Tuesday, October 30, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum 

Agak busy ye sejak akhir-akhir nie . Jadi harap maaf akan ketidakterupdatekannya .
Mampu sebut ? ( Mesti korang tengah cuba sebut sekali lagi =D )

U can see through my tangan that i'm sooo skinny >__<

Wahhh , dua baris perkataan terus ada gambar , gelojoh sangat tau nak tayang baju raya . Actually , this baju suppose to be wear on second day of raya aidilfitri BUT my tukang jahit tak dapat nak menyiapkannya seperti yang telah di janjikan . This baju siap 2 minggu lepas raya -____-

My bad jugak sebab lambat hantar baju nie kat dia . Sebulan sebelom puasa baru nak hantar . So aku decide pakai baju nie time raya aidiladha .

KEJAP !
Ini entri pasal baju raya yang tak siap ke , or pasal raya haji ? Dah lari jauh nie >__<

Aku nie sebenarnya nak cerita pasal raya aidiladha tahun nie . Agak menyedihkan cerita aku nie sebenarnya . Lebih sedih dari cerita orang yang tak dapat nak balik raya tau .

Cerita nya macam nie , aku kena kerja pagi raya tu . Masuk jam 9 pagi pulak . Boleh bayangkan tak kesedihan nya macam mana ? Kalau pasang lagu Siti Nurhaliza yang Air Mata Zulhijjah tu , mesti korang menangis .

Maka bekerja lah aku pada pagi tu .

Muka di pagi raya -___-

I thought raya haji nie gaji aku on that day would be count as triple . Sebab tu kan cuti umum so aku tak mintak cuti lah . Hari isnin sebelum raya tu baru aku dapat tau gaji di kira macam biasa . How sad . Dah terlambat untuk mintak cuti . Ramai dah staff mintak cuti on that day .

Tapi sebelom aku pergi kerja tu , Alhamdulillah sempat aku pergi solat raya =) Gembira sangat sebab hajat tersampai . Walaupon tak dapat nak dengar khutbah raya . Takpe lah , janji aku dapat solat . Habis solat je terus cepat-cepat aku beredar sebab dah lambat nak pergi kerja .

 Lambat 3 minit >__<

Tahun nie tak dapat nak tengok lembu kene korban . Tahun lepas dapat tengok , 3 ekor lagi . Ibu aku dah siap-siap masak sehari sebelom raya aidiladha tu . Macam-macam dia masak , antaranya rendang ayam , kuah kacang dan ketupat . Memang malam tu jugak aku tibai semua nya >__<

Malam raya  

Apa-apa pon , kerja pada hari raya memang satu penyeksaan di mana orang lain semua berbaju melayu , berbaju kurung . Yang kita nie pulak beruniform kerja . Lepastu orang sibuk datang serbu Pizza Hut Banting . Memang terbaik lah kan . Kedai busy gila masa tu . Tapi Alhamdulillah , walaupun kedai busy , duit cashier yang aku jaga masa tu tak short . Alhamdulillah sangat-sangat .


PESANAN PENAJA


" Aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia "

Semoga Allah permudahkan segala urusan hidupku .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Thursday, October 18, 2012

Customer Mystery Service (CMS)

Assalamualaikum 

Ini merupakan berita buruk yang aku terima minggu lalu . Selami lah kisah ini , ceyhhh .

First question , what is Customer Mystery Service (CMS) ?

Saya servis anda . Anda perlukan perkhidmatan apa ? 

CMS nie pelanggan misteri yang datang makan dekat mana-mana cawangan Pizza Hut untuk menilai servis restoran kat situ . Segala nya mereka akan teliti dan catat . Baik buruk semua nya akan di tulis dalam satu report . CMS di adakan 2 kali setiap bulan . So kira nya , sebagai seorang servis krew di Pizza Hut , kitorang kene servis sehabis baik semua pelanggan . Sebab kita tak boleh duga sama ada dia nie pelanggan CMS mahupon tidak . Kalau ye dia pelanggan CMS , dia akan bagi korang markah . Sape yang serve pelanggan CMS dia tu lah yang akan dapat markah .

