Wednesday, January 9, 2013

Temuduga pendidikan di UPSI

Assalamualaikum 

Kali nie aku nak cerita pengalaman menghadiri satu temuduga. Temuduga pendidikan dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris atau nama glamournya UPSI. This is my first time ever dapat temuduga formal macam nie. Kecut perut, gundah gulana semuanya ada.


Dengan semangatnya, aku bertolaklah ke UPSI jam 5 pagi. Di pertengahan jalan dah masuk highway, baru perasan aku lupa bawa wallet yang mana di dalamnya terkandung IC aku. IC merupakan salah satu syarat wajib untuk dibawa ketika mengambil ujian Medsi dan temuduga. Jadi kenalah patah balik rumah. Once dah masuk highway mana ada pusingan U kan. Kalau ada pon, 20km jauhnya.


Punya lah bising ayah aku dalam kereta tu. Mulanya aku yang bising sebab family aku semua bangun lambat. Janji jam 3 pagi tapi semua pakat-pakat bangun 4 pagi. Aku takut tak sempat sampai, tu yang aku bising tu. Tuptup terbalik pula. Family aku pula yang bising sebab aku tak peka dan tak cek wallet aku.

Ayah aku siap pasang lampu kecemasan kot langgar lampu isyarat semata-mata nak kejar waktu, takut tak sempat. Bayangkan erk, jam 6.15 pagi bertolak dari Banting, sampai UPSI jam 7.40 pagi. Laju betul ayah aku drive. Sampai je dekat UPSI, aku terus cari bilik air untuk bersiap.


Temuduga aku mula jam 8.30 pagi. Giliran aku nombor 7. Ya Allah nervous-nya masa nie. Tunggu punya tunggu, akhirnya giliran aku tiba. Penemuduga aku ada tiga orang. Sorang perempuan dan dua orang lelaki. Mari ikuti perbualan aku dan penemuduga yang menemuduga aku.

--------------------Mulakan temuduga--------------------

Hai semua, selamat pagi (Sambil hulur fail yang terkandung segala macam sijil dan slip keputusan)

Soalan pertama

Lelaki 1 : Boleh terangkan serba sedikit latar belakang Zharif ?
Me : Nama saya Muhammad Zharif Bin Abd Azis. Panggil Zharif je. Umur 20 tahun untuk tahun nie. Berasal dari Banting Selangor. Saya ada 5 orang adik-beradik, 2 laki dan 3 perempuan. Dalam adik-beradik saya sorang je yang ambil akademik, adik-beradik saya yang lain ambil aliran tahfiz. Sebab tu saya nak buktikan yang saya nak berjaya dalam haluan yang saya pilih nie.

Soalan kedua

Lelaki 2 : Dulu Zharif dekat sekolah main sukan apa ?
Me : Saya main scrabble, catur dan bowling.
Lelaki 1 : Kira main indoor games je lah nie ? Patut lah putih semacam. Lelaki-lelaki sebelum nie semuanya saya boleh agak yang dorang jenis main bola sepak. Bila awak masuk, saya dah agak awak bukan jenis main bola. Eh saya pon main indoor games juga, tapi tak putih macam awak pon.

Soalan ketiga

Lelaki 2 : So sekarang buat apa ?
Me : Sekarang saya kerja. Kerja di Pizza Hut Banting sementara nak tunggu panggilan untuk sambung belajar. Saya bekerja sebagai cashier, kadang-kadang sebagai servis.
Lelaki 1 : Customer kan banyak yang cerewet, tahan ke ?
Me : Memang ada yang cerewet, contoh macam yang baru-baru nie saya kena maki dengan customer melalui telefon. Masa tu dia call, then saya angkat phone dan cakap tunggu sebentar. Lepastu saya letaklah telefon tu dekat tepi sementara saya layan customer yang ada dekat depan mata. Lepas selesai je, saya ambil balik telefon tu, tapi dah mati. Then saya letak, lepastu dia call semula dan dia terus maki saya, "Awak nak meniaga ke tak nie ?!! Macam nie ke layan customer ?". Saya cakaplah yang saya banyak customer, so order melalui telefon kene tunggu. Tapi saya tak lah menengking customer tu balik. Sabar je.

Soalan keempat

Lelaki 1 : Dalam tawaran nie ada dua pilihan. Dalam dua-dua nie mana yang awak nak sebenarnya ?
Me : Saya tak kesah sebenarnya. Dua-dua saya okey. Tapi sejujurnya saya nak yang Biologi tu. Tapi kalau tak dapat pon tak apa, saya tak kesah.
Lelaki 2 : Kalau macam tu kenapa letak dekat pilihan yang kedua ?
Me : Sebab saya ingat yang Biologi tu bukan ijazah pendidikan. Tu yang saya letak Biologi sebagai pilihan kedua.
Perempuan : Aah lah, tengok nie. Yang nie ada pendidikan, yang nie tak ada.
Lelaki 2 : Eh tak, dua-dua subjek nie semua ijazah pendidikan. Cumanya kalau yang Maths nie, luas sikitlah marketnya. Kilang industri pon awak boleh kerja.
Lelaki 1 : Eh tapi saya rasa kalau Biologi nie lagi okey sebab sekarang guru subjek sains kurang.
Perempuan : Eh kalau terpilih boleh ke dapat untuk pilihan kedua ?
Lelaki 2 : Boleh rasanya . Nanti kita tulis option lah dekat tepi tu.
Lelaki 1 : Dalam sistem boleh tukar ke ?
Perempuan : Boleh rasanya.

Dorang nie nak temuduga aku ke atau borak sesama sendiri ? Hahhahaha

Setiap temuduga, dorang akan uji bahasa Inggeris korang. So satu soalan yang dia tanya tu mesti berbahasa inggeris. Aku harap sangat soalan yang aku dapat tu senang, jadi bolehlah aku merapik speaking london. Tapi malang sekali .......

