Wednesday, May 30, 2012

MLM : Merugikan Lagi Menyampahkan

Assalamualaikum 

Dan suka hati aku lah kan nak letak tajuk macam mana macam mana pon kan . Saket hati ke ? Sorry la for those yang terasa dengan tajuk kat atas tu . Memang pon nak bagi terasa sebenarnya . Muahaha

Okey recently i just got my matric result and everything is just okey . Dah jangan tanya result aku berapa . Memang aku takkan bagi tau . Unless lah kalao aku nie dapat 4flat then baru lah aku canang satu kampung . Belom sempat korang tanya pon aku dah print screen awal-awal upload masuk facebook , masuk blog , masuk myspace . Terasa lagi ? Ahhh sudah , asek nak terasa je . Tekan je butang kaler merah kat atas uh . Habis cerita -___-

MLM konon ~

Okey , kembali balik kepada pangkal jalan , bukan dengan cara bertaubat tetapi dengan cara membaca semula tajuk di atas tu yerp . Okey semua dah kembali ke pangkal jalan ? Bagus . Jom teruskan .

Awal bulan hari tu , aku telah di kencing dengan kawan aku sendiri . Which was very masin jugak rasa kencing nya . Aku betol-betol tak tau yang aku akan kene kencing . Loike seriously memang aku tak tau langsong . Yang aku tau , aku cuma nak jumpa dia , konon rindu sebab dah lama tak jumpa dan juga aku nak ambik balik pendrive aku yang dia pinjam sekitar 4 tahun yang lalu tak pulang-pulangkan . 2 gig je pon tapi aku tetap nak jugak . Lantak arhhh .

We was lepaking at McD that time then he asked me to follow him to some place . Konon nya pendrive aku tu tertinggal dekat pejabat kawan dia . So aku dengan noob-nya pon follow lah . Sampai sana je then aku nampak kawan-kawan lama aku kat sana . And i feel very excited ^^

Ahli kongsi gelap yang menggodakan ^^

Tapi yang pelik nya , dorang nie gigih betol pakai kemeja lengan panjang malam-malam buta . Siap pakai coat lagi . Dah macam ahli kongsi gelap pon ada . Dan kawan aku pon cakap lah yang kawan dia nak terangkan satu perkara dekat aku .

And that time , aku tau yang aku dah kene kencing . Terima kasih kawan =)

He said that dia akan ambik masa aku 15 minit je . Foine dengar lah semua benda bodoh tu . Dekat 30 minit woi tak habis lagi . Jam dekat tangan dah menunjukkan jam 11 . Gila , ibu aku marah doh aku balik lewat-lewat malam macam nie . Tak kesah lah aku anak jantan sekali pon , my mom tetap tak bagi anak-anak dia balik lewat .

Tapi dorang tetap memaksa suruh dengar . Siap tukar-tukar orang . Amboi sangat nyah . Atas nama PERSAHABATAN yang telah kita bina dulu , aku pon dengar je . Tak nak buat korang kecik hati . Tak habis lagi okey . Dorang bawak aku jumpa dengan " BIG BOSS " area Banting nie .

BIG BOSS nie kita gelar kan dia Encik N . Encik N nie , perghh perangai show off dia menjadi-jadi . Konon nak meyakinkan aku lah yang program Score A tu akan berjaya . Letak handphone dia yang besar gedabak serta duit berkepuk-kepuk yang di ikat dengan getah bubuh atas meja . Handphone dia tu kalau baling anjing , anjing pon boleh mati okey . Duit tu macam lah tak boleh masuk dalam poket , saja je letak atas meja tu . Alahai menunjuk sangat .

--------------------------------------------

My reaction " Ingat aku hadap sangat ? " - Dalam hati je

Antara kata-kata bangang Encik N yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku nie

" Kawan saya cakap , hey N , kau jangan offer dekat budak-budak yang masih belajar nie . Dorang tu semua bodoh sombong . Konon dah biasa dengan hidup susah . Tak kesah dengan hidup susah . Dorang takkan join punya lah "

Aku tau , sebenarnya dia yang nak cakap benda tu kat aku tapi menggunakan alasan kawan dia yang cakap macam tu dekat dia . Alahai berkias-kias pulak Encik N nie . Terus terang je kenapa .

