Sunday, April 29, 2012

Bye KMPP

Assalamualaikum 

Seperti sudah sedia maklum , tanggal 26 April yang lalu merupakan hari terakhir Zharif Azis bergelar pelajar Matrikulasi Pulau Pinang yang hensem lagi menggodakan . Nak lempang sekarang pon boleh


This is my roommates . Ini merupakan rommates pertama dalam hidup aku and they are ohsem . Yelahh kan , aku mana pernah duduk asrama-asrama nie . Selalu tidur bawah ketiak ibu je . Siap sumbat botol susu lagi . Kau ada ? Kalau tak ada senyap .

Dorang nie agak kelakar jugak . Mostly si Yasier dengan Azhad nie lah . Dorang nie kaki bola . Siang malam tengok bola . Kalau ada game je , dorang tengok online dekat laptop . Time exam pon sempat jugak weyh . Tak nak terlepas langsung satu perlawanan pon . Gigih kan ?

Aksi lucu antara Yasier dengan Azhad tengok bola >__<

Kalau Salam pulak , dia nie AJK surau . Dia tiap malam tidur dekat surau . So setiap malam kitorang 3 orang je lah kat dalam bilik . Salam pon kelakar jugak . Dia suka dengar lagu sambil nyanyi . Paling tak boleh dilupakan dia nyanyi lagu Adam Lambert " What do you want from me " . Aku selalu tahan gelak bila dia nyanyi lagu nie =) Muahaha

Paper last merupakan paper kimia . Habis paper kimia je terus pergi tasik ambik gambar . Hari tu kan aku ada cakap aku nak ambek gambar dengan someone .

Dia kecik je =) Nama dia Zas Adila 

On my way to my block , aku nampak adik perempuan aku dah tersengih-sengih macam orang tak cukup bulan . Excited terus lari naik bilik angkut barang ke kereta . Tapi jammed pulak kat KMPP uh . Sesak dengan kereta . Sangkut 1 jam jugak lah kat dalam KMPP tu . Haihh sabor je lahh .

Tapi aku tak terus balik . Aku singgah Pacific mega mall dulu . Kat sini baju murah-murah . Kene pandai tawar-menawar . Harga macam nie memang tak dapat kat selangor . Plus2 baju nya cantik-cantik pulak . So buat kali terkahir , wajib singgah !

Itu je kot nak cerita . Gambar pon tak banyak nie . Hahaha

Ini semua entri pasal matrik , nak baca bacalah . Tak nak baca sudah =)

Masa daftar : New Life Begin
Info about matrik : Matrik Stuff
Tentang KMPP : Selamat Datang Ke KMPP

PESANAN PENAJA 


" Selamat tinggal KMPP =') "

Nak cari kerja nak cari kerja . Ada sape nak bagi kerja ? Tengah free nie .
Gaji basic 1200 please . Bhahaha demand pulak . Bye .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Saturday, April 21, 2012

Haha Terasa Ke ?

Assalamualaikum

Kali nie aku ada bende menarik untuk di kongsikan .

I've been through this almost everyday of my life . Not everyday lah actually . Kira kerap jugak lah . It's about apa yang aku updated . Tak kesah lah status dekat facebook ke , dekat twitter ke or even dekat blog . Mesti ada ja yang tak puas hati .

Kadang kita tak cakap pasal orang tu pon , tapi dia pulak gedik-gedik nak terasa . Macam lah kawan kat facebook kita tu cuma ada dia je . Godai betol -___-

Terasa ke ? Kesah pulak aku kan =)

Contohnya macam nie :

------------------------------------------------------------------------------------------

Si Peah updated status kat facebook berbunyi begini ,

" Eeeeee tebal nya edit picture sampai batang hidung pon dah tak nampak "
78 people like this , anda bila lagi ?        8 comments

Selang satu minit , Senah IM Timah .

Senah : Eh Timah , kau nak tau tak si Peah kutuk kau gila-gila kat status facebook . Dia cakap kau edit gambar tebal gila nak mati 

Timah : Ye ke ? Ishhh jahat nya mulut si Peah tu . Aku nak block dia sekarang jugak . 

Then , Timah pon rasa terharu sangat sebab Senah dah tunjukkan dekat dia yang Peah ngumpat dia belakang-belakang . Sekarang Timah tau yang mana kawan dan yang mana lawan . So dah jadi bestfriend forever lah katanya . Anyonyonyo ( Sambil cubit pipi )

Kalau lah aku berpeluang cakap dengan Timah nie , nak je aku cakap kat Timah yang dia tu bodoh . Dia tak rasa ke best friend dia tu pon mengata dia ? Macam mana Senah tau si Peah cakap pasal Timah melainkan Senah pon rasa yang si Timah nie edit gambar tebal-tebal ? Bodohnya Timah . Kan dah kene bodoh dengan aku .

