Monday, December 17, 2012

Langkawi : Day 4

Assalamualaikum

Seriously , bila dah dekat hari last nie , malas pulak aku nak menaipnya pon . Hari last day di Langkawi tak banyak tempat pon kitorang pergi , It's shopping time bebeh !


8.00 am ( 6 Disember 2012 ) 
Seperti biasa , keluar pagi-pagi cari sarapan . Kali nie kitorang tak makan McD . Muak lah makan McD hari-hari . Mentang-mentanglah sarapan kat McD tu murah . Kali nie nak tukar selera , kitorang makan KFC pulak . KFC nie lagi dekat dengan motel kitorang , jalan kaki tak sampai 3 minit dah sampai . Tapi dek kerana kitorang nie malas nak jalan kaki , kitorang pon naiklah kereta .


Rasa nya nie first time aku breakfast kat KFC . Aku rasa breakfast kat McD lagi sedap kot . Pancake KFC nie kecik sangat lah . Tak puas makan .

Muka tak mandi pergi sarapan , gentle arr kan . 
Janji gosok gigi =D


8.50 am ( 6 Disember 2012 )
Lepas habis sarapan tu , kitorang berjalan kaki ke Pantai Cenang untuk bergambar . Ini juga tempat wajib bergambar bila datang Langkawi nie .

 Muka tak mandi , harap maklum

 Nak jugak buat aksi terbang-terbang dia tu -__-

Faries muka terpaksa bergambar , obvious sangat >__<

9.05 am ( 6 Disember 2012 )
Bawak kereta balik motel , letak semua barang-barang dalam bilik . It's mandi pantai time !! And of course untuk yang terakhir kalinya untuk percutian kali ini . Uwaaa nak balik dah T__T

10.30 am ( 6 Disember 2012 )

Ini baru muka dah mandi =)

Balik bilik , mandi buat kali kedua , dan siap-siap untuk check out dari Amzar Motel .

Nasihat : My mom always told me " Macam mana kita datang , macam tu jugak kita tinggalkan tempat tu "

So maksudnya , jangan lah aniaya orang lain dengan menyepahkan bilik tu , eventho kat situ ramai pekerja but STILL don't do that to people . Itu nama nya meng-aniaya orang . Doa orang ter-aniaya makbul tawu . Takut tak ?

Bye-bye bilik nombor 109 =')

Check out selesai , deposit RM50 hengget dapat balik 

10.40 am ( 6 Disember 2012 )
Baru je bergerak , teringat something . Ada benda terlupa nak ambik kat Amzar Motel .

Itu kedai runcit abang Amzar , banyak peniagaan abang Amzar nie .

Sanggup tau parking kereta tepi jalan , lepastu jalan kaki pergi Amzar Motel balik semata-mata nak bergambar depan Amzar Motel . Sanggup tau !

10.55 am ( 6 Disember 2012 )
Sekarang masa untuk bershopping menghabiskan duit . First destination kitorang nak shopping minyak gamat dulu . Dalam pada nak jimat minyak yang kitorang isi semalam tu , boleh pulak sampai tersesat jauh >__< Adoii minyak habis lagi -__-

First time dengar stesen minyak nama Buraq Oil

Tips : Nak jimat minyak , jangan pasang aircond . Nak pasang aircond pon jangan kuat-kuat macam yang kitorang buat -__-

Aku dah bertekad tak nak habiskan duit lagi untuk isi minyak kereta bergoyang nie -__- Kitorang isi minyak RM5 hengget je . Kedekut tak kedekut tu .

11.10 am ( 6 Disember 2012 )
Alhamdulillah jumpa jugak kedai gamat nie . Kitorang shopping gamat dekat Nusantara Maju . Nusantara Maju nie kira paling popular lah kat Langkawi nie . Eh ye ke ? Haha aku tak tau lah . Sebab kebanyakkan blog yang aku baca , semua nya shopping gamat kat sini . So aku pon tak nak lah shopping gamat kat tempat yang tak popular kan . Apa pulak kata orang kampung nanti . Boleh macam tu ?

Nusantara Maju 

Pameran herba-herba and akar-akar mende ntah beserta ibu gamat

Pilih punya pilih , ambek kau RM42.50 aku habis kat sini . Aku borong minyak gamat , minyak urut sengal-sengal badan dan jeli gamat asli .

Borong zarep jangan tak borong 


Nak ke Nusantara Maju nie kalau dari pantai cenang , jalan terus nak ke Pekan Kuah tapi jangan lalu jalan ke kampung Temoyong . Lalu jalan luar yang macam highway tu . Begitu juga yang dari Pekan Kuah , terus ambik jalan ke Pantai Cenang melalui jalan highway . Nusantara Maju nie betol-betol kat tepi jalan . Kalau nampak simbol botol besar tu , hah tu lah dia .

