Monday, September 17, 2012

Seharian Di Melaka

Assalamualaikum

Pada 15 sept yang lalu , aku pergi meroyan dekat Melaka bersama kawan baik aku . Bertolak seawal jam 10 pagi , awal lah sangat kan padahal dah terlajak tidur -___- Rancang nak bertolak jam 8 pagi tapi mata teramatlah mengantuk masa tu jadi amat bahaya sekali ye kengkawan sekiranya memandu dalam keadaan mengantuk .

Wahh tips yang berguna daripada Zharif Azis untuk minggu ini , sila catatkan di buku nota anda .

Baju pinjam , seluar Dior beli kat Times Square dan kasut Toms , 
POYO KAN ?

Yeah itu dia pakaian aku sehari suntuk . Boleh bayangkan tak bila malam bau nya macam mana ?

Sebelom bertolak tu kitorang pergi basuh kereta dulu . Baru lah bling bling bila datang ke Melaka , ye dak ? Nak tengok tak muka orang batak pergi cuci kereta ?

Itu dia -____-

Batak sebab ini baru first time pergi basuh kereta dekat tempat yang automatic washing tu . Hah sebab tu lah agak jakun sikit >___<

Lepastu terus bertolak pergi Melaka . Jam pertama si Faries pandu kereta , masuk jam kedua dia dah tak larat dah . Ke alasan je nie ?

Aksi di dalam kereta

Alhamdulillah tak sesat , sampai dengan jaya nya . Dalam jam 1 petang macam tu , kitorang start pergi tempat yang kitorang nak lawat .


Mulanya nak pergi Zoo Melaka tapi bila dah masuk pintu gerbang tu baru aku teringat , dulu aku dah pernah pergi sini , terus keluar balik -___-

Lepastu kitorang pergi ke Taman Buaya , Melaka . Hah yang nie memang aku sure aku tak pernah pergi . Agak excited lah masa nak masuk tu . Seronok pergi tempat yang kita tak pernah pergi lagi .

Muka masam je bang 

Tiket untuk dewasa , satu kepala RM 10 hengget

Korang semua dah pergi ke Taman Buaya nie ? Kalau belom , jom terjah sama-sama =)


Dalam nie banyak replika-replika bangunan kat Malaysia . Bangunan-bangunan yang menjadi simbol kepada negara kita .

Antaranya ialah . . . . .

Monumen keris dan Istana Kesultanan Melaka

Menara Kuala Lumpur dan KLCC

 Putra Perdana dan Mahkamah Putrajaya 

 A Famosa dan Stadhyus

 Litar F1 Sepang dan Bangunan Parlimen 

Masjid Negara dan Jambatan Pulau Pinang 

 Tugu Negara dan Bunga Rafflesia 

Kalau rasa penglihatan korang tu kurang jelas , sila klik pada gambar untuk tumbesaran melampau yerp . Dah klik jangan jatuh cinta pulak , eh ?

Dalam pada nak complete-kan ambik gambar semua monumen-monumen yang ada tu , kitorang telah di ganggu oleh makhluk berbulu yang jahat dan nakal . Tiap kali dekat je dengan monumen-monumen tu , dia datang kat kita lepastu kejar . Agak kurang hajar di situ . Sangat tak mesra pelancung betol .

Comel tapi menakutkan >__<

Meyh kita tinjau apa lagi yang ada dekat Taman Buaya Melaka nie .

Terdapat pelbagai jenis-jenis ular kat sini , menyeramkan >__<

Juga terdapat pelbagai jenis kura-kura , comel ^__^

Nie kat taman kura-kura 

 Nie pulak kat taman burung

Burung merak serious cantik-cantik

Kat taman burung nie pon kitorang kene kacau . Ada burung yang agak agresif kat situ terbang-terbang meluru ke kitorang . Santak cuak . Takut je kene patuk kat situ . Terus cepat-cepat keluar .

Dari tadi asik gambar aku je muncul kan , gambar si Faries takdo ke ? Kang menangis pulak kalau aku tak letak muka dia kat blog aku nie -___-

Untunglah gigi orang tu cantik boleh tayang 

Nama Taman Buaya , mana buaya nya Zharif ? Ye , aku nak tunjuk lah nie . Aku sesat nak cari buaya kat dalam taman nie . Tu pasal lah tak jumpa .