Soalan keempat

Lelaki 2 : Okey Zharif, tadi kata minat Bio kan ? So can you teach us about cell ?
Me : What ? Cell ? Okey (Sambil menuju ke white board yang disediakan) 

Okey, we got two types of cell. One animal cell and another one is plant cell (Sambil lukis gambar rajah)


The differences between these two cells are the present of vacoule and and the present of chloroplast. Only plant cell got vacoule and choloroplast.
Lelaki 2 : Why plant cell got choloroplast and animal doesnt ?
Me : Choloroplast contains green pigment that gives color to the plant. So that's why plant usually green in colour.
Lelaki 2 : Then what's the function of the green pigment ?
Me : Function ? Ermmmmm (Sambil fikir , lupa nama process tu . Dekat 5 saat jugak aku cuba ingat) Hah ! For photosynthesis (Sambil buat muka bangga sebab dapat jawab)
Lelaki 2 : Why is the shape between these two cells different ?
Me : Because plant cell got cellulose cell wall that fix the shape. While animal has no cell wall.
Lelaki 2 : Cellulose ? Cellulose ke cellular ?
Me : Ermmm cellulose cell wall (Saja je nak confuse kan aku lah dia nie)
Lelaki 2 : Okey bagus. Awak boleh kembali ke sana semula.
Lelaki 1 : Itu bentuk animal cell ke ? Nampak macam telur mata kerbau je. Hahaha. Sebab saya nie orang seni bukan orang sains. Maaf maaf.

Lahhh dia bergurau pula

Soalan kelima

Lelaki 1 : Okey Zharif , awak ada apa-apa tak nak tanya kepada kami ?
Me : Kat sini boleh bawak kenderaan sendiri ke ? Sebab dulu saya belajar dekat matrik tak boleh.
Lelaki 1 : Boleh je. Kenapa ? Awak nak bawa lori ke ?
Me : Eh tak lah. Jarak UPSI dengan rumah saya dekat juga sebab saya ingat tak sempat sampai tadi. Dalam 1 jam lebih dah sampai. So bolehlah drive sendiri balik rumah kalau cuti.
Lelaki 1 : Memang dekat kalau lalu highway, sebab tu kalau awak nak ulang-alik dari rumah ke sini tak ada masalah, boleh. Tapi awak jadi macam penoreh getah lah keluar dari rumah pagi-pagi. Hahahaa
Me : Second sem boleh stay sini lagi ke atau kene duduk luar ?
Lelaki 2 : Boleh, tapi kita tengok pointer dan markah kokurikulum pelajar. Kenapa ? Awak dah ada tempat tinggal sendiri ke kat sini ?
Me : Eh tak lah, sebab saya tak familiar tempat kat sini. Kawan pon tak ada. Takut tak dapat cari rumah. Tu yang nak tanya tu.
Lelaki 1 : Takpe awak jangan risau, once awak dah masuk sini. Confirm ramai peminat awak. Dekat UPSI nie pelajar lelaki kurang, ramainya cuma perempuan. Awak boleh pasang 5 lagi. Tapi isteri tetap nombor satu lah. Yang lain spare je.

Ada kene mengena dengan soalan aku tadi ke ?

Soalan Keenam

Lelaki 2 : Okey, apa yang ada dekat diri Zharif buat kami kene terima permohonan Zharif nie ?

Ikutkan hati, nak je aku cakap yang aku nie mungkin handsome tapi rasa macam poyo sangat pulak. So aku cakap lah macam nie.

Me : Mungkin sebab saya baik kot dan tak cepat marah.

Satu bilik ketawa, HAHAHAHAHAHAHAHA, 1 minit kemudian, HAHAHA, okay cukup.

Lelaki 2 :  Awak baik ke ? Okey mungkin baiklah kot.
Lelaki 1 : Eh jadi cikgu nie kena ada sifat marah tau, tapi kene pandai control lah.
Me : Owhh ye ke. Entahlah, macam susah je saya nak marah orang.
Perempuan : Hahaha dia nie memang baiklah.
Lelaki 1 : Ada apa-apa lagi ?
Me : Ermmm tak ada rasanya.
Lelaki 1 : Okey terima kasih Zharif, awak boleh beredar.
Me : Terima kasih

--------------------Tamat lah temuduga aku--------------------

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku dah cuba buang sifat malu aku. Bayangkan ya, selama 15 minit dalam bilik tu aku asyik senyum tayang braces tanpa kenal erti penat dan jemu, jauh sekali malu. Aku bercakap panjang lebar tanpa henti supaya tak bunyi cengkerik dekat dalam bilik tu.


Belum tamat lagi, di sebelah petang aku kene duduki ujian Medsi pula. Ujian Medsi nie bukannya ujian susah sangat pon. Medsi nie ujian psikologi tentang apa yang kita suka dan minat, apa yang kita tak suka, dan tentang pendapat serta peribadi kita. Tak perlu baca buku pon. Ujian Medsi wajib ambil untuk mereka yang ambil ijazah pendidikan.



Alhamdulillah, jam 4.30 petang tamat ujian Medsi aku. Dah boleh pulang ke rumah. Tapi aku tak terus balik rumah. Kitorang singgah makan cendol, lepastu singgah pasar, lepastu pergi jalan-jalan dekat Sungai Besar, lepastu makan malam dekat restoran tepi jalan, lepastu baru balik rumah. Berapa banyak lepastu daa.


So itu je nak cerita. InsyaAllah hujung bulan nie keluar lah keputusan. Korang doakan untuk aku tau ! Terima kasih.

239 comments:

  1. siyes, jawapan tuk soalan keenam tu uat ak gelak sesorang kat opis ni.

    ak dlo nk apply lecturer kat UPSI, tp dh close la.
    hehe kalu x, bule ak buli ko time interview.

    hikhikhik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau jadi lecturer kat upsi leh aku guna kau untuk recommend nama aku masuk situ . hahaha =P

      Delete
    2. soalan psiko semuaaaaa.. takutnyaaa.. ni kalau ambil bio.. kena la tanya b.i.. tapi kalau ambil kos b.arab, depa tanya bi jugak ka??? cnform kena cakap arab kan? memang ada part yg kena cakap arab/english ea??? huhu

      Delete
    3. bahsa arab maybe dorg akan tanya soklan bahasa arab kot. satu soalan je kot dlm bhasa arab. mcm english nie. dia tanya satu soalan je dalam BI =)

      Delete
    4. dah lepas interview.. fuhhh, ketaq habihh.. >_< xtau la mcm mana.. tawakal 'ala Allah je laa.. memang ada part yg kena ckp b.arab.. hentam je la labu.. betoi ke x, apa peduli. :p tunggu result bulan 7 ni laa mcm mana.. mudah2an semuanya lancar.. thanks for u info.. best blog kamu niii.

