Wednesday, March 27, 2013

Family reunion

Assalamualaikum 

As everybody knows , minggu lepas aku balik rumah . Setelah sebulan dekat Perak , akhirnya pulang juga ke Selangor . Alhamdulillah sangat-sangat dapat balik walaupon pada mulanya ada halangan yang mendatang tak bagi aku balik . Tapi di saat-saat akhir halangan tu pon dapat dibanteras dengan jayanya ( tak payah di saat-saat akhir sangat lah zarep , drama sangat -__- ) .

If you did ask lah erk , hari jumaat aku ada kelas . Sepatutnya tak ada . Entah macam mana my lecturer tukar kelas hari Rabu ke hari Jumaat . Lepastu dia tukar fikiran balik , class cancel . So Jumaat got no class . So by thursday i can go balik kampung lah . Tapi aku start balik rumah hari Rabu . Ponteng kelas hari Khamis , KAHKAHKAH 

Lawak hambar kan ? Rasa macam nak bagi pelempang je . 

Rabu tak ada kelas , cuma ada photoshoot gambar kelas je . So yeah , bergambar lah haku dengan bataknya like there's no tomorrow .

santak masam muka aku , ini sebelum sesi bergambar 

Lepas bergambar baru lah aku gerak balik Selangor .
Rancangan asal nak terus ke Klang tapi tukar plan saat-saat akhir ( saat-saat akhir lagi -___- ) Aku naik KTM ke Serendah . Pergi rumah kakak and adik aku . Dorang mengajar kat situ =) 

Nak pergi rumah dorang nie kene berjalan beribu batu dari KTM Serendah tu . Sampai masuk ceruk mana ntah . Rasa macam pedalaman sangat >__< 

I am so tired so i ask them to carry my bag . hewhew 

Ini tempat my kakak and my adik mengajar =) 

Sampai jugak akhirnya . Jauh gila ! So sementara tunggu parents aku datang pick up kitorang bertiga , aku pon masaklah apa yang ada dekat dapur tu . Masak ayam masak kunyit dengan kobis tumis , maka kenyanglah kitorang bertiga malam tu . 

Dalam jam 9 malam macam tu , parents aku pon datang . Kitorang semua tak terus balik Banting , kitorang terus hantar adik perempuan aku pergi sekolah lama dia dekat STIAS Negeri Sembilan . Kan Khamis ambik result SPM , lupa ke -___- 

Then baru kitorang balik Banting .

Khamis nya tu hantar kakak aku pergi Banting ambik result SPM dia . Alhamdulillah dia lulus semua . Walaupon di mata dunia mungkin tak pandang tapi di mata family aku kakak aku dah berjaya =) Tahniah kakak , i'm so proud of you . 

For my adik , Alhamdulillah sangat-sangat . Dia antara yang cemerlang dekat sekolah dia . So malam tu kitorang bertolak ke Negeri Sembilan untuk hadiri majlis kecemerlangan adik aku =) 

Antara yang outstanding result nya =) 

Bangga aku tengok adik aku amik anugerah =) Tak dilupakan juga buat sedara aku , Hazirah yang berbaju hitam tu . Dia pon dapat anugerah jugak =) Tokoh Al-Quran tu , woot-woot .

Agak sakit hati jugak bila tengok dorang amik anugerah nie sebab dorang siap dapat duit . Duit bukan yang cikai-cikai . Yang 12A dapat RM6000 , budak 12A ada dua orang . Satu yang bertudung biru dan lagi satu lelaki yang berkemeja putih . Dorang bukan sahaja dapat RM6000 , malah dapat pergi Umrah sekali . Perghhhh ! Best siottt . Yang lain ada yang dapat RM3000 , RM1000 dan RM300 . 

 Apis , congrats jugak for your 4A =) 
Itu pon sedara aku jugak , adik kepada hazirah tu =) 

Baju biru tu nama dia Shikin , suara dia rock . Ella pon kalah tau =D

Kenapa sekolah aku tak ada macam nie >__< Nama pon tak naik banner okey , sedih . Dua sekolah kecewakan aku . Takpelah , xde rezeki . Pendam je sampai mati . Eh boleh macam tu ? 