" Pendapatan saya sebulan mencecah lebih dari 20k . Bulan nie je saya dah order Honda Accord baru untuk mak saya . Awak tak nak ke gembira kan hati mak awak dengan membeli kan kereta idaman dia ? "

Elehh , bila aku selidik Encik N nie , dia pakai Waja je pon . Berlagak nak belikan Honda Accord untuk mak dia . Puihh . Kereta sendiri pon tak mewah mana . Puihh puihh .

" Cuba teka nie kereta apa ( Sambil tunjuk gambar kereta-kereta mewah dalam phone dia yang besar tu ) . Kalau tak tau nama kereta nie , tak jantan lah nama nya "

Macam aku hadap sangat dengan kereta-kereta tu semua . Jantan sangat lah kalao tau nama kereta-kereta tu semua ? Kenapalah Encik N nie suka buat aku mencarut .

--------------------------------------------

Korang ingat aku nie diam membisu je jadi tunggul kat situ ? Aku ada perli dia jugak okey .

Serang balik , jangan diam je okey 

" Habis tu kalao boleh dapat 20 hingga 30 k sebulan , then buat apa belajar tinggi-tinggi kan Encik N ? Macam membazer je kan Encik N ? "

" Kalau Encik N dapat duit 20-30k sebulan , apa kata Encik N pinjam kan saya duit tu buat modal saya dalam program score A nie sebab sekarang nie saya takde duit "

Perghh memang kaw-kaw aku bagi . Terdiam terus bila aku cakap tak payah belajar tinggi-tinggi . And dia tau pulak tak nak bagi aku pinjam duit dia . Kenapa yerp agak nya ? Fikir lah sendiri .

Oleh itu , diri ini ingin memberi sepatah dua kata untuk Encik N =)

Listen Encik N , 
I don't even batak with your duit yang berkepuk tu or even your handphone yang besar gedabak tu . I don't even terpengaruh dengan kata-kata basi yang keluar dari mulut Encik N tu . I just don't buy it . I'm not stupid like others . You offered that stupid program to a very wrong person . A VERY WRONG PERSON !! 

#Mulut-mulut celupar di luar sana yang kenal dengan Encik N , sila bagi tau dia yerp =)

--------------------------------------------

Tolong lah , korang jangan lah bodoh sangat di tipu dengan benda-benda macam nie . MLM nie hanya merugikan . At the end of the day , korang jugak yang akan merana , yang akan menyesal nanti . Percayalah . Nanti duit entah ke mana , pelajaran entah ke mana . Habis semua tergadai .

Senang kita dapat , senang juga ia hilang 

Banyak sebab kenapa korang tak patot langsong join MLM nie .

1-MLM semua tu menipu . Okey first thing , kenapa dorang tak fokus kepada berapa ramai pembeli yang akan membeli produk tu ? Kenapa dorang fokus kepada berapa ramai pengedar yang akan menjual produk tu ? Tak ke pelik kat situ . Macam vangang pon ada . Second thing , dorang cuma bagi tau yang baik-baik je dalam MLM nie , risiko-risiko yang bakal di tanggung dorang tak bagi tau pon . Nampak tak permainan dia kat situ ?

2-MLM suka sorok-sorok . Kalau lah program korang tu tak salah di sisi undang-undang , kenapa mesti menipu tiap kali nak bawak orang join program korang tu ? Dan kenapa korang cakap " Eh jangan sebar kan benda nie dulu yer , nanti akan merosakkan pasaran " ? Kenapa jugak buat time malam-malam siap pakai sut hitam bagai ? KENAPA ???

3-MLM janji manis belaka . Semua yang dia cakap pada awal memperkenalkan program tu , semua tu janji-janji manis belaka . At the end , semua nya lesap . Sweet talker pon lari dengan duit-duit kita . Dan masa tu baru kita rasa betapa bodoh nya kita . Kita tu bukan aku okey .

