Monday, April 22, 2013

Bangla dan saya

Assalamualaikum

Haritu, aku dan adik-beradik aku berjalan di Berjaya Times Square. Macam biasalah, bila datang sini tak lain tak bukan mesti nak shopping barang, ataupuun singgah beli crepe dekat Crepe2U. Hari jadi si Faries dh nak dekat, jadinya aku dalam misi untuk mencari hadiah untuk dia. Tak tahu lagi nak beli apa, tapi rasa macam nak belikan wallet. Maka tawaflah aku satu Times Square tu mencari wallet yang diinginkan.


Cari punya cari, ternampak satu wallet yang aku betul-betul berkenan. Maka berlakulah perbualan berikut antara aku dan Bangla si penjaga kedai tersebut. 

Me : Wahhh cantik wallet nie. Berapa harga ?
Bangla : Ini saya bagi abang harga baik punya, RM30.
Me : 30 ringgit ? Mahalnya.
Bangla : Eh nie harga sebenar dia RM45 tapi saya bagi abang RM30 ringgit saja.

Dia ingat aku percaya ke ? Memang tidaklah dikk nonn. Sambil tu aku dok belek-belek dan cuba masukkan kad bank untuk tengok sama ada muat ataupun tidak.

Me : Tak muatlah nak masukkan kad.
Bangla : Eh muatlah abang, meh sini saya buat (Dia punya tonyoh nak bagi kad tu masuk dahsyat gila)
Me : Aiyoo rosaklah dompet tu. Ini tak muat nie. Ada tak, dompet yang jenis panjang.
Bangla : Ada, sekejap hah.

Dia hulur aku wallet nie

Me : Wahh cantiknya. Ini berapa pula harga dia ?
Bangla : Ini saya bagi abang harga RM30 juga.
Me : Mahalnya, kurang lagi tak dapat ke ? RM20 ke ?
Bangla : RM28 lah abang. Ini harga terbaik saya bagi abang.

Terus dia bungkus dalam plastik dan hulur pada aku. Sedangkan aku tak cakap setuju pon nak beli. Mak ai, memaksa bebtul suruh beli. Memang idakklah. Selagi aku tak dapat harga yang aku nak, tak naklah beli.

Terus dia hulur macam nie

Me : Eh saya tak cakap pon nak beli. Saya tak mampulah kalau RM28.
Bangla : Kalau macam tu, saya bagi abang RM27 lah, ini last abang. Abang ambillah.
Me : Pon tak boleh jugalah. Saya nie student lagi. Duit tak banyak. Kalau RM20 saya boleh beli. Tapi kalau RM27, saya memang tak boleh.
Bangla : Tak bolehlah macam tu abang. Saya pon nak meniaga nie. Ini untung pon saya dapat sikit saja.
Me : Kalau macam tu, saya memang tak boleh beli.
Bangla : Okeylah bang, last saya bagi RM25. Ini je yang paling murah saya boleh bagi.
Me : Mintak maaflah, saya memang tak ada duit. Saya tak mampu. Tak apalah, lain kali saya beli. Saya pergi dulu.
Bangla : Eh sekejap abang, ambillah nie.
Me : RM20 boleh ?
Bangla : Boleh, ambillah.
Me : Okey nie RM10 ringgit, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11. Nie lagi RM10 ringgit.
Bangla : Marilah duit seringgit tu sekali.
Me : Eh duit nie saya nak buat tambang balik rumah.

Perghhh ! Sampaikan dit seringgit aku dalam walle tu pon dia nak kebas. Memang tinggal seringgit je dalam wallet aku masa tu. Ada j duit lagi, cumanya ini trick aku kalau nak membeli-belah. Hahahaha. Lepas dah beli, aku jalan laju-laju kegembiraan cari kakak dan adik perempuan aku. Dah tak tahan nak ketawa dan menjerit sekuat hati. Tak tahan nak cerita dekat kakak dan adik aku bawasanya aku berjaya menewaskan seorang Bangla dalam proses tawar-menawar.

Aku memang dah lama survey harga wallet jenis panjang nie sebab aku teringin ada wallet panjang. Harga selalu aku jumpa RM35 dan ke atas. Dapat harga RM20, memang aku tak lepaskanlah. Motif je asalnya nak belikan untuk si Faries sebagai hadiah. Walhal aku beli untuk diri sendiri. Tapi aku nak bagi apa untuk si Faraies ? Terus aku putuskan untuk bagi wallet panjang tu juga. Jenis yang sama dengan aku. Aku pon cari lagi kedai Bangla yang jual benda yang sama. Bukan kedai tadi tau, kedai lain. Kalau beli di kedai yang sama, kantoilah aku ada duit lagi. Hahaha


Me : Bang, nie harga berapa ?
Bangla : Harga dia RM45 abang, tapi saya bagi kurang RM35.
Me : Amboi mahalnya !! Saya beli dekat sana tadi harga RM20 je.
Bangla : Sana mana ? Mana boleh dapat harga macam tu abang.
Me : Tingkat atas ke kat hujung sana tu. Saya tak ingat.
Bangla : Tak mungkinlah abang. Lain kot design dia.
Me : Eh ye ke ? Nurin keluarkan dompet yang aku beli tadi. Hah kan sama nie.
Bangla : (Reaksi muka dia berubah), RM25 lah abang.
Me : Eh tak apalah, dekat sana saya dapat dengan harga RM20. Tak jadilah.
Bangla : Okaylah abang okaylah abang, nahh !