Nangis tengok nie =')

Aku tak boleh lah kalau cakap pasal adik-beradik aku , mesti rasa nak nangis . Tahan je air mata nie sebab roommate ada . 2 tahun je dia belajar and she managed to get 5A's on her SPM =) Maths dia A, aku sangat-sangat bangga sebab dia langsung tak ada basic maths dari tingkatan 1 . Sains pon dia A , Akaun pon dia A , and yang lain aku tak ingat apa . 

Yang tudung putih tu nama dia Amirah Aqilah , menang banyak tokoh subjek . Hebakk mu nie =)

Hari jumaat pulak adik lelaki aku balik =) Now rumah aku lengkap . Semua adik-beradik aku ada kat rumah . Lama dah tau tak dapat berkumpul berlima . Malam nya tu , me , Paris and my adik went to some place . Aku tak boleh bagi tahu korang dulu apa dia sekarang nie . Tunggu betul-betul dah nampak perubahan then i'll tell you . Gigih tau tahan diri daripada bagi tau dekat twitter , nak upload gambar " tu " dekat instagram pon tahan je . Tunggu satu hari nanti , baru aku habaq . 

Hari Sabtu masa untuk shopping !!! Sesi menghabiskan minyak kereta yang ayah dah isi full , thanx ayah =) Almaklumlah , ada orang tu dah lesen full . Hewhew =P Maka kitorang 6-beradik , wahh sejak bila yang satu tu jadi ahli keluarga nie ? Actually dah lama dah . Oke bye .

I never look good when it comes to gambar bersaiz passport -___- 
Kelakar pulak tengok gambar aku dua tahun lalu saat umur ku 18 tahun 

Kitorang berenam pergi Times Square , Mid Valley and Low Yatt . 

Mula nak pergi Mid Valley sebab si Nurin tu nak jumpa kawan-kawan dia dekat sana main bowling . Sabar jelah nak pergi Mid Valley nie , sesat all the time . Kitorang berpusing dekat bangunan Times Square tu tiga kali kot . Akhirnya jumpa jugak jalan ke Mid Valley . Payah noh nak ke Mid valley nie . Nampak sangat hati dekat Times Square -___-

 Muka tak tahan pundi kencing 1

Muka tak tahan pundi kencing 2

Sampai-sampai terus sergah McD . Perut lapar habaq hang . Si Nurin dah pergi main bowling dengan Hazirah and kawan dia . Kitorang tak main bowling pon , cuma curi-curi main je . Hahaha . 

Habis main bowling baru pergi Times Square balik .

Walaupon ramai yang cakap muka kitorang sangat berbeza , but he's still my brother no matter what happen =)

Baju kitorang sama , if you did ask =) 

Mana nak dapat baju harga RM8 hengget satu helai melainkan di Pasaraya Billion Tanjung Malim =) Tu pasal beli tiga tu .

Aku . Rasa . Sangat . Hensem . Kat . Sini . Sekian . Muntah hijau ~

Awat pendek sangat si Nurin nie , padahal dengan si Faries nie umur dorang sebaya . 


Xde sape nak ambikkan gambar kitorang berenam >__<

Part yang paling malu sekali time nak bayar tol guna smart tag . Aku tak tau guna , selama nie tengok ayah guna ala kadar je . Tak amik port sangat . Malunya sampai kene hon dengan kereta belakang sebab tersangkut dekat tol smart tag . Nasib baik boleh terbukak pagar tu . Buat nya tak terbukak kan malu tu . Mana nak letak muka italian vogue nie >__< Malu dengan jiran tetangga yang melihatnya . 

Kitorang sampai rumah malam . Alhamdulillah selamat pergi dan balik . Bila lah dapat keluar ber-enam lagi . BTW , we bought soooo many things . I bought new bag and an external 1 tera hard disk .


I bought that 1 tera hard disk with RM258 hengget . Quite okey lah sebab aku bajet harga dia RM300 . Finally i got new bag =) Dah lama tak tukar beg . Beg yang aku pakai selama nie dari form 3 kot . Since aku sekolah SAMUS lagi . Beli dekat kawan pulak tu .

