Friday, July 20, 2012

Info tentang UNIMAS

Assalamualaikum

Sejak 13 julai yang lalu , there are so many people ask me " Dapat mana ? Dapat mana ? Dapat mana ? " . Dekat beratus jugak lah message masuk phone masa tu . Okey tipu je , padahal cuma 13 message je . Tapi jumlahnya tetap banyak bagi aku .

Itu baru kat handphone , yang dekat facebok tak kira lagi . Maigad , serious artis gila aku masa tu . Amboi selama nie sunyi sepi je wall aku tu , tuptup banyak pulak yang post . Dah macam buat wish birthday pon ada .

So post kali nie , aku akan reveal semuanya , head to toe bak kata Tyra Banks . Excited huh ?

1.Zharif Azis yang hensem dapat Universiti mana ?
I got Universiti Malaysia Sarawak , UNIMAS . 

I did some research towards this university . UNIMAS nie tersangatlah besar dan bagi aku ianya tersangatlah cantik , do get jealous please >__< 


Infrastruktur dan reka bentuk bangunan tersangatlah unik dan menarik . Dan yang paling menariknya , kat UNIMAS nie terdapat satu jambatan yang amat besar , yang dikenali sebagai jambatan cinta . 

Xde nama lain ke -__- Ini boleh mengundang kepada maksiat yang berleluasa .

For me , reka bentuk library UNIMAS nie lah yang paling unik sekali . Reka bentuk nya buat pelajar tertarik untuk datang ke situ setiap hari . Datang situ untuk belajar ye hadek-hadek , bukan untuk berdating . Rata-rata dulu masa kat KMPP , most of the student manfaatkan study di library sebagai salah satu medium untuk berdating . Licik betol remaja sekarang nie kan . 

Sangat moden 

Dan yang paling menarik sekali kat UNIMAS nie ialah terdapatnya kolam renang . Itu sangat wow okey . Selain kolam renang , dekat UNIMAS juga terdapat tempat untuk bermain bowling . All this temptation make me can't say no to UNIMAS . 

Kuak lentang ( aku tak tau eja -__- )

Syiokk gila >__<

Serious lah , how to say NO ? 

Itu yang aku rasa outstanding lah . Mungkin universiti yang lain xde . Wakawaka ( Lawak hambar )
Antara kemudahan lain yang di sediakan di dalam UNIMAS nie termasuk lah gymnasium ( setiap kolej kediaman ada ) , cafe makan yang cantik , Mini pavilion ( 7E , kedai photostat , mini market , what so ever ) .

Gymnasium

Cafe Pohonmas 

Keluasan UNIMAS nie kira-kira 2000 hektar ( 105,367 meter persegi ) . Pembinaannya pula mencecah RM 775 juta . That's cost a lot of money . 

2.Zharif Azis yang hensem dapat kos apa ?
I got Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian ( Hubungan Industri dan Perburuhan )

Then termakbul lah doa aku bahawa aku taknak ambek sains lagi dah . Tapi agak-agak kot sampai bagi industri dan perburuhan . Adoyaii -__-

Fakulti Sains Sosial

Tulah masa isi UPU dulu siap tukar , konon tak nak kos Perhutanan Tropika Antarabangsa kat UMS sebab kene masuk hutan . Tup tup dapat perburuhan , amek kau . Habeslah lepas nie mesti banyak expose to the matahari . Hitam lah daku >__<

Sorry lah for those yang tanya tapi aku tak jawab . I just too frustrated with what i got and so cannot tell semua orang . Cuma those yang rapat dan rapat dan rapat je yang aku bagi tau . Aku mintak maaf yer . Tapi sekarang semua dah tau kan ?

3.Zharif Azis yang hensem dapat kolej apa ?
I got Kolej Cempaka .

Kolej nie macam bangunan tempat tinggal lah . Ada 7 kolej kat UNIMAS nie , antaranya adalah Kolej Bunga Raya , Kolej Sakura , Kolej Tun Ahmad Zaidi , Kolej Alamanda , Kolej Kenangan , Kolej Cempaka dan Kolej Perubatan . Semua kolej besar-besar belaka cumanya yang paling besar Kolej Bunga Raya .

