Monday, May 20, 2013

Water World I-City Syiokkk !!

Assalamualaikum

17 Mei yang lalu, diri ini telah pergi berjimba di Water World I-City Shah Alam dengan suksesnya. Walaupon rancang last minute namun ia berjaya ditunaikan. Berbekalkan minyak kereta 20ringgit maka bertolak lah kami bertiga ke Shah Alam jam 8.30 pagi.

Well, singgah McD beli sarapan dulu. Kan sarapan di McD pada hari biasa murah. Korang nie suka lupa tau. Ingat nak simpan McD nie untuk makan kat I-City tu nanti. Tapi tahap lapar kitorang dah tahap cipan masa tu, habis semua kitorang ngapp. Bersih dan licin. Sekian.

Gambar pendahuluan haruslah yang gahh gitewwww =D

Search kat internet, Water World I-City nie bukak jam 10 pagi, tapi bila dah sampai sana dia kata bukak jam 11 pagi untuk hari biasa, dan 10 pagi untuk sabtu ahad dan cuti umum.

Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, parking senang dapat. Well hari biasa mana ramai orang. Kitorang sampai tu dalam 10.45 pagi macam tu, so kene lah tunggu jam 11 baru bukak.

 Ya, harus dong posing begitu. Nama nya jugak pelancong kok.

 Udah deh posing nya, kayak batak aja ahh !

 Sesi menunggu kaunter tiket dibuka

Ticket price

Tangan ku yang berparut itu >__< huduhhh

Tiket masuk bagi dewasa dan kanak-kanak pada hari biasa adalah sama, iaitu RM20 satu kepala. Jam kaler kuning tu tiket masuk, jam kaler merah tu kunci locker. Locker sewa RM5 hengget. Dinasihati supaya korang sewa jelah locker nie demi keselamatan barang-barang korang. Cara nak bukak locker akan diajar sebentar lagi. Jadi teruskan membaca. Wahh gitu.

Sesi menepek sunblock di muka, tangan, badan, dan segala anggota yang terdedah 

Sunblock wajib pakai ye korang semua demi melindungi kulit korang daripada terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit tu. Selain itu juga bagi mengelakkan kulit anda-anda semua bertukar menjadi kulit bangla. Solat taubat aku kalau kulit sunburn woiii.

Muka redha je semua -___-

Jijik tol adik aku posing, belajar dari mana lah tu yerp

First kitorang main dekat tempat budak-budak. Yelahh, tempat budak-budak nie bersebelahan dengan locker. So itu yang kitorang terjah dulu. Mintak mahap lah yer, tempat budak-budak nie air dia santak sejuk. Sangat tak bersesuaian dengan diri ini yang sudah remaja bergetah lagi vavavoom nie.

 Tak sedar diri 1

 Tak sedar diri 2

 Masa nie hidung aku masuk air teramat banyak sampai pening @,@


Yang belakang tu santak tak sedar diri nak naik gelongsor budak2 -__-

Dalam pada sejuk-sejuk tu, dekat 15 minit jugaklah muqaddimah kitorang kat sini baru gerak ke tempat lain.

 Look !! How kosong the place was ?

The tornado is superbbbb !

Aksi melompat tu wajib yer kawan-kawan


Keji tak upload gambar sampai 2 bermotifkan benda yang sama ?

 Let's move to the next place b****

I love this sliding !

Somehow, aku tengok gambar-gambar yang Faries ambik nie, semua nya cantik-cantik. Ke sebab kamera or orang dalam gambar tu yang membuatkan gambar tu nampak cantik ?


Setelah beberapa jam di dalam air, maka perut pon kosong. Makanan kat dalam nie sangat mahal okey.

 Roti nie harga 5 hengget -___-

Roti yang dibawa secara haram 

Dalam Water World I-City nie, dorang tidak menggunakan cash untuk membeli segala barang. Dorang menggunakan jam yang kitorang pakai tu. Jam tu korang kene "top-up" lah berapa duit nak letak. Masa beli tiket nanti orang tu akan tanya nak topup berapa ringgit. Jangan risau, kalau duit dalam tu korang tak guna, korang boleh dapat balik =)

Perut dah topup, so kembali meneruskan aktiviti perenangan. Okey runsing, ada ke ayat bahasa melayu macam tu ? Kalau tak ada, sila tambah sendiri dalam kamus dewan anda. Sekian.

Tornado

Tornado nie aku naik sampai 7 kali kot. Kalau ikutkan rasa nak naik banyak-banyak kali. Best gila kot ! Gayat memang gayat, rasa macam nak tercampak je. Engineer mana lah yang cipta permainan nie, bijak tahap cipan. Love !!