Hasil borongan =)

11.55 am ( 6 Disember 2012 )
Meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk sambung aktiviti shopping . Tapi sebelum tu kitorang pergi Dataran Helang dulu untuk bergambar =)


Parking punya lah payah nak dapat , sabor jelahh -__- Last-last dapat tempat yang agak jauh , terpaksalah berjalan kaki sikit ke Dataran Helang nie . Dah lah time nie tengahari , panas tawu !

Sebok jelah makcik kat huruf K tu , grr !

Aksi melompat wajib !

BTW , on the way nak ke Dataran Helang nie ada satu kedai kecik jual makanan ringan . Kat situ jugak ada jual-jual keychain . Murah lah jugak keychain kat situ . Lawa-lawa pulak tu =)

Harga untuk 10 keychain nie RM8.90 . Comel kan =)
( Lagi dua dah bagi orang )

12.15 pm ( 6 Disember 2012 )
Berjalan kaki lagi untuk pergi ke taman yang berhampiran . Dekat je dengan Dataran Helang nie .

Kantoi kaler biru >__<

Okey yang nie tak nampak spender , sopan sikit =)

Motif letak gambar sampai dua ? Padahal gambar lebih kurang sama je .

12.30 pm ( 6 Disember 2012 )
Menuju ke Pekan Kuah semula untuk memborong coklat pulak . Tempat paling disuggestkan untuk memborong coklat ialah di Haji Ismail Group .

 My feveret chocolate eventho the shape kinda like taik lembu

Heaven gila kiri kanan semua coklat , murah pulak tu !!

Kenafsuan dan ketamakkan mendorong diri ini untuk menghabiskan duit sebanyak RM109.90 hanya untuk membeli coklat sahaja . Pejam kan mata je bila bayar , bukan selalu pon kan .

Inilah hasil nya !

Nak beli coklat nie tak tenang doh , sebab kitorang parking kereta tak bayar ( Nak jimat ) . Takut kene saman pulak . Kejap-kejap keluar tengok kereta . Yang kitorang nie pon satu , lama sangat dok dalam HIG nie . Nak beli coklat je pon tapi lama nya macam nak beli kain baju raya .

Lepastu kitorang jalan kaki ke seberang tengok gerai-gerai yang jual baju . Banyak gerai baju kat situ , kene pandai tawar-menawarlah . Usha harga dari satu kedai ke satu kedai . Lepastu decide kedai mana kita nak bagi rezeki . Bhahaha .

Baju untuk ayah dan ibu =) Total RM43 hengget

1.50 pm ( 6 Disember 2012 )
Lepas dah habis borong segala macam , kitorang singgah Pekan Rabu pulak untuk isi perut yang sudah berkeroncong .

Tengok kaler daging tu >__<


Seriously , pelik tengok kaler daging tu . Kaler dia macam pink keunguan . Tanya abang tu nie daging masak apa , dia kata nie daging masak merah . I was like , kemon lah , budak tadika pon tau kaler merah macam mana -___-

Whatever it is , daging tu serious sedap !!!

Habis makan pekena ABC pulak , mables !

Now you know i'm ugly .

Sedap ABC tu , extra jagung pliss ! Total duit habis untuk makan tengahari nie RM17 hengget .

2.30 pm ( 6 Disember 2012 )
Masa untuk pulangkan kereta . Kitorang janji nak pulangkan kereta sebelum jam 3 petang . Kalau terlebih masa nanti kang kene tambah extra hours RM10 hengget .

It's time to leave you wahai kereta =')


Kata-kata pesanan buat kau wahai kereta kancil KBU 5133 : Walaupon kau bergoyang-goyang time kitorang bawak laju , walaupon gear kau susah nak masuk , walau seburuk mana pon keadaan kau wahai kereta , tapi kau telah menyempurnakan empat hari kitorang di Langkawi . So aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kau wahai kereta kerana kau tak buat ragam semasa kitorang menggunakan perkhidmatan kau . Cuma aku sedikit terkilan kerana kau kuat makan minyak , itu saja .

Pulangkan kereta dapat deposit RM100 kitorang balik . Macam mana dia bagi kereta tu kat kitorang , macam tu jugak kitorang bagi kereta tu kat dia . Kitorang bagi minyak tu betol-betol dekat E baru lah kitorang pas kereta tu kat dia . Bhahahaha *Ketawa jahat*

3.00 pm ( 6 Disember 2012 )
Beli tiket feri , alhamdulillah dapat tiket feri jam 4 petang . Tunggu 10 minit sambil makan buah delima lepastu jam 3.30 petang dah start boleh masuk feri .

