Followers

Wednesday, May 29, 2013

Aktiviti lagha di hujung minggu

Assalamualaikum

Aktiviti lagha ini bermula dengan niat untuk menghabiskan baucer buku 1 Malaysia memandangkan tarikh tamatnya 31 Mei ini jadi sesi menghabiskannya itu perlu dilakukan secepatnya. Again thanx for the baucer buku eventho me prefer cash money than this voucher buku thing. Bukan tak bersyukur cuma mengeluh. Ada beza tu. Rujuk kamus dewan halaman 284. Sila percaya.

Saki baki baucer buku tu tinggal RM100, tak tau nak buat apa since aku nie bukan lah peminat novel atau lebih tepat tak suka membaca. Dan part yang paling mencirapnya, ada orang tu punya lah berjanji "Weyh besok aku ambik kau kat rumah, kita pergi habiskan baucer buku" , guess what, dia bolehnya tak bawak baucer buku dia ? Tak ke rasa macam nak bagi kasut je.

Di situ lah berlakunya sesi menghabiskan baucer buku

I went to MPH Alamanda Putrajaya last thursday. Lama dah tak jejak kaki kat Alamanda nie. Susah betul lah nak habiskan baucer buku nie, padahal tinggal seratus je lagi. Nak cari barang, pikir banyak kali. Tak tau pasaipa, padahal bukan duit kita pon.

Ini lah hasil 2jam dalam MPH tu 

Alhamdulillah, finally i got new laptop bag. Me shoo happy. Baguslah MPH nie, barang dia macam-macam pilihan. Walaupon POPULAR lebih banyak pilihan tapi disebabkan syarat yang ketat melekat dan sendat tentang penggunaan baucer buku di situ, so diri ini begitu cukup menyampah dengan POPULAR.

Kedai buku MPH nie syarat nak menggunakan baucer buku sebanyak RM100 hanya perlu beli buku bacaan yang berharga 10 ringgit ke atas, then baru boleh beli benda-benda lagha lain. Tu pasal ada buku Tom Jerry kat atas tu. Kalau kat POPULAR, dengar cerita 80% harga baucer mesti buku bacaan. Gila.

Dah cukup lah zarep mengutuk POPULAR tu.

Beg boboboy tu obviously bukan untuk aku pakai yer -____- Itu aku saja belikan untuk adik aku sempena hari jadi dia. Semua barang tu ada discount kot. Siap bagi voucher ais krim dengan voucher sushi lagi. Malas pulak nak tunjuk voucher-voucher tu kat sini. Entah bila nak guna voucher tu pon tak tau lah.

Lepastu topup perut dekat Subway.

Makan tak hengat diri tu pemakai braces -___-

Makan Subway nie perghh malu gila. This is my first time so nak order tu agak kekok. Tengok orang depan order

"Okey i want that Italian bmt with italian bread, i dont want cheese by the way, okey give me lettuce, pickles, tomatoes, no onion pliss. Give me chili sauce with bbq sauce and that's it"
( I dont really know the names of the menu so pardon me, me just wrote what i've heard )

Aku yang kat belakang dia masa tu tergamam 28 saat. Awat rumit nohh nak order Subway nie. First timer mesti rasa rumit. Kalau dah jadi regular customer, lancar lah kot. Btw, sedap jugak arr burger dia. Burger ke kebab ? Confuse.

Then pergi keliling Putrajaya. Solat sat kat Masjid Putrajaya. Masjid nie bila dah masuk, masyaAllah besarnya. Cantik sangat senibina nya.


Teruknya lompat-lompat kat masjid zarep nie -___-


Suka benor kau melompat yer zarep

Keji tak bila gambar sendiri pose, letak saiz paling besor ? Dah tu banyak pulak tu. Keji.
Memandangkan hari pon dah hampir gelap, jadi nak singgah Festival Belia, tak sempat. So kitorang pon balik rumah.


Balik rumah, budak kecik tu nak jugak birthday cake for her birthday. So beli lahh. Ibu aku nie terlampau manjakan sangat budak kecik tu -___- Mentang-mentang bongsu. Owhh the girl with black tudung next to my mother is my cousin. Panggil je dia mak lampir. She stayed at my house dah dekat seminggu. Mengada lah mak lampir nie tak nak balik umah =P

After celebrating my adik's birthday, me followed Paris new york to Jempul Nogori Sombilan. Saja ikut. Eh tak lah, my mom suruh ikut dia balik sebab masa tu dah malam so agak bahaya yerp memandu tanpa teman. Potensi untuk tidur time drive amat tinggi.