      Delete
    5. tanya sikit. medsi n interview da pun saya lalui. jadi pilihan yg saya letak untuk upsi yang ke-2 tapi pilihan yg pertama saya letak uum. seandainya kedua2nya syarat saya layak pihak upu akan mengutamakan u yang mana satu ?

      Delete
    6. aqilah : thanx ^__^ wish you all the best ya =)

      hafizuddin : depends on them and depends on kekosongan kot, dia xde mengutamakan mana2 U, itu kira rezeki dapat mna. so dont worry, semua universiti sama =) well, gudluck then ^^

      Delete
  2. pernah jugak dapat panggilan temuduga dulu tapi xlepas pulak... xde rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin xde rezeki kat situ =) rezeki kat tempat lain kot

      Delete
  3. pergh bi awk dh leh p london..hehee..oo patutla putih..main indoor..ingtkn paki tepung gomak..hehee...In Shaa Allah..ade reziki...dpt..hebat sian erk..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh lagi tu , nak kne belajar lagi . ckap pon tergagap lagi , hewhew . thanx nadia ^__^

      Delete
  4. hahaha.. sempoi jer eh yg interview tuu..
    good luck la.. bila kuar kptsn temududa kemasukkan tuu nti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sempoi sangat , baik-baik belaka .
      keputusan insyaAllah keluar hujung bulan nie . doakan aku tau =)

      Delete
  5. sayang anak punya pasal, tu yang speed semacam je. Soalan2 di atas buat aku senak perut gelak. Memang cuak bila kat luar bilik temuduga, sekali kat dalam dia tanya soalan yang cool je. Kita kena confident je. In Sha Allah, u will be one of USI student.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , memang cuak sangat kot . tapi bila dah masuk , lahai baik rupanya penemuduga-penemuduga nie . sempoi je . thanx DSH =)

      Delete
  6. i hope u will get it, upsi lelaki mmg seng dpt masuk, time ak nak masuk lpas spm, tah mcm mana bole tercampak ke muzik tp alhamdullilah temuduga die seng... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzik ? wahhhh mesti kau pandai main instrument2 muzik nie . btw thanx ^__^

      Delete
    2. hahahha,ak mohon lain dpt lain, so saje2 gi interview muzik, tah mcm mn lps tp ak xmasuk sbb dpt course yg aku nak.... :D

      Delete
    3. aku teringin kot further study kat sini , feveret universiti ^__^

      Delete
  7. i hope u will get it, upsi lelaki mmg seng dpt masuk, time ak nak masuk lpas spm, tah mcm mana bole tercampak ke muzik tp alhamdullilah temuduga die seng... :)

    ReplyDelete
  8. Soalan interview dia serious kelakar. aku tahan ketawa je dari tadi. *Baca blog kau dekat level library yang tak boleh buat bising*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ada orang baca blog aku dari canada , rasa terharu =') hahahhaa

      Delete
    2. Itupun nak terharu. lol :p I need something yang berbahasa Melayu untuk dibaca. That's why la. And bila baca blog kau, mood berblogging aku naik balik. Keke

      Delete
    3. wahh itu sudah cukup bagus tu . aktif lah balik . cerita lah kehidupan kau kat canada tu . kenangan kot =) bukan senang nak jejak kaki kat negara orang nie =D

      Delete
    4. Aku dah start blogging balik since second last day last year, tapi tak aktif sangat la. Entri selepas ni depends on my assignments.

      Delete
  9. Hahahahahahaha. lawak gila ah diorang temuduga kau zarep. oh nampak macam senang jerk soalan temuduga tu. tapi kalau english ni slow sikit. pergh cuak. all the best zarep. insyaallah sama2 kita doakan. good luck cikgu zharif azis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kimmy , belum cikgu lagi baru nak on the way =P hewhew

      Delete
  10. ^^, wishing you for the best Zharif!

    ReplyDelete
  11. lepas habis matrik hari tu apasal x sambung degree terus ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak minat dengan kos yang dapat and terlmapu jauh nun di seberang =)

      Delete


  12. dgr2x ambik bdg eductn kat sna dah jd open market..

    by d way gud luck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua open market tp yg intake untuk second sem nie semuanya open market . is there any pro and cons about open market thing ? share pliss

      Delete
    2. open mrkt okey ja xda prob..sya pun degree holder kategori open market jgk tp bkn eductn la..zharif lau hbs stdy nnti of course la jd cikgu but utk tunggu dpt jd cikgu tu take time jgk la beza dgn yg x opn mrkt..member ckp boleh smpai 2 thn bru dpt offer..tp depend on rezki jgk la yang beza lmbt @ cpt ja..In Shaa Allah zharif keja nnti jd cikgu..n lau nak info lg better search kat pck google..Good Luck!

      Delete
    3. owhhh mcm tu , takut pulak dengar >__< papepon thanx =)

      Delete
  13. contoh pilihan pertama tu letak pendidikan, dan interview ngan medsi semua tu tak lepas.. dia akan ambil kira pilihan kedua dan ketiga atau tolak terus dr masuk ipta ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. medsi nie ujian untuk pendidikan je , so kalau medsi or kos yg ada interview xlepas , maka kos tu mmg xdapat . tp kos lain yg xmelibatkan pendidikan and interview insyaAllah lah .

      btw , time nie saya isi dalam application upsi je , bukan upu .

      Delete
  14. Salam, hey2 saye pun dari banting jugak, dpt test medsi ni dgn interview utk pgmbilan september, cuak pulak kene speaking london,baru dpt 10/5 ni kene interview 12/5 ni, cuakkk.ape tips? Nnti kite buat medsi test tu sorg2 ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya dpt tau interview n medsi nie pon mengejut . preparation pon xbanyak .
      xperlu risau apa2 , peng-interview tu bukan makan org pon . kadang kita fikir dorang nie serious , bengis n whatsoever . padahal tak pon . dorang nie jenis yg tenang and lawak pon ada .

      tips maybe buat research sikitlah pasal kos yg dapat tu , and know the basic things . itu je kot .

      medsi buat dalam satu bilik . ramai2 cuma tempat duduk asing lah . masa saya nie buat dekat makmal komputer . jawab dekat dlm komputer .

