Wednesday, February 20, 2013

Pulau Pangkor

Assalamualaikum

Aku ingat nak buat part 1 , part 2 tapi macam malas pulak . Sebab nya gambar banyak pada hari kedua je . So aku compact kan semua dalam satu entri . Memang panjang berjela dan banyak sangat gambar . Gambar pulak aku bubuh sebesar-besar alam . So pada siapa yang tak suka entri banyak gambar , dipersilakan keluar . Terima kasih .

Pada 14 Februari yang lalu , aku telah pergi bercuti ke Pulau Pangkor . This is my first time ever pergi ke sana so agak jakun sikit pada mulanya , namun pada akhirnya aku rasa macam " itu je ke yang ada dekat Pulau Pangkor nie ? "

Ini lah kenderaan yang membawa kitorang semua ke tempat penginapan , jambu sangat uoll 

Apa-apa pon tetap best . Aku pergi dengan keluarga besar Faries . So seperti biasa , malu aku masih lagi di tahap cipan . Krikk krikkk bunyi cengkerik .

Hari Rabu , lepas balik dari berjimba dengan kawan sekolah terus gerak pergi KTM Nilai suruh ayah hantar . Lepastu naik komuter terus ke Seremban . Then Faries pick up aku kat sana and pulang ke rumah kakak dia yang nombor dua dekat Port Dickson . Dahsyatkan perjalanan hari rabu aku nie .

Okey , kita teruskan lagi .

Hari Khamis , bangun seawal 6.30 pagi untuk bersiap . Lepas semua dah siap , kitorang gerak pergi rumah kakak dia yang nombor tiga , untuk bersarapan di sana . Okey sekarang semua nya sudah berkumpul . Maka bergeraklah kitorang tiga kereta yang terkandung 14 orang di dalamnya menuju ke Perak Darul Ridzuan pada jam 9 pagi .

Aku tak tau berapa jam perjalanan yang diambil untuk sampai kat jeti Lumut tu sebab aku sibuk buat air liur basi dalam kereta . Harap maklum .

Lepas dah parking kereta dekat tempat yang di sediakan , kitorang pon naik ke dalam feri dan terus menuju ke pulau . 20 minit je masa yang di ambil untuk ke Pulau Pangkor nie dari Jeti Lumut . Harga tiket feri tolong jangan tanya , diri ini telah di taja .

This budak kecik always with me

Dalam feri

Feri nak ke Pulau Pangkor nie agak unik sikit sebabnya boleh pergi luar tengok laut dan tempat duduk nya pula menggunakan konsep sape cepat dia dapat , sape lambat dia lembab . Sekian .

Feri Langkawi takde macam nie .

Actually masa nie hujan renyai-renyai 

Sampai je kat jeti , kitorang menaiki van kaler pink ( macam kat gambar paling atas tu ) menuju tempat penginapan kitorang . Ada konflik sikit dengan tempat penginapan kitorang nie sebenarnya .

Kakak si Faries nie tersilap book tempat , actually " Puteri " yang dia maksudkan tu ialah Puteri Bayu Beach Resort tapi kakak dia yang pergi tempah tu tempah Pangkor Puteri Resort . So bila sampai tu macam kecoh sikit lah , sebab dekat Pangkor Puteri Resort nie tak ada kolam renang .


Walaupon pada mulanya macam tak puas hati , tapi bila dah masuk dalam tu , agak berpuas hati jugak lah . BTW , kitorang sewa apartment 2 tingkat . Apartment tu ada 3 bilik , 3 bilik air , 2 ruang tamu , dapur dan balkoni . Luas memang luas . Dengar cerita , satu malam RM380 .

Lepas isu penginapan nie selesai , kitorang semua makan bekalan yang di bawak dari rumah . Memang semua kebulur habis masa tu . Lapar sangat kot >__<

Sesi makan-memakan

Lepas sesi makan selesai , kitorang pon siap-siap untuk mandi di pantai . Memang excited aku masa nie . Yelah kan , dah lama tak mandi pantai .

Laju betul budak nie siap 

Pantai 100 meter je dari apartment kitorang .

Nie tempat penginapan kitorang =)

 Awish dan neneknya 

 Take off your shoes people

Wahhh kak zera dah ready untuk mandi nampak =)

 Bapa Faries menjaga dua cucu lelaki nya 

Semua tengok apa tu ? Kak Filzah je yang pandang kamera


Mula-mula memang semangat gila nak mandi , lepastu ada kejadian yang tidak di ingini telah berlaku . For your information , pantai kat Pangkor nie air dia cetek bahagian depan je . Lepastu terus dalam . Kalau macam dekat pantai yang biasa aku pergi , bahagian laut dalam jauh lagi . Tapi berbeza dengan pantai kat sini . So agak malu ye untuk di umukan , aku nie memang dah 20 tahun tapinya aku masih lagi tak tau berenang .