4-MLM tidak tau halal haram nya lagi . Okey , memang tak ada fatwa yang mengeluarkan kata MLM nie haram . Tapi MLM nie kan bersifat penipuan , so macam mana tu ? Dalam perniagaan kalao ada penipuan , so perniagaan itu berstatuskan HARAM . Just try baca kat sini okey . KLIK 

5-Sebab MLM , korang akan hilang kawan . Hilang duit . Hilang pelajaran . Hilang kewarasan . Yang korang tau duit duit duit . Itu je . Korang sanggup menipu kawan-kawan , sanggup meminjam duit , minat belajar hilang , semua nya hilang .

Itu antara yang ada dalam kepala aku sekarang nie . Tapi hakikat nya banyak lagi .

--------------------------------------------

Katakan tidak pada MLM 

Sebagai manusia yang waras , wajar ke dalam sebulan korang boleh dapat 20k-30k sebulan tanpa membuat apa-apa ? Just ajak kawan suruh join . WAJAR ke ?

Kebanyakkan ejen-ejen basi MLM nie , dorang akan cakap macam nie ,

" Cuba tengok orang cina , semua kaya-kaya kan ? Sebab apa ? Sebab dorang meniaga . Allah kan dah berfirman dalam Al-Quran bahawa 9/10 rezeki datang dari perniagaan . Orang Melayu kita nie bodoh tak nak ikut apa yang Allah dah bagi tau "

Okey meyh aku jawab balik ye , sebenarnya orang Melayu tak bodoh . Cuma orang Melayu yang join MLM nie yang bodoh . Mohon terasa yerp =) Orang cina meniaga , nampak depan mata apa yang dorang niagakan . Orang kita meniaga dengan cara MLM . Itu kah cara meniaga kawan-kawan ?

Ejen-ejen basi MLM juga akan tunjuk kat korang majalah yang menunjukkan jutawan-jutawan yang kononnya telah berjaya dengan hanya join program tu . Perghhh macam tak boleh nak edit reka-reka cerita pulak kan ? Majalah macam nie juga satu contoh tak baik . Dah kaya terus menayang harta sana sini . Bukan nak sedekah ke apa . Menayang je kerja .

Whatever ejen-ejen basi nie cakap , tolong jangan percaya satu haramm pon okey .

--------------------------------------------

Buta kerana duit  

Aku tau , kita nie kalau nampak duit memang laju je . Nama pon nafsu kan . Lagipula siapa yang tak suka kalau duit berkepuk-kepuk kan ? Aku pon nak duit banyak macam tu . Tapi MLM bukan lah caranya . Ingat tu !

Ce try baca blog nie , dia lagi telus membicarakan pasal program score A nie KLIK

Wait , sebelom aku tamat kan isu MLM nie , aku nak share satu benda yang aku rasa lawak sangat .

Kawan-kawan aku yang join program score A tu semua macam dah kene rasuk . Dah jadi macam robot pon ada . Apa yang Encik N cakap , nanti dorang kat belakang semua tepuk tangan sambil cakap " Heyybat !! " . Sumpah terencat habis . Sorry .

And kau , please stop sending me message about that stupid score A programme tu !


Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau

Dorang akan terus menghantui hidup korang semua sampai lah korang join MLM dorang nie . Dorang nie sebenarnya gelabah . Sebab nya , kalao dorang tak dapat cari orang untuk join , duit dorang akan lesap . Tak gitu manusia-manusia yang terlibat dengan MLM ?

So just ignore je . Tapi kadang kene maki hamun dorang jugak . Sebab nya dorang nie memang tak faham bahasa . Geram aku di buat nya tau .

Apa-apa pon , aku nak mintak maaf pada kawan-kawan aku . Aku cuma nak sedar kan korang saja . Bukan nak jatuh kan korang ke apa . Sorry yerp =)

PESANAN PENAJA


" Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi . 
Percaya dengan rezeki Allah "

Tau tak satu malam aku berjaga siap kan entri panjang lebar nie ? >__<

Khamis nie mungkin aku akan balik Pahang . Dah lama kot tak balik sana . Rindu pulak dekat Atok dan Nenek . Balik Pahang confirm-confirm dapat makan ikan patin masak tempoyak . Yabedabedoooo ^^

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Monday, May 28, 2012

Resepi Mudah Harus Coba

Assalamualaikum

Finally ! Ada jugak benda aku nak update . Yeeeaaayyyyyyyyyyyy !!!
It just a simple post . Tidak memerlukan pembacaan yang banyak , hanya perlu sedikit perhatian dan ketekunan then walahhh , siap . Wahh gituuu =P

Matapanda.jpg

Hamboi baru beberapa patah perkataan terus letak gambar . Besar pulak tu . Tak tahan >__< Actually , it's been a while since I graduated from matric , ceyhh graduated . Sejak kebelakangan ini , aku tak boleh nak tidur malam . Dah macam burung hantu pada waktu malam dan bila bangun pagi dah macam panda . Nasib baik masih lagi comel .