      Delete
  15. thanks atas perkongsian
    lega sket dgr
    12 mei ni gi UPSI utk jian MEpSI
    rumah kat batang kali so dekatlah
    moga dipermudahkan
    thanks again

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn , all the best and gudluck !!
      alaa medsi bukan susah pon , dia tanya soalan tentang minat je .

      tips medsi : jawab medsi nie fake sikit tau . contoh mcm kalau anda tak suka jadi ketua sesuatu kumpulan , so dlm ujian emdsi tu nanti , cakap je suka . kadang hidup nie kene berlakon gak untuk berjaya . kah kah kah =D

      Delete
  16. saya nak tanya sikit pasal open market.baru baru ni saya dpt menduduki utk ujian medsi .so klau kita dpt yg open market tu mmg ujian medsi jelah?takda temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita..sapa2 blh terangkan?

      Delete
    2. open market nie means tak terikat . maksudnya kalau kita graduate tu nanti , kita xdijanjikan apa2 kerja oleh pihak universiti tu . so kita kne usaha cari sendiri . ada baik dan buruk nya jugak open market nie . tp jangan risau , percaya dengan rezeki Allah =) usaha doa dan tawakal .

      medsi nie untuk kos pendidikan . so kalau mohon kos pendidikan memang akan dipanggil untuk duduki ujian emdsi nie . kalau lulus , dorang akan panggil untuk interview pulak .

      masa saya nie , saya kene medsi dan interview pada hari yg sama . sbb masa tu sem dah nak bermula dan pengambilan pelajar pon dah hampir . sbb tu buat on the same date .

      Delete
  17. baru terima suh pergi ujian MEDSI..tp xada pun temuduga?macam mana tu?ke lepas MEDSI baru ada temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas medsi baru temuduga =)
      all the best and gudluck ! =D

      Delete
  18. Saya ada mohon degree psikologi kt upsi. Kalau takdapat ujian medsi tu mmg tak dapat course tu la maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dapat , sebab psikologi nie bukan pendidikan =)

      Delete
  19. hhahah~ best plak intview Zharif,,hheheh..penemuduga yg bborak lebih..
    tp sllalunya dorank tny npa plih kos plihan ptma kan..
    sya dpt twaran tmuduga pnddikan kt usm esk...nrvous la plak..hmmm..
    wish u luck n doakan kjyaan sya erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp , dorang akan tekankan knapa pilih kos tu =)
      thanx serra and i wish u all the best =) jangan gugup dan gagap .
      cakap dengan confident tau . kalau tak tau , jujur je cakap tak tau =) itu je kot tips boleh bagi =D

      Delete
  20. Hahaha...suka laa ntri tjuk ni..lawak giler..haha..apa2pon wish me intrview 25mei ni..huhu takot laa..pndidikan math d uitm..daa.asslamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa thanx =D
      BTW best of luck , pendidikan math tu , best best <3
      waalaikumsalam =)

      Delete
  21. kalu ambik pendidikan BM pon kene tanye soklan dalam BI ker?? agak2~~

    ReplyDelete
  22. semua budak upsi yg muslim kena pakai tudung ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat upsi tak wajib pon, tapi Allah wajibkan bertudung aka menutup aurat pada perempuan muslim =)

      Delete
  23. best tak course tu?because I applied that one too n I got the interview.

    ReplyDelete
    Replies
    1. what course ? psychology or bio or math ?
      btw gudluck !! =)

      Delete
    2. biology.same as yours right?i dont know if i could get into upsi.btw,can you share some infos being a student there?

      Delete
    3. so sad, kos ditawarkan mmg bio and maths. tp tak dapat. sobs sobs. sekarang sy under kos psikologi . so far so good lah =)

      sy ada cerita pengalaman sy selama satu minggu di UPSI dekat sini : http://jejakakaula.blogspot.com/2013/03/one-week-in-upsi.html

      Delete
    4. okay.thanks!maknanya awk pegi interview utk biology pendidikan tp upsi tawarkan psikologi?maknanya tak kisah la diorg bg kos apa kt kita?

      Delete
  24. Mmg interview personally je eh? Tada yg group pnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp , personally je. group interview tu JPA, MARA and UTP je kot , huhu

      Delete
  25. entry yg bezzzzz....huhuhu
    dpt la hlgkan sikit rasa takut utk temuduga upsi ahad ni (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry be happy =) basic things je dia tanya , btw gudluck =D

      Delete
  26. Aku akan ditemuduga 27hb 5 ney ... so , ada apa2 nasihat @ cadangan ?? Nervous gila nehh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,samalaa 27 ni jugak...risau , takut , semua ada....

      Delete
    2. saya 30 mei...

      Delete
    3. ehh sama larr.. neves gilerrrrrr~~

      Delete
    4. nasihat : pakai kemas2, kalau boleh jangan pakai baju kaler yg terang sangat, atau org kata colour blocking tu. yang lembut2 je. datanga wal, siapkan barang apa yg disuruh bawak, sijil2 yg dia minta sediakan dalam satu fail, biar nampak kemas.

      cadangan : study sikit lah pasal course yg ditawarkan. kot kot dia tanya ke. tp jgn risau, dia xkan tanya mendalam. just basic things je. interview nie more tu nak berkenalan, more tu nak tgok pelajar tu boleh bercakap or berinteraksi dengan baik ke tidak. so bila peng-interview tu tanya, make sure dengar betul2, jangan sampai mintak ulang balik soalan. itu menandakan tidak fokus. kalau xfaham, suruh dia terangkan. kalau tak tau, cakap je tak tau. jujur itu lebih bagus daripada melalut xde isi. atau lebih tepat BAJET TAU.

      panel akan rasa menyampah kalau kita jadi mcm bajet tau nie. so gudluck semua nya =) jangan risau lah. panel-panel tu semua jenis yang kelakar . percayalah =D

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Hahahaha

    Kelakar je bile.bce..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seems that you liked it, glad to know that, thanx =D

