Friday, January 11, 2013

Obses

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa obses terhadap sesuatu artis ? Tak kesah lah sape artis tu , asal mana semua tu tak kesah . Yang penting korang obses sangat dengan dia . Sampaikan semua hal yang berkaitan tentang artis tu korang tau .

Aku pernah mengalami rasa obses tu terhadap satu artis nie . Aku tersangat obses dengan Dato' Siti Nurhaliza suatu ketika dulu . Obses aku nie sampai di tahap yang paling parah tau .

--------------------

1.Semua lagu yang Siti nyanyi aku ada . Aku simpan semua lagu-lagu yang ada dalam album dia dalam satu folder dekat komputer . Sedap ke tak sedap itu belakang cerita . Yang pasti , wajib ada semua lagu Siti . ( Bagi aku , semua lagu-lagu Siti best dan sedap )

2.Sebabkan Siti Nurhaliza juga , aku sampai berperang mulut dengan ibu aku . Dulu kan ada orang fitnah Siti . So ibu aku pon macam meng-iyakan dan percaya akan fitnah yang dilempar kat Siti tu . Aku punya lah defend Siti nie mati-matian . Aku tetap dengan pendirian bahawa Siti tidak seperti yang di katakan oleh tett tett . Korang ingat tak pasal isu fitnah Siti nie ? Aku malas nak terang panjang lebar , takut kene saman pulak nanti . Hewhew .

3.Bukan itu saja , tiap kali Siti buat persembahan , ada je yang tak berkenan dekat mata-mata mereka yang melihatnya . Itu tak kena lah , ini tak kena lah . Termasuklah ibu aku . Aku pon terus membidas kata Siti tetap nampak cantik . Tak ada cacat cela pon . Semua yang Siti pakai semua nampak cantik di mata aku . Takde yang tak cantik . Noktah ! ( Tapi kalao dalam soal cara Siti berpakaian , selalu nya ibu aku amat memuji Siti sebab kebiasaanya Siti selalu berpakaian cantik kat mana-mana anugerah )

4.Pernah juga , masa tu Siti tengah buat persembahan dekat TV , then ibu dan adik beradik aku saja je tukar channel lain . Aku punya menangis mengamuk suruh tukar channel tu balik semata-mata nak tengok Siti . Dorang tau reaksi aku macam mana bila dorang tukar channel time Siti buat persembahan . Dorang memang suka cari nahas dengan aku . Saja je dorang nie >__<

5.Jodoh Siti dengan Datok K . Isu nie cukup menggemparkan negara suatu ketika dulu bila Siti mendedahkan kisah cintanya dengan Datok K . Para pendengki semua sibuk cakap Siti kahwin dengan orang berusia ( Panggil berusia sopan sikit lah kot ) . Satu je aku nak habaq kat ampa semua , Datok K merupakan Datok berusia paling hensem kat Malaysia nie tau . Ada ke Datok berusia yang lain sehensem Datok K nie ? Ada ?!! Hah kan dah mula tinggi suara aku . Emosi betul aku bila cakap pasal Siti nie . Huh .

6.Isu cara Siti bertudung . Ya Allah , isu nie macam takde kesudahan . Memang tiap kali asyik bergadoh je dengan family aku . For me , beri lah ruang kepada Siti untuk berubah . Tak semua manusia mampu berubah secara drastik . Ada yang perlukan masa untuk berubah . So do Siti . So soal cara Siti mengenakan tudung tu toksah lah korang kutuk ke apa ke . Toksah lah erk . Ke korang nak tengok aku ngamok sebab benda nie ? So bila aku cakap toksah , toksah lah jawab nya .

7.Soal kenapa Siti tak dapat anak lagi . Isu nie pon asyik dibangkitkan oleh orang ramai . Soal zuriat nie urusan Allah . Kita nie sebagai manusia cuma mampu berusaha dan berdoa saja . Jadi tolong lah jangan desak dan buat anggapan-anggapan buruk kat Siti nie . Kesian lah dia . Tiap kali temubual Siti je , mesti tanya bila nak dapat anak . Kadang aku tengok wartawan nie macam tak sensitif langsung terhadap sesuatu isu tu . Aku cukup menyampah bila wartawan tanya soalan nie kat Siti . Rasa sakit hati sangat . Dah kenapa aku pulak yang sakit hati nie ? Makin korang desak Siti dengan pertanyaan begitu , makin tension lah Siti . Bila tension , susah nak mengandung . Hah tengok ! Aku dah mula berhujah tips-tips untuk mudah mengandung pulak .  Ahhh sudah -__-

--------------------

Alhamdulillah lah , sekarang nie takde lah macam dulu . Aku dah takde obses sangat dengan Dato' Siti nie . Kira nya bila orang lain kutuk Siti ke apa ke , aku takde lah sampai mengamuk mempertahankan Siti . Aku just diam and blah je . Malas nak bergadoh .

