Saturday, April 27, 2013

Temuduga separa perubatan SPA

Assalamualaikum

Rabu hari tu, aku pergi interview SPA yang mana sangat kalut untuk diceritakan. Mana tak kalut kalau bertolak dari rumah 7.40 pagi. Sedangkan interview tu jam 8 pagi. Sebenarnya aku tak ada lah menggelabah macam nak pergi interview UPSI dulu. Entah kenapa aku rasa tak bersalah langsung,. Mungkin sebab aku tak mengharap sangat untuk dapat kot.

Monday, April 22, 2013

Bangla dan saya

Assalamualaikum

Haritu, aku dan adik-beradik aku berjalan di Berjaya Times Square. Macam biasalah, bila datang sini tak lain tak bukan mesti nak shopping barang, ataupuun singgah beli crepe dekat Crepe2U. Hari jadi si Faries dh nak dekat, jadinya aku dalam misi untuk mencari hadiah untuk dia. Tak tahu lagi nak beli apa, tapi rasa macam nak belikan wallet. Maka tawaflah aku satu Times Square tu mencari wallet yang diinginkan.


Wednesday, April 17, 2013

SPA : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum

Aku tak reti sangat pasal SPA nie. Dengar-dengar dan tahu gitu-gitu je. Semalam tiba-tiba rasa nak buka laman web SPA dan agak terkejut sekali sebabnya aku dipanggil untuk temuduga. Ini merupakan kali pertama aku dapat panggilan dari SPA, jadinya aku tak berapa nak arif sangat pasal nie.

Thursday, April 11, 2013

Singgah makan di Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum

Baru-baru nie aku berjalan-jalan dengan adik-beradik aku ke I-City Shah Alam. Masa nak balik rumah tu, terlalu depan Burger Bakar Abang Burn. Timing memang tepat sangat masa tu, sebabnya kitorang memang lapar gila dan mencari tempat untuk makan. Jadinya, kami pon singgahlah.


Wednesday, April 10, 2013

Meriah lampu-lampu di I-City Shah Alam

Assalamualaikum 

Hari Sabtu yang lalu, aku jalan-jalan pergi ke I-City Shah Alam. I-City nie dah lama wujud tapi aku tak pernah pergi lagi. Padahal dekat je dengan rumah. Dalam satu jam memandu kereta. Sebenarnya, aku tak rancang pun nak pergi. Tapi disebabkan kena ambil kakak dan adik perempuan aku dekat stesen KTM Klang, jadinya tersinggahlah.


Thursday, April 4, 2013

Restoran Muhd Chan : Menyajikan masakan Halal masyarakat Cina

Assalamualaikum

Sampai je aku dekat stesen KTM Klang, ayah aku pon datang dan pick up aku. Tapi tak terus balik rumah sebabnya ayah aku nak belanja kitorang makan dekat Restoran Muhd Chan iaitu restoran yang menyajikan masakan Halal masyarakat Cina. Jom aku bawakan korang menu-menu yang aku makan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...