Tuesday, February 28, 2012

Matrik Stuff

Assalamualaikum 

Kali nie aku nak cerita pulak pasal kehidupan aku di matrik . Mesti ramai yang nak tau kan .
Tak payah cakap pon aku dah tau . Korang memang rajin stalker hidup Zharif Azis pon kan =P

I am a KMPP student

Nak tengok lebih jelas gambar kad matrik aku ?

Sila click untuk mendapatkan lebih kepuasan =)

Salah satu aset yang boleh aku canang satu kampung di mana kad matrik aku sangat lah ohsem gambar nya . I look young , handsome and bergetah .

First of all , aku nak cerita macam mana sistem matrik nie di jalankan . Harap tak ada yang tertidur bila aku cerita benda nie . Semua pergi bancuh kopi , pi minum sat . Cepat aku tunggu .

5 minit kemudian . . . 

Okey semua dah segar kan ? Moh lah kita selami kehidupan di matrik . Terus terang aku cakap , matrik nie tension , susah dan penat . Hah mesti semua orang dah takut . Tengok tu , sampai dah ada yang selubung dengan selimut . Haihh korang nie macam-macam lah .

For those yang rajin , tabah dan cekal je yang boleh survive kat matrik nie . Just like me =) But of course the rajin one not in my list . Bye . Sistem kat matrik nie terlampau kusut . Dorang dah plan awal-awal . Contoh waktu pembelajaran , tajuk tu mesti habis dalam masa 2 jam . So the lecturers semua kene rush nak kejar masa . Terlajak sikit masa , dorang akan mula gelabah . Finishing the syllabus according to the time given is a must ! So bayang kan jelah betapa terseksa nya pelajar bila semua pensyarah nak rush habis kan tajuk . Belom sempat digest lagi , dah kene masuk topic baru .

10 Minit pertama , khusyuk dan tekun , Alhamdulillah =)

30 Minit kemudian , Nauzzubillah >__<

Okey itu kalau kuliah , kalau kelas tutoran pulak lain cerita . Kata orang , kalau tak faham apa yang di sampaikan kat kuliah , kita boleh faham kan dekat kelas tutor . Yes , aku mengaku memang lah macam tu . But , pensyarah tu bukannya nak bincang satu-satu . Dorang akan tanya pelajar soalan mana yang tak boleh buat . Untuk kes yang macam aku nie , dah lah tak faham ape kat kuliah , then kalau aku cakap semua aku tak faham , nanti ada pulak tangan singgah dekat pipi aku yang gebu lagi mulus nie .

Untuk kelas amali pulak , yang nie relax sikit . Boleh kunyah lolipop lagi waktu nie  . Sila runsing . Tak lah berapa tension bila buat experiment . Usually , pelajar suka experiment . Sebab kita boleh discover new things . Dan biasanya kelas amali , lecturer kurang ber-pokpekpokpek ( Sila sebut dengan betol , jangan mencarut ) Itu yang membuat kan pelajar suka . Kan korang ? Tapi kelas amali juga mendatang kan stress kepada pelajar . Hal ini kerana , sebaik sahaja experiment selesai di jalankan , maka kene lah tulis report . Hah report nie merupakan beban paling menyampah kat matrik nie .

Kelas amali biology , experiment kingdom animalia =)

Kelas amali Kimia , experiment aldehyde and ketone =)

Kelas amali physic , experiment tak ingat dah =)

Tak ketinggalan juga beban-beban lain yang membuatkan semua pelajar matrik menyampah . Iaitu quiz dan assignment . Omaigad , aku rasa macam nak menjerit je bila kene buat assignment . Kalau kita tau buat tak apa , ini tak tau apa-apa suruh buat assignment . Memang tak terhantar lah assignment tu . Assignment physic selalu aku tak buat =) Shhh jangan kecoh-kecoh okey . Ini rahsia kita bersama .

Sekarang nie pulak aku nak cerita kan beberapa fakta tentang budak-budak matrik . Mesti korang nak tau kan apa yang budak-budak matrik nie selalu buat .

