Tuesday, December 11, 2012

Langkawi : Day 2

Assalamualaikum 

Hari kedua punya cerita would be soo panjang lebar dan akan dipenuhi dengan banyak gambar . So masih nak teruskan ?


Kalau masih , jom mulakan !

8.00 am ( 4 Disember 2012 )

Iron tu aku bawak dari rumah okey 

Bangun pagi-pagi bersiap untuk menempuh hari kedua kat Langkawi nie . Kitorang nak pergi naik cable car . Tak jauh sangat pon dari Pantai Cenang . Tapi kalau dari Kuah memang jauh .

9.00 am ( 4 Disember 2012 )

Beli McD pon nak letak gambar tau , teruk benor perangai zarep nie

Beli sarapan dekat McD . Dari Amzar Motel nak ke McD nie jalan kaki pon boleh okey . Tapi tak nak lah penatkan kaki berjalan semata-mata nak beli sarapan kan so kitorang naik kereta . Harga sarapan pada hari biasa murah kan ? So manfaat kan semurah-murahnya selagi ada .

Ada ke ayat bahasa melayu macam tu ? BTW , cashier McD yang nama Natasha serious cantik . Muka dia macam Fazura pelakon tu .

10.00 am ( 4 Disember 2012 )

Tiket 

Kalau anda-anda kat luar sana tu rakyat Malaysia , maka harga untuk satu tiket bagi dewasa hanya RM15 hengget sahaja . Alhamdulillah , masa kitorang sampai tu , orang-orang tak ramai lagi . Masuk beli tiket , beratur sekejap , 10 minit lepastu dapat lah naik gondola .

 Jangan main-main , spec mata harga 5 hengget tu . 
Beli dekat Aeon Bukit Tinggi

Khusyuk tol tengok movie hindustan yang melakukan penggambaran dekat cable car Langkawi nie

Tengok tu , lengang je kan . Beratur pon tak lama

Dalam gondola , seramm lah jugak >__<

Ada dua stage cable car nie . So kitorang turun sat ambik-ambik gambar masa sampai stage yang pertama . Stage pertama pon dah tinggi apatah lagi stage yang satu lagi .

Indah sungguh pemandangan dari atas nie =)

Aku tak nampak haper pon guna teropong nie 

Lepas dah puas bergambar , kitorang naik gondola sekali lagi untuk ke stage yang kedua . Kali nie lebih tinggi .

Tips : Sila pakai shades untuk elakkan silau matahari . Boleh fefeeling Victoria Beckham .

Naik gondola lagi 

Gayat tak ? Tinggi tu . . . 

Angin kuat bertiup so xde lah panas sangat kat atas nie

Kesengalan melanda 

Jangan pernah rasa malu untuk pose walaupon ramai orang , chill lah

Eh kulit aku lagi cerah dari mat salleh belakang tu , hahaha

Dah cukup hensem lah tu kononnya ?

Dekat atas nie sangat lah berangin sampai boleh terbang aku di buat nya . So kepada sesiapa yang kurus macam haku nie , sila lah berhati-hati . Jangan lah sampai anda melayang jatuh ke bawah ditiup angin .

Fly high 

 I believe i can fly !!

Berpaut but still terbang lagi 

Terus normal balik

Masih ingatkah kalian akan burger McD yang daku beli pagi tadi ? It's lunch time bebeh !!

Jangan lahap sampai tahap macam aku nie yer

Ya Allah zarep , kau tu pengguna braces tegar , hati-hati sikit bila makan boleh dak ? Kang tercabut kang dah payah . Bising lagi kang doktor kau kat Melaka tu .

Tips : Sila beli makanan siap-siap sebelum naik cable car . Makanan atas nie mahal .

Penat bergambar kat atas tu , so masa untuk turun ke bawah . Matahari pon makin terik , walaupon angin bertiup dengan kuat tapi kebahangan nya still dapat di rasa . Aku eja bahang ye , bukan bangang . So tolong jangan salah sebut .

Maintain victoria beckham tau spec tak nak tanggal . Zarep zarep -__-

Tengah dok tunggu giliran dapat naik gondola tu , tetibe kitorang di panggil untuk ke depan . Wahh tak perlu beratur ( Feeling-feeling artis sekali lagi ) . Padahal masa nie manusia nak turun dari puncak nie sangat lah ramai . Aku boleh nampak wajah-wajah tak puas hati dari mereka-mereka yang lebih lama beratur dari kitorang .