Kalau markah korang tinggi , korang berkemungkinan akan dapat satu butang " Best Service " kalau tak silap . Kalau markah korang teruk pulak , ce teka apa yang korang dapat ? Yes , tepat sekali . Dapat marah dari manager =) Huhu suka suka , tepuk tangan semua ^__^

Why all of sudden nak cerita pasal CMS nie ?

Sebab yang kene CMS untuk bulan oktober adalah aku !!

Aku langsung tak ingat customer yang mana >__<

Memang lah excited bila nama kita yang kena sebab nya boleh nilai sama ada kita bagi servis kat orang okey ke tidak .

How was the result ?

Nak tau keputusannya ? Serious nak tau ? Tolong jangan sakit jantung yer .

Korang nampak tak telur busuk tu ? itu lah markah aku

Hati aku betul-betul luruh bila tengok angka kosong tu . Perasaan masa tu sama macam perasaan time tengok result SPM Tasawwur Islam dapat B+ . Hancur remuk berkecai .

Nampak tak nilai H yang kat tepi tu ? 71 markah hilang hanya sebab aku je . H stands for Hospitality . Yang P tu pulak salah budak kitchen  . P stands for Product .

Kawan aku dapat markah 4 untuk bulan Jun ( Rujuk kertas di atas ) , dia tension terus letak jawatan . Aku nie lagi terok . KOSONG !

Macam mana boleh kosong ?

Teruk sangat ke servis yang aku bagi sampai dapat markah kosong macam tu . Nak kata aku kurang ajar tidak . Aku soft spoken je bila cakap dengan orang . Unless kalau korang buat aku marah , ye aku akan menengking . Tapi dalam kes nie , aku tak pernah lagi biadap terhadap mana-mana customer .

Kan tu muka innocent pijak semut tak mati

Actually bukan sebab aku kurang ajar ke apa , ini semua sebab tak ikut procedure Pizza Hut yang betul . Sebab tu markah kosong . Ada faham ?

Kat Pizza Hut nie kita ada banyak peraturan . Sebagai seorang servis krew pula , kita ada peraturan " 10 moments of truth "


Selain itu juga , makanan perlu sampai ikut masa yang telah di tetapkan oleh Company Pizza Hut .

Greeting : Less than 15 seconds
Soft Drinks : 3 minit
Starter : 3 minit
Pizza : 17.5 minit

How was mine ?

This is bad !!

So that's why lah masa dan ketepatan tu penting .

Komen CMS tentang lawatan kali ini ?

Dia bagi markah depends on how we treat them , how was the environment and how was the food


About the Pan Pizza and the pasta , totally not my fault . That was budak kitchen's fault . But it does effect my score . Thanx =)

About the soup , yes aku mengaku itu salah aku . Aku nie selalu ambikkan soup penuh-penuh . Sebab aku tau customer suka Pizza Hut punya soup . Aku sendiri pon kalau jadi customer , aku nak soup aku penuh . Ternyata niat murni aku untuk bagi customer makan banyak di salah tafsir . Totally salah kalau ikut procedure Pizza Hut .


Aku banyak di tegur tentang senyuman . Okey , bab senyum nie mungkin yelah kot aku tak senyum . Tapi rasa nya , aku senyum setiap kali cakap dengan customer . Walaupon gigi aku buruk , aku still senyum demi untuk memenuhi procedure . Tak kesah lah apa pon reaksi yang dorang bagi lepas tengok gigi aku , yang penting aku dah lakukan kerja aku .

Eye contact , mungkin sebab aku nie pemalu so eye contact tu agak kurang . Maaf .


Pasal tak bukak menu tu , memang salah aku . Sebab rasa macam malas sangat aku nak bukak kan menu untuk customer . Macam dorang tu takde tangan pulak kan -___-

Introducing diri sendiri pada customer memang tak arr . Bayangkan yerp kalau tu cuma customer biasa je , mesti dorang pelik bin ajaib . Dah kenapa tetibe budak nie perkenalkan diri pada aku nie , syok kat aku ke . Macam tu pulak kan jadi nya . Memang tak arr aku nak buat macam tu .