1- Siap kan segala kerja yang tertangguh dalam dewan kuliah . Aku boleh jamin 97% pelajar matrikulasi buat macam nie .

Jangan tiru aksi ini di matrik 

2- Copy paste kerja kawan-kawan . This is so true ! Semua benda kat matrik nie kan nak rush , so pelajar memang tak sempat nak buat tutor , report or assignment nie bagai . Atau lebih tepat malas . So memang habit kitorang copy paste jelah kerja kawan .

3- Menipu time jawab quiz online . Kebanyakkan budak-budak rajin , dorang selalu buat awal quiz online nie . So yang lain akan ambek kesempatan suruh dorang buat kan sekali . Tak pon tulis jawapan then post dekat group KMPP . Sangat murah hati dorang nie . Kitorang saling memahami dan saling membantu . Majulah pelajar matrik untuk negara !


Dah cukup jelah bagi tiga . Kang bagi banyak-banyak , budak-budak matrik boikot aku pulak sebab pecahkan rahsia dorang dekat satu dunia . Mintak maaf ye kepada pembaca-pembaca setia blog jejakakaula sebab tak dapat reveal lebih banyak fakta =(

Aku nie kuat sangat tidur . Tidak kira di mana sahaja aku berada , bila rasa mengantuk datang , di situ lah aku akan tidur . Nak bukti ? Let see . . . .

Perangai tak senonoh dalam kelas -,-

Perangai tak senonoh di dewan kuliah -,-

Perangai tak senonoh di kelas amali -,-

Okey dah lah , malas aku nak ulas lebih lanjut sebenarnya . Sebab korang bukannya suka membaca sangat pon kan ? Lagi-lagi budak matrik . Dah lah di bebani dengan pelbagai buku untuk di baca , ini ditambah lagi dengan membaca blog jejakakaula . Mesti rasa beban sangat kan .

Aku sebenarnya nak reveal beberapa gambar yang tak pernah aku tunjuk dekat public . Tersimpan dengan baik dekat dalam laptop aku nie . Gambar yang aku ambek sendiri . Set masa 10 saat then posing dengan batak nya like there is no tomorrow . Semua mesti dah tak sabar kan ? Huhu

Mesin rumput yang tak macam mesin rumput 

Belakang makmal kimia 

Depan pintu pagar masuk KMPP

Tasik KMPP 

All by myslef  =) Kalau aku tak outing , aku pergi ronda-ronda satu matrik ambek-ambek gambar . Aku selalu pergi time-time zohor . Time tengah semua syok tidur dalam bilik , aku keluar pergi ambik gambar . Aku kan suka berseorangan . Bukan nya sombong ke apa , dah memang itu sifat aku . Even outing pon aku suka keluar sendiri , buat hal sendiri .

Gambar outing 




Banyak lagi sebenarnya gambar yang aku ambek sendiri . Gambar-gambar nie kira macam limited edition lah =) Bertuahnya korang dapat tengok gambar-gambar Zharif Azis . Sila lempang .

Biar lah orang nak panggil aku gila ke , kera sumbang ke , aku tak kesah pon . Yang penting aku gembira dengan cara aku =)

Itu semua gambar-gambar masa sem 1 dulu . Masa tu memang aku macam kera sumbang . Tapi sekarang aku dah jadi peramah sikit . Dah boleh cakap banyak tanpa henti . Dekat kelas pon aku dah boleh cakap-cakap . Huhu

H4P1 memang ohsem !

Student KMPP hate the most is when the ATM is out of service -,- Kerap sangat out of service , rasa macam nak gigit-gigit je kuku pengarah .

