Saturday, December 8, 2012

Langkawi : Day 1

Assalamualaikum 

Alhamdulillah , selamat tiba di Selangor jam 6.30 pagi semalam . Penat sangat badan nie . And now aku nak ceritakan pengalaman 4 hari 3 malam aku kat Pulau Langkawi secara detail . So for those yang rasa annoyed dengan banyak gambar or rasa tak sanggup nak baca post panjang-panjang , di nasihatkan supaya beredar sekarang . Terima kasih .

Ke nak aku buat tutorial macam mana nak keluar dari blog jejakakaula nie ?


Okey kepada sesiapa yang dah tak sabar tu , jom mulakan =)

9.00 pm ( 2 Disember 2012 )

Singgah Giant beli nasi untuk makan dalam bas 

Gerak pergi ke Klang Sentral dengan family . Sampai sana 10.30 malam . Bas kitorang jam 11.15 malam . Tunggu punya tunggu dekat 2 jam , 12.50 malam baru naik bas . Menyirap nya lah hati ini . Dahlah basnya pecah depannya macam baru lepas excident , buruk , tak tepati masa . Ya Allah sabor jelahh .

Amaran : Jangan menggunakan perkhidmatan Shamisha Express

9.00 am ( 3 Disember 2012 )


2 tiket dari Kuala Perlis ke Klang Sentral RM 98 hengget

Kitorang sampai kat Kuala Perlis . Lepastu terus pergi kaunter tiket bas untuk beli tiket bas balik . Kali nie kitorang menggunakan perkhidmatan Sani Express . Selesai je terus berlari-lari anak dengan comelnya bawak bagasi besar menuju ke jeti .

Menuju jeti Kuala Perlis 

9.30 am ( 3 Disember 2012 )
Alhamdulillah sangat-sangat , masa nie kat jeti tak ramai sangat orang . Still ramai tapi takda lah padat sangat macam yang kakak si Faries nie cerita . Kakak dia masa tiba dekat jeti nie dia terpaksa tunggu 2 jam kot baru dapat naik feri . Kakak dia pergi 3 hari sebelum kitorang bertolak , 29 November 2012 . Tapi kitorang sampai je jeti , beli tiket , tunggu 5 minit terus naik feri . Alhamdulillah sangat-sangat tak perlu nak tunggu lama .

Feri kitorang , ekspres bahagia 99

Muka tak mandi , tak gosok gigi naik feri 

10.45 am ( 3 Disember 2012 )
Akhirnya sampai jugak kat Langkawi nie . 1 jam dalam feri sempat tidur kot . Sampai sini je ternampak ada makcik tu jual buah delima . Ibu aku ada cakap , dekat jeti nanti ada orang jual buah delima murah . So aku pon tak nak lepaskan peluang , maka aku beli lah 8 biji dengan harga RM10 . Murah kot >__< Mana nak dapat harga macam tu kat Selangor nie .

Abang kereta sewa 

Lepastu adalah sorang abang tu tawarkan kereta sewa . Aku taknak sebenarnya tapi entahlah . Aku pergi ikut je abang tu . Kalau boleh aku nak sewa kereta dari orang yang betul-betul ada kedai or perniagaan sewa kereta . Dan bukan dari orang yang main tarik-tarik orang dekat jeti nie .

Kereta sewa kitorang

Maka dapat lah kitorang sewa kereta kancil manual dengan harga RM60 satu hari . So darab dengan 3 hari , tambah extra hours 3 jam , total harga semua RM210 . Deposit RM100 . So bayarlah kat abang tu RM310 ( Deposit akan dapat balik lepas pulangkan kereta )

Seriously kalau nak cerita pasal kereta sewa yang aku ambik nie , sampai besok pon tak habis . Kereta nya memang tak best bila bawak , susah masuk gear , siap goyang-goyang kot bila bawak laju . Lepastu minyak kereta masa dia serahkan kereta tu kat kitorang betol-betol dekat "E" . Memang berdoa jelah time tu sampai dekat stesen minyak . Sampai je stesen minyak terus isi RM40 .