This would be my kolej kediaman for the next 3 years 

Kolej cempaka nie didiami oleh wanita dan lelaki . Begitu juga dengan kolej-kolej yang lain kecuali Kolej sakura yang mana wanita sahaja di situ .  Banyak kelebihan kolej aku nie .

Peta UNIMAS 

Antaranya ialah ianya terletak di tengah-tengah UNIMAS . Dan paling dekat dengan beberapa fakulti . Begitu juga dengan fakulti sains sosial . Bak kata abang / kakak senior , kedudukan kolej cempaka nie paling strategik . So xde lah penat sangat berjalan nak pergi satu tempat ke satu tempat =)

Atur susun bilik

Kemudahan yang disediakan di Kolej Cempaka :
1. 2 buah kafeteria
2. Bilik rekreasi
3. Bilik seminar
4. Bilik belajar 24 jam
5. Surau
6. Gymnasium
7. Minimart
8. Padang bola keranjang , futsal dan bola jaring
9. Peralatan dan kemudahan sukan
10. Studio kebudayaan
11. Bilik simpanan semasa cuti semester
12. Dobi layan diri

Kafe Kolej Cempaka 

Aku harap dengan post kali nie , akhirnya terjawab sudah segala teka-teki korang yang selama nie buat korang tak tidur malam memikirkan apa yang aku dapat , dapat dekat mana and what so ever . Ayat macam melampau je =P Hikhik

Tapi , just nak bagi tau lah , yang aku tak sure lagi sebenarnya nak amik tawaran nie . So jangan lah berharap sangat yang korang akan jumpa Zharif Azis kat UNIMAS nie or berharap nak dapat satu bilik dengan aku . Ohh ayat aku nie serious rasa macam nak bagi pelempang percuma kan >__<

p/s : Those people who can't take jokes , please tekan butang kaler merah kat atas tu , terima kasih =)

PESANAN PENAJA 


" Ahlan wasahlan ya ramadhan =) 
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam "

Sekejap je dah nak puasa , lepastu raya . Ya Allah seronoknya =) Semoga hadirnya bulan yang barakah ini , Allah akan memberi petunjuk kepada aku jalan yang mana terbaik untuk aku . Aku harap aku tak silap pilih . Dan terus terang aku cakap , aku masih lagi keliru sampai sekarang nie =(

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Wednesday, July 18, 2012

Resepi Spageti Tekak Aku

Assalamualaikum 


Sejak kebelakangan ini , aku tersangatlah stress . Stress memikirkan banyak perkara . Apabila stress aku suka makan . Lagipula aku memang suka memasak . So aku akan masak lah pape yang ada kat dalam peti ais tu . As long as the food can make my stomach happy then i'll be fine with it .

Perut aku nie suka meragam bila waktu malam . Dengan tetibe aku akan rasa lapar yang abadi . Lulz fancy gila kot ayat >__< So kali nie aku nak share lah cara masak spaghetti terpantas dan termudah . Bahan-bahan yang digunakan juga tak rumit , cuma campak-campak je dalam kuali dah siap .

-------------------------------------------------------------


Resepi nie aku nama kan " Olio Spaghetti Masterchef Tak Jadi " . Yang nie ala-ala Prawn Olio spaghetti yang macam dekat Pizza Hut tu . Rasanya pon lebih kurang je cuma resepi aku nie sedap sikit . Wakawaka . Curlasss kau maria =P

Bahan-bahan : Spaghetti , Cendawan Hitam , Cili Kering , Lada Hitam & lada putih , Bawang Putih

Cara memasak :
1.Rebus spaghetti 8-10 minit . Depends on jenis spaghetti ( Takkan nie pon nak kene ajar kot ? )
2.Bawang putih dan cili kering dihiris halus . Cendawan hitam dipotong kecil-kecil .
3.Tumbuk lada hitam & lada putih sehingga lumat . Takpon guna yang dalam botol ajinomoto tu .
4.Masukkan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga lembut .
5.Masukkan cendawan hitam , cili kering , secubit garam dan sedikit perasa ajinomoto .
6.Masukkan spaghetti yang telah di tos air nya , lada hitam dan lada putih ke dalam kuali .
7.Gaul sebati dan siap =)

p/s : Actually kene guna minyak zaiton tapi minyak zaiton xde , so aku gantikan dengan mentega buttercup sebagai minyak .