So apa yang terjadi dekat aku ialah , aku hampir lemas . Nasib baik abang ipar Faries selamatkan . Aku gigih tau tenggelamkan diri , lepas cecah dekat dasar , aku tendang sekuat hati . Bila timbul aku amik nafas . Lepastu abang aidil nampak macam ada yang x kene dengan aku , dia terus berenang capai aku then dia tarik pergi tempat air cetek .

Faries dah nampak aku tercungap-cungap , tertendang-tendang air , dia ingat aku main-main . Padahal dia dekat je dengan aku . Aku taknak terjerit terlolong mintak bantuan . Malu lah woii >__<


Last-last aku mandi dekat tepi-tepi je jaga anak abang aidil si Eisya nie . Lepas kejadian tu baru sumerang tau yang aku tak tau berenang . Tak berani dah nak mandi jauh-jauh dari pantai . Seram .

Awish yang comel

Sesi tanam-tanamkan diri

Malam tak buat apa pon . Kitorang semua makan dekat dalam apartment je . Lagipula sekeliling tempat penginapan kitorang nie semua restoran cina . Kedai runcit yang bersebelahan tempat penginapan kitorang , harga dia santak mahal . Ais yang biasa kita beli dekat kedai dengan harga 50 sen satu plastik , dia jual RM2.50 sen satu palstik . Cekik darah gila orang cina nie meniaga .

Aktiviti di malam hari 

Hari Jumaat , seawal jam 8 pagi semua dah start bersiap . Actually tak bersiap sangat pon , cuma gosok gigi je tanpa mandi . Sebab aktiviti untuk hari ini adalah snorkeling ! Wehooooo ....

Kau jangan nak wehooo-wehooo sangat zarep , kau tu dah lah hampir lemas semalam -___-

Sarapan pagi 

Abang Aidil sewa van =)

Lepas dah dapat van sewa , kitorang pon bergerak ke tempat snorkeling . Nama tempat nya tak tau apa sebab aku ikut je . Kitorang naik satu bot . Harga pon tolong jangan tanya , diri ini di taja .

Dah sampai

Pakaikan jaket keselamatan untuk Eisya

 We are ready !

 Aqil nangis , Awish steady je 

 Nak nangis lagi si Aqil nie 

 Awish bersama mak teh dia

Siapa kata kaki aku tak ada bulu ?

 Alolo Anor , sweet letewww kononnya =P

 Anor semangat nya =D

Ronda-ronda pulau

Mula-mula abang tu bawak kitorang tengok-tengok pulau sekeliling . Tak singgah cuma tengok . Batu-batuan kat sini unik-unik sangat . Ada yang bentuk kaki big foot , bentuk paus , bentuk buaya , bentuk penyu dan macam-macam lagi . Serious cantik =)

Dah sampai , amboi abang sebelah tu boleh tahan seksinya -__-

Lepas dah tour pulau-pulau tu semua , baru lah kitorang diturunkan ke tempat snorkeling . Nama tempat kitorang snorkeling tu Coral Island . Kecik je pulau nie . Macam-macam boleh nampak , ikan ada , batu karang ada , timun laut ada , obor-obor pon ada tau . Jangan main-main . Aku nampak je obor-obor terus berenang lelaju ketepian . Eh boleh berenang pulak kau zarep ? Actually kalau pakai jaket keselamatan tu , boleh lah aku berenang . Huhu

 Port kitorang

 Me and Iman Aleesha

 Ayah dan anak

 Bring the boys out 

Muka macam tahan pundi kencing je 

Anor nie kakak Faries yang kelima . Dia nie jenis lawak . Aku suka dengar dia bercakap . Lawak sangat . Dia nie takut air dan tak tau berenang . Sama macam aku lah kira nya . Kelakar tengok gelagat si Anor nie nak snorkeling .

Dekat air cetek pon dia takut tau =D

Anor nampak begitu bahagia melihat ikan 

As usual , aku mandi bersama Eisya . Dia nie nak dengan aku je . Sana-sini cari aku . Even dalam kereta pon nak duduk dengan aku .

Ada ciri-ciri seorang bapa yang bagos tak ?

Eisya kata kaki dia gatal-gatal , dia tak nak mandi lagi


Snorkeling memang best tapi yang tak bestnya kaki banyak luka terkena batu-batuan . Time dekat air sakit tak rasa sangat , tapi bila dah naik ke darat , tuhan je tau pedih nya macam mana .