Bill ? Aku rasa , setiap kali lepas ambik order , aku akan bagi bill sekali . Pelik .


Ini antara komen dia yang lain . Did not receive farewell nor thank you from staffs ? Macam menipu je customer nie . Setiap kali customer balik , kitorang semua akan cakap terima kasih . Sebab kitorang suka bila customer balik . Ia ibarat satu kemenangan yang abadi . Macam " Yes !! Balik jugak kau " . Hah macam tu lah kira nya perasaan kitorang semua so that kitorang akan ucap terima kasih .

Tengok tu ruangan komen yang dia fikir laju lah kat Pizza Hut Banting nie . Bill was provided after the order . See ! Aku dah cakap aku bagi bill setiap kali lepas order . Then why dia komen server was not available when i wanted my bill . Bitch please ~

Toilet kotor ? Memang pon . Sebab the day CMS tu berlaku , Pizza Hut tersangat lah busy . Sales mencecah 10k . So boleh bayangkan lah customer keluar masuk kerap nya macam mana sehingga kitorang tak sempat nak bersihkan toilet .

Rakan seperjuangan =)
( Time customer takde kitorang berposing , meng-onlinekan diri , berborak . Sebab tu kitorang suka bila customer takde . HAHAHA )

Apa kata manager terhadap CMS kali ini ?

Miss Wani ,
-Terima kasih sebab bagi saya markah kosong ye zarep .
-Kosong nie ibarat macam kat Pizza Hut Banting nie takde staff . Ibarat macam xbuat apa-apa
-Dah awak jangan tension-tension mcam nie . Fokus untuk CMS akan datang .
-Saya rasa customer CMS yang nie Ca Ya Nun Alif ( Korang faham-faham sendiri lah yer )

Sir Ramlan ,
-Apa yang saya nak jawab pada boss saya zarep ?!!
-Awak tu kacak zarep , tapi macam mana customer boleh tak sayang kat awak ?
-Awak tu bukan staff baru pon zarep . Awak cuma berhenti sekejap then awak kerja balik ,
 awak dah maklum pon tentang CMS nie dan awak tau macam mana Pizza Hut beroperasi .

Sir Ramlan betul-betul marah masa tu . Seram tengok muka dia . Aku kat dalam office tu hampir menangis . Air mata dah bertakung . Tinggal tunggu nak jatuh je tapi nasib baik tak jatuh air mata aku tu . Memang sedih dan kecewa betol bila manager marah aku . Betol-betol rasa macam nak berhenti time tu jugak .

PESANAN PENAJA


" Senyum walaupon gigi buruk "
" Tunjukkan gigi awak yang mahal tu , bukan semua orang mampu ada gigi harga beribu-riban macam awak " - Sir Ramlan

Seriously , aku betol-betol rasa teraniaya sangat =(
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Tuesday, October 16, 2012

Handphone baru !

Assalamualaikum

Actually tak ada lah baru sangat . Dah genap pakai seminggu dah pon . Tapi tetap jugak nak hapdet blog pasal benda nie . Beli hari isnin minggu lepas . Atau lebih tepat ambik , bukan beli . Kenapa pula ? Sebab nya mak sedara aku yang belikan phone nie untuk aku . Huhu

Samsung Galaxy ACE DUOS , GT S6802

First time pakai android phone so agak tak tau guna sikit masa mula-mula . Dekat dua tiga hari jugak terkial-kial setting phone nie . Now dah okey dah . So lepas nie dah boleh whatsapp dengan kengkawan . Viber pon boleh . Itupon kalau korang ada number phone aku lah . Hehe

Sejak dah ada phone nie , macam-macam game aku download . Free pulak tu . Orang Malaysia mane yang tak suka barang free oi , ce cakap sikit . Sekarang makin aktif lagi aku ber-tweet-tweet . Malah rajin pulak setiap hari post gambar muka bangun tidur . Nak tengok ?

