Wednesday, April 17, 2013

SPA

Assalamualaikum

Ini SPA stands for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yer , bukan spa tempat untuk memanjakan diri yang macam Fatin Liyana pergi tu , bukan bukan .

Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau 

Aku tak tau pon aku dipanggil temuduga sehinggalah semalam dengan tak sengaja nya rasa macam nak bukak laman web SPA nie ( Siap reset password sebab dah lupa ) . Semakan jadual temuduga nie keluar 28 Februari yang lalu tapi aku baru dapat tahu semalam . Hebakkk mu zarep -___-

Temuduga SPA nie dia tanya apa je erk ? Sape yang tahu tu tak nak share ke ? Tak kesian ke dengan diri ini . Ke nak diri ini buat muka cute ala-ala gwiyomi baru semua nak share T__T

Cuba pose comel ala-ala gwiyomi .. Comel tak kak ton ?
( Menangis Bobo kalau tengok kecomelan aku nie , dia pon kalah tau )

Share tau kalau korang tau maklumat apa-apa pasal SPA nie =) Thanx ! ^^

Actually masa aku isi application SPA nie , time tu aku tengah down gila-gila sebab aku tak dapat UPSI masa tu . Not to mention , Uitm dan UIA jugak . Perghhh masa tu rasa macam jatuh ditimpa tangga , lepastu tanah runtuh . Hambikk kau betapa malangnya nasib aku masa tu . Ingatkah kalian akan entry ini -----> Life Is Not Always Good

Memang down gila-gila masa tu . Nasib baik kawan dunia akhirat aku ada dengan aku masa tu . Dia lah yang suruh aku isi application SPA nie . Lepas siap isi je , terus ajak pergi jusco shopping baju . Perghh , kata sedih tapi mampu lagi pergi shopping baju . Hebakk hebakk . Asal leh masuk bab shopping nie ?

Siap isi , itulah kali pertama dan kali terakhir aku bukak laman web SPA nie -___-

Lepastu entah macam mana , tetibe UPSI merayu supaya aku masuk universiti dia . Wahh gitu . Padahal aku nie hah yang merayu sebenarnya . Hahahaha . Satu tuihh untuk zarep ~

well said ~

Aku serba salah sebenarnya nak pergi SPA nie . Yelahh sebab sekarang nie aku tengah sambung degree . SPA yang ditawarkan nie tahap diploma . Tapi kos nya pulak , memang aku minat . Niat asal aku kan nak jadi doktor gigi . Kan korang tau yang aku nie doktor tak jadi . So bila dapat Penolong Pegawai Perubatan nie aku rasa macam wahhh jugak lah . Takpa lahh , pergi je dulu , baru temuduga kan . Belom tentu dapat lagi . Kalau dapat nanti baru decide macam mana =)

PESANAN PENAJA 


" Korang-korang semua , doakan aku tau supaya temuduga tu nanti berjalan lancar =) "

Start balik hari selasa lepas habis kelas , sampai hari ahad baru balik UPSI balik . Kelas hari khamis ponteng . Mohon semua boleh simpan rahsia ini =)

Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .

Wait ! Sebelum tu nak iklan sikit nie hah , aku ada terbukak satu page yang jual tudung kat facebook nie . Tudung dia cantik sangat i tell you >___< Lain dari yang lain . Sangat sesuai untuk para muslimah yang benar-benar menjaga auratnya . Wahh gitu ....

Ini page nya : By Hafizah Ali 



Seriously , lawa kan tudung-tudung yang dia jual ? Actually dia nie coursemate aku . Satu kelas =) Tapi dia tak tau aku bubuh gambar dia dalam blog so korang diam-diam je yerp . Nakmo kecoh-kecoh tau . Nanti Kak Ton makin femes , Kak Ton malu . Sejak bila jadi Kak Ton nie zarep ?

Siap buat tutorial pemakaian tudung yang betul , curlasss kau fizahhhh 

Pandai posing jugak dia nie rupanya . Diam-diam berisi . Terbaik lahh fiza =D So korang boleh lah start godek-godek page dia nie yerp dan start lah membeli . Cantik sangat tau tudung-tudung tu lagi-lagi yang biru turqoise mix pink tu . Lawa gila !!

Okey itu je , See ya !

11 comments:

  1. kakak saya dah selamat kerja under spa.
    tp dip medical lab tech.
    masa temuduga.. kakak kata dia tak tanya pun pasal pelajarn. means,yg ad kene mngene ngn course tu. dia tanya about familybackground.. n ada sikit ujian bertulis. pasal bende2 am.
    and dia ckp kkk xlayak amek ni sbb tak amek sains tulen. tp tuptup dapat. rezeki dr Allah.
    btw,
    kawan2 dy yg lain katanya ad yg dpt soaln susah2 gak. taktau lh.
    aa.. zharif, cmne nk apply? pening a tgok website dy.. tak jumpa tang mana nk apply dip separa perubtn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh ye ke , ermmm takot jugak dia tanya pasal koc yg kita amek tu . thanx fatin ^__^

      nak daftar klik sini : http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

      Delete
  2. All the best for the interview Zharif :)
    Tak boleh nak tolong apa pun. Tolong doa je yang mampu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. good luck dik! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam , thanx kak sheila ^^

      Delete
  4. pergi je temuduga tu.dapat ke tak belakang kira. buatlah pilihan yang tepat,kau pon memang minat nak jadi doktor gigi tu kan. wishing u all the best.

    ReplyDelete
  5. betul tu jarep, pergi je dulu. Belum tentu dapat :)

    InsyAllah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk zarep . goodluck from me ;)

    ReplyDelete
  6. macam mana apply yer? xreti la

    ReplyDelete

Home