Saturday, March 31, 2012

Nak kahwin !

Assalamualaikum 

Rasa macam dah lama sangat tak updated blog aku nie . Rindu pulak =')
Nak kata busy tu ada lah sikit , tapi tak ada lah busy sangat pon . Ce bukak facebook , memang muka aku je kan yang updated status . Tolong jangan membenci diri ini .

Okey cukup lah tu mukadimah nya . Panjang lebar kang satgi ada yang tertido .
Hari nie saya nak cakap pasal kahwin . Yes kahwin , kenapa ? Am i too young for that ?

Konon macam tengah bersanding lah =)

Di kala umur semakin meningkat nie , rasa nak kahwin tu makin membuak-buak . Betol ke ayat aku nie ? Sounds like macam dah gersang sangat je . Don't get me wrong please .

Kalau dulu masa sekolah menengah nak bercinta-cinta , okey lah lagi . Sebab masa tu kita cuma bercinta saja-saja je . Tak pernah fikir pun sampai nak kahwin . Haha kejam kan ayat aku nie . Namun bila dah berada di fasa yang sekarang nie , bercinta nak kene serious . Maksud serious ialah kahwin . Tau tak kahwin tu apa ? Kahwin tu satu ikatan dalam Islam yang menghalalkan kita bersentuhan antara satu sama lain . Nak kahwin kene ada ilmu . Jangan pakai kahwin je .

Memang nak kene fikir masak-masak sebelom nak bercinta sekarang nie . Ingat kata Ustaz Azhar Idrus , bercinta tanpa niat untuk memetik adalah haram . Korang faham kan maksud nya apa ?

Konon macam happily ever after lah lepas bersanding =)

Bila dah cakap pasal kahwin je , aku jadi seram sejuk . Aku jadi suami orang , ce bayang kan . Ya Allah mesti kelakar . Siapa lah jodoh aku nanti yerp , kesian nya dia . Hahahaha . Bukan nya apa , aku bukan jenis yang romantik . I wish someone can teach me how to be a romantic guy in order to make my wife happy . Wahh terus dapat title wife gitueww .

Lain orang lain citarasa . Semua mesti ada ciri-ciri yang kita nak pada bakal pasangan hidup kita tu nanti , ye dak ? Kita nak yang macam tu lah , nak yang macam nie lah . Begitu juga aku . Aku pon ada my own taste . Taste aku nie mungkin peliks.blogspot sikit kot .

Konon macam pose untuk album kahwin lah =)

1-Aku nak perempuan yang pandai masak =) Laki mana yang tak nak weyh ?
" The quickest way to a man's heart is through his stomach "

2-Aku nak perempuan yang boleh terima aku apa ada nya . Aku jenis yang amat sensitif . Once bila perempuan cakap Zharif ce macam nie , Zharif ce macam tu . Memang aku tak suka . Satu benda yang perempuan kene tahu , lelaki tak suka nampak lemah depan makwe dorang . Seriously !

3-Soal bertudung . Aku tak kesah sebenarnya bertudung ke tidak . Tapi selok-eloknya bertudung lah . Kalau tak bertudung pon takpe . Once bila dah jadi isteri nanti , kita nie sebagai suami kene guide isteri kita ke arah kebaikan . Wahh dah ada ciri-ciri suami mithali nie ^^

4-Seboleh-boleh nya aku nak berkahwin dengan orang kelantan . Mungkin yang nie lawak sikit . Tapi entah lah , aku tak tau kenapa . Mungkin sebab aku suka bahasa dorang kot . Hahahaha . Seronok tau tengok orang kelantan berborak . Comel je =) Aku suka dengar .

Itu je kot .
It's just something that I dream to have and not something that my future wife must have

Eh eh dah dapat anak lah pulakk =)

Parents aku pon tak kesah sangat bab-bab menantu nie . Dorang yakin kalau itu dah pilihan anak-anak dia , maka itu lah yang terbaik untuk kitorang . Macam gonjeng ayat bahasa Melayu aku nie -,-

InsyaAllah suatu hari nanti , I'll bring someone to them .
Once bila dah ada kerja yang stabil , dah ada duit yang melimpah-limpah , aku akan kahwin .

