Friday, September 21, 2012

Untuk arwah nenek , Al-Fatihah

Assalamualaikum

20 september yang lalu merupakan tarikh lahir orang yang aku sayang . Seseorang yang telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya pada 14 februari 2008 . It's been 4 years now . Dah lama dah arwah pergi ='(

Tak pernah miss langsung sambut hari jadi arwah nyai , tiap tahun mesti sambut =')

Pemergian dia memberi impak yang besar kepada keluarga besar aku . Ini merupakan pengalaman pertama aku , kehilangan orang yang aku sayang . Aku betol-betol sedih . Even sekarang pon tengah menaip air mata tak berhenti mengalir .

Macam mana terjadi 
_______________________________________________________

Arwah nenek aku memang dah lama sakit . Tapi selalunya bila dia sakit , dia terus baik . Takde sampai melarat lah kiranya . Sehari sebelom arwah nenek aku meninggal , semua orang di kejutkan dengan satu panggilan telefon dari paman aku mengatakan yang nenek aku sesak nafas . So anak-anak arwah meluru pergi ke rumah arwah . That time jam 5 pagi macam tu . Aku pon ikut ibu aku pergi rumah arwah .

Selepas setahun pemergian arwah , rumah arwah di jadikan satu tingkat sahaja ='(

Ibu aku dah  menangis-nangis masa tu . Aku tak menangis pon masa tu sebab selalunya bila arwah nenek aku sakit , dia akan sihat semula . Jadi aku tak berapa risau sangat . Aku tengok nenek aku dari luar sebab that time my arwah nenek sedang "topless" jadi agak segan aku nak masuk .

Fakta tak penting : Aku cucu arwah satu-satunya yang dapat tengok time dia masih lagi boleh bercakap , cucu yang lain semua tengok time dia dah tak sedarkan diri . Aku rasa bertuah di sini =')

Masa aku tengok dia buat kali terakhir tu , dia masih lagi boleh bercakap , masih lagi boleh tersenyum bila nampak aku kat luar . Senyuman dia tu buat aku rasa lega dan tiada apa yang perlu aku risaukan . Namun ternyata ia silap . Itu merupakan senyuman selamat tinggal =(

Pulang sahaja dari sekolah , keadaan sekeliling rumah aku sunyi dan kosong sangat rasanya . Macam ada something yang berlaku . Sedara aku telefon ajak aku tengok arwah kat hospital . Sampai sahaja aku kat hospital , hati aku luluh sangat masa tu tengok keadaan nenek aku . Aku dah mula menangis-nangis sebab aku tau memang dah takde harapan untuk nenek aku sihat semula .

Kenangan menghantar mak sedara pergi umrah bersama nyai ='(

Doktor suggestkan supaya nenek aku dipindahkan ke hospital klang , adik-beradik ibu aku pon berbincang sesama sendiri dan bersetuju untuk dibawa ke klang . Sampai sahaja hospital Klang , doktor sana menyalahkan doktor-doktor di  hospital Banting sebab melakukan kerja tanpa berfikir dahulu . Dada arwah telah ditebuk sehingga menyebabkan arwah tidak menyedarkan diri . Tindakan menebuk dada arwah merupakan satu kesilapan besar katanya .

Namun apa kan daya , benda dah nak jadi . Jadi tak boleh nak salahkan mana-mana pihak . Tidak lama lepastu , dapat panggilan mengatakan nenek aku sudah tiada . Kitorang yang kat Banting nie menangis-nangis . Masa tu aku kat rumah 3 beradik sebab parents aku pergi ambik adik-beradik aku yang lain kat asrama . Sedara-mara aku yang jauh dah start balik Banting .