Nama dia Zuyyin bam bam ^__^

Nak ambik gambar asyik bergerak je 

She is the newest anak buah paris. She smells shoo nice. Wangi sangat, seronok gomol pipi dia yang bam bam tu. Nasib baik jenis tak takut orang. Aku agak tak berkenan sikit budak kecik takut stranger nie. Secomel mana pon budak tu tapi bila nangis orang luar dekat, memang aku xberkenan. Haihh kata belajar psikologi zarep, memang lah budak kecik akan menangis bila orang tak dikenali menghampiri dirinya. Tak ingat ke chapter 2 tentang infancy ? Macam mana nak exam nie.

Lepas solat jumaat, bertolak with Paris's parent to PD menuju ke rumah kakak dia. They ask me to join them to go to kenduri kahwin umah sedara mereka tapi diri ini ada aktiviti lain pada hari sabtu itu. So terpaksa jugak lah balik rumah hari jumaat tu. Tidur sana sehari je, macam ntah pape.

Dah siap makan semua kat rumah kakak dia, kitorang pon bertolak menuju ke Alamanda Putrajaya semula. Kali nie turn Paris pulak spend his voucher. Pon lama jugak nak beli-beli barang tu. Habis je kitorang pergi Festival Belia.


Jujur aku cakap, Festival Belia nie sumpah bosan tak sudah. Datang just tengok-tengok pertunjukkan yang ada, then kalau ada duit shopping lah barang-barang yang membosankan dijual di situ. And that was it.

Masa nak balik dari Festival Belia nie, boleh pulak ada pakcik tua tu gadoh dengan orang muda pasal nak cepat. Orang muda tu tunggu aku keluarkan kereta sebab nak ambik tempat parking kitorang. Tapi orang tua yang berkopiah belakang kereta orang muda tu punya tak sabar. Entah apa yang nak di kejar pon tak tau. Siap hon-hon lagi, macam dia sorang je yang ada hon. Dia siap menengking kot kat orang muda tu. Dah lah hampir nak langgar kereta kitorang. Mungkin orang muda tu bengang sangat, dia keluar kereta, dia tendang pintu kereta orang tua tu sekuat hati. Lawak siott sampai kemek Alza orang tua tu. Dah lah ada polis masa tu.

Maka aku pon sampai rumah dan Paris pon balik ke rumah kakak dia.


The girl with pink scarf is Mak Lampir's sister

Besoknya, me, my adik-beradik and mak lampir bertolak ke Aeon Bukit Tinggi. Sebab apa pergi sini, sebab nya dorang semua nie nak tengok artis. Kan lagha tu namanya. Ada Anzalna, Hefni dan Hafizul On Air, Aaron Aziz, Rita Rudaini, Adira, Adi 6ixth Sense, Dira Abu Zahar, Faizal Husin dan banyak lagi.

Aktiviti lagha memang ramai datang

Anzalna aku tengok dalam tv, nampak tinggi. Sekali depan mata ya Allah keciknya. Walaupon pakai heels setinggi entah berapa inch, tapi memang tinggi gila heels dia. Anzalna yang kita nampak tinggi tapi kecik, bayangkan Neelofa pulak. Lagi kecik kot. Aaron aziz pon sama, i thought dia tinggi lah sangat kan, rupanya aku lagi tinggi sikit kot dari dia. Kah kah kah =D


Adira suara dia mantap gila. Habis perform terus balik macam tu je ? Okey.


" Aku tau dia artis, tapi aku tak tau nama dia apa " - Nurin
Hampehh tol, punya lah beriya bergambar, siap si Hefny tu pegang phone dia pulak tu


Nasib baik ada tangan tu, dapat cover ketiak Dira Abu Zahar nie. Aku TER-salam tangan Dira masa dia nak balik tu. TER sangat tau padahal hulur tangan >___< Artis yang tak banyak pakai make up, dia lah. Nampak natural je and beautiful.
Sape minat cerita Dahlia dekat Astro Ria ? Aku salah satu peminat drama itu.


Tak sempat nak bergambar, sebab faizal husin nie aku tengok busy semacam je


Paling ramah dan paling lama melayan karenah peminat. Sangat sporting dan sangat friendly =)


Tudia abang Aaron kita, nak keluar tu semua tolak-tolak. Gila betul erk mereka semua terhadap Aaron nie


The most pity-est artis aku rasa. Dia berdiri dekat pintu punya lah lama tapi tak ada pon yang ajak bergambar. Kadang kesian tengok. Ada je yang nak bergambar tapi tak ramai. Bila artis semua dah balik, baru lah orang serbu kat dia. Lagipun dia nie macam bajet hensem sangat lahh, maybe sebab tu ramai yang tak suka. Sorry. Tapi memang dia hensem pon.