<------- Ce lah klik gambar burung kat tepi kiri nie ( Ini alasan je nak promote twitter sendiri -__- )

Muka bangun tidur sexy tawuu >__<

Seperti sudah sedia maklum , phone Sony Hazel j20i aku telah jiblon dalam sinki yang di penuhi air 3 bulan yang lalu . So agak merana jugak lah bila xde phone nie . Dalam masa 3 bulan tu aku guna phone pinjam je , ihsan kawan baik aku nie , Faries .

Sekarang rasa macam lebih bersemangat untuk hidup setelah memiliki handphone sendiri . So aku nak ucap kan terima kasih kepada mak sedara aku , Anita Bte Ahmad a.k.a Mak Ita =) Terima kasih banyak-banyak sebab dah baik hati belanja belikan phone baru untuk kita =)

PESANAN PENAJA 


" Kecil tapak tangan , stadium sarang burung beijing aku tadah kan "

Tengok , tup tup terus ada pesanan penaja . Singkat betol lah entri-entri aku sekarang nie yerp . Dapat phone nie merupakan berita gembira untuk aku minggu lalu . Tapi aku juga dapat berita buruk . Nak tau ? Nantikan entri akan datang . Daaa =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Friday, October 12, 2012

Zinger double is down !

Assalamualaikum

Sama sekali aku tidak di bayar untuk post entri ini . Ikhlas dari lubuk hati ku yang paling dalam , aku ingin berkongsi saat menikmati burger ini ~


Keinginan kian membuak-buak setelah membaca blog Hanis Zalikha tentang Burger Zinger Double Down . Di tambah pula bentuk burger nya yang unik dan 100% tiada roti menambahkan lagi kegersangan terhadap burger ini . Owhh terliur sudahh >__<

First thing yang wajib di buat sebelom makan is berposing

Once the makanan masuk dalam perut , it's missing already and got no bukti yang kita makan benda tu . So tips pertama hari nie , berposing dulu dengan makanan yang akan anda makan .

Meyh nak ajar cara makan Burger Zinger Double Down nie . Memandangkan saiz nya agak besar jadi cara nak makan kene betul ye kengkawan supaya segala kenikmatan ketika mengunyah dapat dirasakan dengan abadi . Lulz ayat fancy gila ~


1. Genggam burger dengan menggunakan dua tangan pemberian Allah . 
Aku tulis genggam ye bukan gangnam . Jadi baca dengan teliti .

2. Nganga mulut sebesar-besar alam tidak kira anda wanita mahupun lelaki . Jangan risau , 
lalat takkan masuk . Dia lalu depan mulut korang je pon dia dah boleh pengsan .

3. Lalu ngap lah burger tu sambil pejamkan mata , konon macam burger tu sedap lah . 
Sambil berkata , omnom-nom nikmatnya ^__^

Malang sekali , aku tidak boleh menggunakan langkah-langkah di atas . Sadis nyaa ~

Yes , aku cuil satu-persatu sebelum makan

Hal ini demikian kerana ( wahh ayat karangan bahasa melayu keluar amek kau ) diri ini pemakai braces tegar X__X Kan nampak sopan ala-ala lelaki melayu terakhir gitu . Mak mertua suka tau bila tengok macam nie . Itu dia tips kedua untuk kali nie , bersopan ketika makan .

Lalu bersemadilah ia di dalam perutku ini dengan gembira nya walaupon mengambil masa satu jam untuk menghabiskan burger nie . Namun malang sekali lagi , ketika gigitan yang terakhir ku terdengar " krekk " . Terasa macam ada something perubahan yang berlaku terhadap gigi ku .

OUHHH TIDAKK ! Tak mungkin ini terjadi . Tak mungkin >__<

Yes ia sangat mungkin , braces ku yang paling hujung tercabut -___-
Maka tips ketiga untuk kali nie , pengguna braces tolong hindari Burger Zinger Double Down .

PESANAN PENAJA


" Sesal kemudian tak berguna lagi , sobs sobs T___T "

Lepas nie kalau mengidam rasa macam nak makan lagi , aku kene lebih berhati-hati .
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

Sunday, October 7, 2012

Kehidupan sehari-hari

Assalamualaikum

Bila dah lama tak menaip , rasa awkward pulak . Tapi tetap menggagahkan diri untuk meng-updated blog nie WALAUPON xde benda untuk di kongsikan -____- Jadi terima jelah apa ada nya yerr . Jangan complain tau !

