Monday, September 17, 2012

Seharian di Melaka

Assalamualaikum

Pada 15 September yang lalu, aku berjalan seharian di Melaka. Bertolak seawal jam 10 pagi dengan menaiki kereta. Kali nie tak guna pengangkutan awam ya. Kali nie aku sendiri yang emmandu untuk ke Melaka. Sepatutnya kena gerak lebih awal lagi tapi mata mengantuk betul masa tu, sebab tu jam 10 baru nak gerak.


Alhamdulilah, sampai di bumi Melaka dengan jayanya tanpa sesat. Sampai sana dalam tengahari, terus menuju ke destinasi pertama iaitu Taman Buaya Melaka. Tak pernah lagi sampai dekat Taman Buaya Melaka, jadi aku agak sedikit teruja ya untuk meneroka apa yanga da dalam tempat tu.



RM10 untuk dewasa


Bukan terhad cuma ada buaya je, ada juga taman mini Malaysia dalam nie. Banyaklah bangunan-bangunan iknik negara yang ada di mini Malaysia. Comel je semua saiznya. Tak nak cakap banyak, korang tengoklah gambar-gambar yang aku muat naik nie. Hampir setiap miniature dia nak brgambar. Apo lah zarep oi !








Dekat kawasan nie, banyak ya makhluk-makhluk bulu yang comel dan sering mengacau pergerakan. Aku tak takut cuma aku akan jadi takut bila dia agah aku. Memang aku akan terperanjat dan lari.






Macam yang aku cakap tadi, Taman Buaya Melaka tidak terhad hanya mempamerkan uaya-buaya sahaja, malah terdapat juga haiwan-haiwan lain. Lebih kurang macam mini zoo lah juga. Okay sekarang, mari aku tunjukkan buaya-buaya yang terdapat dalam Taman Buaya nie ya.





Mengikut sejarah buaya tembaga yang tertulis di sini, ianya dijumpai pada tahun 1993 di sungai Melaka iaitu pada tahun kelahiran aku. Maksudnya, buaya tembaga di sini telah dipelihara selama 19 tahun. Umur buaya pula, boleh menjangkau sehingga 80-100 tahun.


Bukan takat buaya je ada, macam-macam ada dalam Taman Buaya Melaka. Termasuklah kolam mandi khas untuk kanak-kanak. Mujur aku tak bawa baju lebih masa tu. Kalau tak, memang dah terjun aku dalam kolam tu. Kanak-kanak tak kanak-kanak, ada aku kesah ?



Lama juga berada dalam Taman Buaya Melaka, dekat 2 jam jugaklah. Keluar je dari situ, terus cari makanan sebab dah lapar gila. Malas nak pergi jauh-jauh, makan dekat McD sebelah Taman Buaya nie. Jalan kaki je pon boleh.


Lepastu barulah menuju ke Bandar Hilir, Melaka. Dekat sinilah banyak tarikan pelancong. Pertamanya kami pergi ke kapal Flor De La Mar a.k.a kapal Jack Sparrow. Selama nie tak pernah pula terlintas nak masuk dalam tu. Tapi kunjungan kali nie rasa macam nak masuk pulak.





Dekat second floor dalam kapal nie, barulah ada aircond. Sejuk sikit sebab dekat luar tu sumpah panas gila. Ouh ya, dalam kapal nie banyak barang-barang sejarah seperti duit syiling, peti emas, replika kapal-kapal dan macam-macam lagi.


Sekarang nak pergi ke Menara Taming Sari pula. Dari dul teringin naik menara nie tapi tak kesampaian. Sekarang baru berpeluang. Teruja sangat sebab pertama kali naik.


Dapat tengok kawasan sekeliling Bandar Hilir Melaka dari atas. Cantik sangat ! Tak lama pon durasi masa dalam Menara Taming Sari. Berbaloilah bayar walaupun cuma sekejap. Nak lama-lama dalam menara nie pon, untuk apa. Cukuplah masa 15-20 minit tu. 



Lepastu pergi ke kawasan A Famosa. Ini merupakan landmark Melaka. Wajib ya datang dan bergambar di sini. Ia juga merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia, walaupun cuma pintu gerbang je.




Penat juga berjalan mengelilingi Bandar Hilir Melaka nie. Sampai ke Dataran Pahlawan aku pergi. Tak buat apa pon datang situ, sekadar nak tengok-tengok dan jejakkan kaki. Hari mula gelap, terus beredar untuk ke lokasi seterusnya.

