Sunday, June 23, 2013

Roti Nan Cheese yang enak

Assalamualaikum

Kali nie bukan nak share resepi ke apa, cuma nak share pengalaman makan roti nan cheese yang enak dan marbeles, itu saja. Saja nak buat korang terliur, hahahahahaha .....

Aku ada terbaca salah satu blog yang aku follow nie, tapi malangnya aku lupa siapa. Tetapi isi penting blog itu aku hafal pulak, pelik. Isi penting nya "Berdekatan Hotel Lotus, Jalan Medan Tunku"

Ini lah dia roti nan cheese , sangat menggiurkan bukan ?

Berpandukan isi penting ini, maka semalam aku pon chow lah pergi memburu roti nan cheese yang dikatakan sedap sangat tu. Memandangkan adik-beradik aku semua ada dekat rumah, jadi aktiviti memburu itu jadi lebih seronok. Makan sama-sama, kenyang pon sama-sama, terus one happy family at home. Boleh gitu ?

Set masa 10 saat je, tak main lah suruh-suruh orang nie =D

Itu dia restoran nya, Restoran Selera MY ( RSMY ). Sesat jugak lah kitorang nak ke sini, tapi nekad jugak nak cari sampai dapat, mula nya nak give up lepastu nak tanya orang sekeliling, last-last terjumpa sendiri depan mata. Gembira tawu tak bila usaha sendiri membuahkan hasil =)

Ini dia senarai harga dia 

Kiri tu senarai roti-roti yang dijual dekat sini dan kanan pula kuah nak cicah. Aku beli cheese nan 3 keping, dan kuah dhal. Saja je pilih kuah dhal memandangkan kuah dhal je paling murah dalam menu tu. Hahahaha. BTW, secara peribadinya, aku rasa kalau dah beli roti cheese tu, tak payah kot cicah kuah. Makan macam tu saja pon dah sedap nak mampos. Maaf mencarut.


Air buah kat sini sedap sangat, kaw gila-gila. Mine was apple susu, the taste very pekat and manis which I like it very much ! Customer memang ramai, so makanan lambat sikit lah yer.

Kantoi kebersihan restoran tahap B 

Lambat jugak lah order kitorang siap, tapi takper aku faham. Ramai kan =)

Finally !

Betul lah kata orang, dekat sini lah roti nan cheese tersedap dekat KL. Cheese dia melimpah ruah, pizza hut pon kalah tau. Aku nie memang hantu cheese, so bila dapat cheese sebanyak ini, rasa macam berada di awangan je =D

Mungkin terlampau sedap sangat, aku siap tambah order lagi 2 keping kot. Satu makan, dan satu lagi bungkus bawak balik rumah.

Awesome kan ?

Harga dia boleh tahan ........ mahal. But still affordable lah. Ingat, untuk mengurangkan rasa membazir, just tanam dalam hati "sesekali bukan selalu". Amalkan, insyaAllah rasa mmbazir itu dapat dikurangkan =D

Okey nak balik dah =)

 Ada budak tengah merajuk 

Paksa suruh tengok kamera pon still berdegil 

BTW, masa nak ke KL nie, jammed gila-gila kot. Ada perhimpunan blackout 505. Ramai gila manusia berjalan kaki, berarak dari mana entah dengan memakai pakaian-pakaian tanda protes dan ada juga yang membawa sepanduk-sepanduk. Dah lah masa pergi tu aku yang drive, sabor jelah -___-

Time balik si Faries pulak drive, tak ada pulak jammed. Haihhhh. Tapi takpe lah, aku tak kisah. Lagipun aku agak tak suka memandu malam. Silau. Huhu

PESANAN PENAJA


" Cuba tau jangan tak cuba, sedapp !! "

Masih tak dapat kerja lagi, sedih nya lahh T___T
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

6 comments:

  1. Pernah jugak makan roti nan tapi versi yg bakar dlm tempayan kt melaka, yg cheese ni x pernah pulak merasa..nmpk soo delicious!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ini pon bakar dalam tempayan jugak =)
      memang delicious dan mengenyangkan ^^

      Delete

Home