Wednesday, April 10, 2013

I-City Shah Alam dan Burger Bakar Abg Burn

Assalamualaikum 

Sabtu yang lalu , aku jenjalan pergi I-City Shah Alam . I-City nie dah lama wujud rasanya tapi aku tak pernah pergi lagi . Padahal dokat jo dengan rumah den . lol

Sebenarnya aku tak rancang pon nak pergi . Tambah-tambah kat rumah nie tinggal aku , paris dan adik aku yang kakinya tak berapa nak sihat , itu je . So aktiviti jalan-jalan nie memang xde . But then kakak aku dan adik perempuan aku telefon bagi tau dorang ada dekat TS . Kuasam tol keluar pergi TS tak bagi tau -___-

Alang-alang dorang dah dekat tu , so aku pon ajak lah dorang pergi . So cepat-cepat aku siap , drive pergi ktm klang ambik budak dua ekor tu . Lepastu pergi solat maghrib dekat masjid sultan menda ntah namanya . Agak sedih lah masjid nie , air xdo . Tempat solat perempuan pon agak terpencil dan jauh . Eventho aku lelaki , i do care about kemudahan untuk para wanita di luar sana . So married me ? Eh >__<

Abaikan ~

Tanpa cakap banyak , maka sampai lah aku dekat I-City Shah Alam nie . Bayaran masuk free je tapi parking kene bayar RM10 ringgit . So itu kira macam tiket lah tu kan .

Ice age 





Masa kitorang pergi nie , hujan renyai-renyai . Lepastu lebat , lepastu renyai balik . Suka betul hujan nie bergurau dengan kitorang . Terpaksa berteduh di kedai-kedai berhampiran . Masa banyak terbuang tunggu hujan berhenti je . Seperti yang aku cakap sebelum nie , kitorang datang sini xrancang apa-apa , pakai sembrono pergi je ( Wahh jawa aku keluar ke ? ) So tanpa segan silunya kamera DSLR aku pon habis battery . Lupa nak cas -____-

Susahlah kalau kamera yang berpotensi menghasilkan gambar yang berkualiti tapi battery tak ada . Nasib baik aku bawak secondary camera . Berguna lah jugak walaupon kamera nie sensitif terhadap gegaran . Errr

Kitorang semua pakat-pakat keluar smart phone masing-masing . Nak senaraikan ke brand apa , model apa tu semua ? Tak perlu kot . Rasa macam menunjuk pulak . Ahaks ~ Tak lama lepastu , satu-satu phone habis battery . Ahh sudah . Phone pulak mogok buat kempen habis battery . Bagus bagus -___-

Macam-macam gaya ada dia nie -___-

Cinderella's car ? 


Semua kaler dia ambik gambar >__<

Tak padan sakit budak kecik nie , tapi bergambar laju je . I know she gonna love i-city , that's why i bring her along with us eventho dia jalan masih terjingkit-jingkit masa nie . Semangat betol , kalau boleh semua pokok dia nak bergambar .

Dah jadi macam abang dia dah ke ?

Macam dalam cerita avatar 

Totes inappropriate ~

 Devil wears prada ~


Keminyakan terlampau ~

Pembaziran 1

Pembaziran 2

Pembaziran 3

Lawa kan I-City nie =) Berapa banyak agaknya elektrik yang digunakan untuk menampung lampu-lampu kat I-City nie yerp . Mesti bil melambung gila-gila .

After almost 2 hours , plus minus masa menunggu hujan berhenti , kitorang pon berangkat pulang . Ayah dengan ibu asyik call banyak kali tanya bila nak balik . Well , wajarlah kan depa telefon . Dah jam 12 malam kot . So kitorang pon balik .

But wait , before that we saw something yang buatkan tekak nie rasa lapar . We saw kedai Burger Bakar Abang Burn . Wahhhh heaven sangat kot sebab dah lama gila teringin rasa burger bakar nie Abang Burn nie .


 Asap merata-rata 

 Try to be cute and we totally nailed it . Eh ?


Borak apa lah dia dengan paris nie , eh tudung dah tanggal dah -___-

 Meatball and burger cheesy beef 

 Pose first ~

 Then we eat ~

This is the right way to eat , ohhhhh baru tau . TenQ sifu ~

Secara jujurnya , burger bakar Abang Burn nie tak ada lah sedap mana pon . Sorry . Nampak burger tu memang menggiurkan tapi bila dah rasa , hurmmm macam makan burger dengan asap . You know what does it tastes like ? I dont know how to describe it . Rasa dia macam tak balance . It should be ada rasa masam , pedas and manis sikit , baru lah sedap kan . Tapi tak ada , cuma rasa blackpaper , tawar and that's it . For me , burger bakar TMF lagi sedap kot . Itupon kalau korang pernah rasa lah .

Sorry yer terjujur pulak komen =)

Kitorang habis RM53 ringgit kot kat sini . Satu burger RM10.50 kalau tak silap . Burger TMF baru RM5.50 . Takpelah , sekadar untuk merasa . By the way , not bad jugak lah perniagaan Abang Burn nie yerp . Tak pernah lengang . Ada je pelanggan masuk .

Habis makan baru kitorang semua balik rumah . Tamat .

PESANAN PENAJA 


" Jimatkan penggunaan elektrik , jangan membazir "

Mood cuti telah membinasakan aku , dua assignment tak sentuh lagi . Arghhh !!
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

10 comments:

  1. Best ke I-City? Selain daripada lampu yang berwarna warni tu ada apa je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempat untuk snow , kalau pergi siang ada taman tema air . snow n taman tema air dia kene bayar lah kalau nak masuk . yang aku pergi nie free je =) hewhew

      lebih baik pergi snow world dkat genting , lagi murah .

      Delete
  2. Assalamualaikum adik. hahaha akak sendiri belum pernah masuk situ okey. KUNO tak? haha kan membazir. pandai kau bagi pesanan. moga kerajaan mendengarnya dik. hihi. nanti belanja kita makan burger abg Burn ek? nice posing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir kan , tapi nice =) effort kerajaan untuk tarik minat pelancong ke negara kita =) burger bakar abg burn mahal lah kak sheila >___< rasa dia biasa2 je ... thanx kak sheila ^^

      Delete
  3. Dah banyak dah berubah I-city rpenya. Dah lama x pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ? macam sama je . ahaks ~ *first time pergi so xtau*

      Delete
  4. dah banyak berubah... gajah tuh pon tak pernah tgok sebelum ni... beger bakar kt stu sentiasa ramai org...tak pernah try stu pon...ngehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah tu baru ke ? owhhh oke . memang ramai . pelanggan tak henti2 masuk . padahal dah 12 tengah malam masa tu ..

      Delete
  5. Saya pemilik burger bakar tmf, thanks kerana menyokong burger kami, tapi buat masa ni kami telah pun berpindah ke taman medan petaling jaya, ada masa singgah singgah la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah =) sos burger TMF memang terbaekkkk =D

      Delete

Home