-------------------------------------------------------------


Yang nie pulak aku namakan sebagai " Bolognese spaghetti taknak sarawak " . Suka hati aku lah kan nak namakan apa . Nanti bila korang buat , korang tukar lah sendiri nama dia =P

Bahan-bahan : Spaghetti , Sos Spaghetti , Cendawan Hitam , Hotdog Ayam Ramly

Cara memasak :

1.Rebus spaghetti dalam air mendidih 8-10 minit ( Lulz kene ajar lagi -__- )
2.Potong cendawan hitam dan hotdog ayam ramly kecil-kecil .

3.Panaskan minyak dan masukkan sos spaghetti sebanyak mana yang korang suka . 
4.Masukkan cendawan hitam dan hotdog yang telah di potong tadi kedalam kuali .
5.Curah sedikit air untuk bagi dia sedikit cair . Perkataan curah tu yang tak tahan .
6.Tuangkan sos yang telah di masak pada spaghetti dan gaul sehingga sebati .


p/s : Nak lebih sedap , bubuh Ayam/Daging Kisar Segera Ramly dalam sos spaghetti . 

-------------------------------------------------------------------------------

Itu sahaja resepi spaghetti yang nak aku kongsikan . Mudah dan senang je . 15 minit dah siap . So korang boleh lah cuba lepas nie . Lepastu tunjuk kat mak korang , boleh lah feeling-feeling macam dah terer masak . Make your mom proud people ^^



Actually aku guna fettucini dan bukannya spaghetti . Fettucini nie aku dapat dekat Pizza Hut masa kerja dulu . Sebab nya dorang nak buang fettucini nie coz ada kumbang yang naturally hidup dalam fettucini nie . So demi untuk mengekalkan standard , semua bungkusan fettucini yang di dalam nya terdapat kumbang kecil-kecil nie ( even cuma satu kumbang ada dalam tu ) , dorang tetap akan buang . So sebelum dorang buang lebih baik aku ambik . Manager aku pon bagi je kalao ada sesiapa yang nak ambik . Sumpah banyak gila aku ambik . Muahaha .


Sos spaghetti aku gunakan sos yang nie . Banyak pilihan sebenarnya . Aku pilih yang cendawan punya . Guna yang jenama Prego pon boleh . Cuma nya mahal sangat dohh -__- So nak jimat beli yang jenama Kimball . Sama je lagipon . Pilihan bijak di tangan anda , so fikirlah sendiri .


Ini orang kampung panggil cendawan hitam atau nama barat nya shitaki mushroom . Aku lebih memilih cendawan nie sebab rasa dia yang sedikit masam . Serious sedap , tapi ini tekak aku kan , tekak korang tak tau lah . Lupa nak bagi tau , cendawan nie korang kene rendam dulu dalam air mendidih then baru korang boleh masak .

Eh korang boleh juga guna white button mushroom . Cendawan yang jenis nie pon sedap jugak . Ada jual dalam tin sardin yang gambar ayam . Tak ingat jenama nya >__< 

So sempena nak masuk bulan puasa tak lama lagi , korang boleh lah cuba-cuba masak spaghetti nie sebagai juadah buka puasa nanti . Ke korang lebih prefer makanan melayu ? Tapi kadang nak jugak tukar selera , ye dak ?

PESANAN PENAJA


" Lelaki akan nampak lebih hensem sekiranya dia pandai masak , 
ehem ehem >__< "

Percutian ke Genting yang aku rancang untuk pergi hari nie tidak menjadi . Ohh sadis nyaa >__< Dah lah teringin gila nak pergi situ . Hurmm xde rezeki , xpelahh lain kali .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Sunday, July 15, 2012

Berita gembira , finally !

Assalamualaikum 

Alhamdulillah , minggu nie merupakan minggu gembira buat aku . Terlalu banyak untuk di kongsikan dengan ampa semua , tapi diri ini begitu malas nak menaip . Huahuahua . So kepada pembaca setia blog jejakakaula , ini dia saat yang di tunggu-tunggu ( Bunyi dram sikit )

On my last day work , yakni jumaat yang lalu , merupakan hari yang paling di tunggu-tunggu buat semua lepasan matrik tahun 2011/2012 . Cuak , gembira dan takut semua bercampur . Begitu juga aku . Tengah dok khusyuk di kaunter cashier sambil cover muka dengan menu kad sebab tak solat jumaat , handphone ku berdering .