RM10 untuk dewasa


Kami naik boat untuk menjelajah Melaka River Cruise pada belah malam. Pemandangan sekeliling begitu cantik di waktu malam. Bagus kerajaan negeri Melaka atas inisiatif mencantikkan sekeliling sungai Melaka. Dinding-dinding bangunan yang mengadap ke sungai semuanya dihiasi dengan lukisan dan gambar-gambar.


Masa sampai tu tak perlu beratur panjang. Ada dua jeti untuk pengalaman Melaka River Cruise nie. Satu dekat Bandar Hilir dan satu lagi dekat Taman Rempah. Aku sarankan korang naik dekat Taman Rempah sebab jeti Bandar Hilir kena beratur panjang. Atas bot lebih kurang dalam 30 minit juga.


Singgah makan malam dekat somewhere dan terus balik semula ke rumah kawan aku di Negeri Sembilan. Jam 10 malam sampai rumah. Penat betul seharian berjalan. Walaupun keluar rumah lewat, tapi berjaya juga pergi ke semua destinasi yang hendak dituju.

Post edited : August 2021

35 comments:

  1. Korang ni sweeeeeeeet . hahahahahaha

    amboi sakan gila korang jejalan , sampai melaka kot . berdua naik kereta pulak tu . Nak ikot !! >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakan gila kot berjalan =) eh orang tu kan ada kat terengganu sekarang nie =P

      Delete
  2. apsal dalam gambar ni nampak macam best eh p melaka? haha!!
    aku dah lama x p.. nanti leh ah rojer2

    ReplyDelete
  3. kayy fine korang pergi tak ajak fiza..merajuk sekejap! :D

    btw, serious bestt tengok semua gambar tuu.. memang meroyan sakan.. heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo merajuk pulak dia , nanti kitorang ajak yer =)

      Delete
  4. wahhhh merayau sakan tu smpai ketiak berpeluh hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal , eh ketiak berpeluh tu tipu je tau , jangan percaya . hahahhaa

      Delete
  5. zharif gmbr aku sikit nya =( pas nie kita g pulau pulak yer =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. padan muka kau sikit =P

      kau cuti bila ngek , confirm kan lah copat .

      Delete
  6. Replies
    1. apa nya yang cantik ? hahhaa . apa2pon terima kasih =)

      Delete
  7. eeee..paling tak suka bila pg zoo..last choice kalu nk pg melancong..ahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo best apa , banyak haiwan yg jarang jumpa . huhu =D

      Delete
  8. awesome gila ahhhh. untunglah dapat holiday . HAHAHA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo , kesiannya budak tu xboleh holiday . alaa nanti cuti sem pergi lah holiday kimy =)

      Delete
  9. Best-2. Kaki berjalan korang berdua ni ye takk? ^^, btw KN dah selalu pergi Melaka tapi semua tempat kat atas ni satu jari kaki pun belum pernah jejak. harharhar, sedeyh tak :'0, haha XD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaaa , rugi nya lah =) lepas nie singgah yer ^__^

      Delete
  10. mana makannya bro? xdak gmba makan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bro , makan kat tempat biasa2 je . lupa plak nak cerita . baru di edit balik bro =)

      Delete
  11. Agak tergugat melihat kehandsome-an Zharif di situ . #Eh . *istighfar bebanyak* *urut dada* HAHAHA xD pehh bestt gilaa zhariff xO

    ReplyDelete
  12. wahh . AWESOME nye holiday Zharifff =) cayalah ! naik cruise plak tu ~ prghh jeles2 ^_^ haha . btw best entry Zharif . good Job ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa bot biasa jelah najihah =) nama je melaka river cruise . huhu
      thanx =)

      Delete
  13. cantik semua. blh jd die hard fan? hahaaaa

    ReplyDelete
  14. smart nyew tergoda seketika *hewhew gurau2*

    ReplyDelete
  15. bestnya!! nk pegi gak..haha..

    pape pun slm kenal dari wan..wan da follow blog ni sekali..meh tngk blog wan plak :3

    ReplyDelete
  16. beatttnya p jalan2... ok pe kasut toms 2... smartlh jgk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke penat tu , confius , hahaha .

      smart memang smart tapi kelakar , huhu

      Delete
  17. Mcm best je. Last pergi melaka time sekolah2 dulu.
    Tu pun ikut rombong kat sekolah.
    Lepas tu tak rasa nak pergi melaka dah.haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...