Lupa bawak sticker "P" , so redah lah pekan kuah tu cari . Sekali beli dengan peta Langkawi . Bila beli peta nie , terus feeling-feeling pelancong tau . Tanya orang kampung sana sini sambil pegang peta , tuhan jelah tahu feeling-feeling pelancong aku tu . Bangga sangat tau tak =)

1.30 pm ( 3 Disember 2012 )


The price 

Naik kereta terus pergi Pantai Cenang cari Amzar Motel . Alhamdulillah , atas usaha sendiri tanpa bantuan orang kampung , kitorang jumpa pon Amzar Motel nie . Hebakk zharif hebakk >__<

Kunci bilik haruslah tayang 

Check in , dapat kunci terus terjah bilik kitorang. Boleh tahan lah bilik nya . Ada aircond , ada tv , ada almari , bathroom ada , biliknya bersih dan katilnya kemas . Sangat memuaskan =)

Puas hati dengan bilik kat Amzar Motel nie 

What did you expect from RM45 hengget room per night ? It's okey lah kan semua benda basic ada . Aku cari tempat penginapan yang paling murah sekali . Bukan lah kedekut ke apa , tapi ada lah sikit . Bagi aku , bilik nie cuma tempat untuk mandi dan tidur je kan so tak perlu lah nak menginap kat tempat yang mahal-mahal . Bukan nya datang situ nak stay kat dalam bilik je kan ?

Lampu flash over sangat nie 

RM45 darab 3 malam campur deposit RM50 , total RM185 ( Deposit akan dapat balik lepas pulangkan kunci )

Pantri

Abang Anuar ( abang kepada abang Amzar ) , dia ada bagi tau , semua pokok-pokok buah yang ada kat area Amzar Motel nie boleh petik . Kemudahan lain seperti pantri nie pon boleh . Kat pantri tu ada water heater , iron baju dan macam-macam lagi .

3.30 pm ( 3 Disember 2012 )
Lepas siap mandi gosok gigi solat semua , kitorang pon mula lah menjelajah Langkawi . First thing , mesti lah nak isi perut dulu kan . So singgah makan dekat Laksa Power . Laksa Power nie berdekatan dengan airport . So kalau on the way pergi airport mesti akan lalu Laksa Power nie .


Somtam dan laksa power , cendol tiada dalam gambar 

Sedap laksa nya , memang power ! Somtam nya pon sedap . Makan berhadapan dengan pantai memang best =) Berangin je . Makanan nya pon tak mahal , kitorang cuma habis RM12 hengget je kat sini .

Belakang tu pantai , angin kuat bertiup masa nie =)

Habis makan je dekat Laksa Power tu , kitorang try call abang kereta sewa tu nak mintak tukar kereta . Sebab memang tak best langsung bawak kereta tu . Takut kereta tu meragam buat hal lagi naye percutian kitorang . Tapi bila fikirkan balik , kitorang dah pon terlanjur isi minyak 40 hengget pagi tadi . Haihhh malang betol dapat kereta nie -___-

Redha je dengan kereta nie .

4.00 pm ( 3 Disember 2012 )
Tempat pertama yang kitorang lawat ialah Kota Mahsuri . Salah satu tempat wajib singgah bila datang kat Langkawi nie . Cerita pasal Mahsuri nie sangat lah terkenal . So rugi lah kalau datang sini tak melawat Kota Mahsuri nie . Harga tiket masuk masa nie RM7 ringgit seorang .

Memang perlu pose begitu 

Mungkin sebab musim cuti sekolah kot sebab tu harga naik 

 Gambaran apa yang berlaku terhadap mahsuri

Perlu pose begini , perlu sangat kay .

Tanggalkan kasut pon perlu ada gaya , di tangga rumah Mahsuri 

Tempat Mahsuri tidur kan anaknya =)

 Gambaran wajah Mahsuri

Sedih baca cerita pasal Mahsuri nie . Kene fitnah tak pasal-pasal kene bunuh .

 Pintu dapur rumah Mahsuri

 Dapur

 Feeling-feeling cinderella kene kurung ke zarep ?

 Aksi batak melihat peralatan lama 

Motif peluk tiang rumah Mahsuri ? 

 Teratak Sri Tama , siapakah dia ?

Katil Sri Tama , kukuh lagi kot .

Barang-barang cenderamata kat sini mahal-mahal kot 

Telaga Mahsuri

Makcik tudung hitam tu , konon nak show off yang dia tu pandai macam mana nak timba air kat perigi . Sekali dia try , tak menjadi . Air nya tak masuk dalam baldi tu . Buat malu je . Tulah berlagak sangat nak tunjuk pandai . Lepastu makcik baju merah tu pulak cuba , senang je dia buat . Sekali je terus dapat banyak air . Makcik show off tadi mungkin dia malu terus dia blahh . Hahaha

Makam Mahsuri

Tak tau dah nak pergi mana 

Nak balik dah , bye Kota Mahsuri =)

6.30 pm ( 3 Disember 2012 )
Balik je dari Kota Mahsuri tu , balik bilik tukar baju mandi . Dari bilik motel kitorang nak ke Pantai Cenang nie cuma ambil masa 2 minit berjalan kaki je . Huhu

Pelancong enough ?


