Assalamualaikum
Gurauan adalah satu mekanisma untuk meriahkan suasana dan mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Namun begitu, harus diingat, setiap gurauan ada batasnya. Tak semua benda boleh dijadikan bahan gurauan dan tak semua gurauan diterima baik oleh setiap mereka-mereka yang mendengarnya.
Aku bukanlah apa, cumanya aku rasa sedikit terkilan apabila sesetengah manusia begitu tidak sensitif apabila bergurau. Aku nie dahlah jenis susah nak marah, mahupun mengekspresi diri. Mungkin disebabkan ini, orang-orang sekeliling merasakan ia okay untuk bergurau sedemikian. Aku nak sangat bagi tahu mereka yang aku tak suka dengan gurauan itu atau menjadikan ia sesuatu bahan jenaka. Tapi aku tak dapat nak zahirkan itu sebab aku tak berani. Aku lebih memilih untuk mendiamkan diri dan senyum sahaja.
Gurauan apa yang sensitif sangat tu ? Bagi aku, aku sensitif terhadap gurauan mengenai braces yang aku pakai.
Tak ada benda lain ke kau nak jadikan bahan gurauan. Kau anggap benda tu tak ada apa-apa tapi bagi aku, benda tu sakit tau. Cubalah letak diri kau dekat tempat aku bila kau punya insecurity dijadikan bahan gurauan. Ikutkan hati, aku boleh je highlight-kan insecurity kau. Malah banyak je aku boleh senaraikan. Tapi ada aku jadikan itu sebagai bahan gurauan ? Tidak. Sebab aku tahu, bila orang mempermainkan insecurity kita teruatama sekali menyentuh abb fizikal, kita akan rasa sangat terguris.
Jadi manusia tu, tolonglah sensitif sikit. Jangan ikut sedap hati dan mulut je. Makin aku diam, makin menjadi pula gurauan bangang kau. Masalahnya, dia bukan main lagi persenda orang lain, gurau itu ini dengan petik keadaan fizikal orang, tapi bila kena dekat batang hdung sendiri, eh eh menangis pula. Dah kenapa ? Kira adil lah. Kau kutuk aku, aku kutuk kau. Tapi kau tak boleh terima. Siap menangis bagai. What a joke.
Post edited : August 2021
hmm sabar je lah. tapi klo pompuan yang pukul mana sakit, kitorang kan lemah lembut. lelaki pukul sakit gila. kau kena cakap kat diorang yang kau tak suka diorang bahan kau.
ReplyDeletememang lah perempuan kalao pukul tak sakit , tapi tak ingat ke yang perempuan nie suka pukul guna barang ? memang kuaja wanita itu .
Deletetulaaa,..padan muka..hehe
ReplyDelete=)
Deletesabar ye.. sabarrrrr, sabarrrrrrrr..
ReplyDeletecuba nie cuba >__<
Deleteterbaik ahhh zarepppp! nak tergelak pun ada. seriusly aku pun jenis tak suka marah org depan2 sebab nak jaga perasaan dia. so twitter laa jadi tempat nak marah. kehkeh.
ReplyDeletekann =) sama lah , sepp sikit !! ^^
Deletetak suka marah depan2 sebab nak jaga hati . tapi dorang xpernah pulak jaga hati kita . bila marah kang sentap pulak kan .
lain kali zharif ,marah je..jgn terlampau baik sgt.
ReplyDeleteoke , aku buat kat kau macam tu okey ? eh tapi kau memang selalu aku marah pon . muahahha
DeleteZharif is too ''BAIK '' that's y dowg buat sesuka hatii ! n about braces tuu , i'm the pemakai braces tegar ponn ase ap yg Zharif ase .. so chill okay =) dowg xknl lg sape Zharif sebenar .. ^__^
ReplyDeletekann , cuba kalao kita perli kelemahan dorang pulak , mesti sentap . lepastu masam muka . menyampah aihh
Deletezharif, sabar k . Kadang2 dorang tak sedar sepatah ayat dorang tu mengguriskan hati dan perasaan org. seeloknya zharif pi tegur depa. kang makin melarat banyak hati yang tersakiti. hihi Take care yaaa ! :")
ReplyDeletehow lah certain manusia nie tak leh faham dengan sensitiviti sesuatu masyarakat tu . nak kne tegur bru dorang faham . sedih kadang ='(
Deletetake care jugak haikal kat sana , jangan sampai kene ragut lagi tau =)
sabar je lah banyak2... tak semua manusia ni tau etika2 hidop...
ReplyDeletetapi sabar, jangan sampai kena pijak kepala... hopefully those people yg buat jahat kat zaref tu baca entry zaref buat ni and x ulang lagi. hopefully!
sabar banyak2 k! :)
harapnya macam tu lah kan =') terima kasih ^^
Delete