One of my friend, baru je kahwin bulan lepas . Sangat terperanjat bila dengar . Yelah kan , nak bagi isteri makan apa nanti . Kan masih lagi bergelar student . Tapi nak buat macam mana , dah jodoh dia sampai awal . Kita kene ingat , jodoh itu rahsia Allah . Bercinta lah bagai nak rak sekalipon , kalau dia bukan jodoh kita , memang tak akan bersatu punya .

Aku ada satu berita gembira nie . One of budak Iftar with Maria Elena nak kahwin =) I called her Kak Dena .

Dianah Kamarul Bahrin dan Istiqamah Rasemi 

She sat right beside me time Iftar hari tu 

Sebenarnya aku tak boleh bukak folder gambar nie . Sebab nya aku akan rasa hiba dan sedih bila tengok gambar-gambar dalam tu . Betol-betol rindu . Rasa macam nak putar balik masa je =')


All this while kalau ada orang invite aku event apa-apa kat facebook tu , belom sempat tengok aku ignore je . Tapi bila nampak je kak Dena jemput untuk majlis perkahwinan dia , terus semangat !

Hope to see them again and kak Maghia jugak =)

Tarikh dan tempat terpaksa di rahsiakan . Kene tanya tuan punya badan . Takut Kak Dena marah pulak nanti . Yang pasti tarikh tu betol-betol sesuai just like masa Iftar hari tu . Aku habis matrik 26 April , then dia kahwin tarikh sekian-sekian . Alhamdulillah . InsyaAllah aku akan datang =)

PESANAN PENAJA


" Will you married me ? " - Konfem kene reject >__<

Sebelom ada orang salah faham atau tercetus nya kontroversi , let me explain something to you .
The girl on the picture above is my cousin . Harap maklum .
Yes my cousin semua nya cantik-cantik , semua nya hensem-hensem . Keturunan kot . Hahaha

Ini antara cousin-cousin aku yang mungkin familiar dengan korang kat facebook


Ini entri promot cousin ke apa nie ? Errr
Sampai sini sahaja dulu . Jumpa lagi in the next entri . see ya !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Sunday, March 25, 2012

Selamat Datang Ke KMPP =)

Assalamualaikum 

Selamat datang kami ucapkan =)

Quick post , not have much time to spend for my blog . Final exam is just around the corner . Sejak kebelakangan ini , ceyhh macam nak buat karangan bajet macam dapat A+ je -,- Ishhh concentrate ! Aku tak nak buang masa nie . Okey aku mulakan sekali lagi yerp . Sejak kebelakangan ini , KMPP menerima ramai tetamu . 

Bas Matrik Kedah =)

2 minggu yang lalu , KMPP menerima kedatangan pelajar-pelajar dari Kolej Matrikulasi Kedah =) Semua serba kuning gitu pelajar nya . Tapi aku tak ada lah amek port sangat pon sebab bukan nya aku yang in charge uruskan dorang nie . Aku kan tak berjawatan kat sini , hanyalah pelajar KMPP yang noob tapi sedikit hensem . Itu aje =( Dah start syahdu bunyinya nie . Bak tisu ! Krokkk *hembus hingus hijau yang lama terkumpul*

Tudia pelajar-pelajar matrik Kedah 

Minggu nie pula , KMPP menerima tetamu dari Kolej Matrikulasi Perlis pulak =) Part yang nie excited sikit sebab i know someone there . My facebook's friend and also my blogger's friend . His name is Aliff Haikal . Tak sangka pulak akan berjumpa dengan dia nie kat KMPP . Kenapa lah jumpa kat KMPP tak jumpa kat luar . Dah lah aku nie comot sememeh ala-ala innocent gitu kat KMPP nie .