Lagipula , kenapa Timah mesti terasa ? Peah tak sebut nama sesape pon dekat situ .

------------------------------------------------------------------------------------------

Okey senang macam nie lah , aku nie ada facebook bukan berkawan takat dengan orang yang aku kenal je , dengan orang tak kenal pon aku kawan . Kira universal studio lah kan kawan aku . So memang macam-macam ragam manusia aku jumpa dah dekat facebook nie . Yang poyo , yang perasan bagus , yang fake , yang hot , yang cantik , yang tak cantik buat-buat cantik , yang banyak cakap tiap 3 minit updated status . Memang banyak lah pokoknya .

Gambar masa kem PBSM 2010 , cilok dekat Myspace nie >__<

Dan kebanyakkan kawan-kawan sekolah aku pulak , dorang nie kawan takat dorang kenal je . So bila aku updated status yang berunsurkan perli , dorang mesti ingat aku perli dorang . Hah lepastu mula lah tak nak kawan , block sana , block sini , blog jejakakaula . Eh tersasul , sorry >__<

So pehliss lah kawan-kawan sekolah ku , tak kira lah yang kat Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah ( SAMUS ) ke , yang dekat SMK Telok Datok ( TEDA ) ke , or even yang kat Tadika Kemas Jalan Redan tu . Tolong jangan perasan yang aku cakap pasal korang boleh ?

I do love my friends but sometimes dorang nie sensitip sangat . Why so serious ?

PESANAN PENAJA


" Orang cakap pasal kita , kita watlek wat peace je ^___^ "

Exam belom habis nie . Minggu depan memang tough gila lah .
Bio Kimia Fizik Maths bergabung , bergegar , Tsunami terus . Tapi yang best nya , Khamis nie hari last kat matrik , dan aku akan pulang ke selangor . Yessss !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

See ya !

 

Tuesday, April 17, 2012

Penjagaan Muka

Assalamualaikum 

Penjagaan muka sangat penting sebab muka merupakan aset berharga kita . Muka merupakan benda yang pertama yang kita tengok bila kita jumpa seseorang . Selepas muka then turun bawah lagi and bawah lagi . Okey dah mula seram . Abaikan .

Persoalan nya , ada ke lelaki yang betol-betol ambek berat pasal penjagaan muka nie ?
Kalau perempuan tu , kita boleh faham lah lagi . Dah memang sifat azali dorang memang nak cantik je sepanjang masa . Kalau boleh satu jerawat pon tak nak ada .

Boys over flower maybe ? Okey aku tak pernah tengok lagi >__<

Jawapan nya , ADA .

All this while aku ingat lelaki nie tak kisah sangat pasal penjagaan muka . Sebab lelaki kan jenis yang brutal . Jenis yang tak amek port sangat bila ada jerawat . But then bila aku start tinggal dekat asrama ( Matrik ) , baru aku tau yang lelaki pon nak jugak nampak cantik . I mean cantik dari segi muka bersih , bukannya cantik dari segi aww aww . Errr awkward -___-

Kalau setiap malam sebelom nak tidur , try lah jejak kaki pergi bilik air budak laki ( Kalau boleh lah )
Mesti ada je dua tiga empat lima kira sendiri orang tengah berdiri depan cermin sambil pakai pencuci muka . Tompok-tompok benda putih kat muka secara berjemaah .

Pernah lah satu malam tu , I mean dah tengah malam sangat . Sistem pembuangan aku buat hal . Dia meragam suruh aku pergi toilet . Urghhh ! Dekat 15 minit jugak lah kat toilet tu . Perlu ke detail kan berapa lama kita berak kat sini Zharif ? Okey abaikan .

Selepas perut ku rasa happy kerana sisa-sisa di dalam nya telah di keluarkan , aku pon bergegas keluar sebab takut pergi toilet malam-malam sorang-sorang . Dekat nak sampai pintu keluar , sekali ada satu mamat nie muncul dengan muka penuh putih-putih secara tiba-tiba . Ya Allah , tanjat boboi O,O Melatah eh mak kau jugak lah kat situ . Habis kantoi maskulin .

Moral of the story : Jangan pergi bilik air malam-malam .