Tak dapat nak jejak kat situ sebab di tutup kerana terlampau berangin

Bila sampai je kat bawah , lautan manusia mula membanjiri . Ya Allah , nasib baik kitorang pergi awal . Kalau tak habis masa kitorang untuk beratur je .

Tips : Sila datang pagi-pagi untuk menaiki cable car .

Cable car punya kaunter tiket bukak jam 10 pagi , masa kitorang sampai tu tepat-tepat jam 10 pagi tapi still kene beratur jugak walaupun sekejap . So boleh bayangkan tak kalau korang datang lambat beli tiket ? Berapa lama agaknya nak kene beratur yerpp .

Gambar kiri tu tempat first nak naik cable car untuk ke stage pertama . Penuh gila !
Gambar kanan pulak tempat beratur untuk cek tiket . Pon dah kene beratur panjang >__<

Kat tempat cek tiket pon dah beratur panjang ? Agak-agaknya bila lah dorang dapat naik gondola tu yer . Aku dah tersengih-sengih kegembiraan masa nie sebab aku tak perlu nak beratur-beratur panjang macam tu . Hahaha

Cable car nie dalam kawasan Oriental Village . So sekeliling Oriental Village nie banyak tempat-tempat menarik untuk di terjah . Kan sekarang tengah ada kempen cerita Winter Sonata . Aku bukan layan cerita-cerita korea nie so aku tak tau sangat . Nama kempen tu " Nami Island " kalau tak silap . Layan jelahhh ~

Sonata musim salju ?

Signboard paling atas tu kalau silap sebut boleh jadi romen , seram 

 Serious nya bang

 Tanglung pon ada tau 

 Ada ke pulau nama Nami ?

 Nampak tak poyo nya di situ ?

 Tengok apa tu zarep ?

Faries memang selalu terencat macam tu , harap maklum

Lepastu kitorang pergi ke tasik , bagi ikan makan . Makanan ikan boleh di dapati di kedai berhampiran dengan harga RM1 hengget satu paket .

Berebut-rebut ikan tu makan bila Zharif Azis yang bagi . Eh ?

1.00 pm ( 4 Disember 2012 )
Balik dari Oriental Village tu terus menuju ke Telaga Tujuh . Telaga Tujuh dengan Oriental Village nie kira macam dekat lah jugak . Tak sampai 5 minit kot bawak kereta dah sampai . Kalau korang perasan , time naik gondola tu , korang akan ternampak satu air terjun gunung , hah tu namanya Telaga Tujuh .

Tips : Prepare siap-siap baju lebih dalam kereta .

Pandangan dari dalam gondola 

Perlu bergambar

Parking kereta kene bayar tau kat sini 

Sebelom nak sampai ke tempat air terjun kat atas tu , kita kene naik 367 anak tangga . So kepada mereka-mereka yang tak larat nak berjalan lama , di nasihatkan jangan pergi sini . Tapi berbaloi tau naik tangga penat-penat nak pergi air terjun atas tu sebab tempat mandi nya sangat lah best !

 See !! 367 anak tangga 

Mula-mula memang semangat , half way menuju ke atas dah pancit -___-

Muka eksaited akhirnya sampai 

 Air dia sejuk woi walaupon tengahari 

Dugung terdampar maybe ?

Batu-batuan kat sini agak licin , jadi kene lah berhati-hati yer bila memijak tu . And lagi satu , air dia agak deras sampai korang boleh menggelongsor ke bawah dengan sendirinya .

Aku lah tu yang kene -__-

 Tempat paling best untuk berendam =)

Sila berpaut dengan kuat kalau taknak menggelongsor ke bawah 

Masa kitorang mandi nie time tengahari , so mana ada manusia nak mandi atas gunung time matahari tegak atas kepala kan ? Boleh hitam kulit nanti . Tapi kitorang ? Tak kesah pon , sebab tiap kali keluar bilik , aku akan paksa si Faries nie guna sunblock . Aku dah prepare awal-awal sebab aku tau cuaca panas dekat utara nie lain macam sikit .

Tips : Never left your house without your sunblock .

Beli dekat Watson dengan harga RM28.90
( Beli siap-siap dari rumah sebab aku tengok harga dekat langkawi nie bapak mahal , 40 hengget lebih kot )

Bagi aku , sunblock Sunplay SPF 130  nie tersangatlah bagus . Dia cepat kering dan tak berminyak . Lagipula ianya water and sweat proof . So kalau melibatkan aktiviti yang ada air , kulit kita tetap terlindung daripada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit . Selain itu juga , warna kulit kita maintain je sebelom dan selepas terdedah cahaya matahari . Sebab tulah aku main selamber je terdedah dekat matahari lama-lama . Siap boleh berjemur lagi . Hewhew .