Sebenarnya , sesat tu cuma alasan je . Saja menggunakan alasan sesat so boleh lah upload gambar yang ala-ala sesat nie . Nampak tak permainan dia ?

Buaya Bongkok dan Buaya Kontot

Tak ingat dah nie buaya jenis apa 

Buaya pon takut kalao tengok aksi aku

Semua nya terbujur kaku

Buaya Tembaga Sungai Melaka tu besar gila O,O

Buaya-buaya bergelimpangan

 Hah nie lah buaya tembaga sungai melaka tu

Mengikut sejarah buaya tembaga nie , ianya di jumpai pada tahun 1993 di sungai Melaka . Tahun aku lahir tu . So maksudnya dia telah di pelihara selama 19 tahun . Umur buaya tu boleh menjangkau sehingga 80-100 tahun . Panjang betol umur kau ye buaya .

Gua yang sekangkang kera nie pon jadi tempat untuk berposing -__-

Bukan takat buaya je ada , macam-macam ada kat dalam Taman Buaya nie . Termasuklah kolam mandi khas untuk kanak-kanak . Nasib baik lah aku tak bawak baju spare masa tu , kalao tak memang aku jiblon dalam tu .



Juga terdapat keretapi raksasa , yang mana aku tak naik pon sebab nak save bajet . Nak naik kene bayar ye adik-adik . Begitu juga rumah hantu . Rumah hantu kat Taman Buaya Melaka nie santak tak laku . Macam xde orang je yang nak masuk dalam tu . Hahaha

Buaya yang telah di awet

Lepastu kitorang pon beredar lah dari Taman Buaya tu . Dekat 2 jam jugak lah kat dalam tu . Dah lah pergi tengahari , boleh bayangkan bahang kepanasan nya macam mana ? MENDIDIH >__<


Singgah McD untuk makan tengahari . McD nie bersebelahan je dengan Taman Buaya tu . Habis makan terus bertolak pergi ke Bandar Hilir Melaka di mana di situ terdapat banyak tempat-tempat tumpuan pelancong .

Nie baru kat taman buaya dah panjang berjela macam nie . Belom lagi kat tempat lain -__-

Sampai sana jam 4 petang . Solat jamak sat kat surau . Surau nya santak kelakar . Tempat nak ambik wudhu' , semua orang boleh nampak . Santak malu .

Kiri kanan depan semua tempat orang makan 

Habis tu terus pergi ke kapal Flor De La Mar a.k.a kapal Jack Sparrow . Selama nie tak pernah pulak terlintas nak masuk dalam tu . Tetibe kali nie rasa macam nak masuk pulak .

Saya orang Malaysia jadi dapat 50% discount , RM 3 je


Time aku tengah ambik gambar nie , ada lah sekumpulan budak perempuan mentertawakan aku . Dorang ketawa kan kasut Toms yang aku pakai tu . Memang lah kasut tu agak kelakar tapi perlu ke menzahirkan kelakarnya tu depan aku ? Grr !

Itu dia -____-


Menyantak besar kapal nie yer . Sangat cantik dan menarik , cumanya bila dah masuk dalam , nauzzubillah panas dia . Habis basah ketiak i uoll ( tipu je )


Rambut agak serabai di situ . Al maklumlah dah separuh hari berjalan . Dekat second floor baru lah ada air cond . Sejuk sikit . Dalam nie banyak barang-barang sejarah . Duit syiling , peti emas , replika kapal-kapal dan macam-macam lagi . Penat i nak describe benda-benda kat dalam nie , uoll pergi lah terjah sendiri yerr .

Ewahhh dah uoll-uoll sekarang . Bahasa nyahh sangat tau uoll .


Sebelah kapal gedabak nie ada satu muzium , nama nya muzium samudera kot . Tak ingat lah nama dia apa . Kitorang pon masuklah . Benda dah bayar kan . Kalao tak masuk rugi pulok . Even sudah sedia maklum bahawa muzium-muzium nie sangat lah bosan .