 Sesi mendaki batu-batuan

Abang Payjal dan abang Aidil 

Sikit lagi pakcik 

 Siap bertongkat bapak si Faries nie

 Tak gayat ke pak cik oi >__<

Wahh macam seronok je duduk situ =)

Jauh nya depa semua pergi . Den tak larat nak mendaki batu-batuan tu semua . Kang ada kaki yang cedera lagi . Den tak sanggop kaki bercalar-balar >__<

 Sampai tertido-tido si Awish dengan si Aqil 

 Faries , kakak-kakaknya dan ibu nya . Kakak sulung je yang tak ada . Dia tak ikut 

 Ehemmm , aku pon nak jugakk =)

Masa untuk balik 

Naik van terus balik ke apartment untuk tukar baju . Lepas solat jamak kitorang pon keluar balik . First kitorang pergi makan . Makan dekat warung mana ntah , lupa nama dia . Habis makan kitorang pergi ke Kota Belanda dan Batu Bersurat . Tempat-tempat bersejarah .

 Masa tengah bergambar nie ada mak nyah usha , suara jantan yooo 

 Macam mana boleh sama tinggi nie ? 

 with Faries , abang Aidil , Giwan ( adik abang Aidil ) 

 with kakak Faries nombor 5 dan nombor 4

 Anor sentiasa bersemangat =)

 Penat layan kerenah budak kecik nie =D

 Awish bersama atok nya =)

Kak Arina sekeluarga =)

 Iman Aleesha dan Iman Darwisy , dua beradik yang chumel 

 Kakak Faries yang nombor 3 nie macam Maria Elena sikit-sikit

 Alolo Eisya posing comelnya =)

Kak zera busy with phone , rindu tunang letewwww

Pasangan bahagia =)

Segan , tutup muka >__<

Rambut yang sihat adalah rambut yang berwarna hitam , 
rambut kau macam rosak je Faries , bhahaha =P

Kak filzah dan suaminya , abang Payjal 

Batu bersurat kitorang cuma lalu je sebab semua tak nak turun . Lepastu kitorang pergi Galeri Pangkor . Galeri pangkor nie pon tempat letak barang-barang sejarah . Macam-macam ada dalam nie . Masuk adalah percuma .

Galeri Pangkor 


Tak lama pon dalam nie , lebih kurang dalam 15 minit je . Bapak si Faries nie suka melawat tempat-tempat bersejarah . Semua info-info kat situ dia baca . Aku nie jiwa muda , jadi bab-bab sejarah nie mintak maaf lah yer . Memang tak minat , tapi aku dapat A kot masa SPM . Tanjat boboi .

Lepas habis je melawat Galeri Pangkor nie , kitorang gerak pergi Kilang Satay . Kilang satay nie milik orang cina . Masa first-first memang agak sedikit was-was untuk beli barang-barang dalam nie . Tapi bila tengok ada label halal dekat bungkusan nya tu , aku rasa sedikit yakin . No ragu-ragu .

Tempat proses makanan , agak-agak korang bersih ke ?

Ternganga kau zarep >__<

Hasil borongan

I bought it here 

Beli-beli nie semua baru lah pakai duit aku . Kalau nak beli barang sendiri pon pakai duit penaja , lebih baik tak payah ikut . Malah makin membebankan ada lah . Tapi kan , mak Faries nie serious baik , dia cakap dengan aku jangan beli banyak-banyak sebab dia dah belikan untuk aku bawak balik . Wahhhh perut ku sungguh happy mendengarnya .

Meneruskan perjalanan lagi ke pantai . Tapi berlainan port lah . Bukan dekat pantai yang berdekatan dengan apartment kitorang tu , tapi kat tempat lain . So mandi lagi . Memang datang Pulau Pangkor untuk mandi-manda pon . Apa lagi yang boleh buat selain mandi ?

 Tak excited ke zarep naik buai ?

Sweetnya lah abang Aidil dengan Kak Arina nie =')

Tukar baju lepastu mandi . Tapi sebelum tu , untuk tidak mengulangi kejadian lemas tempoh hari , aku sewa life jacket . RM5 hengget je . Nyawa itu penting .

Dekat nak maghrib baru kitorang balik . Seronok gila mandi masa nie . The boys semua berenang sampai jauh ke tengah laut . Seriously , first time kot aku buat macam tu . Kan aku cakap kalau ada life jacket aku boleh berenang . Korang tak cayer .

Makan ramai-ramai best =)

Malam nya pulak kitorang dok dalam apartment je . Masak-masak sardin dalam rice cooker . Happening sangat masa nie . semua sibuk masak-memasak . Dekat apartment nie ada dapur gas , tapi gas nya tak ada . And siap ada amaran " strictly no cooking " . I was like kenapa dia letak dapur gas kat situ . Tak ke bangang abadi namanya tu .

Hari Sabtu , hari last dekat sini so seperti biasa , mandi pantai lagi . Tapi sebelum tu packing-packing barang untuk balik . Xnak lah packing last minute kan , takut ada benda tercicir .