Eh dah kenapa tetibe ada iklan sunblock kat sini ?

Kalau nak mati cepat sila lah melepasi pagar tu

The most embarrassing part is when u forgot to bring ur underwear and u you have to borrow it from someone else . Thanx god Faries got extra underwear that time . Damn -__-

Dapat spender terus feeling victoria beckham balik tau

3.30 pm ( 4 Disember 2012 )
Balik je dari Telaga Tujuh tu , perut memang betul-betul dah berkeroncong . Lapar habaq hang . Terus menuju Padang Matsirat mencari warung Jom Ikan Bakar . Juga salah satu tempat makan femes among bloggers and tourists like me . Eh ?

Tempat wajib singgah !

Jom Ikan Bakar nie selepas sekolah kebangsaan Padang Matsirat kalau tak silap . Alahh kalau susah-susah , tanya je orang sekeliling kat situ . Confirm dorang tau . Warung nie terkenal kot .

Pastikan korang pegang peta tau sambil tanya . Boleh fefeeling pelancong yang konon nya tak tau arah jalan . Bhahaha .

 LICIN >__<

Maigad , sambal belacan kat sini memang power . Sedap !! Btw , masa kitorang datang nie dah jam 3.30 petang so makanan semua banyak dah habis . Tak merasa lah aku ikan bakar kat sini .

Nak datang sini time tengahari baru lah lauk-pauk penuh . Dah petang macam nie , apa jelah yang tinggal . Apa-apa pon , makanan kat sini memang sedap . Sangat berpatutan . Makan dua orang total RM11 hengget .

Gambar time makan perlu ada .

4.00 pm ( 4 Disember 2012 )
Perut kenyang , nak teruskan ke destinasi seterusnya . Dalam perancangan yang aku plan , petang nak pergi Underwaterworld . Seriously bila dah ada kat Padang Matsirat nie , ter-lalu area Beras Terbakar . Macam mana lah aku boleh lupa tempat nie . Ini juga tempat wajib singgah bila mai kat Langkawi nie .

 Bergambar dengan bataknya

Untung tuan rumah belakang tu , hari-hari orang pakat-pakat datang

Area beras di bakar 

Beras yang dah dikutip untuk tontonan umum

Faries nie aku suruh ambik gambar rumah tu dia pergi ambik gambar tangga je -__-

Kalau nak beli baju kenangan kat Langkawi nie , beli lah kat area Beras Terbakar nie . Murah sangat ! Tapi kene pandai tawar lah . Aku tawar-tawar mintak harga yang aku nak tak dapat . Tapi ada satu kedai nie , sangat lah baik orang nya . Muka budak perempuan tu aku akan ingat sampai bila-bila .

Cari kedai yang ada simbol nie !

Dari rumah yang ada beras terbakar tu , kedai nombor 3 sebelah kiri . Beli kat situ tau korang . Murah dan baik orang nya . Mostly kat tempat lain harga sama je , tak leh nak kurang . Tapi dekat kedai dia nie , aku nak beli tujuh baju dengan harga RM25 hengget ( Melampau sangat ke harga yang aku mintak nie ? ) Mula nya dia kata tak boleh sebab dia dah bagi kurang banyak , dia bagi harga RM26 hengget . Dia siap pergi tanya dekat mak dia kot .

Aku : " Memang tak dapat ke RM25 hengget ? " - sambil hulurkan duit RM30 hengget
Dia : " Mintak maaf lah bang , memang tak dapat " - sambil senyum =)
Aku : " Eh ? " - Dia hulurkan duit RM5 hengget
Dia : " Takpelah , saya bagi =) " 

Ya Allah baik nya lah budak perempuan nie . Seriously aku tak tenang kot lepas beli sebab asyik terfikir kan kebaikan budak perempuan tu . Even sekarang pon aku boleh bayangkan muka budak tu lagi . Pakai jubah hijau lumut dengan tudung labuh kaler hitam . Baik nya lah dia nie . Semoga dia terus dimurahkan rezeki =)

Dua untuk manager aku , yang lain untuk adik-beradik aku =)
( Aku punya yang kura-kura kepala besar kaler hijau , sama dengan adik perempuan aku . Saja beli sama sebab comel sangat  )

5.00 pm ( 4 Disember 2012 )
Terus menuju ke Pantai Cenang untuk ke Underwaterworld . Risau jugak masa kitorang on the way tu sebab takut dah tutup . Alhamdulillah , cuti sekolah tutup jam 6.30 petang .