Kringgg kringg ( Perlu ke ada sound effect ringtone ? )

Faries told me that he checked my UPU but my name didn't exist in system .
I was like " HOW COME MEYH ? " Terus cakap dengan manager nak balik rumah sebab nak solat jumaat . Motif sangat uolll .

Jam telah menunjukkan jam 1.30 petang . Khutbah baru nak start tapi diri ini begitu gigih balik rumah dulu sebab nak cek UPU . Astaghfirullah al azim , urusan dunia di utamakan . Maaf , fikiran dan perasaan begitu bercelaru masa tu sebab nama takde dalam sistem .

My mom was there when i checked my UPU , and when i check ,

DUSSHHHH !!!!


Hambek kau dapat dekat Sarawak . Tak menangis aku kat situ bila dapat tau dapat kat Sarawak . Mau tercabut jantung bila nampak perkataan Sarawak tu keluar . My mom and my kakak dah gembira terloncat-loncat masa tu . Aduyai nya pon , cover lah sikit -_____-

Sedihlah dapat jauh . Tapi dalam masa yang sama aku tersangat gembira =) Dengan pointer yang x berapa nak mencecah flat 4 tingkat tu , aku dah bersyukur sangat . I really do =) Alhamdulillah . Allah sebaik-baik perancang . Mungkin ada hikmahnya aku dihantar ke sana . 


Daripada tak dapat pape , lebih baik dapat something walaupon kos yang korang dapat tu merapu-rapu . At least bila orang tanya kau dapat mana , korang boleh lah jugak jawab kan . Takdelah bunyi cengkerik je , muahahaha =D

Bersyukur =')

I learned from my lesson . Coz i've been so kecewa dulu , masa UPU untuk SPM . Aku tak dapat mana-mana pon masa tu . Malu ada , sedih ada , memang masa tu salahkan diri sendiri 100% . Yelahkan , dapat 6A je pon . Tapi tak hingat dunia pergi mintak medic sana sini . Hah memang tak dapat lah jawabnya . Sedangkan yang 7A 8A pon belom tentu boleh dapat medic , inikan pula yang 6A . Apa ntah lagi yang 5A , jangan berangan lah . 

So hadek-hadek dengar sini , jangan pilih kos mengikut apa yang diimpikan tapi tak seiring dengan kemampuan . So rujuk result dan tentukan pilihan anda berdasarkan result okey . Jangan jadi tak sedar diri macam abang hensem kau nie . Mampu ? 

So dengan itu , aku begitu murah hati untuk belanja family aku makan =) Memandangkan cek gaji aku dah sampai , so memang rasa macam diri nie kaya sangat lah kan . Huhu 

Setelah tolak Socso , KWSP dan uniform . Awat sikit sangat hah -___-

Ini merupakan gaji paling cikai yang aku pernah dapat tau . Selama aku kerja kat Pak Li kopitiam dulu , paling vangang pon dapat 800 something . Dah lah uniform tak dapat . Sampai lah aku dah berhenti , uniform still tak dapat lagi . Alahai Pizza Hut , lombab nyo lah pengurusan ekau . Menci tau >__<

Lupakan pasal gaji . Makin di fikir makin sakit hati makin rasa nak maki . Erghhhh ! 

Muka eksaited ada orang belanja 


If u did ask , yes i took that mulut senget one from his politeknik at Politeknik Nilai khamis lalu . So he stayed at my house for the whole weekend . Alaaa macam tak biasa pulak -__-

Memang waktu dah kene sangat , maka aku memandu sekali lagi ke Nilai untuk mengajak mereka semua makan di Pizza Hut Bandar Nilai . 

First question , why Pizza Hut Nilai not Pizza Hut Banting ? 

Sebab malu lah makan dekat Pizza Hut Banting . Nanti rakan-rakan kerja memperhatikan aku . Jadi aku tak selesa . Maka Pizza Hut Bandar Nilai lah pilihan ku =) Cantik doh pizza hut kat sana . Meriah dan sangat busy okey >__< Nasib baik my order semua nya sampai . 