 Suka pulak aku dekat gambar nie =)


Lepastu kitorang pon beredar lah dari muzium nie . Now nak pergi ke Menara Taming Sari . Dulu nak naik tak dapat sebab bas dah nak bertolak . Kali nie baru lah dapat merasa naik Taming Sari tu .

Tiket RM 15 , dapat free botol 

In Taming Sari tower
Naik tengok video orang batak first time naik Menara Taming Sari pon boleh

Korang baru sahaja bazirkan 20 saat hidup korang dengan menonton video nie

Lepastu kitorang jalan kaki pergi ke tempat pengangkutan lama nie . Ramai gila orang kat sini .

Wajib bergambar 

Eh sekarang kan dah boleh masuk dalam keretapi lama tu , dulu tak boleh .


Tapi kalao rasa berat badan anda ala-ala petinju sumo , jangan masuk yerp . Takut terbarai pulak keretapi lama tu . Lagipula space nya agak kecik .


Eh eh , aku ambik gambar macam nie , terus ada sekumpulan lelaki tu tiru . Nak tiru pon at least aku dah pergi jauh-jauh lah . Ini lepas aku turun , dorang pulak yang buat -___- Nampak sangat lerr ~

A Famosa 

A Famosa nie merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia . Padahal cuma pintu gerbang je , tapi terkenal nya kalah Siti Nurhaliza . Ramai gila pelancong masa nie . Aku salah satu daripada pelancong tu . Eh ?

Mendaki bukit dengan jayanya 

" Eh Zharif nie tak malu betol buat gaya-gaya macam tu , siap lompat-lompat bagai " 

Bagi aku , bukan selalu datang tempat-tempat macam nie . Kalau asyik nak fikir malu , sampai bila-bila pon tak dapat nak bergambar kat situ . Buang rasa malu and just do it . Bukan kita buat salah apa pon kan ?

Turun bukit dengan bergaya , eh ?

Dataran pahlawan

Kat Dataran Pahlawan cuma duduk-duduk aja . Penat satu hari berjalan . Masa tu dah dekat jam 7 petang . Dah nak maghrib dah . Kitorang pon beredar lah untuk ke destinasi seterusnya  .

Traffic jammed 

Sesat jalan pulak , dengan jammed nya lagi . Memang tak lah . Mungkin sebab tak solat maghrib lagi kot sebab tu banyak je halangan . Kitorang sesat tu pon betol-betol kat depan surau . So maksudnya Allah suruh solat dulu . Huhu

Satu kepala RM 10 

Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi . Terima kasih kepada pak cik surau , abang yang niaga warung dan juga pak cik shell yang menunjukkan arah jalan . Kalau tak memang tak sampai lah kitorang ke Melaka River Cruise .

Lawa kan =)

Pemandangan sekeliling begitu lawa pada waktu malam . Bagus lah yerp kerajaan negeri Melaka . Dorang mencantikkan sekeliling sungai Melaka tu . Dinding-dinding bangunan yang mengadap sungai semua nya di lukis gambar-gambar . Serious cantik =)

Antara lukisan yang terdapat kat dinding

Alhamdulillah masa kitorang pergi tu tak perlu nak beratur panjang . Sampai kat Melaka River Cruise tu dalam jam 8 malam . Masa tu orang tak ramai lagi . Dia ada dua jeti , satu dekat Bandar Hilir ( Depan kapal Flor De La Mar ) dan satu lagi kat Taman Rempah . Aku suggest kan korang naik kat Taman Rempah sebab kat Bandar Hilir korang kene beratur panjang .

Flash kamera nie santak silau >__<

Dalam bot tu dekat 30 minit jugak lah . Agak berombak jadi sape yang duduk paling depan akan merasa tempias nya ( Aku lah tu ) . Tercapai jugak impian untuk meredah sungai Melaka nie .