Rita Rudaini asyik dok dalam tu je dengan kawan dia nie yang berlakon jadi jahat dalam cerita Sehangat Asmara tu. Kawan dia tu apa nama ? Aku tak tau. Dia tu mengandung, so takpe lah. Boleh faham kenapa tak nak keluar. Rita Rudaini serious lawa gila cumanya make up dia agak tebal masa nie. 

Anzalna awal-awal aku nampak tapi lupa nak ambik gambar sebab masa tu culture shock sangat. Sedih je tak dapat gambar Anzalna. She's sooo pretaaayy and sweet in her pink colour dress and heels.

Petang tu baru balik umah. Penat sangat.

Ahad nya baru balik UPSI balik. Tragedi betul lah nak balik UPSI masa nie. Aku start naik KTM dari Nilai jam 4 petang. Lepastu dah sampai Segambut, which is lagi satu jam nak sampai stesen Tanjung Malim, baru aku perasan yang aku terlupa bawak charger laptop. Perghhh sakitnya lah hati ini. Kenapa diri ini begitu pelupa. Terus turun then patah balik menuju ke stesen KTM Nilai. Sampai Nilai dah jam 8.15 malam. My mom and my father were there waiting for me. Lepas dapat je charger laptop tu, aku terus bertolak lagi menuju ke tanjung Malim. Masa tu dah jam 8.40 malam. Approximately jarak antara Nilai ke Tanjung Malim, mengambil masa 3 jam untuk sampai.

Ayah siap belikan makanan kot untuk aku, aku lapar gila-gila T__T
Terima kasih ibu dan ayah =)

Dah lah bas UPSI yang terakhir dari kampus lama ke kampus baru jam 11 malam. Sampai sana dah jam 11.15 malam. Jalan kaki selaju mungkin ke kampus lama. Dari KTM nak ke kampus lama boleh tahan jauh jugak lah. Dalam perjalanan tu, terdapat banyak anjing-anjing jalanan yang sedang beristirehat.  Dalam perjalanan tu, anjing-anjing tu start kejar aku T____T

For your information, aku nie memang takut gila-gila dengan anjing. Tapi aku beranikan diri supaya tidak lari. Walaupon 2 ekor anjing tu hanya beberapa cm je belakang aku, aku tetap tidak lari. Aku siap boleh balas balik kot "Ong ong". Lepastu dia berhenti, then sambung kejar balik. Sekali datang lagi 5 ekor anjing. Perghhh terbaik gila !! Nasib baik dah nak sampai kampus masa tu. Tapi still belum sampai lagi. Aku dah mula risau dah masa nie. Buat nya depa gigit aku, memang naye lah aku masa tu. But Alhamdulillah, i managed to arrive at campus safely. Thanx Allah ~

Sampai pintu timur, memang bas dah tak ada. So terpaksalah naik teksi. 12 ringgit habis T__T Boleh je dari KTM naik teksi terus ke kampus baru. Sama jugak harga nya, cuma aku nie agak tak berapa berkenan dengan teksi. Kadang harga dorang tu tak masuk akal langsung. Cekik darah betul. Tapi masa nie darurat, dah malam sangat kot. Ibu asyik call je.

PESANAN PENAJA 

*Nie gambar masa kat matrik, saja nak bagi tau*

" Minggu depan dah exam woiii !! "

Kuliah dah tamat, minggu depan 4 Jun start exam. Mati. 15 haribulan last payper, so dah boleh balik !!
BTW, artis-artis yang baca post nie ( Ada ke ? ) kalau tersinggung dengan kritik-kritik yang bernas lagi munasabah, mintak mahap lah yer. POPULAR juga, sorry terkutuk. Ampun.

Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

14 comments:

  1. Assalamualaikum dik. tergelak akak kau ni baca entri ni. hahaha mak lampir tak marah ke kau bagi nick name baik punya ni? hihi btw akak suka gila kat Dira dengan Rita. mohon amik gambar mereka boleh? hahahhaa *gurauje*

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      mak lampir tu dah boleh adapt dgn nama tu, hahahaa
      nak ambik, ambik je.. tak kesah pun =)

      Delete
  2. Amboi, ligat hang ek? Hihi.

    Teringin nak pergi Festival Belia hari tu, tapi, busy sangat, jadi tak dapat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolonglah, bosan teramat sangat kot =P

      Delete
  3. Goodluck exam zarep ! :P btw nice Entry ^^

    ReplyDelete
  4. Tepat 31mei bru scara rasmi xde baucer dlm purse.haha

    ReplyDelete
  5. Dosa ltk pic ddh aurat

    ReplyDelete
  6. Hihi, mmg lagha, kak pon suka dira abu zahar.. Dia xbyk mekap sgt... Natural jer dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, yg len semua make up tebal gila kot

      Delete

Komen yang baik-baik je yerp =) thanks .