Hari Ahad , masa untuk pulang ke UPSI . Ayah ber-ia nak hantar . Aku boleh je naik KTM . Lagi murah dengan adanya kad KTM 1 Malaysia . Separuh harga kot . Jimat ! Tapi sebelum balik tu , aku pergi potong rambut dulu =)

" Why sampai 31 oktober je ? Ada maksud apa-apa ke nie ? Eh gitu . Thanx our PM =) " 

Masa on the way balik ke UPSI , dapat satu panggilan telefon mengatakan adik perempuan aku yang paling kecik accident =( Sedih tau tak sedih . Elok-elok jalan sama-sama pergi TS sihat , sekarang ni dah lebam-lebam muka . Kulit kaki sampai terkoyak . Habis berparut kaki kau adik .

Sampai je UPSI , ingat nak ajak parents aku main kayak . Tapi malangnya kayak tak leh digunakan sebab ada tournament . Fine , Lepas solat maghrib dekat masjid UPSI , ibu terus balik rumah =( sekejap sangat hantar aku . Yelahh , hati ibu aku tak tenang bila dengar adik accident . Ibu nak balik sangat nak tengok keadaan adik .

Takpe lah aku faham . Aku pon nak tengok muka adik aku . Aku pon skype lah dengan dia . Nasib baik sebelum aku balik sini aku dah buatkan acc skype dekat tab adik aku tu . So boleh lah dia guna skype .

Siannya muka adik aku lebam =(

Takpe lah dik , dah nasib kau . Orang lain bergembira cuti sekolah , kau pulak terlantar sakit kat rumah . Dengar cerita orang yang langgar adik aku tu lagi parah keadaan dia . Uishh nampak sangat laju benor kau bawak motor sampai tak sempat nak brek .

So itu jelah kot nak cerita . Pon xde motif jugak sebenarnya nie . Sebab tu banyak merapu . 

" This is my new look =) "

Okey itu je , daaa ~

PESANAN PENAJA


" I love my siblings so much =) " 

Minggu depan cuti mid sem , then minggu depannya semua assignment nak kene hantar . Mati >___<
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

14 comments:

  1. Panjang lebar entrinya. Cakap tahniah dekat adik kau! :)

    Tahniah dapat ber-reunion dengan family kau. Saya jealous. lalalala~

    Btw, gambar dalam kereta tu sangat packed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i will =) thanx farah =D

      memang pack , maklumlah kereta kecik je ada ... huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum dik. waahh panjangnya entri ni. hehe. taniah buat adik yang berjaya tu! kagum ni. hehhee. sian adik kecik tu. semoga cepat sembuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx thanx kak sheila =) aminn , sy pon harap adik cepat sembuh =)

      Delete
    2. sama-sama kasih adik. insyallah. dia dah sihat belum?

      Delete
    3. belom , masih lagi dok kat umah tak sekolah =)

      Delete
  3. Replies
    1. secara kiraan umur nya , faries anak no 3 . hahahhaha =D

      Delete
  4. syioknyeee..

    tahniah untuk adik kau :)

    selamat menyiapkan assignment! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx =)
      assignment terlampau banyak >__< arghhhhhhhhhh

      Delete
  5. waaa, jelesnya. kau dah balik rumah. aku nak tunggu hujung bulan 4 ni. Apapon, aku suka gila dengan family kau termasuk si faries tu. korang memang best la. semua sporting je. eh macam keluarga aku tak sporting plak kan? Tahniah untuk adik dan kakak kau ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik rumah cuti biasa je , minggu depan bru cuti mid sem . huhu .
      thanx thanx =D

      Delete
  6. Wah, seronoknya dapat gathering sama-sama. By the way, gambar lesen tu memang beza berbenar dari yang lama tu. Hehe. :3 Oh, patutlah baju tu sama tiga orang, nak beli juga satu nanti haha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann , maklumlah people change from time to time . huhu
      baju tu tinggal 3 je kot sebab masa beli tu penghabisan stok . hewhew

      Delete

Home