Adakah ini semua berpunca dari rancangan TV yang begitu menggodakan ataupon line wifi rumah yang begitu laju ? I have no idea .

So memandangkan aku tak bekerja dan menjadi penganggur terhormat kat dalam rumah nie , aku telah mencuba pelbagai perkara untuk menghilangkan rasa bosan ku di rumah .

Then I cook , people ^^
Semalam , aku try buat satu kek nie . Kek tu namanya Kek Ais Krim Oreo which was inspired by Laura Vitale but i made it with my own way lah . Sebab bajet tak banyak . HAHAHA

Kek Ais Krim Vanila Oreo

Senang je nak buat . Barang-barang nya pon mudah nak di cari .
Cara nak buat boleh tengok dalam video nie dan sila abaikan bunyi-bunyi dalam video tu yerp


First time mengedit-edit video nie . Noob sikit . Dan the quality what happen hah ? Kat dalam laptop okey je gambar nya tapi bila dah masuk Youtube jadi pecah-pecah . Habis rosak muka aku .

Last week i made a dessert and it taste delicious . Definitely will do it again next time =)

Sagupal 

Sagupal nie makan dengan kuah santan . Ini pon senang je nak buat . Korang boleh rujuk dekat SINI . Percaya lah , memang sedap .

Ternyata memasak memang best ^^

PESANAN PENAJA 


" I am so worried about my result . Wish me luck guys "

Boring jugak sebenarnya kat rumah . Takde duit pulak . Hurmmm InsyaAllah akan bekerja tak lama lagi . Harap-harap sangkutlah satu . Aminn .

UPU tak updated lagi nie . Hopefully i didn't do the same mistake like i did masa SPM dulu .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Tuesday, May 15, 2012

A must have to live in asrama


Assalamualaikum 

Berhabuk jugak lah blog aku nie stelah 10 hari tak hapdet . Bukan malas , bukan takda mood . Cuma tak tau nak hapdet apa -___- Tapi sekarang nie , memang idea mencurah-curah macam air terjun . So happy reading people =)

Memandangkan budak-budak 94 semua bakal melanjutkan pelajaran lebih tinggi tak lama lagi , i was thinking about this . For those yang tak pernah tinggal asrama macam aku nie , did they know what should they bring and what shouldn't they bring ?

First thing a must have is Kipas Angin .

Aksi melampau 1

Kita nie mana lah nak tau kan tempat belajar kita tu macam mana . Mungkin sejuk mungkin panas . Yelahh kan kita nie mana lah biasa panas-panas semua nie . Loike seriously , sape je yang tahan dengan kepanasan seperti di bakar di dalam oven ? So kipas angin memang korang semua kene bawak . Nanti boleh feeling-feeling rambut terbang-terbang ala-ala Jennifer Lopez . Wahh gitu =)

Second thing a must have is Lampu Meja .

Aksi melampau 2

Almaklumlah , kita nie kan orang rajin study lewat-lewat malam . Tambah-tambah jenis yang macam aku nie . Besok nak exam , malam tu gigih study . So kene lah stay up sampai 2 or 3 pagi kan . Kita nie jadi manusia jangan pentingkan diri . Roommates yang lain nak tidur . Kita tak boleh pakai lampu utama , nanti dorang silau . Jadi jalan terbaik , gunakan lampu meja =)

Third thing a must have is Penyediaan Untuk Makan .