      Delete
  29. umm~ bez nya ko ne dh lpas tmuduga..sya dh ujian Medsi ari tu..mggu dpn ari Isnin ne intview dah. Gementar larr..dh la kwan2 yg len x pat,sa sorg ja pla tu. Cmna ko blh jwab dgn slumber gtu ja? ambk subek Bio pla tu..sa ambl subjek BM & PMO ja..haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. First of all , tahniah sebab dipanggil interview =)

      slumber tu pura2 je, alaa berlakon lah dlm 30 minit tu. keluarkan apa yg kita ada. kalau pemalu, jangan lah tunjuk pemalu sangat. jadi peramah sikit =D

      PMO tu subjek apa erk ? xtau . huhu

      BTW, gudluck for ur interview =)

      Delete
    2. hai bro! tq ar coz bgi tips ngan saya.. baru ari ne dpt reply..actually sya bjya masuk upsi dah.. :) PMO tu stands 4 Pendidikan Moral.. now I'm staying at KHAR.. tq once again..

      Delete
    3. waaa tahniah =) saya dok dekat KHAR jugak ^^

      Delete
    4. tq bro! he sa tggal di BLOK 5..hohoho joke2.. jiran blok5..

      Delete
    5. camana awak boleh dapat masuk?? mst senaang kann temuduga utk PMO..huhu

      Delete
  30. assalamualaikum tumpang tanya. ni tahun bila ni? ujian medsi lagi ke lepas temuduga. Saya ujian medsi dulu pastu lulus medsi baru temuduga. Tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, yes tumpanglah tumpang , xkesah pon =)

      nie tahun 2013 bulan januari. look the date upstairs =)

      okey, sy nie sebab sem baru dah nak mula dah so nak asingkan antara medsi and interview tu sangatlah xsempat. so pihak UPSI satukan masa nie buat dalam satu hari. kalau intake bulan sept, memang mcm tu. kne pergi medsi dulu, lulus baru dipanggil interview =)

      hope awak dah faham =)

      Delete
    2. Oh ya paham dah. so awak ni lulus temuduga kan? baca entri lain macam ye je dah awak further kat situ. btw, esok saya temuduga. takut sangat.

      Delete
    3. alhamdulillah, sy dah nak habis sem satu dah. gudluck ^^
      jangan takut sangat, tak ada apa pon nk ditakutkan =)

      Delete
    4. alhamdulillah keputusan upu pun dah. Dapat UPSI ^^

      Delete
  31. Tmpang menanye skit iv awk ni ntk lpsm stpm or spm??batch 93@94@95?ape beza dgn ismp??try godek2 ggle ade iv kmplan..leh explain skit ..kekonfiusan melanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepasan stpm setaraf, sy dari matrikualsi. sy batch 93. dia xkira batch 93 ke apa, bedal je sape yg dapat dia masuklah.

      ISMP stands for ijazah sarjana muda pendidikan. ISMP belajar dia lain sikit. interview berkumpulan ? rasanya xada kot. entah lah. tak taulah kalau ad format baru mcm tu. kalau ada pon, pliss menonjolkan diri anda =) huhu

      Delete
  32. Jadi.. Tadi aku just google 'hilang slip muet' sebab aku ada temuduga upsi yg perlu bawak slip tu hari isnin, esok dah ahad jadi mmg tak sempat nak pergi pejabat MPM.. Agak agak lepas ke masuk temuduga tu ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ada salinan photostat ke ? make sure segala jadah slip2 yg penting mcm keputusan, surat beranak, ic dan segala mcm tu, photostat banyak2. so kalau terjadinya eks mcm nie, at least ad back up

      xper, xde pon xpe KOT. nanti ckp lah dgn peng-interview tu, mgkn dorg faham kot ...

      Delete
  33. trm kasih zharif...hee..btgh baca untuk adik.dia dpt temuduga upsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh ye ke =) wish him/her luck ^^ all the best =D

      Delete
  34. sy dpt untk tmuduga upsi ni..
    tp risau skit
    bg lh tips nk brdpn dgn inteviewer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk bilik interview bagi salam, hulur sijil2 yang berkaitan . jangan salam dengan penemuduga tu unless dorg hulur tangan. jangan membelakangi penemuduga tu semasa nak duduk. duduk time dorg suruh. kaku jangan silang . duduk tegak. jangan goyang2kan kaki. dengar dengan teliti, jangan sampai mintak ulang soalan unless tak faham, ckp tak faham. kalau tak tau cakap tak tau, jujur je.

      senyum sepanjang masa

      habis interview, jangan lupa cakap terima kasih . itu je kot =)

      Delete
  35. Salam.result da kluar blom??dpt x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, saya dah nak habis sem 1 dah nie -____-

      Delete
  36. alhamdulillah..bru selesai interview dkat upsi td...hope sgt dpat further study dkat citu...

    ReplyDelete
  37. wohooo,junior upsi(tetiba terjmpa blog ni)..hebat la, siap ingt satu2 soalan lg..good luck utk exm mggu dpn..:)

    ReplyDelete
  38. Salam, kalau nak masuk upsi lepesan STPM ni, die tengok result spm kita ke? Contoh kalau result SPM kite tak seberapa bagus, result STPm kite bagus,di akan terima tak? Tq :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya stpm kalau result bagus, semua universiti berebut nk ambik. so do UPSI. faktor kekosongan mgkn akn menjadi masalah disitu. but dont worry, kalau ada rezeki tak ke mana =)

      well, best of luck ! =D

      Delete
  39. nak tanya open market tu kita tak jamin dapat kerja dari U ke? means kalau nak jadi cikgu mcm mana?? saya dapat ijazah pen. biology lepas habis ijazah saya nak smbung master boleh kan?? tolonh terangkan open market tu. saya risau sangat2 ni kalau tak dapat kerja. pleasee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, U takkan posting kita after graduate. kene cari sendiri. same goes to cikgu lah. rezeki tu ada, jangan risau. sama ada cepat atau lambat je. BTW tahniah dapat pendidikan biology, my fevourite course tu, tp xdapat plak. habis degree terus sambung master , of course lah boleh. percaya dengan rezeki Allah =) itu je.