Setia menunggu -,-

Then bila dah pulih daripada out of service , orang pulak berpusu-pusu nak keluarkan duit -,-

Dorang nie macam tau-tau je aku nak ambek gambar , terus pose 

Apa lagi yang korang nak tau pasal matrik ? Aku asyik tunjuk apa yang tak best je kat matrik nie kan . Mai aku tunjuk apa pulak yang best kat matrik nie =) Jadi adik-adik yang teringin masuk matrik tu , jemput lah masuk matrik . Dah masuk jangan menyesal pulak . HAHAHA

BIO-ecorace 

Bio-ecorace , baru je minggu lepas aku bertanding . Macam-macam kene buat . Main bola jaring lah , buat puzzle lah , boria lah . Huh penat -,- Group kitorang dapat saguhati jerp =)


Ada yang jual-jual makanan untuk minggu koko ( kalau tak silap)  Dah macam pasar bila petang-petang . Meriah ! Macam-macam makanan dorang jual .

video

Sorry for the low quality . Cuba dengar apa yang dorang bertiga cuba sampai kan . Serious lawak sangat . Pandai depa berlakon sambil buat slang english macam tu . Dah macam slang Maria Elena pon ada . Owhh ini KMPP Got Talent sempena minggu bahasa inggeris .

ATTENTION TO KMMP-ians : sape yang ada video masa Rosmah dan Hasmidah nyanyi pliss inform aku . Aku nak sangat video complete dorang nyanyi . Sedap sangat weyhh =)

Dan banyak lah lagi aktiviti-aktivit lain . Rasa nya kalau korang ikuti blog aku nie , mesti korang dapat selami lebih dalam lagi kehidupan di matrik . Ceyhh padahal nak galakkan korang supaya kerap singgah blog jejakakaula nie . Hahaha bye =P

Nak lagi ? Ke dah penat dah ? Aku pon dah penat nak taip nie . Take 3 days time to complete this post due to busy . Tapi demi korang aku siap kan jugak sebab tak nak buat korang kecewa , ceyhh .

PESANAN PENAJA 


" Masuk matrik , ambek modul satu dengan harapan nak jadi seorang doktor gigi yang hensem lagi menggodakan tapi apa kan daya , macam dah tak ada harapan je . I'm sorry mom coz let you down =( "

Sedih memang sedih bila karier yang kita impikan dari kecik tak kesampaian . Tambah-tambah bila dah jadi harapan ibu aku nak tengok anak lelaki dia jadi doktor . Serious sedih sangat =( Tapi memang silap aku . Aku yang tak belajar betol-betol . Aku ada satu lagi pilihan , InsyaAllah aku akan cuba dapat kan kos tu . My last and only chance . Ya Allah permudah kan lah segala urusanku . Aminn .

Sabtu nie InsyaAllah kalao tak ada onak dan duri , kelas aku akan adakan BBQ .
Adakah penggunaan bahasa Melayu aku terok ? Onak dan duri ? Aku dengar pon macam gonjeng

Apa yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Saturday, February 25, 2012

Tentang braces

Assalamualaikum 

Sejak kebelakangan nie aku agak malas nak meng-updated blog aku yang hensem lagi best nie .
Bila boring , nie yang buat aku nak mengarang post mengarut-ngarut . Korang baca je yerp =)

I bet you want to termuntah when you see this 

Actually kan uols , aku benci betol bila orang cakap , orang yang pakai braces nie sebab nak berfashion . Loike seriously , berfashion ? Braces itu fashion ? Are you serious ? -,- Rasa macam nak cili-cili je sape-sape yang cakap macam tu or updated status macam tu .

Pliss lah wahai hamba Allah sekalian alam , you don't even know how pain we feel , how hard we feel when we want to eat something , how what so ever . Trust me people , you don't even know how we feel ! Jangan pakai sedap mulut je bila bercakap .

Kalau kok ye pon kami-kami yang pakai braces nie nak berfashion , kitorang tak de lah bodoh sangat nak menyakitkan diri sendiri dengan memakai braces , membazir duit beribu-riban untuk braces semata-mata untuk berfashion . Fikir lah guna akal yang waras . Lebih baik kitorang beli baju , seluar dan aksesori untuk berfashion . Ini pakai braces untuk fashion , apa barang . Semua ada otak kan ? Ke ada yang tak ada otak ? Seram meyhh .

Let say lah braces tu untuk berfashion , I'm wondering HOW ?