Alhamdulillah , semua yang di rancang , semua nya dapat pergi . Bertolak dari Melaka ke Negeri Sembilan jam 10 malam . Singgah makan kejap dekat satu warung nie , sebab lapar sangat T__T

Carrot susu and nasi goreng pataya

Lepastu dekat nak sampai rumah si Faries nie ada road block pulak . Tau tak yang aku nie fobia bila nampak polis even aku tak buat salah apa-apa -___-

Aku punya lah gelabah nak keluarkan IC dengan lesen dalam dompet sampai semua kad-kad bank aku terjatuh -___- Buat malu je . Jalan nak ke rumah Faries nie gelap sangat . Takut jugak lah . Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat . Tepat jam 1 pagi sampai .

PESANAN PENAJA


" Selamat hari Malaysia "

Lepas nie rancang nak bercuti dekat pulau . Tapi tak tau nak pergi pulau mana . Kene cari duit dulu . Once duit dah ada baru pergi . Agak-agak pulau mana best ?

Nak baca cerita Faries kat sini : Melaka Yang Ohsem
Aku suka cerita detail , si Faries nie pulak suka cerita ala kadar je -___-

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

35 comments:

  1. Korang ni sweeeeeeeet . hahahahahaha

    amboi sakan gila korang jejalan , sampai melaka kot . berdua naik kereta pulak tu . Nak ikot !! >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakan gila kot berjalan =) eh orang tu kan ada kat terengganu sekarang nie =P

      Delete
  2. apsal dalam gambar ni nampak macam best eh p melaka? haha!!
    aku dah lama x p.. nanti leh ah rojer2

    ReplyDelete
  3. kayy fine korang pergi tak ajak fiza..merajuk sekejap! :D

    btw, serious bestt tengok semua gambar tuu.. memang meroyan sakan.. heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo merajuk pulak dia , nanti kitorang ajak yer =)

      Delete
  4. wahhhh merayau sakan tu smpai ketiak berpeluh hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal , eh ketiak berpeluh tu tipu je tau , jangan percaya . hahahhaa

      Delete
  5. zharif gmbr aku sikit nya =( pas nie kita g pulau pulak yer =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. padan muka kau sikit =P

      kau cuti bila ngek , confirm kan lah copat .

      Delete
  6. Replies
    1. apa nya yang cantik ? hahhaa . apa2pon terima kasih =)

      Delete
  7. eeee..paling tak suka bila pg zoo..last choice kalu nk pg melancong..ahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo best apa , banyak haiwan yg jarang jumpa . huhu =D

      Delete
  8. awesome gila ahhhh. untunglah dapat holiday . HAHAHA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo , kesiannya budak tu xboleh holiday . alaa nanti cuti sem pergi lah holiday kimy =)

      Delete
  9. Best-2. Kaki berjalan korang berdua ni ye takk? ^^, btw KN dah selalu pergi Melaka tapi semua tempat kat atas ni satu jari kaki pun belum pernah jejak. harharhar, sedeyh tak :'0, haha XD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaaa , rugi nya lah =) lepas nie singgah yer ^__^

      Delete
  10. mana makannya bro? xdak gmba makan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bro , makan kat tempat biasa2 je . lupa plak nak cerita . baru di edit balik bro =)

      Delete
  11. Agak tergugat melihat kehandsome-an Zharif di situ . #Eh . *istighfar bebanyak* *urut dada* HAHAHA xD pehh bestt gilaa zhariff xO

    ReplyDelete
  12. wahh . AWESOME nye holiday Zharifff =) cayalah ! naik cruise plak tu ~ prghh jeles2 ^_^ haha . btw best entry Zharif . good Job ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa bot biasa jelah najihah =) nama je melaka river cruise . huhu
      thanx =)

      Delete
  13. cantik semua. blh jd die hard fan? hahaaaa

    ReplyDelete
  14. smart nyew tergoda seketika *hewhew gurau2*

    ReplyDelete
  15. bestnya!! nk pegi gak..haha..

    pape pun slm kenal dari wan..wan da follow blog ni sekali..meh tngk blog wan plak :3

    ReplyDelete
  16. beatttnya p jalan2... ok pe kasut toms 2... smartlh jgk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke penat tu , confius , hahaha .

      smart memang smart tapi kelakar , huhu

      Delete
  17. Mcm best je. Last pergi melaka time sekolah2 dulu.
    Tu pun ikut rombong kat sekolah.
    Lepas tu tak rasa nak pergi melaka dah.haha.

    ReplyDelete

Home