      Delete
  40. assalamualaikum zarif na tnya klau kta masih di dlm universiti laen bole x kte memohon utk ke upsi bg ambilan febuari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya tak pasti pulakk. kene call pihak upsi sendiri. tapi rasanya boleh je kot. sebab masa isi tu dia akan tulis sekarang tengah buat apa. kalau tengah study dia suruh state kan dekat mana. kalau tak silap lah, dah ingat-ingat lupa. better call pihak upsi untuk penjelasan lanjut.

      maafkalau tak menjawab soalan =)

      Delete
  41. Salam...
    nak tanya kos psikologi dekat upsi kalau memohon senang atau susah untuk diterima masuk maksudnya dari segi kekosongan dan bilangan pelajar yang memohon kos ini adakah ramai.berapa results MUET diperlukan utk kos psikologi dan jika cgpa 2.93 layak atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....

      intake rasanya dia amek 40 orang tp itupon xsure. kalau intake bulan 9, harapan nak dpt tu mungkin tipis sbb major intake for degree student kn bulan 9, so ramai yg memohon. tp intake bulan februari cerah rasanya peluang untuk dapat sbb biasanya intake bulan februari tak ramai. result muet dn cgpa tu xtaulah requirement dia berapa tp at least english kne strong lh sbb belajar psikologi fully in english.

      gudluck then =)

      Delete
    2. ok terima kasih..saya lepasan diploma psikolgi sudah belajar bekaitan kos ni hampir 2 setengah jadi mungkin bersaing dgn pelajar stpm& matrikulasi nanti...

      Delete
    3. wahh itu lagi mudahh, sebab basic pon dah ada. cuma depends on rezeki sama ada dapat ke tak , itu saja. insyaAllah akan dapat. gudluck ya =)

      Delete
  42. Askum..
    kalau matrikulasi dan muet band2 blh apply tak psychology kat upsi atau ada tak kengkawan yg band2 tapi berjaya masuk...TY

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam .... boleh je apply , sbb ada je classmate sy band 1. depends on rezeki jugak lahh. try je mintak insyaAllah dapat =)

      Delete
  43. tersembur gelak bila lelaki 1 cakap animal cell tu mcm telur mate kebau hahaha .. adoihai ,, sabo je la.. 0ops sori komen kt post lame. rasa nak baca sebab dulu cita2 nk masuk upsi jugek, hewhew .. dpt bc pngalaman org pon jadi lerr

    ReplyDelete
  44. Salam..
    Jika Muet Band3 tapi bahasa Inggeris pada peringkat spm agak teruk 7D tapi bila tengok "syarat khas program" sekurang-kurangnya 6C B.Inggeris pada peringkat spm jadi macam mana tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ini kelayakkan utk diploma ke ijazah ? kalau ijazah dia ikut muet kot and markah bhasa inggeris yg latest punya. sebab result spm utk kelayakkan diploma, matrik dan setaraf. itu yg saya tau lahh.. papepon gudluck kay =)

      Delete
  45. Untuk ambilan ijazah Februari 13/14 yang telah dibuka skrg x silap dulu dah tgk tidak menyatakan bahasa inggeris pada peringkat spm untuk Lepasan Diploma..hanya cgpa 2.50 keatas shaja

    ReplyDelete
  46. ade kemungkinan tak diorg tanye soalan berbentuk pengetahuan am. macam nama2 menteri, jawatan menteri ke? isu2 pendidikan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yang tu berkemungkinan besar .. well gudluck ^^

      Delete
  47. assalamualaikum.....isnin ni ada ujian medsi gn temuduga kat upsi dlm pndidikan kemahiran hidup....rasa takut sngt....bi pun xpndai sngt....tapi minat sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. dont worry, chill. it's gonna be fine. goodluck ! ^__^

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. pendidikan Kemahiran hidup? 6/1/2014 kan kan? OK kte geng! ^_^
      Just terfikir la , interviewer tnye Zharif about cell ( Biology) and kbetulan zharif memang minat for that subject ( waahh lucky question) :p
      What about me ? I hv Dip in Accountancy. KH and Acc beze beze beze.
      Until now terfikir ape la lucky question yg bakal dapat nanti..

      Delete
    4. alhamdulillah lah dpt soalan tu =)
      insyaAllah xde pape kot.. jgn risau lah kay..
      sy pon xtahu ap yg KH and acc blja.. so good luck ^__^

      Delete
    5. ramai juga yang interview hari isnin ni . goodluck guys !

      Delete
    6. ramai juga yang interview KH hari isnin 6 Jan nanti . goodluck guys !
      aku ada satu soalan , KH ni open market ke ?

      Delete
    7. ohhmyyy ! i pun dpt KH jugakk tapii intrview on 7th january nantyyy :(

      Delete
    8. wahaaa ! same here , i pun dpt intrview yg KH jugakk . tapi tapii its on 7th january nanty :( serious nervous . bye . haha

      Delete
    9. kh ni open market...tapi masih boleh apply cikgu....sbb dpn dia ada tulis pendidikan....kalu kita xnak jadi cikugu pun boleh...

      Delete
    10. salam...dah interview.....27/1 ni result...harap2 lah dapat......

      Delete
  48. salam. kan kite dapat 2 interview. 1st pendidikan kh. 2nd open market sains kejurulatihan. kalo skip memane 1 boleh kecanne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat 2 interview ? dalam tawaran memang dia akan tawar dua kos. tp dia interview skali je rasanya, mna ada setiap kos satu interview. btw good luck !! ^__^

      Delete
    2. serious? tp dalam slip tulis waktu yg berlainan. 1 pagi 1 ptg. btw, thanks =)

      Delete
    3. maybe lagi satu tu medsi kot... =)

      Delete
    4. cop2! 1 more Q.. kalo kite skip interview kedua tu xpe ke?

      Delete
  49. Sy dpt pendidikan kemahiran hidup dam pendidikan muzik..nervous...isnin IV...

