Sunday, June 30, 2013

Puding roti bersama sos kastad

Assalamualaikum

Kali nie nak share macam mana nak buat puding roti bersama sos kastad.


Semalam, tengah-tengah malam buat puding roti. Kali nie buat sama-sama dengan ibu. Pernah sebelum nie cuba buat sorang-sorang, tapi hasilnya tak lah sesedap yang kali nie. Puji masakan sendiri ke ? Lol

Ini bahan-bahannya =)

- Gula - Esen vanila - 2 biji telur - 2 tin susu cair - Planta - Sebuku roti - Kismis -

Cara-cara membuatnya senang saja =)

1- Masukkan 2 telur, 2 sudu esen vanila, gula, mentega dan 1 tin susu dalam mangkuk. 
Then gaul sebati.

( Esen vanila tu tugasnya nak hilangkan bau telur, tak letak pon xpe. Tapi advisable letak lah )

2 - Sementara itu, sapukan mentega ke semua roti-roti yang hendak digunakan


3 - Well, typical malaysian, mana lah suka kerak-kerak roti nie kan ? So aku buang. 


4 - Sapukan loyang or bekas yang nak di isi roti dengan mentega to avoid the roti 
from melekat at the dinding-dinding acuan, kata nyaaa.


5 - Then susunlah roti-roti yang telah disapu dengan mentega tadi dalam acuan 
mengikut kecomelan masing-masing, pon bolehh .....


6 - Masukkan bahan-bahan yang telah di pukul sebati ke dalam acuan, 
then ratakannya supaya mampat, padat dan sendat. 


7- Taburkan kismis di atas adunan. Nak tukar kepada chocolate chip pon boleh, ikut suka =)


Aku bakar gaya orang zaman dulu-dulu. Tak pakai oven coz i dont have it. Microwave ada tapi tak tau lah nak guna nya macam mana. I mean dari segi berapa suhunya and berapa lama nak masak. Kalau setakat nak panaskan makanan tu reti lerr. Bab-bab buat kek or something yang complicated macam nie, mintak mahap lah yer. Memang eden tak tau.

So malam tu jugak pergi cari sabut kelapa.

 Cari sabut kelapa pon nak letak gambar tau, curlassss kau zarep !

 Sesi membakar sabut kelapa belakang rumah

This is how it's going to be look like =)

Buka, tutup. Buka lagi, tutup lagi. Sentiasa kene cek, takut hangus pula =)

Lepastu jerebu dalam rumah 
Dan aku tak faham macam mana adik aku boleh tidur dalam keadaan berasap satu rumah -___-

Guna kaedah nie tidak mengambil masa yang lama untuk masak. Seriously, dalam 10 minit ke 15 minit dah siap. So suprise O,O

Taraaaa dah siap !!

Makan puding roti nie sedapnya dimakan bersama sos kastad. So sekarang nak ajar cara buat sos kastad nya pula. Nak buat sos nya pon sonang saja. Orang tak gheti masak pon boleh buat hokeyh.


Masukkan satu tin susu cair, gula dan 2 sudu tepung kastad. Tepung kastad berfungsi untuk memekatkan sos tu , tapi jangan bubuh banyak-banyak tau sebab nanti dia berketul dan keras. Tak sedap. Kita nak sos tu cair dan berkrim, gitueeee =)

Lepas dah gaul sebati, tenggek atas dapur dengan api sederhana

Pastikan sentiasa kacau erk sos nie, jangan miss ! 

Kacau dan kacau sampai lah warna dan kepekatan sos tu berubah. 
Kacau ibu korang masak pon boleh =)

In case you did ask lah erk, aku tak ikut skema sangat sukatan-sukatan nya, pakai ikut sedap rasa je bubuh banyak mana. Macam gula dan mentega tu, pandai-pandai lah korang agak. Susu cair tu bukan manis sangat pon, so boleh lah letak gula banyak sikit. Kalau dekat puding roti tu tak berapa nak manis, korang buat lah sos tu manis sikit.

PESANAN PENAJA


" Masak itu mudah sangat. Jadi tiada istilah tak tau masak. Lagi-lagi perempuan, pliss pliss pandai masak. Aku nak buat jadi bini hokeyh. Oke bye "

1 Julai aku dah start kerja , Alhamdulillah akhirnya laku gak aku =)
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

25 comments:

  1. It looks good laaa. Nak buat tapi tak reti nak baakr2 sabut kelapa tuu -,- hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai je oven =) nie sebab kes xde oven , huhu

      Delete
  2. sedapnyaa. Tapi banyak sungguh kalori kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper, as long as hati gembira, hahahahaha

      Delete
  3. Lelaki pandai masakk.! Kesukaan perempuan,haha
    Pape pun nak cakap niee..
    Comel jeee telur tu kena contengg, ahhaa :D

    ReplyDelete
  4. Perghhh.. pandai masak!! Tahniahlah, dah dapat kerja.. haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lah pandai masak pon, tolong2 je =)
      thanx =)

      Delete
  5. mak ai? sedapnyo napak.
    dala lapa ni tgu mebe belum balik lg nak g mkn sama katanya..
    bagus2!!
    mmg tgh cri resipi ni pun!
    tq!
    tp nk bkar guna sbut tu mmg tak la. tp bakar dgn sabut tu mmg wallah giler rasnya!

    gud job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini gaya zaman dulu2, vintage kot. hahahhaa

      Delete
  6. macam seronok je buat puding ni

    ReplyDelete
  7. sweet sgt bila laki pndai masak . haha ! :D

    ReplyDelete
  8. hahaha...... mmg marvelossss nak sedap lagi campak chocalate chip....than tabur ground cinnamon sebelum bakar tu....
    ala-ala...english la skit kan....

    ReplyDelete
  9. ermmmm nmpk sedap... kene buat ni... pepun telor tu memang comeyyy! ^_^

    ReplyDelete
  10. Best nye guna cara traditional. . Tp dok bandor ni susah nak dpt sabtu kelapa tu.. Apa pon.. tahniah Bro!
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenQ =) dok bandar mmg susah sikitlah nak dapat sabut kelapa tu ..

      Delete
  11. suka baca blog awk ...ada fb tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, dekat tepi nie hah klik dekat icon fb =) thanx

      Delete
  12. Cooking and baking dua istilah yg agak berbeza . Tak semua org yg pandai masak tahu baking , and tak semua org pandai baking tahu memasak . Sy bolehkan katakn yg sy tak pandai memasak , tapi saya terlalu suka sangat membaking , sebab sy terlalu suka sangat gn benda2 yg ada sukatan dan ukuran yg tepat :D *tetiba*

    ReplyDelete
  13. Cooking and baking dua istilah yg agak berbeza :)

    ReplyDelete

Home