Thursday, April 4, 2013

Restoran Muhd Chan : Makanan Cina Muslim

Assalamualaikum

Sesampai je aku dekat Klang , parents aku datang ambik . Lepastu dengan baik hatinya ayah aku nie nak belanja makan dekat Restoran Muhd Chan . Bukan senang nak tengok ayah aku belanja makan tau .


Restoran Muhd Chan nie dimiliki oleh seorang cina muslim , so makanan dalam restoran nie berkonsepkan makanan cina lah . Susah nak dapat makanan cina yang halal dekat Malaysia nie ? Yang halal pon cuma nasi goreng cina , itu je -____-

 Menu

The price

The price

Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau . For me , harga nya oke lah kot . Mungkin ada yang kata mahal . Kalau korang nak elakkan perasaan mahal tu , korang ikut tips aku . Gunakan istilah " alahhh bukan selalu makan dekat tempat-tempat macam nie " . InsyaAllah lah perasaan mahal korang tu akan reda .

So inilah makanan yang kami order =)

Ini ayah aku punya , Wantan Mee Roasted Ayam

 Ini ibu and adik aku punya , Kantonis Kuey Teow

Ini aku punya , Tom Yam 

Memandangkan diri ini masih lagi dalam proses nak baik demam , so malam memang tak rasa nak makan nasi . Nasi will make me loya rasa nak muntah . Simptom orang mengandung nampak dah , nasib baik aku nie lelaki , hewhew =P

By the way , lemme explain about the food . Makanan kat sini semua portion dia besar-besar tau . Kat dalam gambar atas tu memang korang nampak kecik tapi bila dah sampai depan mata , masyaAllah besar nya >__< Macam tom yam aku tu , walaupon aku pilih saiz s , tapi boleh makan untuk 4 orang . Besar siot mangkuk dia .

 Nampak tak besar pinggan tu ?

 Amboi ayah tak menyabar >__<

Asam limau dan kedondong asam boi

Air kat sini sedap ! Terutama sekali air kedondong dia tu , perghh betul-betul terasa kedondong dia . Servis kat sini pon bagos . Baik hati je pelayan-pelayan kat sini . My adik suka jus epal susu tapi kat dalam menu cuma ada jus epal je , then kitorang mintaklah dia tambah susu , dia pon tambah lah susu . Baik kan =)


Kamera aku nie kuasam lah . Time aku maintain pose dia blurr , time aku hodoh boleh pulak clear . Saja je tak nak bagi aku bubuh gambar hensem dalam blog . Nampak tak permainan dia ?

Makanan aku paling mahal sekali kot >__<

Okey lah kot kan harga dia ? Tak ada lah mahal sangat . Ingat ! Bukan selalu . Hahahaha =D

Antara cawangan Restoran Muhd Chan

Aku makan dekat cawangan Shah Alam. Dekat dengan Hospital Columbia. Maaf lah aku tak tau alamat yang penuh. Lagipula aku nie agak biol sikit bab-bab nama jalan nie. Aku jenis ikut je =D

PESANAN PENAJA


" Terima kasih ayah sebab belanja =) "
( I can see my face do look like my father's face )

By the way , cuti mid sem aku dah bermula =) Advance gila aku nie . Orang lain balik hari jumaat , aku start balik rumah hari selasa . Hebakkk mu nie zarep >__<

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

See ya !

16 comments:

  1. Assalamualaikum dik. kau ni memanjang je advance lebih. hohohoho. heyyy fav akak tu mee wantan. perghhh kecur air liur. tolong lah bagi alamat. senang akak kau ni nak ajak abg pergi situ lepas gian hehehehhe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wwaalaikumsalam kak sheila =) sedap mee wantan tu ^^
      jalan anggerik kot , sy xingat lah kak shila . bil nya pon ntah kemana . cube try google =)

      Delete
  2. Replies
    1. sedap sangat luqman =) ce lah try ^^

      Delete
  3. butter prawn terbaiikkkkk kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia pon terbaik >___< hahahhaa

      Delete
  4. Kenapa tomyam dia nampak macam bersantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =) aku pon masa nampak ingat dia letak santan . tp bila dh rasa , perghhh !! sedap nya farah =D betul2 kaww tom yam dia . marbeles !

      Delete
  5. Kalau makan satu family, lagi2 kalau ayah yg belanja memang takkan ada istilah ''mahalnyaaa'' hahahahaha orang nak belanja kan, rembat je ! =B

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul ! tambah-tambah ayah sendiri nk belanja =D tapi kesian jugak dekat depa sbb habis duit . sebab tu selalu berbelanja kne ingat =)

      Delete

Home