 Eat as much as you can 

Island Supreme dan Deli Wing tetap jadi pilihan =)

Best dessert ever ! Cookie sundae , omnomnom >__<

End up semua dok nak bungkus sebab tak habis  >__<

Siapa mau bayar ?

Alhamdulillah , semua yang aku plan berjalan dengan lancar walaupon tak semua family aku ada . My ayah was very busy with his mende ntah . Tapi dalam pada itu , dia lah yang paling excited nak tau UPU aku . Dia lah yang telefon si Faries suruh tolong cek kan . Amboi sangat ayah aku nie . Tak boleh tunggu sampai aku pulang dari kerja dulu ke sampai nak suruh-suruh orang lain .

Pertanyaan 
Kalau nak apply U swasta , boleh ke terus sambung ijazah untuk lepasan matrik ? Jawab pliss . .

PESANAN PENAJA 


" Maka bertambah lah seorang lagi lelaki kacak di Sarawak . Eh ? "

Dalam perancangan nak pergi bercuti ke Genting Highland . Tapi still not sure lagi . Harap-harap jadi lah . Kawan-kawan pliss jadi yerp =) Moh lah berseronok-seronok sebelom hadirnya bulan Ramadhan =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Thursday, July 12, 2012

Mimpi Dahsyat


Assalamualaikum 

I had the strangest mimpi yesterday . Very the menakutkan jugak lah . Not that mimpi basah one . No no no >__<

Tapi rasa nya semua orang pernah alami benda nie . Aku mimpi pasal kiamat . Ini dah masuk kali ketiga aku mimpi pasal kiamat . Bukan lah berturut-turut tapi so far dah tiga kali lah mimpi pasal benda nie . Semua jalan cerita lain-lain tapi berkonsepkan benda yang sama , kiamat .

Ini namanya tido mati , kene rogol pon tak rasa pape . Gangsta gilerr 

Okey mulanya macam nie , pada suatu pagi yang indah . Aku keluar rumah untuk menghirup udara segar . But then aku tengok tanah kering semacam . Aku terus fikir kejap lagi Tsunami akan melanda . Kan dulu masa Tsunami berlaku , air kat pantai kering . So sama lah dengan situasi aku tu . Terus kejut family aku packing-packing barang nak lari .

Before nak lari tu , aku sedar yang ini bukan bencana alam . Ini kiamat . Jadi takde ruang untuk lari . Masa tu aku dengan family aku dah pasrah sangat dengan apa yang bakal berlaku . Orang lain dah lari lintang pukang . Air dah mula membasahi rumah aku .

My ibu and my ayah 

Ombak begitu deras masuk dalam rumah . Family aku dah jerit-jerit " Allahuakbar " . Aku pulak sibuk jerit " Ibu , zarep sayang ibu tau . Ayah , zarep sayang ayah tau " 

Tak ke gonjeng aku punya tindak balas terhadap kiamat -___-

Lepastu , aku dengan family aku peluk sesama sendiri kuat-kuat . Konon kalao ombak menghentam kitorang , jadi kitorang tak berpisah . At least boleh mati sama-sama lah . Wakawaka =D Masa peluk-peluk tu , aku siap bagi tau ibu aku " Ibu , zarep belom sempat taubat lagi nie " Then my mom replied " Takpe zarep , semua dah terlambat . Ibu doakan yang terbaik untuk zarep " 

Okey menangis ter-esak-esak masa tu >__<

Saat ombak menghentam kitorang , BOOM ! Tak jadi apa dah . Semua berpecah . Adik-beradik aku semua jerit " Ibu ! Ibu ! Ibu ! " Dah kenapa takde yang jerit nama ayah aku nie -__- Sorry ayah .

My adik-beradik

Memang sedih gila masa tu bila tengok keluarga sendiri hilang dari pandangan mata . Memang sedih sangat . Masa tu baru aku sedar yang aku begitu sayang sangat dengan family aku . Semua dah di hanyutkan air deras .

Dalam pada tengah hanyut tu , aku terhantuk satu batang pokok . Sakit baq hang . Terus terbangun dari tidur . Fuhh alhamdulillah terjaga sudah . Ingat dah tamat dah pasal kiamat tu bila bangun , rupanya belom habis lagi -__-

Aku tengok tingkap tengah hujan lebat then cakap dalam hati " Laaa tengah betol-betol kiamat rupa nya " Terus sedih balik . Aku menangis kot bangun pagi tu sebab terkenangkan dosa-dosa yang tak sempat nak taubat .