Izinkan aku jadi duta 100plus sekejap , sekejap je pliss , aku janji  >__<


Kalau lah braces itu untuk berfashion , tengok jelah gambar kat atas tu . Konfirm company 100plus bankrap terus . Aku jamin ! Sumpah tak menarik perhatian pembeli langsung . Aku tengok gambar aku sendiri pon aku rasa yerrkk . Sebab setahu aku , Zharif Azis yang aku kenal , dia hensem dan menggodakan . Bye .


Let say lah gambar nie yang terhasil , maybe tak ada lah hensem or se-sexy mana , tapi at least terjual jugak lah 5 kontena 100plus . Bye lagi sekali =P

Aku percaya , orang yang pakai braces nie mesti ada sebab tertentu . Ada sebab tersendiri . Salah satu nya ialah , kurang keyakinan diri apabila bercakap . Yes , aku tau rasa nya macam mana . Aku pon macam tu jugak . Aku rasa faktor aku jadi pendiam dan pemalu , mungkin di sebab kan faktor nie kot .

Dulu masa aku belom pakai braces lagi , kawan-kawan aku selalu ejek aku . Dorang x ada lah ejek terang-terang . Dorang ejek secara senyap dan ianya amat menyakitkan hati aku . Seriously , memang aku sakit hati . Sedih pon ada sebab kawan sendiri kot buat aku macam tu .

Contoh nya macam nie , aku tengah cerita something dekat dorang , dan dorang dengan secara spontan nya akan buat macam nie ,

Fokus pada gigi , jangan usha benda lain 

See , memang lah dia tak ada cakap apa-apa . Tapi perlakuan dia menunjukkan dengan jelas nya yang dia tengah ejek aku . Kalau kawan aku dah start buat macam tu , aku terus berhenti bercakap lepastu pergi tempat lain . Sakit hati nya , Allah je yang tau . Tapi x apa lah , nak buat macam mana , itu hak dia .

And ada satu lagi peristiwa nie , masa tu aku darjah lima ke darjah enam . Aku pon dah tak ingat sangat . Then aku nasihat lah satu perempuan nie , then dengan lancang nya dia terus herdik aku macam nie ,

" Kau pergi betol kan gigi kau dulu then baru bagi nasihat dekat aku "

Aku rasa sakit hati yang teramat sangat masa tu . Loike seriously , kalau korang lah terkena macam nie , korang sakit hati tak ? Mesti sakit hati kan . Tapi tak apa lah , budak perempuan yang cakap aku macam tu , dia tu berpengaruh masa kat sekolah rendah dulu . Aku percaya , kalau dia baca benda nie , mesti dia terasa . Yes , I hate you and I'll never forgive you ! Note that .

Start dari hari yang dia cakap tu , terus aku bertekad nak pakai braces . Aku pergi daftar dekat hospital kerajaan sampai 3 kali , tapi tetap x dapat-dapat . Tiap kali aku pergi check up , mesti doktor-doktor nya cakap macam nie ,

" Awak nak pakai braces untuk apa ? Gigi awak okey je . Apa yang tak kene nya " 

Aku sakit hati bila doktor-doktor yang check aku cakap macam nie . Sebab kes aku tak terok mana , unless kalau kes gigi korang jongang teramat sangat , barulah dorang akan proceed to the next level . But I know myself . Aku tau lah ada yang tak kena . Aku tak selesa bila bercakap . Sebab tu aku nak pakai braces . Tapi depa asyik cakap benda yang sama -,- Kecewa tawu .

Aku selalu jugak lah paksa ibu ngan ayah aku pergi klinik swasta . Tapi korang tau-tau jelah kan , klinik swasta nie mahal gila nak mampus . Koyak poket . Dengan keadaan kewangan keluarga aku yang tak berapa nak mengizinkan , aku pendam jelah hasrat aku nak pakai braces .