Rakyat Malaysia tiket dewasa harga RM28

Gemok nya kau Faries , bhahaha

 Mengawan ikan nie -__-

 Teruja ?

Black swan kot , tak ingat dah

Shhhh , the flamingo iz sleepy

Gunung everest sangat tau

Muncung enough ?

Kat sini boleh sentuh ikan and terumbu karang nya =)

Banyak benda-benda pelik tak pernah jumpa , cantik kan =D

 Ikan nie macam dah tak semangat nak hidup je

 Unik betol bentuk ikan nie

OBOR-OBOR

Batak ?

Kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya nak upload tapi rasa nya , cukuplah setakat nie je gambar kat underwaterworld ye . Penat nak meng-hupload nya >__<

6.50 pm ( 4 Disember 2012 )
Balik jugak kat bilik setelah satu hari berjalan tanpa henti . Penat sangat . Mandi , solat , tukar baju and cas kamera , phone semua , jam 8.30 malam kitorang pon bergerak ke Jalan kampung Temoyong . Mulanya nak makan dekat Restoran Nelayan tapi cari-punya cari tak jumpa .

9.30 pm ( 4 Disember 2012 )
Lepas kecewa cari Restoran Nelayan tak jumpa-jumpa , so kitorang merajuk membawa diri ke Pekan Kuah . Kitorang makan dekat Restoran Wan Thai . Lokasi nya agak tersorok sedikit tapi still boleh nampak sebab femes kan . Dari Pantai Cenang nampak KFC 24 jam dekat pekan Kuah , masuk kiri . Lepastu belok kanan dan terus sampai lah jumpa satu restoran yang meriah dengan lampu-lampuan . Eh ye ke ? Tak berapa ingat lah , sorry . Tapi rasa nya betol .

Restoran paling meriah bila malam menjelma , ramai orang >__<

One thing aku boleh cakap pasal restoran nie , TERBAEKKKKKKK !!

Hah nampak tak huruf K banyak tu , memang korang wajib try makanan dekat sini . Sedap nak mampus tapi still boleh bernafas lagi lah , Alhamdulillah panjang umur . Eh apa nie ?

Confuse rasa air tu tapi noiceee sangat !

Korang sampai-sampai je restoran nie , dorang akan saji kan korang dengan satu air . Air nie aku tak tau lah air apa , tapi rasa nya macam air kelapa tapi bukan . Dia rasa macam air daun pandan sikit-sikit . Tak kesah lah macam mana pon keliru rasa nya , yang penting air tu sedap sangat . Dah lah free , bila air tu habis je pelayan dorang akan refill air tu . How good is that people ?

Lupa nak bukakkan menu untuk korang , tunjuk cover pon jadi lah yerp 

Menu dia semua speaking Thailand uolss . Memang aku paham pon baca tulisan Thailand nie , memang >___< Thanx God ada translate bahasa Melayu dalam tu . Kalau tak memang tercongong je tak tau nak order apa .

Kitorang makan ayam 3 rasa berserta tomyam campur dan nasi goreng seafood . Masuk restoran Thai tak order tomyam memang silap arrr . Silap besar sangat !

Ayam masak 3 rasa

 Tom yam campur

Nasi goreng seafood

 Nasi putih , unik cara dia hidang =)

Amaran : Jangan order satu je nasi putih , memang tak cukup !

Ya Allah , sedapnya lah makanan dekat sini . Serious tak tipu . Servis pon bagus , restoran pon cantik , bersih . Rugi kalau korang tak singgah makan dekat sini wa cakap sama lu brader .

 Makanan yang di order semua dah sampai !

Muka dah lapar tahap cipan maybe 

 I told you already , satu nasi tak cukup . siap tambah lagi oke

Licin , Alhamdulillah kenyang =)

Harga dia takda lah mahal sangat pon . Just nice lah . Alahhh bab makan jangan kedekut sangat boleh tak ? Janji perut kenyang . Bukan selalu pon kan datang sini .