    ReplyDelete
  50. saya dapat kos psikologi jugak tapi psikologi sukan la.ada beza kan ?isnin ni 6 jan 2014 interview.nervous gila !oh lupa nama saya ain.doakan me okay and any tips please share >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ad beza.. Psikologi sukan fakulti sukan. Sy fakulti pendidikan dn pembangunan manusia..
      Tips tu xada lah.. Cuma bole ckp tenang dan confident... Good luck ain ! =D

      Delete
    2. argh nebes tahap ketaq lutut ni! thanks Zharif :) first time baca your blog ni.tu pun ter-accident baca sebab nak buat research pasal upsi .hahah boleh gitu :p

      Delete
  51. assalamualaikum.
    Alhamdulillah, after research n review subjek yg akn ditemuduga, terjumpa blog yg sgt memberi info berguna. feel little bit release from thinking and thinking about the interview & medsi test after bace entri zharif mengenai temuduga di UPSI. N dari entri nie, find those who will be interview on the same date & same course with me which is kh. Act cousin ade teaching kh n she told me subjek kh nie meluas. khsr means kemahiran hidup sekolah rendah & khb kemahiran hidup bersepadu di mana sekolah menengah dari form1-form3 will learn this subject. Also terbahagi kepada 3 kalau tak silap sy ; perdagangan, teknikal, ert. me too have dip in accountancy, ade link dgn kh perdagangan I think la. Lebih2 plak sy, maaf ye zharif. seriously dpt semangat melalui entri ni, terima kasih banyak2. btw brape percent ye utk kemasukan upsi nie, berbaloi tak kalau sy dari jauh hadir ke sesi temuduga ni, agak2 zharif? doakan sy utk jd salah seorang penuntut upsi. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Tahniah dapat panggilan temuduga.. Berbaloi kalau dtg interview.. InsyaAllah ada rezeki dpt lah nanti.. Doa n tawakal.. Ada rezeki ada.. Btw goodluck !! =D

      Delete
  52. Salam, selasa ni saya ada interview dan ujian medsi . Saya dapat kos sains pertanian.Rsa takut dan tak yakin je boleh buat. Bi pun tunggang langgang. Tapi minat sangat. Minta bagi tips yang membantu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips tu tak ada lah sangat cuma bolehcakap tenang and jgn nervous.. nervous is good but too nervous is not good. so keep praying insyaAllah it will be okey =) good luck anon ^__^

      Delete
  53. hehe,, bnyak sgt input tuk akak ni.. esok nk g intview>> malam ni still sempat check ctoh2 soalan..

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum..
    Anonymous kena ari selasa ka..? 7/1/2014 sama la kita..saya dpt kos kemahiran hidup..smpai skrg still x leh tido nk cari bahan prepration utk pg stg..mudah-mudahan dipermudahkan Olehnya..amin..
    Zarif thanks for info..sgt berguna..tp tang bab kena lukis dkt whiteboard tu yg x berapa nk bkenan..nk kna explain plak tu..dh la lma x bukak buku lupa abih..apa2 pun doakan saya dpt UPSI..
    Anonymous good luck untuk pg stg..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam =) bab kene lukis tu pon sy tak expect dia akan suruh.. nasib baik lah soalan dia mudah .. fuhhh .. tp takde rezeki untuk sambung bio di UPSI.. sy dpt kos psikologi .. but it's okey alhamdulillah =D

      goodluck yer =D

      Delete
    2. Aitt.. hehe. Siapa yg tnye tu ea.. btw. Nama sy fiqa. Alhamdulillah.. lega jgak la . Pas dah dapat tips zarif . Akak rasa ok2 je intview td. Cume interviewer tu asyik nak physco akak je.. akak bg dy tgok ctoh2 artwork akak masa dip. Then dy tnya, knp awak nk ambik ERT sedangkan awk enjoy dalam seni.. pastu akak pun ap lg, juz fighting. Akak kata, akak boleh adapt nganbnda baru n senang nak blaja, x semestinya kt msti tuju pada 1 minat je sbb sy nak tau mcam2 bnda.. hihi. Tp sbnanya akak pun x sure btul ke yg akak mgarut tu. Tp yg pnting akak mnjawap je sume soalan dy.. anyway.. tq very much to zarif sbb bg tips2..

      Delete
    3. wahhh mesti hebat nie lukis nie, almaklumlah org seni =) ERT pon melibatkan kesenian jugak kan.. papepon tahniah lah dh selesai interview.. insyaAllah ada rezeki dapat lah sambung study kt sini ^__^

      Delete
  55. Assalamualaikum..jd skrg stdy kt upsi ke kt u lain???sbb sy dlm perncgn nk msuk u mane...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... sekarang sy dekat upsi ambik psikologi =)

      Delete
  56. Assalamualaikum
    pilihan 1: sc(math) dgn pendidikan..wahhh,best nya..ingat nk apply kos ni
    untung lar dapat UPSI...lawak giler interview tu
    interview kat bangunan pentagon ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. alhamdulillah dapat UPSI.. tp xdapat pon kos yg di interview.. sedih sikit.. huhu..
      aah, dekat bangunan tu..

      Delete
  57. alhamdulillah sye dpt ismp kh..tq to zharif sbb bnyak dpt info dari blog nie untuk medsi n iv ari tu..:)

    ReplyDelete
  58. Salam :) ! Esok sye ade interview dkt UPSI. untuk diploma bahasa inggeris. sye nk tnye mereka akan tnya soalan dlm english atau bm ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      rasanya awak punya would be in english kot sbb kos awak pon diploma english kan..
      well, good luck then ^__^

      Delete
  59. owww em ji.. saye pun baru dapat panggilan iv pend.khas dekat usm .
    entry ni bagus gile . bnyak membantu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih =)
      BTW good luck !! do your best okey ^__^

      Delete
  60. sempoi je kan interview dy,ingatkan formal..btw thanks for the good entry!

    ReplyDelete
  61. Salam awak.. nk tnye, kte blh mintak jpa k

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... JPA xsupport plajar UPSI =( sedih kan..

      Delete
  62. Kalau mintak ijazah muda phycologi dye mmg utk jd pendidik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah.. psikologi open market,, bukan under program pendidikan..
      psikologi jadi psychologist lah =)

      Delete
  63. assalam . nak tanya .
    macam mana boleh dapat utk ujian MEdSI ni ehh ?
    sy tak apply pun upsi .
    tapi sy terpilih untk ujian MEdSI UPSI .
    and dia tak bagitahu pun course apa yg kita dpt .
    untuk apa ujian MEdSi ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      MEDSI nie personality test.. MEDSI nie ujian untuk program pendidikan.. bukn shja utk program pndidikan kt upsi nie shj, maybe awak ada apply pendidikn dekt U lain k...