Slide yang nie pon boleh tahan takutnya >__<

 Main kat tempat cetek jelah yerp, diri ini masih lagi tak tau berenang. LOL

Mengenangkan kisah diriku yang hampir lemas semasa bercuti di Pulau Pangkor Februari yang lalu, diri ini telah mengambil pengajaran supaya tidak berada di tempat yang dalam tanpa pelampung atau jaket keselamatan. Diri ini insaf.

Start masuk jam 11 pagi, jam 5 petang baru teringat nak balik. Teruk benor kitorang bertiga nie. Mandi non-stop. Jari tangan dan kaki berkedut seribu.


Finally, detik-detik yang ditunggu oleh korang tentang macam mana nak bukak locker kat Water World I-City nie. Berpandukan gambar di atas, hah macam tu jelah cara nak bukaknya. Scan kan jam merah korang dekat sensor locker tu, then dia akan process dan kalau betul, dia akan terbuka. Canggih kan =D

Cara nak bukak locker pon nak ajar tau, menyampah arr zarep nie.

So seperti biasa, dah ada pengalaman mandi kat sini, mesti nak bagi tips-tips buat pembaca di luar sana. Andai kata korang menyampah dan malas, boleh skip je part nie hokeyhh.

1-Bawa makanan dari rumah : Makanan nie sangat penting ! Seperti yang aku dah bagi tau tadi, makanan dalam nie memang mahal. Okey about security check masa nak masuk tu, dont worry dont panic. Kalau korang panic, kantoi lah nanti. Nak hidup nie kene pandai berlakon. Sorokkan makanan korang antara lipatan kain-kain baju dalam beg tu. Dorang just bukak beg and tengok, itu je. Dorang tidak akan meraba-raba beg tu. Just nak tengok. So jadilah manusia yang bijak =)

2-Sunblock : Make sure korang pakai tau. Korang kalau dah dapat mandi kat tempat-tempat macam nie, confirm 5-6 jam korang berendam dalam tu, betul tak ? So please please please pakai sunblock. Jaga lah kulit anda.

3-Empat orang dewasa : Kenapa dengan 4 orang dewasa ? Okey macam nie, sliding yang Tornado and sliding yang belang-belang biru putih tu, WAJIB dimain 4 orang. Selagi tak cukup 4 orang tak boleh main. Kalau korang dah sedia ada 4 orang dewasa, korang dah boleh main tornado tu bila-bila masa sahaja. So dalam hal kitorang nie, kitorang kene bersusah cari lagi 2 orang untuk mencukupkan kuota tu. Elok-elok boleh main banyak kali tornado tu, tapi telah dibataskan dengan bilangan orang yang kitorang ada. Nasib baiklah masa kitorang pergi nie, semuanya friendly and baik. Kitorang siap boleh berkawan kot dengan perempuan-perempuan tu =) Awwwwww. Sebab tu aku cuma dapat main 7 kali je. 

4-Locker : Sewa jelah locker tu, 5ringgit je kot. Takkan tu pon nak berkira ? Barang berharga korang melebihi ribuan ringgit betul tak ? So protect mereka dengan menyewa locker-locker yang disediakan tu. Jangan risau, locker tu boleh dibuka tutup bila-bila masa sahaja tanpa perlu ada cas yang baru. 

5-Pergi pada hari biasa : Well, hari biasa nie syokk banyak lah. Satu, korang tak payah beratur panjang. Dah main sekali, naik balik main lagi. Tak perlu nak beratur pon. Dua, tak sesak. Tiga, tak rugi masa. Empat, harga tiket pada hari biasa jauh lebih murah daripada hari cuti.

6-Ticket online : Kalau korang nie jenis yang advance, korang beli je ticket online. Murah sangat kot. Hari biasa RM10, hari cuti RM15. Murah kan ? Kalau macam aku nie, mintak mahap lah yer. Segala jualan online kejadah nie semua, aku tak tau. Hahahahaha

Okey , kat sini ada video percutian aku kat Water World I-City nie yang aku upload dekat youtube. So kalau nak tengok, silakan. Yang tak nak, pon boleh skip jugak part yang ini.

kindly, change the quality to 480p to get the best view 

 Nak balik dahhh =)

Look ! Free tube usage. Segala pelampung dalam nie adalah free. Tidak perlu bayar.

Ini yang buat aku bertambah suka akan Water World I-City nie. Pelampung dia free kot. Kalau taman tema lain kan kene bayar. Tapi kat sini tak pon. Lagi satu, semua permainan air dalam nie, budak above 120cm boleh main. Kecuali yang tornado and slide belang biru putih tu. Tapi slide belang tu depends gak, kalau penjaga tu kasi, maka boleh lah naik =) So tak ada lah rugi sangat bawak budak kecik kan, selalu tempat-tempat macam nie banyak budak kecik tak boleh main. Rugi.