Time nie berkelah tepi pantai PD , mandi manda =')

Mak sedara aku arahkan tingkap rumah nenek aku semuanya di buka . Bersihkan sekeliling rumah arwah . Sediakan apa yang patut . And that time jam 1 pagi . Jenazah arwah sampai rumah jam 3 pagi . Cucu-cucu dia masa tu semuanya dah berkumpul kat tepi-tepi jenazah . Baca apa yang patut . Memang rumah arwah dipenuhi dengan tangisan masa tu . Sedih sangat =(

Sedara-sedara yang kat Singapore pon dah mula sampai dan hampir semua anak-anak arwah dah ada kat situ . Cuma mak sedara aku sorang je yang tak berjaya sampai sebelom jenazah di kebumikan . Dia sampai kat tanah perkuburan selepas semuanya selesai .

Inilah mak sedara aku tu , kesian dia =(

Dia betol-betol terkilan . Sambil menangis dia berkata
" Mak napa tak tunggu aku dulu , aku nak tengok mak "

Makin lah sedih masa tu . Adik beradik ibu aku cuba menenangkan mak sedara aku tu . Banyak dugaan mak sedara aku nie sebelom nak sampai tu . Kesian dia . Padahal rumah dia kat Negeri Sembilan , tak jauh sangat pon dari Banting . Mungkin takde rezeki nak tengok =(

Tanda-tanda
_______________________________________________________

Raya sekarang totally berbeza lepas ketiadaan arwah nyai ='( 

Sebelom arwah nak pergi tu , banyak sangat tanda-tanda dia . Cuma kitorang je yang tak nampak . Selalu memang macam tu . Bila orang tu dah tiada baru kita nampak tanda-tanda nya .

Antara tanda-tanda nya ialah :

1.Dulu kitorang yang cucu-cucu arwah nie suka tidur rumah arwah . Kan aku pernah bagi tau yang rumah aku depan belakang kiri kanan semua rumah sedara-mara aku . Suka betol kitorang tidur sana even hari sekolah pon kitorang tidur sana . Arwah meninggal Rabu malam khamis , so pada hari Ahad sebelom arwah meninggal , merupakan hari terakhir kitorang tidur ramai-ramai kat sana . Arwah bangun pagi-pagi suruh kitorang beli macam-macam dekat kedai sebab nak buat sarapan istimewa katanya . Memang semangat betol arwah masa tu nak masak untuk cucu-cucu dia . Arwah masak mee hailam which is the most delicious mee hailam i've ever taste in my entire life so far .

" Lepas nie kalao tidur rumah nyai , nyai masakkan lagi " - Tak leh lupa ayat nie ='(

Aku siap lukiskan peta nya lagi

2.Seminggu sebelom arwah meninggal , arwah suruh aku hantar dia ke klinik setiap pagi . Time arwah tengah di periksa dengan doktor , aku asyik membayangkan kehidupan keluarga besar aku selepas ketiadaan dia . Almost setiap kali dia dirawat kat klinik tu , aku asyik terbayangkan dia meninggal aje . Aku siap cerita kot dekat ibu aku tapi ibu aku cakap yang aku nie mengarut . Hurmmm =(

3.Setiap petang arwah menggagahkan diri berjalan kaki ke rumah anak-anak dia . Tanya-tanya khabar , borak-borak siap bergurau lagi . Itu sangat ganjil sebab selama nie arwah duduk dekat rumah je sebab kaki dia tak kuat sangat berjalan . Selalu kitorang yang lawat dia kat rumah tapi seminggu sebelom dia nak pergi tu , dia pulak yang datang rumah kitorang . Dia siap suruh ibu aku jaga diri elok-elok lagi . Ibu aku dah mula syak pada mulanya tapi ibu aku tak nak fikirkan sangat sebab sedih bila bayangkan katanya .

Time nie paman aku bujang lagi tapi sekarang dah anak sorang

4.Time paman aku nak bertunang , arwah nenek aku lah yang paling bersemangat nak uruskan acara merisik paman aku nie . Yelahh , paman aku nie anak paling last so mungkin arwah lega yang paman aku lepas nie dah ada orang jaga , dengan itu baru lah dia senang hati untuk pergi . Sebab selama nie bila dia sakit , dia masih lagi bertahan . Bahkan sakit arwah sebelom-sebelom nie lagi terok berbanding sakit arwah semasa nak meninggal .