I don't have any produk khusus for my face since my face doesn't really give me any problem . Thanks Allah , Alhamdulillah . Memang tak pakai apa-apa produk pon kot since sekolah menengah . Lagipon aku nie jenis tak percaya sangat produk-produk muka yang ada kat pasaran sekarang nie . Masa sekolah rendah dulu ada lah jugak gatal tangan guna Fair & Lovely sebab nampak ayah aku pakai so terikut-ikut sekali pakai .

Dulu masa muda-muda ( sekarang pon masih muda lagi okey >__< ) , bila picit jerawat je dia terus hilang . Tapi sekarang nie bila aku picit jerawat dia ada tinggalkan kesan hitam . Urghh ugly tau tak . So that aku kene pakai something untuk menghilangkan kesan-kesan hitam nie .

I use Bio-Oil

My mom yang suggest kan benda nie . And Alhamdulillah lah kesannya boleh tahan . Nampak jugak lah perubahan nya . Harga nya cuma RM 30 something je kot . Tiap kali nampak Bio-Oil je , mesti kita pikir " Ohh itu ubat hilangkan parut " Tapi kita silap . Banyak kegunaan sebenarnya Bio-Oil nie

5 masalah , 1 penyelesaian .

Hah banyak kan faedah nya =) So memang tak menyesal lah guna benda nie . Guna pon tak habis-habis . Aku beli sebelom aku masuk matrik which means tahun lepas bulan lima . Sampai lah dekat nak habis matrik tak habis-habis lagi . Memang betol-betol tahan lama benda nie .

Sila baca label sebelom guna yerp . Do not use on broken skin which means kalao tengah berdarah-darah tu jangan lah guna . Takot ada effect lain pulak nanti . Kang tak pasal-pasal aku yang korang cari nanti sebab suggest kan pakai benda nie .

Memang aku akui , produk muka yang lain seperti pencuci muka semua tu perlu ada . Tapi entah lah , aku memang tak reti nak guna benda tu semua . Dan satu hal lagi , aku nie jenis yang tak peka waktu . Kalau aku ingat , aku pakai . Tak ingat memang tak pakai .

Senang je .
Nak putih : Jangan masuk kawad kaki . Jangan bogel tengah-tengah panas . Jangan berjemur .
Nak jerawat tak ada : Jangan gatal ada makwe pakwe sebelom waktunya .
Nak kulit licin dan bersih : Biasakan diri amek wudhuk selalu .
Nak kekal muda : Hentikan masa dunia .

As simple as that =)

Beberapa petua-petua orang lama yang aku rasa korang boleh amalkan .

Air bilas beras - Kata orang , air bilas beras nie boleh kurangkan jerawat kat muka . Muka jadi licin , kulit jadi halus mulus . Lembut je bila pegang .

Daun kunyit hidup - Daun kunyit hidup di tumbuk sampai berair , then sapukan dekat parut . InsyaAllah akan pudar parut tu sekiranya dilakukan secara berterusan .

Ini je petua-petua yang aku pernah cuba . Yang lain tak pernah lagi . Korang cuba lah try google-google untuk dapatkan lebih banyak petua .

PESANAN PENAJA 


" Jangan tak makan sayur "

Ewahh terhapdet jugak blog aku nie . Rindu tau tak nak menaip >__<  Korang tengok pukul berapa aku hapdet nie -____- Dekat jam 4 pagi tau tak *matapanda.jpg*

Ini merupakan entri yang ke 100 dalam blog jejakakaula . Kagum sat dengan pencapaian gigih aku menaip . Walaupon orang lain punya entri dah dekat ribu riban , kesah apa aku . Muehehehe

Aku tak tau nak letak gambar apa kat ruang pesanan penaja tu sebenarnya . Sebab tiada waktu untuk berposing . Jadi terima apa yang ada jelah erk . Haha

Doakan aku boleh jawab dengan mudah ye untuk final exam nie . And i wish all the best to all budak-budak matrik . Let's do this bebeh !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Sekian ,

Tuesday, April 10, 2012

Awan yang terpilu T__T

Assalamualaikum 

Bukan nak cakap apa lah kan , cuma nak cakap sikit je lah kan , tapi tak tau macam mana nak mula lah kan . Satgi ada budak aku lempang nie Zharif , PANGGGGG ! -___-

Ouchhh sakitnya pipiku , sampai hati dirimu melempang pipiku yang gebu lagi mulus nie . Kalao dah geram sangat tengok pipi I sekalipon , jangan lah sampai lempang . Cubit-cubit je sudah lah .