Bas Matrik Perlis =)

Aku jumpa dia nie kat tasik , he asked me to go there coz he got programme there with the JAKTEE whatever . Don't really know the name . Then dengan rasa yang agak malas nya sebab masa tu tengahari oke , dalam pukul 2 something kot . Tapi aku nak jugak pergi sebab teringin gak jumpa mamat blogger yang dah lama aku kenal nie . 

Nahh , jumpa jugak abang blogger nie =) For God sake , abaikan muka aku peliss -,- I don't know where it comes from .

Oh budak perempuan yang putih-putih omel berkaca mata tu budak kuliah aku . Nama dia Izzati . Aku panggil dia gadis 1 Malaysia sebab dia selalu bertiga dengan other races . Pergi mana-mana mesti bertiga =) Sho sho 1 Malaysia dorang nie . Pernah terminat dia dulu masa sem satu . Ahaks~  Diam-diam ye , ini antara kita-kita je okey . Kisah lama , sila abaikan .

We was like " What ?! "

Eh eh dah kawan dah =)

Borak-borak lah malam tu pasal KMPP . Pasal makcik karipap , pasal Natasya , pasal makcik disco , pasal mamat-mamat merokok , pasal kes kecurian . Sorry guys , mulut nie memang tak leh berhenti daripada menyebarkan rahsia-rahsia KMPP . Sho shoryy guys . Don't punish me =( 

Aliff buat muka =P

Selipar putus =) Sape baik hati nak belikan selipar baru untuk aku ?

Alhamdulillah , jumpa lagi sorang budak facebook =) Sesungguhnya facebook meng-eratkan hubungan silaturrahim . Lepas nie target nak jumpa budak tu , budak yang dah lama jugak aku kenal tapi nak jumpa asek tak dapat . Habis matrik InsyaAllah =) 

Eh macam lari dari tajuk dah tetibe nie =..='

Why you guys should come and visit KMPP ?

Okay , saya telah mendapat titah daripada pengarah KMPP , Tuan Khairi Bin Jalun , saya telah di suruh menjadi duta KMPP untuk sesi 2011/2012 . Sila percaya ~

Korang semua kene datang dan study dekat KMPP sebab ,

Kami ada titian gantung =)

Kami ada tangga pencakar langit =)

Kami ada tasik yang indah , konon nya 

Kami ada convex mirror dekat selekoh yang mana korang boleh pose dengan batak nya macam tak pernah nampak , kagum O,O

Kami ada taman tersembunyi di bahagian paling belakang blok perempuan 

Kami ada menyediakan court badminton , tennis , bola keranjang , bola tampar , bola jaring , bola sepak , futsal , squasy , u name it . 
We got everything =)

Kami ada tali untuk bergayut ala-ala monyet . Bukan tali untuk membunuh diri yer =)

Kami ada kedai photostat , alat tulis , keperluan pelajar , tiket bas dan pos

Kami ada tempat berteduh di kala panas terik mentari , hujan lebat , petir kilat sabung-menyabung . Ini bukan tempat untuk bermaksiat ye kengkawan matrik ku =)

So apa tunggu lagi kengkawan ? Mai lah datang KMPP . Macam-macam ada . Do make Penang Matriculation as your first choice time daftar online masuk matrik =)

Thanx a lot to my friends yang sudi bantu menjayakan program Saya Sebagai Duta KMPP . 
Kak Sihah , Kak Ju , Kak Mira , Amy , Diela , Seri , Ecah , Syikin , Hana , Fariha 

~ Sila percaya ~

PESANAN PENAJA


" Majulah matrik untuk negara "

Program matrik dah nak habis , yabedabedoooo !! Tak lama lagi balik selangor ^^
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Tuesday, March 20, 2012

Eh eh macam seiras lahh

Assalamualaikum

Amaran keras kepada mereka-mereka yang penuh kebencian di dalam hati :
Sebelom baca , i might warn you something . This post might contain puji-pujian melampau terhadap diri sendiri . Jadi sekiranya anda-anda di luar sana tidak berapa berkenan , sila cepat-cepat tekan butang kaler merah kat atas tu yerp . 