Muka dia memang tengah bengang masa nie. Bengang punya pasal, dia bagi macam tu je. Plastik tak ada, kotak pun tak ada. Perghhh ! Tak boleh jadi nie. Aku tambah lagi.

Me : Eh saya nak kotak sekali.
Bangla : Kotak pon nak ke ?
Me : Aah, saya nak bungkus hadiah. Nak bagi kawan saya.
Bangla : Nahh ! (Dia dah bengang gila masa nie)
Me : Eh nie kotak untuk dompet Prada.

Bangla tu tengah bengang, kau boleh pula demand nak kotak. Dah bagi kotak, demand pula jenama kotak. Kau dah kenapa Zarep oi. Hahahaha. Kotak tu walaupun saiznya sama, tapi dah kemek. Tak cantik, jadinya aku minta tukar. Kotak kemek pon jadi isu ya Zarep nie.


Selesai bayar je, terus kitorang bertiga jalan laju-laju. Agak-agak dah jauh sikit, kitorang tergelak-gelak dibuatnya. 2 orang penjual Bangla aku dapat tewaskan hari ini. Ingatkan dah berakhir di situ, aku TER-lalu semula di kedai Bnagla pertama tadi sambil pegang ber-beg-beg plastik. Dia nampak aku, muka dia bengang gila sebab tadi aku kata tak ada duit. Tuptup banyak pula membeli-belah. HAHAHAHA.

Aku memang seboleh-bolehnya nak dapat harga murah sebab aku tahu, dorang dah mark up harga gila-gila. Macam mana harga asal dorang taarkan dari RM45, boleh jadi sampai RM20 ? Nampak ke tidak jurang harga dekat situ. Pandai dorang main harga. Kita sebagai pembeli, jangan terus besetuju je. Cubalah tawar, manalah tahu boleh dapat harga lagi murah.

Lagipula, kedai-kedai dekat Times Square nie, kebanyakkannya kedai dorang nie satu tauke. Kadang bila kita nak beli seluar atau baju dekat sesuatu kedai tu, tapi kedai tu tak ada saiz atau stok, dia akan ke kedai lain yang satu tauke dengan dia, untuk cari saiz yang kita nak. Korang ada perasan tak ? Kedai-kedai kat Times Square nie memang saling berkait berkongsi satu tauke.

Samalah macam kedai Bangla nie. Dorang nie semua satu tauke. Cuba korang pergi cek kedai Bangla dekat Times Square tu di setiap tingkat, semua jenis benda yang sama. Sebab tulah bila aku cakap aku beli dengan harga RM20 dekat kedai lain, dia bengang dan rasa terkantoi. Eventually dia akan bagi harga yang sama.

Lagi satu pula, dorang nie bukannya ada customer sangat. Sebab tulah bila ada customer, dia macam memaksa suruh beli dan kalau boleh tak nak lepaskan customer tu. Sila ikut tips aku nie, once korang minta harga yang korang nak tapi dia tak kasi, korang cakap "Tak apalah, lain kali. Saya pergi dulu".
Confirm dia akan bagi dan tarik korang suruh beli. Percayalah !

Kalau dia tak bagi sekali pon, cuba di kedai lain pula. Kot-kot ada rezeki dekat kedai lain. Tak salah kalau tawaf satu Time Square tu kan ? Cuma penat sikitlah. Sebab tulah aku selalu lama kalau datang ke sini. Lama sebab tawaf dan tawar-menawar membandingkan harga di semua kedai yang menjual barang yang sama.

Andai kata, dalam dompet aku tinggal RM18 je, kemungkinan besar juga dia akan bagi dengan harga RM18. So tips kedua, duit besar jangan tunjuk sangat. Duit kecik-kecik letak bahagian luar sebagai bayangan korang tak ada duit. Tengok jelah mamat Bangla yang pertama tu, nampak extra seringgit dalam wallet aku pon, dia minta. Keji tak keji perbuatan dia tu. Ke lagi keji perbuatan aku ? Okay bye.

18 comments:

  1. admiring you ^__^

    ReplyDelete
  2. sengal kau zarep. good job. Aq minta tawar 2 atau 3 kali aq bayar terus. Tambah pulak, barang tu memang kita suka. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku selagi xdapat harga yang aku nak selagi tu aku usaha =D hahahahha

      Delete
  3. Assalamualaikum adik zarep! Ya Allah. kelakar kau mainkan bangla tu. atleast kau berjaya dik. nanti akak nak try buat gitu la. tapi dekat akak indon. hehe. dah lama nak belikan wallet untuk abang. hee. thanks for the tips bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) wallet panjang cantik kak sheila ^^

      Delete
  4. hahaha sumpah kelakar!bagus lah zarep.aku pun selalu buat mcm tu.diorang ni mmg penipu!ada ke harga 45ringgit boleh bg 20ringgt?mmg tak logik langsung

    ReplyDelete
  5. Pakar Times Square dah memberikan tips. Hihi :D

    ReplyDelete
  6. cayalahh!! ooo...gitu tekniknya ehh. sy mmg tak pandai tawar-menawar, bayar je. kalo mahal sgt, mmg tak belilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi lah kalau macam tu , menawar nie bagos tau =D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...