Sampai lah aku habis sekolah menengah , aku bertekad aku nak kerja , nak kumpul duit , nak pakai braces . Sangat bersemangat aku nie . Tapi malang nya , gaji pertama aku , aku guna beli laptop T,T Ishh ishh ishh . Lepastu , dengan tidak di sangka-sangka , my ibu tetibe cakap dia nak support sepenuhnya pembiayaan braces aku . Aku pon melompat lah sampai pecah siling rumah . Oke tipu je =P

Bulan empat tahun lepas baru lah aku memulakan karier sebagai seorang lelaki gigi besi . Dah nak hampir setahun dah aku pakai braces . Nampak jugak lah perubahannya . Terutama sekali gigi bawah aku =) Rata macam batu-bata yang di susun rapi oleh pekerja-pekerja asing semasa membina rumah . Ce bayangkan sambil cakap wahhhhh =) Cubalah . . .

Sebelom dan Selepas
( Sila click untuk tumbesaran )

So far Alhamdulillah lah , aku dah mula biasa dengan braces nie . Masa first-first toksah cakap lah . Memang terseksa T,T . Tumbuh ulser sana sini tu kira normal sangat . Kata orang , kalau pakai braces nie , boleh kurus . Sebab nya hilang selera makan . Masa mula-mula memang lah nak makan tu macam nak tak nak . Sebab memikirkan kesakitan yang bakal di alami , dan penjagaan yang begitu rumit , makan memang salah satu perkara yang paling dielakkan oleh pengguna-pengguna braces . Tapi bila dah lama-lama , soal makan tiada lagi masalah . Cuma ada beberapa pantang larang yang mesti kene ikut .

Ini ada satu benda aku nak share dengan korang tentang satu fakta apabila pengguna braces or mereka-mereka yang ada masalah gigi pose time nak ambek gambar . Trust me , aku pon selalu buat . Haha




Lawak kan , tapi tak apa lah . We're being creative in order to hide the braces . Clever huh ?

Apa salahnya kalau kita senyum dengan bangga nya tayang braces yang kita ada . Braces kan harga beribu-riban , bangga sikit lah yang kita nie mampu pakai . Hahaha

Masih hensem =)

Kalau lah ada manusia yang cakap pakai braces nie haram , ce korang tunjuk sikit buku Syariah Islamiyah Form 5 di bawah tajuk Mengubah Ciptaan Allah . Ada tak cakap pakai braces nie haram ? Ada tak weyh !! Maaf, saya dapat A subjek nie *usap bahu*

Mesti ada yang cakap , it depends on niat . Tolong lah weyh , braces tu fungsi nya untuk rata kan gigi lah bukan nya aksesori untuk berfashion . Dan aku percaya semua yang pakai braces , niat dorang tak lain tak bukan sebab nak dapat kan keyakinan diri . Sape-sape yang tak pakai tu , pliss jangan buat andaian sendiri . Rasa nak lempang sampai kau jadi halimah jongang weyh . Then baru kau tau rasa nya macam mana . Peace =)

Tambahan pada 27 February 2014

Yes, i've seen fake braces. Tak faham kenapa pakai fake braces. Mungkin dia fikir cantik barang kali. Aku yang pakai braces nie pon rasa nak cepat-cepat tanggal braces, tapi mereka pulak nak pakai fake braces. Serious tak faham. Yang nie kalau korang rasa haram tu lantak korang lah. Aku tak suka jatuhkan halal haram. Pendapat masing-masing. 

PESANAN PENAJA 


" Love yourself before you love somebody else "

Seram jugak gambar atas tu , boleh mencetuskan kontroversi lagi nie >__<
Pliss jangan buat Zharif Azis famous lagi . Saya penat dengan segala fitnah-fitnah tentang saya

Rasa nya lepas nie aku nak post entri pasal matrik lahh , tapi tak sure lagi .
Tengok jelah nanti macam mana . InsyaAllah aku post kalau aku rajin . See ya !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Sunday, February 19, 2012

Cameron Highland

Assalamualaikum !

Semalam , praktikum aku adakan lawatan pergi Cameron Highland !! Excited tawuu .