PANGGGG !

-_________________-


Log in facebook dengan semangatnya demi menghilangkan rasa tension tatkala study week sedang berlangsung . Namun setelah meneliti satu persatu status-status rakan-rakan fesbuk ku ternyata membuatkan diriku makin bertambah tension . Terima kasih tak terhingga =')

Tapi itu tidak lah memutuskan semangat diriku untuk membuka profile facebook ku yang ohsem lagi omel tu . Sebab semalam baru tukar defult picture jadi perasaan bangga riak tu masih lagi ada . Okey tipu je . Actually dah memang simptom , tiap kali tukar defult picture aku asyik nak bukak profile sendiri aje .  Gila kah aku ?

Sekali bukak keluar timeline pulakkk -____-

Sound effect cengkerik selama 2 minit sambil buat muka nie 

Terus bukak lagu Ning Baizura Awan Yang Terpilu .

" Sepasang sayap tak terlihat .... Umpama mimpi yang tersimpan ... Auuuuuuuuuu " 

Tak cukup lagi tu , siap bawak phone dalam bilik air time mandi . Nyanyi kuat-kuat sambil hentak-hentak tangan kat dinding menunjukkan kekecewaan tak terhingga .

Dah macam orang baru lepas kene rogol pon ada dah nie . Seram O,O

Okey pasrah ,

Aku tau lambat-laun tetap akan bertukar kepada timeline . Cuma nya aku tak sedia je . Timeline nie pening sikit kalao tengok . Lepastu loading bapak lambat . Nak kene buat cover photo lagi , urghhh ! Defult picture pulakk kecik gila nak mati . Macam haremmm >__<

BTW , timeline remover tu untuk sementara je bukan nya kekal pon . Nothing last forever kan kat dunia nie ? Jadi terima jelah apa ada nya okey . Kalau dah menyampah sangat tengok timeline tu , moh lah kita berganjak ke twitterrrrr ( Sebut R slang omputih sikit yerp )

Nahhh link Twitterrr : Zharif Azis

Kalau suka sila follow . Tak suka dengan tweet-tweet aku sila cepat-cepat angkat kaki berambos .
As simple as that =D

Ini rentetan pesanan penaja entri lalu 

She said " I do "

Tengah syok makan sambil layan movie then message masuk . Bukak bukak je nahh amek kau . Terus tertelan semua makanan yang ada dalam mulut . Belom sempat kunyah lagi tau .

Dah jangan tanya apa-apa , malu >__<

PESANAN PENAJA 


" Jangan ganggu , study week sedang berjalan "

Sekarang tengah study week , minggu depan exam woii . Tau tak cuak nya macam mana ? Cuak nya macam korang tengah pi toilet pagi-pagi buta then dengan tak semena-menanya teringat cerita-cerita hantu yang korang pernah tengok . Serious scary gila >__<

Gila lah update blog jam 4 pagi  ( X____X )
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

Sekian ,

Saturday, April 7, 2012

Minggu akhir kuliah


Assalamualaikum 

Pejam celik , pejam tak celik-celik dah nak sampai hari-hari terakhir dekat matrik nie
Rasa macam baru je semalam daftar masuk matrik . Ye ke ? Tipu nie -,-

Minggu akhir kuliah bermaksud minggu terakhir ada kelas . Study week seminggu then terus exam selama 2 minggu . Lepastu blah balik kampung masing-masing . Yess ! Finally , detik yang aku tunggu-tunggu selama nie tiba =) Hanya Allah sahaja yang tau betapa gembiranya aku .

Eh , pos kali nie sepatutnya bernadakan sedih , bukan nya bernada kan gembira terkinja-kinja ala-ala monyet dapat bekalan pisang satu lori . Adoyaii Zharif tak sensitip langsung . Okey kembali kepada mood sedih . Switch mood everibadi .

Lecturer Bio Amali , Pn. Norzi Azwin

Yang nie Lecturer Kimia Amali , Pn. Suhaila Hanim 
Suka belajar dengan dia sebab dia selalu lepaskan kitorang awal ^^

Lecturer Kimia tutoran , En. Ibrahim ( I love the way he teach us )

Acara makan beradab with Lecturer Dinamika , En. Subri 

Memandang kan minggu last kuliah , so memang ramai lah yang ponteng kan . Opps terbocorkan rahsia pulak . Mulut nie memang jahat , jahat , jahat ! ( Sambil pukul-pukul mulut )

Hah , yang nie baru complete . Total 24 students in my class 
With my English lecturer , Miss Neela 

Ini je yang sempat bergambar beramai-ramai sama praktikum . Now mari aku perkenalkan budak-budak kuliah aku . Kitorang kumpulan kuliah H4 yang mengandungi total 8 kelas di dalam nya . Total semua student lepas campur tolak darab bahagi square root siap integrate , dekat 200 jugak lah .