Aksi melampau 3

Ini ruangan untuk berjimat . Yang mana kita boleh menyediakan makanan sendiri di dalam bilik =) Beli lah makanan asas yang mengenyangkan dan senang untuk di sediakan tanpa memerlukan dapur gas untuk memasak . Contoh-contoh makanan dan alatan boleh di lihat di dalam gambar . Obviously tudung saji tu tak payah bawak lah kan -___-'

Maggi dan mee goreng segera memang makanan wajib patut ada ! Senang , cepat , sedap dan mengenyangkan . Untuk penyediaan air pula , boleh lah beli kordial perasa apa pon . Tapi aku prefer air sirap =) Sebab air sirap kita tuang sikit je dia dah terasa sirap nya . Jadi boleh tahan lama .

Fourth thing a must have is Peralatan Untuk Mandi .

Aksi melampau 4

Ini dah basic sangat lah kan -__- Kalau tak reti jugak , rasa macam nak lempang je . Tak pernah mandi ke sebelom nie ? Runsing jap . Guna lah syampu yang aku pakai tu . Bau dia wangi sangat-sangat =) Tahan lama tau bau dia .

Fifth thing a must have is Alatan Untuk Basuh Baju .

Aksi melampau 5

For those yang rasa dia tu rajin , boleh lah basuh baju sendiri guna tangan . Tapi for those yang pemalas macam aku nie , kita guna mesin basuh jelah yerp . Cuma 2.50 sen je kot . Aku suggest kan korang guna pewangi Softlan kaler biru tu . Memang wangi baju dia . Kalau korang jemur dalam bilik , takde lah bilik tu bau kepam . Tau tak kepam tu apa ? Aku tak tau nie bahasa apa . Harap korang faham .

Sixth thing a must have is Seterika .

Aksi melampau 6

Dah basuh baju , of course lah baju tu akan berkedut kan ? Korang nak ke pergi kuliah pakai baju yang berkedut ? Tak nak kan . So kene lah iron baju-baju yang kedut tu semua agar penampilan kita nampak kemas dan sedap mata memandang =) Unless lah kalau korang nie jenis pengotor , tak kesah apa orang kata bila pakai baju berkedut tak bergosok , you guys don't need this in the first place . Buat berat beg je nanti .

Seventh thing a must have is Spray Pewangi .

Aksi melampau 7

Ini just untuk langkah berjaga-jaga je . Kalau lah baju korang bau asap rokok , korang boleh spray baju korang guna benda nie . Bau dia wangi dan dapat menghilangkan semua bau-bau yang tidak di ingini . Alaaa agak-agak tak ada minyak wangi tu , boleh je guna benda nie . Hahahaa

Amaran ini khas untuk mereka yang tak reti bahasa , tak ada adab , pentingkan diri punya olang . For smoker-smoker di luar sana , korang jangan hisap rokok dekat tempat sidai baju boleh ? Tau tak asap rokok tu bau nya busuk . Grr ! Aku hangin betol lah kalao orang yang tak faham bahasa nie .

-----------------------------------------------------------------

Banyak lagi sebenarnya . Tapi ini je yang sempat bergambar . Penat doh set masa 10 saat , pose dengan bataknya like there is no tomorrow . Berulang-ulang kali pulakk X____X

PESANAN PENAJA


" Untuk kaum ibu di luar sana tu , selamat hari ibu =) "

Me : Ibu , cepat pose . Nak ambik gambar nie . Nak masuk dalam blog .
Ibu : Eh ibu tak make up lagi nie . Tak leh bergambar ( sambil tutup muka )
Me : Amboi -___-

I love my mom ( Rahayu Bte Ahmad ) so munchies !!

Raikanlah hari ibu itu hari-hari . Hari-hari tau =) Pasaraya Hari-Hari pon boleh -_____-
Selamat dataaaaaaaaaaaang . . . . . . . Terima kasih datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii . . . . .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim ,

See ya !

 

Saturday, May 5, 2012

Ronda Kay El

Assalamualaikum 

Ini cerita yang dah lama tertunggak , rentetan daripada perkahwinan kak Dena minggu lalu . Cerita yang telah aku janjikan nak cerita tu , ini lah dia .

Get ready everibadi ? Let's GO !!

Entah kenapa , balik je kenduri kahwin tu aku rasa lapar lagi . Terus singgah McD kat KL Sentral . Teruk kan . Makan banyak tapi tak gemok-gemok . Serious tension >__<

Actually , aku nak jumpa sorang lagi budak facebook yang dah lama aku kenal . Nama dia Fathi =) Dia lah yang akan jadi penunjuk arah sepanjang kitorang kat KL nie . Dia study dekat UM so dia agak pro selok belok jalan kat sini .