Aku dah cuba kawal diri aku untuk tidak terlampau taksub dan obses terhadap sesuatu artis . Tapi suka dan minat tu tetap ada sampai bila-bila . Dato' Siti jangan risau =D Harap-harap satu hari nanti dapat jumpa dan bergambar sama dengan Siti =) That would be my happiest moment ever !

Since komputer aku rosak , semua koleksi lagu Siti yang aku ada semuanya hilang . Aku takde lah download balik semua lagu tu . Kalau aku rasa nak dengar , aku dengar kat youtube je . Kalau rasa macam sedap sangat pulak , baru aku download . Kalau dah mula tengok youtube nie pon satu hal , tak boleh nak berhenti . Asyik nak klik segala link-link video kat tepi tu . Selagi di suggest selagi tu akan klik . Parah . Penyakit sawan Siti aku datang balik >__<

Aku tak tau lah kenapa aku minat sangat dekat Siti nie . Mungkin sebab dia cantik , sopan dan baik kot . Suara dia sangat lah sedap dan mantap . Lagipon lagu-lagu dia semuanya best-best . Walaupon aku minat gila-gila kat Siti nie , aku tak pernah beli pon album dia or even datang konsert dia . Kiranya aku nie dalam kategori die hard fan yang miskin lah . WAKAKAKA

Okey itu je .
( Harap maaf kalau rasa saya nie tak hormat sebab cuma panggil nama je tanpa letak pangkat Dato' di awal nama )

PESANAN PENAJA 


" Selamat ulang tahun yang ke 34 buat Dato' Siti Nurhaliza , semoga terus sukses dalam apa jua yang Siti ceburi . Semoga tahun 2013 nie akan memberikan kenangan yang manis buat Siti dan keluarga =) "

Hah tengok panjang berjela entri aku kali nie . Gambar bubuh satu je cukup kot . Actually entri nie dah lama tersimpan dalam draft since bulan Julai tahun lepas kot . Cuma tunggu masa yang sesuai je untuk di publish . Hah sekarang memang masa yang sesuai =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

34 comments:

  1. hamboiii obses sgt ni -__- .. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper , nasib baik sekarang dah kurang

      Delete
  2. Mak aihhhh, lamanya simpan entri. Memang obses habis ni. Keke. Aku pun ada gak la obses dengan artis. Tapi tak pernah ada entri khas pasal diaorang. Keke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik. Tiba-tiba aku rasa macam semua orang dekat sekeliling aku tahu aku suka Kpop :)

      Delete
  3. Assalamualaikum dik! comelnya kau sampai obses dengan Dato Siti. hihi. kita doakan yang terbaik untuk Dato Siti juga :)

    ReplyDelete
  4. pergh datuk siti nampak mesti terus jadikan awk adik angkat..heee

    ReplyDelete
  5. Obses kpop bhai..mane aq lyn Siti..hehehe

    ReplyDelete
  6. Aku obses pada


    Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop Key Pop

    HEHEHEHEH larii

    ReplyDelete
  7. Saya pernah terobses dengan Lady Gaga masa tahun 2010, sampaikan saya download semua lagu dan menyanjung-nyanjungnya. Grr. Sekarang macam dah tak ada. :D

    ReplyDelete
  8. waaa.. siap buat entry untuk dato CT cayalah .,..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja suka-suka =D die hard fan nie . hahaha

      Delete
  9. best entry nihh Zharif .. ^^ keep it up :D

    ReplyDelete
  10. hahaha... untung siti ada peminat mcm u.. @__@

    ReplyDelete
  11. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  12. wow... x sangka ada gak yg obses ngn artis..
    i pun sme... tp lg teruk kot.. hhHahaha even smpi skrg. it never faded away =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang ada artis feveret , cuma kene pandai kawal diri tu je =)

      Delete
  13. dlo ak pernah benci jap siti sbb dia kahwin ngan dato K! tu dlo la, mse tgh berhigus, skrg bru ak tau, kte kna pcya pd jodoh dn takdir.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. benci siti jangan kawan aku , ceyhh . hahahha gurau je =D dah jodoh dia kan , kene terima . hewhew

      Delete
  14. Dulu memang minat siti. Tpi skrg Shila Amzah. Awesome !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shila pon minat jugak tp xsampai obses lah . hewhew

      Delete
  15. hahaha , apsal tak pasan entri nih , CP pown sangat2 obses , err , suke ngan CT nih , hehehe

    CP suker CT ehehehe ~

    kalaw bab lagu CP memg khatam la , karok je , tak lengkap kalaw takde lagu CT ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah , khatam jugak lagu2 siti nie tp tak pernah gi karok lah . huhu

      Delete

Home