Berdasarkan harga yang tertera dekat menu , aku kira-kira semua total yang aku makan RM42 hengget . Tapi bila dia serahkan bil , harga dia cuma RM40.20 sen je . Bagi duit RM50 tapi dia pulangkan RM10 hengget . Baik hati sangat lah tuan empunya restoran nie . Dah lah dapat air free , pencuci mulut pon dapat free , harga pon berpatutan . Memang terbaekk !! Patut lah Restoran Wan Thai nie boleh termasuk dalam peta Langkawi .

Pelayan restoran kat sini walaupon Melayu tapi semua pandai speaking Thailand bhai .

11.30 pm ( 4 Disember 2012 )
Selesai makan je , terus kitorang drive ke Pantai Cenang semula untuk pulang . Sampai kat Amzar Motel jam 12.15 pagi , tapi kitorang tak terus masuk bilik tidur . Kitorang berjalan kaki ambil angin sekitar area Pantai Cenang tu . Pantai Cenang nie tengah malam pon masih lagi meriah . Kedai kat sini tutup lambat kot . Tu pasal tak takot jalan malam-malam kat sini .

Lawa-lawa lah seluar pendek kat sini 

Depan Cenang Mall , dah maju dah Pantai Cenang sekarang =)

 Siang lupa nak bergambar depan Underwaterworld , malam pon jadi lah 

 Kitorang berjalan kaki sampai lah ke McD sebelah Underwaterworld nie . Duduk-duduk situ jap menggunakan perkhidmatan wifi free . 10 minit lepastu blahh . Kuaja sangat tau datang situ cuma nak curi line wifi je -___- Tak patot nya zarep .

Perlu erk letak gambar dekat McD sebagai bukti ?

2.00 am ( 5 Disember 2012 ) 
Baru lah kitorang sampai kat bilik tercinta . Fuhhh penat sangat satu hari berjalan . Aktiviti pada hari kedua sangat lah padat dan mutakhir .

Motif pakai stokin tapi berseluar pendek untuk elak kesejukan ?

Aircond dekat Amzar Motel nie boleh tahan sejuknya . Ke salah kitorang sebab tak matikan aircond tiap kali keluar bilik ? Dengan alasan nak bilik sejuk bila balik bilik . Tiap malam kitorang tidur sambil pakai stokin dan sweater sambil di balut dengan selimut . But still , sejuk jugak >__<

PESANAN PENAJA 


" Total duit kitorang berdua habis pada hari kedua ialah RM232.70 "

Nantikan post untuk hari ketiga pulak yerr . Hari ketiga lagi best . Tungguu . . . .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

18 comments:

  1. uwoooo.... cuti2 malaysia kah? untung lah dapat bercuti! hehe!

    btw, dalam byk2 gambar, paling suka part yang ikan2 tu! pelik2 dan cantik2! subhanallah! :)

    ReplyDelete
  2. waa. bestnyee ~ second day =) nice !! n awesomeeee ~ part yang tak bawak ****** tuu .. ? hahhaha ~ sangat kelakarrrrr ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu sangat malu dan takleh nak kata apa2 . hahaha . thanx jihah =D

      Delete
  3. Sampai hati kata aku dugong =( Hari kedua hari pling best walaupon pnt sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari dugong pon sebenarnya kan ? bhahahha
      penat dan padat kan hari kedua =)

      Delete
  4. haha.. ape daa, siap pinjam spender member lg.. mujur la member tu xkesah.. sharing is caring la kot..
    btw, beribu gak eh korang habis utk bercuti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib abik dia tak kesah =D beribu jugak lahhh habis . alaaa sesekali kot , bukan selalu kan =)

      Delete
    2. haha.. pastu pulangkn balik ker or dilupuskn terus.. =p
      yerla.. sekali sekala kn nk bercuti,, biar all out.. kena kumpul duit byk2 dulu la.. then reward urself.. =D

      Delete
    3. of course pulangkan balik =) betul tu , kumpul duit dulu abru pi bercuti . narulah puas kan berbelanja ^^

      Delete
  5. wow !! untgnyer dpat pergi..
    btw,ni la post pling pnjg yg prnah sy bce kat blog abg zharif ..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu pon pergi kan =) huhu .
      eh ye ke ini post paling panjang ? harap tak bosan lah =D

      Delete
  6. Assalamualaikum dik, wahh banyak tempat pergi harini. hihi. jenuh nak habiskan. hahahaha bagus2 dah macam tuto

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak tempat kitorang pergi untuk hari kedua nie =D

      Delete
  7. best..!! terasa nak pergi lagi.. huhu

    ReplyDelete

Home