First spot : KLCC !!

Sudah tentulah kene pergi KLCC dulu kan . Mercu tanda Malaysia yang sangat terkenal di seluruh dunia . So memang dah jadi habit orang kampung yang berkunjung ke KL , dorang nak pergi sini . Tak masuk pon , cuma dok luar je tangkap-tangkap gambar .

Then kitorang pergi Suria KLCC . Barang dalam nie mahal-mahal so memang nak tengok-tengok pon rasa sebersalah . Sebab nya , kitorang sedar diri . Hahaha . Tapi masa nie hujan lebat gila kat luar . Dengan tak semena-mena , perut rasa lapar lagi -___-

Hai perot , kau nie tak pernah kenal erti kenyang ke hah ?

Itulah Fathi

Sharing is jimat , please 

Aku memang minat Sizzling Yee Mee nie . Tak tau kenapa . Lepastu bubuh cili banyak-banyak . Perghhh memang sedap gila ! Harga kat sini mahal sikit kot , kalau kat Jusco Bukit Tinggi uh harga dia dalam RM 5.50 dah dapat dah .

Alhamdulillah , wes warek perot ne . Hambekk kau jawa aku keluar . Faham ke ?

Lepastu , kitorang pergi petrosains =) Alhamdulillah tiket petrosains masa nie habis so selamat duit aku . Muahahaha . Tapi ada street nate mende ntah kat sebelah petrosains nie , masuk dia percuma . So apa lagi , dah nama percuma kitorang masuk jelah .

Si Faries nie dah kenapa ?

Tak yah kot nak tunjuk gembira sangat Faries -__-

Baca nie rempit-rempit sekalian alam 

Dalam tu semua pasal jalan raya . Banyak permainan yang best-best dan yang menyakitkan hati ada di sediakan dalam tu . Kalian harus pergi sini bareng-bareng ama teman-teman . Seru bangat deyhh pokoknya !! Wahh terus speaking Indonesia gituu .

Dah nak dekat maghrib , kitorang pon pulang . No , kitorang tak pulang ke rumah . Kitorang menginap dekat Universiti Malaya secara haram di bilik Fathi . How berani is that ?

Gua dalam UM bro , pehal ?


Fathi nie dok sorang-sorang je dalam bilik uh . Dia tak ada roommate pon . Sebab tu dia berani ajak pendatang asing nie masuk bilik dia . Hahaha .

Paling terseksa time nak mandi . Sebab nya nak kene nyorok-nyorok . Muka kene tutup dengan tuala and pergi bilik air time lengang orang tak ada . Tapi masa aku pergi mandi , terkantoi dengan sorang mamat cina nie . Dia usha pelik je tengok aku . Aku pon dah cuak dah tapi masih lagi mampu tersenyum tunjuk braces . Siap buat peace lagi . Okey tipu >__<

Hamboihh siap tinggalkan pesanan penaja >__<

Besok pagi nya , Fathi nie ada kelas . Bangun-bangun je tengok dia dah tak ada . Tapi dia siap dah belikan nasi lemak semua . Baik kan ?

Dia balik dari kelas je , kitorang semua dah siap-siap nak pergi jenjalan for the second round . Tapi malang nya , KL hujan . Hujan time kitorang nak keluar jalan pulak tu . Haihhh

Jalan tetap jalan , kitorang pon menggagahkan diri meredah hujan yang masa tu masih lagi renyai-renyai . Kitorang pergi Jalan Masjid India , Sogo dan tak ingat dah nama nya apa -__- Bye . Hujan pulak makin lebat . Terpaksa beli payung vogue kaler oren . Ambekk !

Masa kitorang singgah solat kat Masjid India , ada lah pakcik nie . Tengok dari warna kulit , dia mamak rasa nya . Sorry . And boleh pulak dia sound aku dengan si Faries .