Are you still want to continue reading ?

Are you sure ?

I repeat again , are you sure ?

Said loudly : I'm sure and I wish to continue 
________________________________________________________________________________
( Konon macam dah masuk lah ) 

Kata orang , kita memiliki 7 muka seiras dengan kita kat dalam dunia nie . So mungkin korang pernah mengalami situasi di mana orang compare kan muka korang dengan someone .

Macam siapa ?

Aku pon pernah di compare dengan beberapa orang ternama *Tiup jari tanda bangga*
Bukan calang-calang orang tawu . Semua nya hebat-hebat . Handsome-handsome pulak . Terus bersyukur ke hadrat Ilahi sambil ucap Alhamdulillah banyak-banyak kali .

Korang kenal Sam Bunkface tak ? I bet semua orang kenal dia kan . Ada orang cakap muka aku macam dia . Tang mana yang sama tu pon aku tak tau lah . Kalau sorang je yang cakap aku tak kesah sangat , masalah nya dah lebih dari sorang . Acano tu ?


Hensem jugak si Sam nie lepas aku google-google gambar dia . Jadi tak salah lah kenapa ada orang compare kan aku dengan dia . Wahh gitu =) Sam merupakan salah satu contoh " Messy is sexy "

Masih lagi nak teruskan untuk comparing yang kedua ? 

Yang kedua , dorang compare kan muka aku dengan Rionaldo Stokhorst . Dorang compare muka aku dengan pelakon indonesia yang kacak lagi hensem sape tak bangga weyh ? Jangan jeles =P


Masa tu aku form 3 , and that time tengah hangat sinetron Liontin . Ingat lagi tak sinetron yang belit-belit macam ular tu ? Alaaa yang dua beradik terpisah sorang kaya sorang miskin , terhantuk lupa ingatan , mengandung anak kene culik , apa lagi ? You name it . Semua kejadian ada dalam cerita tu . Hahaha typical Indonesian sinetron . Dah hafal sangat dah ~

Eh tapi aku suka tengok cerita yang dia berlakon dalam Puteri Yang Terbuang kat Astro Prima . Yang tu aku minat sangat . Jalan cerita agak menarik . Dan memang setiap malam aku tertunggu-tunggu depan tv untuk tengok cerita tu .


Sape suka tengok cerita nie ? Ce angkat tangan sikit
Satu , dua , lapan , dua puluh empat , seratus wahh banyak jugak rupa nya . Suka suka suka =)

The question is , Do I really look like them ?


Tak kesah lah macam sape-sape pon , asalkan yang hensem-hensem . Hahaha . Ada rasa nak lempang tak ? Of course rasa bangga tu ada . Menipu lah kalau cakap tak bangga langsong , kan ?

Terima kasih sangat-sangat aku ucapkan sebab compare kan aku dengan someone yang hensem . I appreciate that =) Sila puji lagi lain kali . Ahaks ~ Tapi jangan sampai ada yang cakap muka aku macam Harun Salim Bachik sudah >__<

PESANAN PENAJA 


" Masuk bakul angkat sendiri . Larat ke ? "

Korang pulak iras-iras sape ? Ce kasi tau sikit . I would like to know =)

I WARNED YOU ALREADY ABOUT THIS POST SO JANGAN SALAHKAN AKU =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian

Friday, March 16, 2012

Dilema Zharif Azis

Assalamualaikum 

I've been through this almost everyday of my life . I just can't take it anymore >__<
Dilema bermaksud keadaan yang menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif

All the options given to me seems like not working at all . Pilih itu salah , pilih ini salah . Bak kata pepatah , ditelan mati emak , diluah mati bapak . Amek kau , sampai main mak bapak .