My familia 

Then kakak aku kat sebelah bangun and cakap " Kau nie dah kenapa nangis pagi-pagi buta ? "
Lepastu terus " Eh hari nie hari apa erk ? Laaa Rabu rupanya . Alhamdulillah bukan kiamat "

=______________=''

Masa tu jam dah menunjukkan pukul 7 pagi . Maigad tak solat subuh lagi >__< Terus bangun solat youuuu . Selalu nya masih sempat lengah-lengahkan lagi . Tapi hari tu terus pergi bilik air ambik wudhuk . Dah insaf sangat masa tu . Wakawaka =D

Dengan selamber gedek , lepas solat je terus aku sambung tidur balik . Lepastu terlewat nak pergi kerja . Good job Zharif azis X__X

p/s : Aku tidur sebilik dengan kakak aku sebab aku takut tidur sorang . Bye !

PESANAN PENAJA


" All this while , korang semua ingat mati ? "

Feeling-feeling nak raya pulak so recycle gambar raya taun lepas =) Mesti ada yang annoyed kan . Tau dah .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Sunday, July 8, 2012

Servis Braces

Assalamualaikum 

Setelah 3 bulan lamanya tidak servis braces ku ini , akhirnya semalam aku pergi servis jua . Kesibukan yang melanda diri ini semakin menjadi-jadi .


Habis semua peminat lari lepas tengok gambar aku nie =( Takpe takpe , lari lah sana . Pergi lari sana selagi masih ada kaki . Fine ! Nanti bila aku dah hensem , jangan datang terhegeh-hegeh kat aku =P

Kali nie aku pilih kaler hitam bunga-bunga . Sekarang kan tengah trend braces yang bentuk-bentuk nie . Ada bentuk mickey mouse , bunga and apa ntah lagi . Lupa . So I choose bunga-bunga because of the colour . So striking . Dari jauh korang boleh nampak braces aku . Muahaha .

Tapi kan tapi kan , aku malu sebenarnya . Sebab time aku amek order semua orang dok usha braces aku . Seksi sangat kah aku ? Pernah lah sekali , ada sorang budak tu bisik dekat mak dia . Tapi dia bisik kuat sangat pulak sampai aku pon boleh dengar -___-

" Ibu , ibu , tengok gigi abang tu . Macam kene jahit kan ibu "

Aku yang mendengar nie sangat lah terguris . Rasa macam nak blah dari situ je . Uwaaaa . . . Dah malas nak layan perasaan . Biar nampak hodoh sekarang , nanti kejap lagi hensem lah tu . Aku pon malas dah nak pikir apa yang orang lain pikir pasal braces aku . Lantak pi lah sana depa nak kata apa . Cek tak kesah nohh .

So alang-alang dah pergi Melaka tu , aku sempat singgah ke Pantai Klebang =)

Belakang tu family aku tengah duduk-duduk dengan kakak aku

 Ini adik-adik perempuan aku =) 

Kenapa aku rasa adik perempuan aku nie comel sangat ?

Tengah sakit-sakit gigi lepas habis servis tu boleh pulak minum Coconut shake yang sejuk lagi membekukan . Tapi nak cakap sikit lah , coconut shake dekat Klebang nie memang super duper sedap lah ! Sampai kene beratur panjang time nak beli . Maju ngat perniagaan orang tu =)

Ayah aku pon tak nak kalah -__-

 Tengah berangin-angin minum coconut shake memang terbaekk !

Korang wajib cuba ! Satu 2.20 sen

Siap patah balik sampai dua kali semata-mata nak beli lagi . Gigih sangat keluarga aku nie . Siang pergi lawat adik perempuan aku yang kat Negeri Sembilan . Malam nya pulak lawat adik lelaki aku dekat Ulu Langat . Makan-makan dekat restoran mana ntah satu keluarga . Bertolak jam 8 pagi balik dekat pukul 1 pagi . Penat siottttt .