Kenangan
_______________________________________________________

Banyak sangat kenangan manis dengan arwah . Arwah nie ada satu sifat dia yang unik . Arwah walaupon dah berusia tapi dia hafal dan ingat akan tarikh lahir kesemua cucu-cucu dia . Tiap kali birthday cucu-cucu dia , dia akan hadiahkan something . Tak kira cucu yang paling besar mahupon cucu yang paling kecil =)

Rumah tu hadiah dari nyai aku masa darjah 4 or 5 , tak ingat =')

Entri sebelom-sebelom nie aku ada pernah cerita yang nenek aku mempertahankan aku daripada samseng-samseng kampung . Baca kat SINI

Aku boleh agak yang korang malas nak klik link tu , jadi meyh aku cerita kan balik .

Kejadian berlaku time aku belom mumayyiz lagi , jadi keberanian dan kekuatan tu tiada . Harap maklum ye kengkawan . So bila aku di lempang oleh sorang mamat nie time nak pergi beraya , yang mana keluarga si mamat nie merupakan musuh family besar aku . Bila berita aku dilempang oleh mamat nie sampai ke telinga arwah nenek aku , dia pon apa lagi . Naik hangin lah . Dia siap suruh sedara aku hantar dia naik motor pergi ke kebun ( Tempat mamat nie lepak ) . Yang mana time tu ibu aku dan aku telah pon berada di situ .

Arwah nenek aku turun motor je terus tak cakap apa , tak bagi salam apa , dia datang dekat laki tu , dia terus lempang sekuat hati . Pangggg ! ( Perlu ke ada sound effect lempang ? )

Kat situ lah tempat mamat tu kene lempang

Si mamat tu pon dah siap dengan tumbukan nya nak tumbuk nenek aku , aku pon dah get ready je tangan masa tu nak bertindak . Once dia sentuh nenek aku , dia takkan terlepas daripada aku . Ceyhh , time dah bawak geng baru berani aku nie . Time xde geng punya lah menangis balik rumah mengadu dekat ibu ada budak lempang . Puihh ~

Itulah kisah yang mana aku ingat sampai sekarang . Memang takkan lupa sampai bila-bila . Kasih sayang arwah nenek aku jelas terlempang , eh silap , jelas terpampang bila dia lempang mamat tu . Menggagahkan diri datang ke situ . Padan muka mamat tu kene lempang .

Berdengung mamat tu kene lempang , HAHAHA

Jap nak sambung sikit lagi . Sebelom acara lempang tu tamat , ibu aku pon turut melempang mamat tu . So kira nya dia dapat double lempang . Amaran di sini , jangan berani sentuh anak Azis . Eh ?

Dah selesai aktiviti lempang melempang tu , ada pulak kejadian memalukan kat situ . Time nak balik naik motor dengan ibu aku , ibu aku boleh pulak terbabas langgar pokok kelapa sawit . Depan geng lepak mamat tu pulak tu -___- Daripada tengah sentap terus terketawa mamat tu .

Pokok kelapa sawit yang ibu aku langgar -___-

Mak aku cakap apa ,
" Apa ketawa-ketawa ? Nak kene lempang lagi ? "

Dorang terus terketawa tak henti-henti sampai lah aku beredar . Aduyai ibu aku nie , buat malu je . Dah elok macho lempang anak orang , terlanggar pokok pulak . Terus gelabah feminin balik . Mungkin sebab marah sangat kot , tu yang ter-press enjin kuat sangat . Ibu ibu -____-

_______________________________________________________

Mula-mula tadi sebak je ceritanya , tup tup boleh terketawa pulak ? Haihhhh ~

Kamus Bahasa
Paman - PakCik , Uncle
Nyai - Nenek

PESANAN PENAJA  


" Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ,
Al-Fatihah ='( "

Jangan sentuh aku , kalau sentuh jugak , aku bawak geng . Hah jangan main-main =P
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

35 comments:

  1. semoga arwah ditempat kan di kalangan org2 beriman....