Saya penat , saya pening , saya buntu , saya handsome . Eh tetibe tersesat pulak perkataan tu .

" Besar sangat ke dilema yang kau alami nie Zharif Azis ? Kitorang dah simpati sangat nie " 

Terima kasih kerana bertanya , korang nie memang betol-betol memahami aku . Meyh aku cerita apa masalah yang aku alami selama nie .

First , dilema dalam memilih pakaian . Pakaian berlengan panjang khususnya seperti kemeja or baju melayu . Untuk pengetahuan korang ( even korang tak nak tahu sekalipon , aku tetap nak bagi tau ) , my current weight is 54 kg dan aku masih lagi berusaha untuk menaikkan nya lagi .

So masalah yang aku alami ialah , bila aku memilih untuk beli pakaian yang mengikut badan aku , lengan pulak pendek atau cakap jawa nya " senteng " . Dan bila aku memilih baju yang mengikut kepanjangan lengan aku , baju tu pulak besar gedabak .

Baju besar , lengan perfect 

Baju perfect , lengan pulak senteng -,-
( Maaf , baju tak gosok )

Same goes with seluar -,-
Ikut pinggang , seluar jadi singkat atau cakap jawa nya " jongklang " . Bila ikut kepanjangan kaki , pinggang pulak terlondeh >__<

This is serious guys , aku hadapi masalah nie since primary school lagi . Aku tak tau apa yang tak kene dengan aku nie . Badan aku membesar macam tak seimbang . Ke salah tukang jahit nya ?

Sebab tu , when it comes to baju raya , aku selalu tempah . Baru puas hati . Huhu =)

Baju tempah memang puas hati =')
( Raya 2011 )

Bukan setakat itu sahaja kawan-kawan , aku juga sering mengalami dilema ketika ada orang nak belanja aku . Tak kisah lah belanja apa benda . Yang penting belanja , bukan pakai duit aku sendiri . Kalau ambek yang mahal , rasa sebersalah pulak . Rasa kesian dekat tuan punya badan . Habis duit dia nanti . Tapi bila ambek yang murah-murah kang , kita pulak yang menyesal . Bukan selalu pon kan ada orang nak belanja .

Dan orang yang nak belanja kita tu pon satu , kalau kita ambek yang murah-murah tu patot nya bersyukur lah . Jangan pulak tanya " Eh ambek itu aja ? Tambah lah lagi -,- " Jadi sebersalah tawu >__<

Classmates =')

Dan dilema paling kerap aku alami ialah bila aku terpaksa jaga hati kawan dan di sebabkan itu diri aku pulak yang merana . Kes yang nie sensitif sikit . Kalau kita tak jaga hati dorang , dorang cakap kita macam-macam . Cakap kita tett lahh , itu lahh , ini lahh . Pokok nya , memang kita kene ikut jelah . But sometimes , we have to be tegas demi untuk menjaga kepentingan kita . But somehow , i just can't say no to my friends . How sad ='(

Baca nie kalau berkelapangan : TEKAN
You'll be suprise =)

Jangan menyesal ~

Dan dilema paling parah lagi bila ada orang minat kat aku . Aku rasa sebersalah kalau aku tak membalas cinta mereka-mereka yang meminati aku . Loike seriously , how can i possibly fall in love with somebody that i don't love ? Tapi itu lah , soal hati nie kita takleh nak jangka . Perasaan boleh berubah , cinta boleh di pupuk .  Ceyhh bermadah gerimis pulak kat sini . Nak termuntah tawu .