Ini baru sikit , ramai yang ponteng .
With Miss Ong Wei Ling , our physic lecturer for kuliah 

Actually aku tunggu si Kayu ( nama panggilan ) upload gambar satu kuliah dengan lecturer kimia tapi dia tak upload-upload pulak . Haishhh nie yang nak marah nie >__< Oke tipu je .

With our Biology Lecturer for kuliah , Pn. Khairul Anida 

Ini lecturer kuliah paling kitorang sayang =')
Pn. Noorhayati Abu Bakar , our Chemistry lecturer for kuliah

Class last hari jumaat dengan dia , kitorang adakan bacaan Yassin .

Masa hari Selasa time dia tengah bagi lecture kat depan , dengan tetibe nya dia nangis . Dia sedih sebab kelas dah nak berakhir . Ya Allah sebak gila masa tu . Ramai gak yang ikut nanges . Serious sedih . Masa baca Yassin hari tu pon dia nanges lagi .

Semua lecturer yang ajar kuliah kitorang semua nya dapat hadiah =) Cuma Cikgu Hayati punya besar sikit kot . Kan tadi aku cakap yang kitorang sayang dia . Tu pasal dapat besar sikit . Huhu

With Jaziem , tak tahu nama , jiran bilik dan si kembar =)

Bila lah nak dapat senyum dengan yakin macam Jaziem senyum =(

I used to sit beside him at kuliah , Rischie Nor Faiz 

Ouhh Izzati si gadis 1 Malaysia again =)

Never see Fazli and Jaziem berbaju melayu before . Last day kelas , nahhh baru dapat tengok =)

H4P1 and H4P2 digivolve to . . . . . . . . . Heshhfour-mon !

Ini je yang ada . Yang lain tu tak sempat nak bergambar bersama . Jadi sampai di sini sahaja aku cerita pasal budak kuliah . Now nak cerita apa yang kelas aku buat sepanjang minggu last kuliah .

Most of the time , we just bergambar . Pose sana pose sini like there is no tomorrow .

I love this picture whole much ^^

Pose - " We're in library , we should read something ! "

Kitorang juga ada makan beradab . We were trained to eat politely and correctly using the right cutlery . Mana lah tau satu hari nanti kita makan dengan kerabat di raja ke , so takde lah kekok sangat . Tak ada lah kita tunjuk yang kita nie kekampungan sangat guna pisau garfu semua tu .

 Bila tengah makan pon di perhati betol ke tidak , susah lerr -,-

Telah selamat bersemadi di dalam perutku dengan gembiranya , weee =D

Kat tangga pon boleh >__<

Hari Jumaat , kelas habis awal so kitorang makan ramai-ramai satu praktikum dekat kafe A . Kafe A nie kafe blok perempuan . Kafe yang nun jauh di belakang . Kosong kafe masa tu .

Jalan pon kosong =)

Di perkarangan kafe A 

Click untuk tumbesaran =)

Lepas solat Jumaat , ada perjumpaan mentor mentee yang terakhir .
Tak sah lah kalao updated entri pasal matrik tak ada gambar cikgu hensem , memang tak arhh !

Hadiah daripada kami tak besar mana cuma mahal je , ahaks ~

With cikgu hensem a.k.a En. Mohd Shukri Mohd Ali

Dia ceritakan pengalaman dia kat matrik dulu . Dia kata dia tak pernah duduk asrama , jadi masa awal-awal belajar dia agak lost . Result UPS tak berapa bagus sebab tak dapat nak sesuaikan diri .

I was like " Eh macam sama dengan aku je "

Petang-petang ronda KMPP watching the sunset . Breathtaking =')

Itu je =) Sorry buat broadband korang habis kuota =P Hahaha

PESANAN PENAJA 


 " Nak ambek gambar sama sebelom habis matrik , boleh ? " 

Tett , jangan tanya apa-apa .
Now aku tengah study week , so what should I do ? Study ! Study ! Study !

Yelah tu nak study Zharif Azis nie -,- BYE !
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim ,

Sekian ,

Home