      Delete
    2. ohhh , sy ada apply pendidikan dkt uthm . maknanya , ujian MEdSI je dekat UPSI . interview nanti , U tu sendiri akan panggil ?

      Delete
    3. rasanya macam tu.. well good luck then =)

      Delete
  64. awak . sye nak tnye ujian ,MEDSI ngn temuduga x sama kan . n sye nye juz dpt ujian MEDSI je . betol x . sbb dye x tulis pon . ke dye mang wajib dua2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEDSI is a personality test.. ia untuk mereka yg apply program pendidikan.. rujuk komen sy di atas.. awak apply program pendidikan dkat u mna ? nanti U tu nanti bru panggil interview..

      Delete
  65. Kite ade mohon I.s.m pend bio and I.s.m psychology dekat upsi. Tp yg pend bio tu first choice. Thenn dpt pgln utk ujian medsi tau. Tp kalau kite tak minat nak amik yg pend bio n tak nak amik ujian medsi tu. Ade effect tak dekat yg second choice I.s.m pyschology tu? Kirenya kalau nak masuk upsi tu mmg nak kne amik ujian medsi ke? Ke depends on what course that we choose? TQ ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. why not just try ? at least you have two options if one of them did not selected..
      it wont affect because like i said, MEDSI is for educational course..

      psychology is not under educational program.. interested in psychology huh ? =)

      Delete
    2. Yeah lately I found out that im more interest in psychology. Best tak course tu sbb kate amik course tu kan?

      Delete
    3. alhamdulillah, saya suka dengan kos yang sy ambil sekarang nie.. dulu saya rasa mcm apa benda psikologi nie kan, and that time hati masih lagi dekat bidang sains, but then lama kelamaan jatuh cinta pulak dgn psikologi nie.. and salah satu sebab why psikologi nie sy suka ialah the people who took this course.. they are very fantastic =) we are just like one big happy family here.. always support each other =D

      Delete
    4. Would you mind to share about what will we learn in that course? Em mcm ade ape je dekat course psychology tu? Kalau free la kalau buzy its okay 😆

      Delete
    5. banyak kot.. try lah tgok course outline dekat website upsi..

      Delete
  66. Salam...sy de dpt panggilan utk ujian medsi di upsi jumaat ni...upu sy de mohon utk pnd math n bio...tp x de tulis psl temuduga pn...temuduga 2 ari len ke?? Sy pn lepasan matrik... ~eliza

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon pendidikan dekat u mana ? dia interview dekat u yg anda pilih tu... kalau sabah sarawak sy xtahu.. well good luck btw =)

      Delete
  67. hujung minggu nie sy ad ujian medsi ...harap semuanya dipermudahkn ...rasanya nervous pom ad ...doakan yg terbaik ....

    ReplyDelete
  68. Assalam Zharif,akk pn ade interview utk psikologi sukan kat Upsi 3 jun..nak tnye lepas semak keputusan utk interview tu then kte kne print slip kn?nak print ktne eh?btw congrats ye at last dpt jgk masuk upsi,akk pn cuak jgk ne sbb psikologi sukan ade physical test,mcm korg lg sng la kot hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam =) saya rasa dekat bahagian kanan bawah dia ada simbol untuk print. sebab dia jenis file mcm pdf kan ? saya pon tak silap. tak pon pergi dekat bahagian kanan atas bawah butang x kaler merah tu ada 3 line kan, cari option untuk print.. kat situ pon boleh print..

      rasanya psikologi suka ada physical test, saya pon tak pasti.. btw good luck ye akak =) wish you all the best

      Delete
  69. salam, saya dapat iv bagi ijazah sarjana muda sains sukan (psikologi sukan) dan (sains kejurulatihan)..kos bagi psikologi sukan ni ada ujian khas sukan tak?? dan iv akan digunakan dlm english atau bahasa melayu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, rasanya ada.. saya tak pasti .. tapi kalau bab2 suka nie biasanya ada.

      bab english or malay tu sy pon tak pasti.. kalau psychology course mcm saya nie, kami belajar dalam english.. semua english.. tapi psikologi sukan sy tak pasti sebab kitorang berbeza fakulti.. and saya rasa fakulti sains sukan belajar pretty much dlm bhasa melayu.. saya rasa lah.. tp itu pon tak sure tau.. saya kurang arif untuk course nie..

      Delete
  70. Jumaat lepas baru sy ujian medsi kt uum. Dpt sms lewat mlm,sdgkan sblum ni cek xberjaya. Tup2 dpt sms tukrn tmpt,terus cek semula,alhamdulillah dpt. 12.16pg bru tw,ujian pkl 11.45pg kt uum,dah la sy tym tu kt bayan lepas,penang.

    Doakan sy layak untuk interview medsi pnddkan it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik sempat.. kalau tak melepas lah..
      wish you all the best and good luck =D

      Delete
    2. Nak tanya ni,,if ambil kos pendidikan muzik,nak kena ujian amalai juga ke?i mean,when i read all the comments published,jarang yg ada ambil kos muzik.sorry asking...

      Delete
    3. ujian amalai tu ujian apa ? salah satu alat muzik ke tu ? rasanya kalau kos muzik, memang ada kot diuji kebolehan bermain alat muzik.. saya pon xtahu pasal kos muzik nie.. sorry

      Delete
  71. salam mr zharif. ive read all your stories regarding to the interview session. very helpful! but for sure, kalau sy amek tesl, then the interview gonna be in english ke? maksud sy, kena menjawab soalan tu semua in english or what? reflects to the questions given, takdelah in english pun unless they asked bout the program that we chose kan? idk, im just looking forward to be in upsi fore english programme and ia first choice i must say besides uum for communication. any other tips that i need to instead of the previous post? hihi, sy sikit takut nak face the interviewers since its gonna be my first time to adapt. mohon penjelasan dr mr zharif ye ... tq. - nadieya :)

    ReplyDelete
  72. rasanya penemuduga tu suka sangat dekat calon ni... sampai dah rasa cam kelain je soalan2 yg ditanya...
    pastu siap sembang2 lg..hebat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...