Dan dilema yang aku alami sekarang ialah aku dah tak tau nak tulis apa tapi takut pembaca setia blog jejakakaula kecewa kalao aku berhenti sekarang . Hurmm aku kene jugak berhenti sebab aku memang tak tau nak tulis apa dah . Mintak maaf ye semua ='(

Hah kan dilema jugak tu =) Hahaha

PESANAN PENAJA


" Ingat senang jadi Zharif Azis ? " - lol

Busy busy busy -,- See ya ! bubye
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Monday, March 12, 2012

Kerabunan =(

Assalamualaikum 

Ye ye aku tau korang tengah eksaited sebab blog jejakakaula dah berubah , semakin encem seperti pemilik nya . Segala bantahan mahupon ketidakpuasan hati tidak akan di layan . Pilihan Zharif Azis adalah muktamad . Tamat ~

Aku nak bagi tau korang nie yang aku dah rabun =( Uwaaa baru aku tau betapa terseksa nya mereka-mereka yang rabun nie untuk melihat dengan jelas . Kalau aku pakai spec mata mesti nerd habis . Percayalah >__<

Mungkin kah aku akan kelihatan sebegini ? Ohh tidakk >__<

Hari Sabtu hari tu aku pergi cek mata dekat Banting . Yes dekat banting . Bukan dekat KMPP or somewhere else in Penang . Bukan bukan . Aku cek dekat Banting ! Ke nak aku ulang lagi ?

Optik GB at Banting 

Dan setelah hampir 2 minit melihat gambar rumah berbumbung merah yang berada jauh nun di sana , hasil nya telah pon di terima dan kakak tu cakap , mata aku dah sedikit rosak. Menangis teresak-esak aku masa tu . Sila percaya .

Taraa . .

Aku ingat aku rabun di sebab kan silau , sebab dari dulu aku ada silau sikit . Rupa-rupa nya memang betol-betol aku rabun jauh . Mata kanan 0.25 , mata kiri dah 0.75 rabun nya =( Akak tu suggest kan aku suruh pakai spec mata kalao aku ada sakit-sakit kepala . Tapi so far Alhamdulillah , aku tak ada sakit-sakit kepala . Sakit tang lain banyak lah . Huhu

Aku tertanya-tanya , apakah punca nya kerabunan aku ini ?


Adakah di sebabkan cahaya lampu laptop ?

OR

Terlampau banyak study lewat-lewat malam ? ( Ini mustahil )


Study pon kene bukak facebook okey . Baru ada feeling >__<

Whatever it is , kita kene sedar bahawa semua nikmat yang Allah beri dekat kita merupakan pinjaman semata-mata . Bila-bila masa je Alllah boleh tarik balik . Once Allah dah buat macam tu , jangan lah menyesal . Muhasabah diri  ~

Pepatah ada mengatakan ,


Korang ingat Karam Singh je boleh buat pepatah baru ? Zharif Azis pon boleh ape . Bukan senang nak tengok Zharif Azis speaking omputih nie .

Seriously bila aku dapat detect yang aku rabun , aku suka paksa diri aku tengok tulisan kecik-kecik dari jauh . Nampak memang nampak tapi tulisan tu semuanya bercantum . Rata je -,- Err

Dan the most peliks part is , aku still boleh nampak dengan jelas sekira nya mata aku tak terkena cahaya matahari . Tapi bila dah kene cahaya matahari , terus tak leh nak baca balik tulisan tu . So time tu aku assume aku nie silau . Tapi apa kan daya , Zharif Azis not pakar enough to detect what rabun he is .

Buat masa sekarang nie , aku masih lagi tidak memakai spec mata . Satu hari nanti MAYBE

PESANAN PENAJA 


" Dah , jangan rindu-rindu ibu lagi , belajar betol-betol ye "

Uwaaa , lepas nie dah tak balik selangor dah sampai lah akhir bulan empat nanti ='(
Mampu kah aku bertahan selama sebulan lebih tidak pulang ke rumah ? We'll see .

Sedikit info tentang cuti kali nie ,

Summary 

Sampai selangor mengidam KFC . Terus ambek faries dekat McD . Besok nya mengidam Ayamas . Lepastu suruh ibu masak gerengseng . Gerengseng nie makanan Jawa kalau tak silap . Orang Melayu kalau di tanya apa itu gerengseng tak tahu kot . Gerengseng gambar paling kanan bawah sekali . Makan dengan gula merah . Sedap =D Senang je nak buat . Lepastu mintak ibu masak murtabak . Aku rasa tak ada murtabak sesedap murtabak yang ibu aku buat . 