    :')

    ReplyDelete
  2. in detail. alfatihah. my grandma pun dah meninggal~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita senasib cik nesha =') Al-Fatihah juga untuk arwah

      Delete
  3. Semoga arwah mendapat ketenangan di sana, Al- Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Sedih. Pastu gelak baca entry ne. :)
    Al-Fatihah. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal kan , dah sedih-sedih , tup tup bertukar pulak . hahahhaa . thanx =')

      Delete
  5. Zharif , sedihnya baca kisah pasal arwah nenek zharif . Haikal baca dengan situasi haikal membayangkan Nenek zharif tu nenek haikal . Nenek haikal pun dah meninggal masa haikal form three . Memang tak boleh lupa betul saat tengok jenazah arwah nenek sebab kami semua satu family tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir . Masa tu kat Johor :(

    Nenek haikal jatuh kat bilik air , first dengar berita sepupu call dia cakap ' Tok tengah nazak ' . Waktu tu kami semua tengah gelabah and terus packing2 baju nak balik penang . Lima minit lepas tu sepupu call dan cakap ' Tok dah takde ' . Haikal ingat Arwah nenek haikal dah sihat balik tapi rupanya 'Takde' tu menandakan dah meninggal . Sedih sangat :"( *lap air mata*

    Doakan sama-sama arwah nenek kita berdua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman . insyaAllah .

    Zharif ! sedihnya entry ni !! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek kita meninggal ketika kita di usia yang sama =) haikal punya cerita lagi sedih kot . Al-Fatihah untuk arwah =')

      Delete
  6. tak dpt aku jumpe or kenal2 dgn arwah nenek kau .mesti baik kan. al fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik baik baik ^__^ aku kenal kau pon taun lepas kan -___- manolah sompat cik adik oi

      Delete
  7. alaa, bila hang post camni aq ingat kat arwah opah aq.arwah opah aq meninggal hari raya pertama taon lepas.so,hari raya taon ni suram je.

    cerita ko kena lempang lawak wei.lepas ni memang suma takut cari pasal dengan hang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first day raya ? aku boleh bayangkan kesedihan raya kau masa tu ='( suasana hari raya automatically akan berubah kan bila atok nenek dah takde =(

      jangan cari pasal tau dengan aku , nanti aku bawak geng . hahahhaha =D

      Delete
  8. Moga Arwah ditempatkan dengan kalangan org yg beriman,Amin.
    =)

    ReplyDelete
  9. al fatihah.. btw panjang benor karangan awak yer :P ..

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah..moge2 roh tenang di sana..
    ble bace part lempang-melempang tu,serius lawak..ak sampai gelak golek2 kat lantai.. (^^,)

    ReplyDelete
  11. al-fatihah..

    sebak aku baca entri ni. sabar yaa zarep :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai waktu arwah pergi , kene terima =')
      terima kasih kimy =)

      Delete
  12. mana la jumpe gmbar lama ni.mst seronok ..n lucu ble tengok balik.heheheh
    edy ade gak jumpe sikit.tp segan nak upload.hehehehe

    alfatihah./.moga bahagia disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar nie diambil balik guna kamera digital . ini gambar kodak sebenarnya . huhu

      thanx edy =)

      Delete
  13. Sedih baca entry ni Zharif yg ni, suddenly teringat kat arwah nenek jugak. Rindunyaaaa :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah buat arwah nenek badariah juga =') semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman . aminnn

      Delete
  14. Mula2 sedih gak baca entry ni,tu pun di cari dalam google teringat arwah nenek, sebab rindu ler zaman arwah ada,keluarga besar ada persamaan, lepas nenek xde,.habis empire rumah agam tu...tapi last2 entry cerita ni kelakar la plak,,,terus happy. Tks bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, rindu dgn arwah nenek =') you are welcome STF ..

      Delete
  15. Adegan lempang melempang tu x leh tahan ketawa baca...anyway apsal tu?

    ReplyDelete

Home