Tak perlu susah-susah nak cari surau. Surau kat depan pintu masuk je. Nak masuk Water World I-City nie, mesti jumpa surau dulu. Tapi sorry to say lah, surau nya agak berbau. Mohon pihak I-City mengharumkan kembali surau itu agar musafir seperti kami berdua nie dapat solat dengan hati yang tenang.

Balik tu kitorang tapau KFC, lepastu singgah makan dekat McD. Tepat jam 8 malam baru sampai rumah. Ibu dah mula risau asyik call je nape tak balik-balik. Haihhhhhhh ~

PESANAN PENAJA


" Selamat ulang tahun Haziqah, stay cute stay young and stay annoying =) Hope you are not the last adik that i have. Mendalam maksudnya tu, faham kan betul-betul. Hahahaha "

Aku pergi sini bersempena dengan hari jadi budak kecik nie yang lahir pada 17 Mei 2004. Seronok tengok dia gembira. Aku tau dia suka main-main kat taman tema air macam nie, tu pasal aku bawak dia ke sini =)

So alang-alang dah wish birthday nie, tak lupa jugak hari jadi adik lelaki aku yang jatuh pada tanggal 11 Mei 1999. Minggu lepas pon aku balik rumah, sambut birthday adik laki aku nie kat sekolah dia, Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Ulu Langat.

Korang tau kan adik laki aku yang mana satu ? Yes, the orange one.


My mom cooked nasi impit with kuah kacang, and bought some grapes and a cake. The other SR cake tu, kawan adik aku yang bagi. Bila dah datang sini, aku rasa aku nie "rendah" sangat.

 Yang ada nie kawan sekelas adik aku and some of people yang adik aku kenal dan rapat

Banyak yang sebaya aku kot >__<

Bulan Mei jugak bulan ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah, so buat ibu dan ayah, Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-23 =) Semoga kekal dunia akhirat. Buat ibu, selamat hari ibu dan selamat hari guru =) Hadiah dapat banyak tak share pon yerp >___< Merajuk arr cemnie.

Maaf, this entry panjang lebar lah pulokkk . Kahkahkah
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

29 comments:

  1. Assalamualaikum dik. alahaii comelnya korang-korang ni. selamat hari lahir buat adikmu. semoga membesar dalam iman dan sihat walafiat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) aminn aminnn ^^

      Delete
  2. Seronoknya pergi water theme park. Aku sekarang fikir banyak kali kalau nak pergi water theme park ni.

    By the way, love all the pictures! Serious, nampak cantik.

    And, ayat "hope you are not the last adik that I have" tu memang mendalam ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan susah sikit kann =) banyak benda nak kne jaga, aku faham =)
      thanx farah =)

      Delete
  3. having fun... awesomee.. ^^ keep in touch :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hensem sangat ke sampai komen dua kali ? hahahaha . thanx again =)

      Delete
  5. Fuh.. gamba2 nya santek ah, pakai camera pe? btw, baca entry ni ase mcm nk g plak weekend ni. Tapi jerebu la plekkk~ huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera nikon p510 je =)
      jangan pergi weekend nanti penuh, pergi hari biasa =)

      Delete
  6. Great adik..
    suka baca blog adik ni.. happening.. =)
    do follow me back at http://zazaabdullatif.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana saya boleh ter-miss komen nie ? hahaha tenQ kak Zaza ^__^

      Delete
  7. Hihi, comel entry la.. Tgh dok google cr infos ttg wet world i city ni, blog ni yg bg review best tak hingat.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu thanx =) water world i-city memang best ^^

      Delete
  8. mcm best! tp gelongsor utk budak2 tu dewasa pn leh main jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xleh kalau ad yang jaga situ .. hahahaha =D naik kene curi2 lah

      Delete
  9. Ari nie sy pgi i-city... best baca cite awak nie...nmpk seronok

    ReplyDelete
  10. syok..mcm nk pi naik yg tornado tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best tornado tu, dah naik sekali mesti nak naik lagi =D

      Delete
  11. kalu kanak2 tinggi tak sampai 90cm boleh masuk waterworld tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu sy kurang pasti lah .. kene cek dekat website dia or call pihak sana terus .. maaf =)

      Delete
  12. Harga ticket brapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think i already upload the ticket price. mesti tak baca nie..

      Delete
  13. Haha. Srnk baca smbil trgelak sorg2 . Ayat2 yg sempoi. Mmg terbaikk 👍😅

    ReplyDelete

Home