Packing done . Lutut ku luka sebab tersepak batu masa snorkeling -___-

Satu jam kemudian , tamatlah mandi-manda di pantai . Abang van pon dah sibuk kol suruh pulangkan van . Haihh tak menyabor jugak abang van nie . Tak leh sabar ke .

I'm ready to leave Pangkor 

Sampai dekat jeti , kitorang di beri kesempatan yang terakhir untuk membeli-belah . So masa nie lah aku beli souvenir untuk adik-beradik aku kat rumah .

 Untuk adik-beradik aku 

Keluarga Faries bagi , terima kasih =)

Di jeti Lumut , I'm not even ready lah -___-

She's always with me 

Ambik kereta lepastu pergi makan tengahari dekat medan selera berdekatan jeti nie . Lepas dah kenyang barulah kitorang semua bertolak balik . Berjam-jam jugaklah nak sampai tu . Banyak singgah RnR . Eh tapi aku tak terus balik banting . Kitorang semua tidur dekat rumah kakak Faries yang nombor 3 , kak Filzah . Besoknya baru sumerang balik rumah masing-masing .

I told you already , it's going to be panjang lebar and sooo banyak gambar .

PESANAN PENAJA 


" Terima kasih Faries sekeluarga sebab ajak saya join bercuti 
dan terima kasih jugak sebab dah belanja saya macam-macam =) "

Satu benda yang aku salute dekat family Faries nie ialah dorang jenis tak berkira . Jenis volunteer nak belanja . Dorang gilir-gilir . Kalau dah orang nie , lepastu orang nie . And satu lagi , keluarga dia happening sangat . Selalu buat aku ketawa . Ada je lawak-lawak yang dorang buat .

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

22 comments:

  1. Aku pernah pergi Pangkor sekali je. Sama macam kau, aku pun terkjut bila tengok Pangkor 'ada tu je'.

    Guess we have a high expectation of Pangkor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah perasaan tu. Aku tk prnah pegi lagi Pangkor ni. Tpi masa nk pegi PULAU KAPAS, excited, imagine everything could be splendid, tpi ble dh smpai, "Ni je?, I wanna go home" ..

      Delete
    2. betul tu , aku pon ingat banyak tempat2 menarik mcm langkawi tapi ada itu je . Tapi best lah jugak . dapat lah jugak release tension . ceyhh tension ke ? kahkahkah

      Delete
  2. Pegi pulau/terengganu/klantan/cameron/etc balik je beli satay ikan, sotong kering, benda2 mcm tu. Nyampah. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah itu je yang di jual , eh tapi sotong kering tu sedap lah ^__^

      Delete
  3. lamenye xpergi pangkor, WALAUPON sy penduduk tetap di negeri PERAK yg aman jaya ini, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaweh , org perak pon tak pernah pergi lagi >__<

      Delete
  4. Assalamualaikum dik, gempak lah family kawan tu. muka iras2 lah. ingatkan adik beradik je tadi. hahaha. anyway, holiday adik ni happening!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak ckap kitorang nie adik beradik . tapi xpon . cuma kawan baik duniat akhirat je . huhu =)

      Delete
    2. bestkan, ada kawan sebaik dia :)

      Delete
  5. Eisya dah macam anak kau dah pun -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =D alaaa xkesah pon sbb bestlah jaga eisya tu . dia comel dn kelakar =)

      Delete
  6. hensem rambut kau. haha. pengalaman lemat kat Pangkor berlaku kat adik aku. Mama aku yang tak tau berenang try very hard to get my bro. Trauma ok. Padahal adik aku tengah kutip kulit siput kat tepi pantai, then ombak tarik ke tengah laut.

    camtu lah best, sama2 keluarkan duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang ibu akan buat apa saja untuk selamatkan anaknya biarpon nyawa nya mungkin menjadi korban . sebab tu kene sayang ibu kita =D

      tp seriously masa lemas tu tak fikir apa dah , fikir nak oxygen je . hahahaha

      Delete
  7. oh lagi satu eisya dok berkepit ngan hang. memang calon bapa mithali dah tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau dah , nampak kan ciri2 bapa mithali nya tu . kah kah kah =D

      Delete
  8. aritu yg aq pegi tu same tempat jgk mcm kau pegi..
    yg kota belanda n kilang tu pon same gak..
    aq rase pangkor tu ade satu kilang je kot..lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon syak mcm tu lah , mna lagi nak bina kilang . pangkor tu kan kecik je . hahahahah

      Delete
  9. Tahniah..moment ni membuatkan sye gelak sorg2..maknanya berjaya la to.. happy family.. rase seronok mcm dah penah pegi pon ade..

    ReplyDelete

Home