis mcm tu , pukul guna kayu ponn takper . muahahaha

      Delete
  10. kucing jantan!.hahahaa siyes tergelak...
    byk gle anak kucing tu..haaha jaga2 kutu dia kalau ade

    ReplyDelete
  11. rasa nk jadikan si Dollah tu menantu je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dollah tu ekor dia kontot je , macam xcukup bulan . hahahaa

      Delete
  12. OMG! I want that cat! :D Especially, the Dollah one. Allah, serius rindu dengan semua kucing :D

    KENAPA SEMUA KUCING JADI SANGAT COMEL WHEN I'M NOT IN MALAYSIA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa farah , kat canada tu cari je kucing kat tepi jalan then bela =) kat sana kucing mesti lagi2 comel =D

      Delete
  13. hahahhaha. xde keje eh sampai conteng muka sendiri? hihi. btw byknye kucing!! anak kucing tu seyes comel gilaaa!! nk sekor bole?? hukhuk >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. best what conteng2 muka , hahaha =)
      nak tak leh =P muahahaa

      Delete
  14. jom kawen kan kucing ko dengan kucing aku.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je =) jom jom , eh macam melacur kucing pulak . hahaha

      Delete
  15. byk jugak eah kucing ko zharif. ingatkan tak maen kucing2 ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh memang banyak , cuma tak pernah tunjuk yang aku suka kucing =D
      tak kan lah nak di dukung2 kucing kat kmpp tu , dah lah banyak kurap . hahhaaa

      Delete
    2. hahaha. yeee tak yeee. kucing2 kat kafe tu mmg byk kurap. aku pon jijik nak dekat.heheee

      Delete

Home