Motif letak gambar nie ?

Kerja setakat nie Alhamdulillah xde banyak ragam , if you did ask lah . Nanti bila dah ada ragam aku habaq kat ampa semua noh . Jangan risau . Kehidupan sekarang nie agak busy dan bercelaru sikit sebab banyak benda nak kene uruskan dalam pada masa yang sama harus bekerja . Jadi agak chaos sedikit .

Baru-baru nie aku pergi servis braces . Last servis bulan 7 hari tu . Sila klik sini untuk keterangan lanjut ----> Servis Braces

Still the same person 

Sekarang dah bukan kaler hitam bunga-bunga , sekarang kaler putih jernih . So macam tak obvious sangat lah kaler nya . Agak derita jugak 2 bulan pakai kaler hitam bunga-bunga tu . Nak nak time raya pulak , di mana aktiviti untuk pose sana pose sini terlampau banyak . Memang terbaik lah kan pakai kaler hitam bunga-bunga time raya >__<

Total semua 18 orang staff Pizza Hut Banting termasuk manager

Ohh ye , hari Ahad hari tu , manager aku ada buat perjumpaan staff-staff pizza . Perjumpaan nie bertujuan untuk mengenalpasti masalah dan ketidakpuasan hati para staff . Segala yang terbuku di hati , hendak lah di luahkan time perjumpaan nie . Tapi aku diam je sebab aku baik dan tak nak menuding jari kepada sesiapa . Aku cuma ngumpat belakang-belakang je . Ahaks ~

Beli number pin and buat acc Maybank

Lepastu aku uruskan hal nak sambung belajar . Memandangkan sekarang nie , cuma aku seorang sahaja graduan matrik yang menganggur jadi aku agak rasa rendah diri sedikit di sini . Kita skip je lah dulu part nie yerp =) And guys , please stop asking why aku reject offer from UNIMAS . Merayu sangat , plisss . Dah tak sanggop dah nak terangkan panjang lebar A to Z .

Pizza Hut Nilai

Memandangkan gaji bulan september aku sekadar tett tett sahaja , so aku spend all the money untuk belanja family aku makan pizza . Aku nie memang agak pemurah dalam bab-bab nak belanja nie . Jadi mari lah couple dengan aku . Eh ?

Happy dapat makan -__-'

All time favourite dessert , cookie sundae =) beli sampai dua 

Alhamdulillah , tercapai jugak hasrat aku nak belanja family . Seronok sangat . Cuma yang tak seronok nya sorang service crew dekat Pizza Hut Nilai nie sangat lah kurang ajar . Nama dia Zakiah Hanum . If you ever read this Zakiah Hanum , i just want to say , you're totally bitch !

Macam nie cerita nya .
Aku saja lah masuk nak tengok tempat duduk , lepastu si Zakiah bitch cakap macam nie

" Boleh tak queue dulu , jangan pakai masuk je !! " - dengan nada kurang ajar 

Padahal aku cuma tengok je , tak kata pon nak duduk curi-curi meja . Asal si Zakiah bitch nie tetibe nak menengking aku ? My mom siap suruh hantarkan pesanan penaja kot untuk si Zakiah bitch nie .

" Kalau period jangan datang kerja ye , berehat je kat rumah =) " - My mom 

Staff-staff kat situ pon ada bagi tau yang si Zakiah memang macam tu . Si Zakiah nie jenis hangin satu badan dan poyo tak tentu pasal , bajet macam ketua kat situ padahal service crew je .

Kebetulan kitorang punya table dekat dengan kaunter cashier , so terdengar staff-staff lain ngumpat si Zakiah nie . Nampak sangat lah kau nie bitch Zakiah oi sampai semua staff pon mengata kau =)

PESANAN PENAJA 


" Apa pon yang berlaku , senyum selagi boleh "

Dah cakap dah takde isi penting pon . Melalut je lebih . Sampai ketemu lagi pada next entri =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim

See ya !

Home