Leceh betul mandi gilir-gilir , sorang mandi sorang lagi jaga barang . Last-last fed up balik bilik letak kamera , bukak baju terus jiblon dalam laut .

8.00 pm ( 3 Disember 2012 )
Malam nya pulak , kitorang pergi keluar makan . Makan dekat area Pekan Kuah dekat dengan jeti . Agak jauh dari Pantai Cenang tempat kitorang menginap . Kitorang makan dekat EE Trimula Cafe . Ramai blogger suggestkan makan dekat sini . Mostly tempat-tempat yang aku singgah makan dekat Langkawi nie , tempat yang terkenal di kalangan pelancong-pelancong dan blogger-blogger . So memang semua tempat makan yang femes amos semua aku singgah . Harap maklum .


Tempat nya agak tersorok sikit , jadi mata tu kene bukak luas-luas yer . Dari jeti terus je sampai nampak traffic light bernombor . Depannya tu ada pokok besar belok kiri . Kalau dari Pantai Cenang pulak , terus je menuju ke pekan kuah , nampak traffic light bernombor belok kanan . Lepastu terus je sampai nampak banyak gerai makan . EE Trimula Cafe nie depan hotel Bella Vista .

Sangat berpatutan harga dia 

Memang sedap makanan western dekat sini , harga nya pon berpatutan . Total semua yang kitorang berdua makan RM25.50 . Satu pinggan makan untuk dua orang pon boleh sebabnya ayam dan daging kambing tu portion dia agak besar . Kira kalau makan memang confirm kenyang lah .

Tak sabar menunggu makanan sampai 

Kiri Faries punya , Chicken chop . Kanan aku punya , Lamb chop .


Kepada seisapa nak gunakan perkhidmatan wifi free dekat Trimula Cafe nie , passwordnya EETRIMULA2001 .

PESANAN PENAJA 


" Total duit kitorang berdua habis untuk hari pertama RM853.40 "

Tunggu post akan datang untuk hari kedua pulak yerr .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

23 comments:

  1. cepat betol update yea.. sue nih dah berbulan bulan nak update pasal bercuti kat langkawi malas -,- sbb nk kena upload gambar banyak2.. huhu .. ape pun best entry ni.. sgt padat ngan info.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak gambar . Kalao boleh nak je upload semua . Hahaha

      updated jela , kenangan kot =)

      Delete
  2. pergh... satu hari je da abis 8 ratus... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru satu hari kan , belom lagi 4hari =)

      Delete
  3. 800 ? uwuwuwu , tuh tak pergi shopping lagi tuh . ahaks . coklllaatttttttttt ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping coklat mmg dah xfikir apa . Beli je =D

      Delete
  4. wowo agak terkejut ye. RM8++ PER DAY. Tapi bila kita nak bejalan ni dah x kira bape banyak habis as long as we enjoy the trip. Tapi lepas tu ikat perut la kau zarepp. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DSH , bila kita berjalan , emmang duit tu paling last lah kita fikir . as long as kita enjoy the trip =D

      ikat perut tu , tak kot . parents still support lagi . huahua =P

      Delete
  5. Entri semua best2 gila. Santai jaa baca. Keep it up!
    ekkk 8 ratus lebih ? perghhh bapak ahhh sakan zarep :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah lama merancang , mesti dah lama jugak kita spend money , betol tak ? so tak de mende sangat lah 8 ratus tu , ceyhhh . hahhaha

      terima kasih kimy ^^

      Delete
  6. wahh bestnyee holiday Zharif kali nihh =) mmg tersusun rapi ~ ! bagus2 .. ! nice entry Zharif !

    ReplyDelete
  7. rm800? pehhh! *melopong*

    takpe, yang penting enjoy! kan kan? bila lagi nak jalan2 mcm ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. first day je yg banyak keluar duit sikit , the next day dah berkuranng dah =) huhu

      Delete
  8. Assalamualaikum dik, kau ni siap buat total berhabis cam akak pulak perangainya. hahaha bagus! beringat itu penting! pasni bolehlah akak melancong ke Langkawi ikut tuto kau ye dik, hewhew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak tengok berapa banyak duit habis =D hewhew

      Delete
  9. gara2 baca entry ko g langkawi cuti midsem ni pun aku sampai langkawi huhu.... entri ko mmg menggoda la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ? adakah itu satu kesalahan , kalau ye minta maaf =) best kan langkawi ^^

      Delete
  10. inspirasi betul, aku mmg cari 'gambaran' amzar motel ni macam mana - bilik RM45 dia, water dispenser dia belah mana, jauh dgn pantai berapa minit..google2 alhamdulillah jumpa blog ni, thanks X)

    ReplyDelete
  11. amzar motel tu bro tempeh camner?

    ReplyDelete

Home