Budak sebelah tu kene gatal-gatal , gelabah sapu minyak yang kitorang beli kat Nusantara Maju .

Seriously , aku pon kene jugak gatal-gatal kat tangan lepas balik dari Langkawi nie . Air laut boleh buat kulit gatal-gatal ke ?

Masa untuk masuk feri =)

5.30 pm ( 6 Disember 2012 )
Sampai jugak kitorang dekat jeti kuala Perlis nie . Dekat dengan jeti ada KFC , so kitorang singgah makan dekat situ . Lapar habaq hang >__<

" Don't you dare take the zinger double down from me ! "

Lama jugak lah kitorang dekat KFC tu . Guna wifi free online guna phone siap pasang extension plug lagi tau nak charge phone . Teruknya zarep -___-

6.30 pm ( 6 Disember 2012 )
Dekat nak maghrib kitorang tak solat asar lagi . Punya lah keliling sekitar Kuala Perlis tu cari surau . Tapi tak jumpa -__- Ada surau dekat jeti tapi nya , mintak mahap lah yerr . Agak uzur , kotor dan tak selesa .

Di pertengahan laluan jalan ada pulak simbol Satu Malaysia nie . Bergambar dulu arr !

 Muka slamber je tak malu ambik gambar , keliling semua kereta lalu-lalang -__-

Memang suka benor kau ambik gambar lompat ye zarep 

Keji nya letak gambar sampai dua , saiz paling besor pulak tu . Keji -__-

6.45 pm ( 6 Disember 2012 )
Jumpa pon surau . Surau kat stesen bas je .


Punya lah mengutuk surau dekat jeti , surau kat stesen bas nie lagi hazab teruknya . Dengan berhabuknya macam xde orang pernah solat kat sini . Sampaikan wayar-wayar letrik nie pon tak tertutup , siap tulis bahaya lagi -__-

Dah tau bahaya bukan nak pi betolkan , nak tunggu ada orang kene kejutan baru betolkan lah ? Kalau kene kejutan letrik time solat takper jugak , leh masuk syurga mati ketika solat . Buatnya kene kejutan time bergambar macam haku nie ? Tak ke mati katak namanya -__-

7.45 pm ( 6 Disember 2012 )
Duduk kat surau tu sampai lah maghrib . Lepas solat maghrib kitorang pergi KFC balik . Zinger double down tadi tak sentuh pon lagi sebab kekenyangan makan 3 ketul ayam kay-ef-si , so kitorang lahap burger tu time nie lah . Beli air mineral kat kedai sebelah bawak masuk KFC . Jimat nya -__-

Habis makan terus karang ayat untuk hapdet blog . Gigih tak gigih aku nie .

Khusyuk mengarang sambil dengar lagu Jennifer lopez On The Floor

Sebab tu lah cepat je post hari pertama aku siap , hewhew =D

9.10 pm ( 6 Disember 2012 )
Kitorang pon pergi balik ke surau tak berapa nak ada pengunjung tu untuk solat Isyak . All this while time kat Langkawi senang je , kitorang jamak sekaligus .

Nie dah lebih 3 hari mana boleh jamak dah >__<

9.20 pm ( 6 Disember 2012 )

Baju suka tau terselak-selak saja je nak tayang kaler spender i , 
menci arr cemni >__<

Bas kitorang jam 9.30 malam =)

Bagus arr Sani Express nie . Bas dah lah cantik , awal dan tepati masa pulak tu . Good job Sani Express ! Lepas nie aku akan terus menggunakan perkhidmatan kau . InsyaAllah =)

Maka bertolak lah kitorang dari Kuala Perlis menuju ke Klang Sentral jam 9.35 malam .

6.30 am ( 7 Disember 2012 )
Dalam keadaan mamai tak sedarkan diri sebab mengantuk sangat , si Faries nie kejutkan " woi bangun lah dah sampai "

Sakitnya lahai hati ini T____T

Muka tak cukup tidur bangun tidur , acano tu ?

Safely arrived at klang sentral , Alhamdulillah . Kitorang pon berjalan kaki menuju ke McD berhampiran untuk menggunakan perkhidmatan wifi percuma di sana .

9.00 am ( 7 Disember 2012 )
Baru lah ibu aku sampai pick up kitorang berdua bawak balik rumah . Terima kasih ibu sebab lambat T__T . Tak marah cuma kecewa je . Yang ikhlas , anakmu .

PESANAN PENAJA 


" Total duit kitorang berdua habis untuk hari keempat RM516.95   "

Alhamdulillah , selesai pon hapdet cerita 4hari3malam percutian aku kat Langkawi . So total duit kitorang habis agak-agak berapa ? Meyh kira sama-sama .