Strawberry 

Kitorang bertolak pagi-pagi , 5.30 dah kene berkumpul dekat depan .
So bayangkan jelah terseksa nya macam mana . Untung ada orang kejut kan . Hihi =)

5.30 pagi >__<

Dalam bas =)

Rombongan kali nie , di taja sepenuhnya oleh KMPP . So terima kasih Tuan Khairi Bin Jalun
Sangat lama kami menanti pihak tuan untuk meng-approve lawatan kami ini . Huh -,-

Tudia budak batak -,-

Sampai kat Cameroon jam 8 lebih . Singgah main-main pokok kaktus kat mana entah tak tau .
Tak beli pape pon masa nie , dah kata cuma singgah je kan .

Kaktus =)

Lepastu ambek-ambek gambar lagi depan bas , saja nak show off yang KMPP taja bas =)


Saja upload sampai dua , sebab gambar aku nampak comel =)

Then kitorang gerak pergi ladang teh . Omaigad sangat cantik pemandangan di ladang teh .
Rasa macam xnak balik pon ada . Okey tipu je =P

Muka x sudi nak bergambar , kelakar 

What happen to me ? Excited sangat kot

Cikgu hensem =)

Kebatakan teserlah !

Saya cover braces , jangan marah =)


Comei-comei 

 Ewahhh 

Singgah satu kedai nie , dadih strawberry dia sedap sangat kot . Lain dari yang lain .
Kat tepi-tepi kedai dia pulak ada banyak pokok-pokok bunga . Cantik-cantik pulak .

Abaikan gambar nie sebab terlampau poyo

Tanam tepi jalan je kot , huhu

Pergi Cameron , kalao x singgah ladang strawberry memang x sah lah kan .
Tempat wajib untuk di singgah . Strawberry merupakan simbol kepada Cameroon Highland

Tak perlu kot buat macam nie -,-

Muka tahan kencing kot >__<

Strawberry yang sudah di petik 

Petik jangan x petik 

Sebenarnya x boleh nak petik pon . Kalau nak petik sendiri , kene bayar sekilo 40 hengget .
Daripada petik sendiri lebih baik beli yang dah siap di paket . Murah sikit .

Ini budak degil , xboleh masuk tapi dia masuk jugak 

Lepastu kitorang pergi makan strawberry coklat . Feeling-feeling Dato' K ngan Dato' Siti jap
3 cucuk 5 hengget . Melantak puas-puas !

Melazatkan . . .


Ada 5 orang pelajar kelas lain join rombongan kitorang . Dorang pon anak murid cikgu hensem .
So total yang pergi ada 28 orang pelajar . Huhu

Itulah dorang =)

Nak cari tempat solat bapak susah . Terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer .

Muka suci lepas solat , Alhamdulillah 

Balik dari masjid jadi macam nie balik =='

Itu jelah tempat yang kitorang pergi . Tak banyak pon sebab x sempat dan hujan .
Kitorang balik hari , tak menginap pon . KMPP bajet tak banyak nak taja .

Aksi dalam bas perlu tunjuk !

Bas memuatkan 40 penumpang , tapi yang pergi cuma ada 28 orang je .
So memang tak boleh duduk diam lah kitorang kat dalam bas . Asek bertukar tempat aje .

Cameron sangat sejuk walaupon dah tengahari . Apatah lagi time hujan , menggigil .
Aku agak tak tahan sejuk . Aku allergic sejuk . Tangan dan kaki aku akan mula gatal-gatal .
Macam kene gigit nyamuk tangan aku jadi nya , melempung sana melempung sini .

PESANAN PENAJA


" Ramai cakap muka aku dah cengkung balik , ohh tidakk !! "

Sejak aku baik demam nie , selera makan aku agak merosot .
Makan nasi pon dah tak banyak . Aku pon tak tau lah kenapa . Berat aku semakin susut .
Tulang aku semakin kelihatan dan muka aku dah kembali cengkung . Sedih gila ='(
Tapi tak apa , aku akan cuba naik kan balik berat badan aku . Semangat !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Home