" Hey nak tanggal kasut tu kat bawah lah . Ingat nie shopping complex ke ape ?! "

Tak perlu kot nak marah-marah macam tu . Cakap lah elok-elok . Ini tak , siap tengking-tengking . Kitorang mana lah tau tak leh pakai kasut dekat area tu . Lagipon masa tu hujan lebat so kitorang carilah tempat yang boleh berteduh untuk tanggalkan kasut .

Pakcik ingat pakcik sorang je boleh marah ? Pakcik belom tengok saya marah lagi . Habis huru-hara KL nie nanti . BERSIH pon kalah tau pakcik . Jangan main-main .

 Fathi hensem woo ^^

Fathi nie kecik je orangnya rupanya ^^

Sebelom nak balik , WAJIB ada gambar bertiga . So kitorang suruhlah satu pendatang asing nie ambek kan gambar . So terjadi lah gambar kitorang bertiga yang kabur blurr macam tu -__- Terima kasih wahai pendatang asing .

Terima kasih Fathi sebab ambek risiko bagi kitorang menginap secara percuma dekat UM tu . Terima kasih jugak dah baik hati layan kerenah kitorang berdua , beli kan makanan bagai . And terima kasih sebab belanja kitorang berdua baju ^^

So pulanglah aku dan Faries ke selangor =)

Itu lah baju yang Fathi belikan =)

Kaki lenguh sangat-sangat sebab penat 2 hari berjalan . Tapi malam nya tu , kawan sekolah lama aku ajak jumpa dekat McD . Aku pon pergi je sebab dah lama tak jumpa kawan aku nie . Rindu lah konon . But then , kene kencing . TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA .

PESANAN PENAJA 


" Seronok jalan-jalan dekat KL ^^ "

Duit banyak habis bayar tambang LRT je >__< Sana sini naik LRT . Maju jugak LRT dekat Malaysia nie . Pakai token kecik comel je =) Ke aku sorang je baru discover bende nie ? BYE .

Sekarang tengah berusaha untuk cari kerja . Please ?
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Thursday, May 3, 2012

Perkahwinan Dena Bahrin dan Soffian Arif

Assalamualaikum 

Tangan nie dah dok gatal nak menaip pasal perkahwinan kak Dena nie tapi masa amat mencemburui aku . Alhamdulillah terhapdet jugak akhirnya .

Tak perlu kot buat macam nie >__<

Aku pergi 1 May hari tu . Rasa excited sangat sebab dah lama tak pergi kenduri kahwin . Selalu ibu aku ajak pergi kenduri kahwin tapi aku malas nak ikut . Konon dah besar lah kan . Anak laki mana main ikut parents ke hulu ke hilir pergi kenduri kahwin . Kan ?

7 pagi lagi aku dah gerak dari Banting naik bas ke Kuala Lumpur . Then naik LRT dari Plaza Rakyat ke Masjid Jamek and terus ke Damai . Semangat kan ? Padahal cuma nak pergi kenduri kahwin je kot . Mengikut jemputan yang kak Dena bagi kat facebook , majlis resepsi nya start jam 12 . Tapi aku nie gigih sangat , jam 9 pagi dah sampai sana .

Actually kan , aku takut sesat sebenarnya . Aku jarang turun KL . Selalu pergi dengan keluarga je . Nasib baik lah aku ada kawan yang terer bab-bab KL nie . So aku ajak lah dia temankan aku .


Bila dah sampai Dewan Perdana tu , nak patah balik tak boleh . Yelah kan , nak kena pikir duit tambang naik LRT lagi . Memang tak arr patah balik . So tunggu jelah situ sampai jam 12 tengahari tunggu tetamu lain datang . Bila agak-agak dah ramai yang datang tu , kitorang pon masuklah pintu utama dengan bataknya sambil cakap wahhhh .

We got this =) orang panggil button erk ?

And this =)

Dorang suruh pakai button tu , aku pon dengan gigihnya pakai lah button tu . But then bila aku dah start buat rancangan jalan-jalan cari makan dalam dewan tu , aku perasan cuma aku sorang je yang pakai -___- 

Semangat >__<

Sampai awal , so tempat pon banyak kosong lagi . Pilih je nak duduk kat mana . Nak duduk dekat dengan pengantin pon boleh . Tapi aku nie agak pemalu so amek yang jauh sikit lah . Asalkan boleh nampak pasangan mempelai kat pelamin . Ceyhh mempelai . Skema ayam sangat .