Okey cukup lahh , aku nie kalao dah suruh mengomel memang semangat >__<
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim ,

Sekian ,

Saturday, March 10, 2012

Zharif Azis seorang doktor pakar bedah

Assalamualaikum 

Ini post tertunggak , harap maklum saya seorang pelajar matrik . Busy -,-

Minggu ini merupakan minggu kekejaman di mana pembunuhan beramai-ramai telah berlaku dengan dahsyat nya tanpa kawalan di KMPP . Hal ini kerana , semua doktor yang belom lagi di iktiraf oleh ISO telah mengambil alih tugas sebagai seorang doktor pakar bedah .

Pasal ISO tu aku pakai letak je yerp , ahaks =P


But the real pembunuh is not us okey . Kami-kami nie terlampau baik untuk membunuh seekor tikus kecik lagi tidak bersalah itu . Sedangkan kami pijak semut pun tak mati ini kan pula membunuh seekor tikus ? Sangat tidak masuk akal . Zharif Azis budak baik . Takmo tuduh-tuduh yerp . Takmo takmo , Allah marah .

Ini pembunuh sebenar !

Senang je rupa nya nak bunuh tikus nie , bubuh chloroform terus mati . Tapi adik-adik di luar sana takmo cuba-cuba di rumah ya . Abang Zharif tak nak bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa berlaku . Tapi boleh di praktikkan sekiranya adik-adik memiliki ibu tiri yang kejam . Bye .

This is my tikus yang telah selamat di kekah kan , HAHA

Gambar di atas merupakan tikus yang sedia untuk di kekah kan . Jadi semua doktor-doktor yang tidak iktiraf sangat excited kerana satu tikus untuk dua orang . Jadi rasa agak puas dan mengasyikkan sebab tidak perlu berebut , semua dapat share masing-masing . Err lain macam dah bunyi nya nie .


Dr. Zharif begitu tamak , tidak mahu berkongsi tikus dengan orang lain . Alasan nie lebih bagus kot daripada aku memberitahu perkara sebenar bahawa partner aku si aswad syok tidur kat dalam bilik tak datang kelas , kan korang ? Zharif Azis baik . Dia pandai simpan rahsia kawan dia =) Aswad kau jangan risau okey . Aku coevr kau .

Sangat tekun Dr. Zharif membuat kerja =')

Saya nak perkenalkan kepada anda-anda semua yang berada di luar sana dengan doktor-doktor yang turut membantu menjayakan program pembunuhan beramai-ramai ini . Let see . . .

Dr. Seri & Dr. Diela

Dr. Shikin & Dr. Jue

Dr. Re'an & Dr. Ecah

Dr. Ain & Dr. Farhana

Dr. Qutaibah & Dr. Hafidz

Dr. Yin Yee & Dr. Su Yi

 Dr. Hana & Dr. Fasihah

Dr. Amy & Dr. Maryam

Dr. Nadia & Dr. Anis

Dr. Selven & Dr. Teo

Dan hasil nya , taraaa . . .

Rabak dahh >__<

Lepas semua nya dah teroka , para-para doktor kemudiannya mengetuk bahagian otak tikus tersebut just untuk melihat structure otak nya . Gambar tak nak tunjuk sebab terlampau kejam .

First time kot bedah-bedah tikus nie . Seronok ! Rasa macam nak buat lagi =P

PESANAN PENAJA


" Jangan lah kita berlaku kejam terhadap haiwan , ceyhh "

Wohooo aku tengah kat rumah nie , bangga sat =') Tapi besok dah kene balik matrik dah -,-
Lepas nie dah tak balik dah sampai lah tamat program matrik nie .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim ,

Sekian ,

Home