RM853.40 + RM232.70 + RM190.30 + RM516.95 - RM150 = RM1643.45
( Tolak RM150 tu duit deposit kereta dan deposit bilik )

Terima kasih buat Faries sebab jadi partner bercuti yang sangat sabar dengan kerenah aku dalam soal bergambar , tahan kene maki sebab si Faries nie tak tau tengok peta -__- You are the best ever partner cuti i've ever had . Pernah ke ada partner cuti lain ? Krikk krikk *Bunyi cengkerik*

Tips : Choose someone that you can be silly with .

Flash melampau >__<

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

32 comments:

  1. yeahh done ! hahahha.. best pulak dgr cerita zarep nih..lepas ni kalau g honeymoon update jugak tau ! hahah

    ReplyDelete
  2. xto awak nak ke langkawi,,tp nice postings, well done!next time pekata datang homestay akak.2h1m akak bg free je spaya awak bleh buat testemoni, amacam?beminat x?homestay akak tak jauh pun dari amzar motel tu, dalam 5 min je. next time nk kesini, halo akak okey!..kak rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaa tak tau pulak kak rose ada homestay . insyaAllah lenkali kalau saya datang sana saya roger kak rose okey =D terima kasih kak rose ^^

      Delete
  3. best nye vacation 4 days in langkawi.. byk gak eh spend..
    yg penting puas n semua tempat dpt melawat.. so xde ape nk disesalkn.. =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , duit habis boleh cari lagi . hewhew =D

      Delete
  4. len kali p mana2 update lagi ye :) seronok baca !

    ReplyDelete
  5. nak update blog mmg kena karang dulu ke??wahhh dasyat , tk penah dengar seumur hidup aku =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab aku nie jenis updated blog mengambil masa berhari-hari untuk siap , tambah2 kalau post tu panjang . memang lama . so jalan mudah ialah dengan mengarang dulu ( sekiranya ad masa terluang ) , lepastu on lappy terus je taip . kan senang ? =D

      Delete
  6. wow ^^ it's ohsemmmmm ^^ btw si Zarepp nihh mmg suke beno melompat2 yeee .. =) heee .. btw .. pic yg nmpak baces tu .. mne ade ugly laa.. ^^ shomell =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka lompat ^__^ thanx jihah =D

      Delete
  7. maka berakhir la episod cuti zharepp. rasa cam nak lagi je. haha. feeling2 cam aq ada kat sana. haha. eh daging tu serius pelik. Pastu meleleh plak tengok ABC tu. Sedap bangat seh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik kan kaler daging tu , abc tu serious sedap ^__^

      Delete
  8. Assalamualaikum dik, perghhh best! murah juga kalau pergi berdua. lagi best kalau pergi untuk honeymoon! miahahahah. kerlasss kau dik ada partner :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi berdua memang best , kalau pergi reramai , banyak drama pulak nanti . hahahaha

      Delete
  9. sumpah best..!! dan sangat tak sabar nak pergi langkawi lagi..!!

    ReplyDelete
  10. Best bacer blog adik zharif pergi langkawi ngn fares....enjoy rasa..nk tergelak pun ada tgk aksi2 korg nieh..terasa cm ada kat langkawi dah hukhuk :P Insyallah kalau ada masa ingt nk pergi jgk..seronokk jalan ngn frndss niehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkawi memang seronok =) lagi2 kalau pergi dgn family or best friend ^__^

      Delete
  11. As salam..... Zharif, ok tak amzar motel tu? Saya akan pergi bersama keluarga pada bulan 4 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat oke =) sesuai dengan harga nya . btw kalau pergi satu keluarga ambik lah pakej untuk keluarga . kalau bilik yg sy pilih tu untuk 2 or 3 org je =)

      Delete
  12. kerajaan ada buat sukarelawan p[elancongan update la ke facebook depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk apa erk sukarelawan pelancongan tu ? apa nama facebook nya ?

      Delete
  13. Ya....memang best citer zarip ni....i give 5 star rating......

    ReplyDelete
  14. ok tak ya amzar motel tu...sbb cadang nak check in disitu juga.....dekat x jika nak g mana2 menggunakan kaki sahaja...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke je amzar motel tu.. sangat dekat dengan pantai.. jalan kaki xsampai 5 minit pon.. dekat dengan underwaterworld, dengan shopping mall.. tak rugi lah kiranya pilih amzar motel nie =)

      Delete
  15. blog yg sgt awesome!!!! well-presentable... keep it up bro...kalau pegi vacation mane2 jgn lupe update lagi ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you anon =D
      i will, but tak tahu lh bila nk melancong lg.. huhu =)

      Delete
  16. best la bace cerita dia ni.lucu sgt..

    ReplyDelete

Home