But at least my off day sangatlah bermakna sebab dapat jumpa semua ahli keluarga aku dalam masa satu hari =)

PESANAN PENAJA


" Tak nak bukak mulut dah lepas nie >__< "

Sir Ramlan suruh aku sambung kerja sampai hari jumaat nie -___-
Adoyai , aku dah tak tahan dah sebenarnya tapi takpe lah . Sekejap je lagi . Sabar !

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 

Wednesday, July 4, 2012

Buat muka

Assalamualaikum 

Bulan Jun tak sampai 5 post , demm ! Sedangkan sudah berjanji pada diri ini supaya at least 5 post setiap bulan . Boleh pulak terkurang -__- Okey sila abaikan mukaddimah yang takde isi penting nie . Jom teruskan ~

Agak-agak korang , seronok tak tengok orang buat muka macam nie ?


Kalau buat macam nie ?


Or yang ini ?


Mahupon yang macam nie ?


Okey yang nie tak boleh blaa -__-


Suka tak ? Tak suka kan ? Rasa macam nak lempang laju-laju je kan . Bila sampai je tingkat atas , kita ibarat berada di medan perang . Semua orang bertubi-tubi serang " Dik clear nie , dik ambik order , dik sini , dik situ , dik nak tanya , dik dik dik >__< "

Tingkat atas dari kiri section A , section B dan section C .

So dengan itu , saya ingin menamatkan segala kecelaruan , kebangangan , kemenyampahan , kemaluan , opps silap . Ke macam-macam lagi . Aku letak jawatan people !!

So pada tanggal 2 july 2012 , aku telah mengemukakan surat perletakan jawatan kepada manager aku and he look very sad sebab terpaksa melepaskan seorang servis krew dia yang hensem lagi menggodakan nie . Yang mana servis krew dia tu juga merupakan tarikan utama di Pizza Hut Banting nie . Eh ?


Maaf , tersilap surat >__<

Dah lama gila tak buat karangan bahasa melayu A+ nie >__<

Sebenarnya tak boleh nak salahkan customer 100% sebab memang wajar pon dia marah and buat muka-muka macam tu . Kalau aku pon geram kalao makanan yang kita order 2 jam yang lalu tak sampai-sampai . Actually , semua masalah ini berpunca daripada kekurangan staff yang melanda Pizza Hut Banting .

Cuba korang bayangkan , pada hari sabtu cuma 3 orang servis sahaja yang ada . Kitorang lah yang ambik order , kitorang lah yang hantar makanan , kitorang lah yang buat air , kitorang lah yang clear kan table bawak turun pinggan mangkuk dari atas ke bawah , kitorang lah yang kene setting table , kitorang lah yang kene ambil itu ini . Semuanya kitorang . So memang tak menang tangan . Spain je yang menang Euro 2012 . Eh ?

Tangan di dada , mata ke atas . Ohh pelisss >__<

Tapi kan tapi kan , walaupon Pizza Hut Banting banyak kene complain sana-sini pasal servis lembab gila nak mampus , sale tetap mencecah 6 ke 7 ribu pada hari biasa dan 11 ke 12 ribu pada hari minggu . Kenapa yerp ? Ke sebab aku kerja kat situ ? Ahaks ~

So , mungkin 10 july nanti would be my last day working in Pizza Hut Banting =')

Totally gonna miss this kasut palstik moment =')

Itu gara-gara pakai kasut baru , konon tak nak bagi basah and kotor lah . Muehehe =D So ada sesape berminat untuk jadi krew Pizza Hut Banting ?

Seriously , aku tak pernah rasa se-stress , se-penat dan se-menyampah ini ketika bekerja di Pak Li Kopitiam . Aku kerja dekat situ dekat 5 bulan setengah , okey je . Takde papepon . Tapi kerja dekat Pizza Hut nie , hurmm sebulan jelah cukup . Tak sanggup dah nak hadapi lagi >__<

PESANAN PENAJA 


Menikmati hari-hari terakhir bekerja di Pizza Hut Banting =) 

Lepas nie nak berehat dan bercuti sambil goyang kaki di rumah . Oh tidak sabarnya nak tunggu detik itu =D Okey itu je untuk kali nie . Nanti aku hapdet lagi ye . Kalau rajin lah , hikhik .

Yang baik datang dari Allah yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

 
Home