Kosong kan ?

Makan sudah , minum sudah , pencuci mulut pon sudah . Tinggal tunggu pengantin datang je . Masa tu , dewan tu dah sesak dengan manusia . Aku rasa sebersalah pulak sebab tak reti nak bangun . Nak je sedekah kan tempat duduk aku tu tapi apa kan daya , aku begitu tidak berhati perut . Aku tunggu situ sampai pengantin datang . Tak kira !

Muka tak reti nak bangun maybe =)

Alhamdulillah penantian akhirnya terjawab sudah . Kedua mempelai datang diiringi aluan kompang-kompang pong pang pang ping . Bila sampai je pintu masuk , lampu dewan digelapkan dan lagu Christina Perry A thousand years pon di dendangkan , romantik sangat =) Meremang jugak lah bulu roma aku masa tu . Tak tau kenapa . Macam aku pulak yang kahwin kan . BYE

Si tampan dan si gorgeous ^^

Aku dah excited dah masa nie , benak hatiku menjerit " Kak Dena ! Kak Dena ! Saya nie , Alahhh Zharif yang duduk sebelah Kak Dena masa Iftar dengan Maria Elena dulu , Ingat tak ? " Hah lebih kurang macam tulah . Kesian aku kan , sampai macam tu sekali -__-

Ambek gambar mana yang sempat . Berbekalkan kamera merah gorgeous ku itu . Agak malu sebenarnya sebab di kelilingi DSLR sana sini . Rasa macam kecik sangat diri aku kat dalam dewan tu . Gasak arr . Asal ada gambar yang boleh aku bubuh dalam blog .

On the way ke pelamin 

Tudia =)

Aku terus naik atas meja VIP tu nak ke pelamin . Hahah tipu je . Berasak-asak dengan ramai orang masa nie . Haihhhh tak nak bagi aku peluang langsung nak ambek gambar dekat . Kuang asam . Tapi aku menggagahkan diri jugak untuk ke depan pelamin . Sorry lah kalau tergesel-gesel punggung sesape . Sorry sangat . Peluang cuma datang sekali je . Eh maksud saya , peluang nak ambek gambar tu datang sekali , bukan peluang nak bergesel punggung yer . Harap maklum =)

Dah dekat =)

Bertambah dekat =)

Tak boleh nak berlawan dengan aunty DSLR lagi dah masa nie -___-

Alhamdulillah dapat jugak ambek gambar dekat =) Rasa nya Kak Dena tak perasan aku kot . Okey sedih ='( Bak tisu satu . Sekotak pon takpe . Tapi jangan yang jenama Tesco ye , cepat koyak . Eh ?

Aku pon siap sedia untuk berangkat meninggalkan majlis tu . Yelah , dah lama sangat kot aku kat dalam tu . Kang lanjutkan masa lagi , mau habis makanan dalam dewan tu aku kerjakan . Semua tak nak benda tu terjadi kan ?

Aku tunggu jugak peserta Iftar lain , tapi tak nampak satu orang pon =(

Nak jumpa Kak Dena tak ada peluang , jumpa adik dia pon jadi lah . Suruh sampaikan salam . Terima kasih Izzah =) Comel je Izzah nie . Dah macam Izzah dalam cerita Ombak Rindu pon ada

Ini pandangan dari tingkat satu =) Sempat jugak naik tu .

Alhamdulillah , apa yang aku rancang selama nie menjadi jugak . Aku rancang nak pergi kenduri nie since aku kat matrik kot . Google jalan sana sini .

Ini video time Kak Dena di risik : I've been proposed 

Itu sahaja lintas langsung perkahwinan Nur Dianah Kamarul Bahrin serta pasangan nya , Soffian Ariff dari Dewan Perdana Keramat Mall . Saya Zharif Azis melaporkan untuk blog jejakakaula . Sekian terima kasih =)

PESANAN PENAJA 


" Kak Dena , Selamat pengantin baru ^^ Semoga kekal dunia akhirat 
Aminn =) "

Gambar tu curi dekat acc Facebook Kak Dena . Oppsss .
Eh aku tak terus balik selangor tau , nantikan sambungan nya okey =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 
Home