Tuesday, June 18, 2013

Sungai Inki, Kalumpang Selangor

Assalamualaikum 

Benda nie dah berlaku 8 hari yang lalu tapi baru terhegeh-hegeh hapdet sekarang. Boo zarep booooo.

Sungai Inki nie terletak di sempadan antara Selangor dengan Perak, so memang dekat lah dengan UPSI. Pergi dengan classmates dengan menaiki dua buah kereta.

Gambar pendahuluan ~

Maka jam 9 pagi bertolak lah kami semua ke Kalumpang. Then ketua kelas kitorang pergi check it out lah tempat nya sementara yang lain tunggu dalam kereta.



 Yang baju putih tu lah ketua kelas kitorang, berkawad ke is ? Hahahaa

Maka setelah segala kata sepakat telah dipersetujui dengan tuan punya tempat, kitorang pon bermulalah membina perkampungan sementara di situ.

10 orang je masa nie, lagi dua orang belum sampai lagi dari Melaka.

Semua nya muka tak sabar nak jiblon dalam sungai tu sebenarnya, tapi tahan je dulu. Kene prepare makanan siap-siap. Lepas mandi confirm lapar. So makanan mesti kene sediakan dulu.

 Kak ila dah usha pelik dekat sungai tu, tak sabar letewwww

Bob si tukang nyalakan api for BBQ

 Sandwich in the making ~

 Tudia orang yang bertanggungjawab menyediakan ayam BBQ. Seriously sedap !!

 Dari sini kita boleh lihat sape yang buat kerja dan sape yang curi tulang ....

 Another bukti .... =D

 Acara mandian pon dimulai


Lepas dapat je sign dari Neesa, kitorang yang kat atas nie pon dah tak sabar nak jiblon dalam tu. Seriously bila dah masuk, errrr air dia sejuk gila-gila kot. Tapi best ! Air dia sangat deras oke.


Meanwhile, Bob masih lagi struggle untuk menghidupkan api. So abang tukang kebun kat situ tolong hidupkan api guna peniup rumput. Sorry kay aku tak tau nama mesin tu apa, yang aku tau itu peniup daun-daun kering. Terima kasih abang tukang kebun sebab tolong kitorang =)

 Selebet gila muka aku >__<


Sungai Inki nie air dia boleh tahan dalam jugak lah. So hati-hati lah kepada mereka yang tak tahu berenang macam aku nie. Malu oke, budak perempuan pon tahu berenang, aku nie hah yang laki jangan kata berenang, nak timbul pon susah. Sadis nya hidup ~

 Wahh mereka yang di atas sedang nyanyi lagu apa agaknya tu yerp ? 

 Papan anjal juga ada tau kat sini =)

Tinggi jugak owhhh papan nie. Tengok je macam rendah, sekali bila dah berdiri atas tu, takut weyh nak terjun ke bawah >____<

 Kanak-kanak sedang bersuka ria =)


Papan tu tak anjal pon, just paltform untuk lompat, itu je


Tabik betul lah dengan dorang nie, kitorang punya sibuk mandi dekat bawah, depa berdua gigih masak ayam sampai habis. Kalau aku memang tak lah, nampak air je, hati, otak semua dah ada dekat air. Memang benda lain tak boleh nak buat.

Telah selamat bersemadi dalam perut ~

Setelah agak lama berendam, kitorang pon naik ke darat semula untuk menikmati juadah yang telah tersedia. Lapar gila habaq hang. As i state before, the ayam made by Arep is very the sedap you know. Tak tau lah dia nie memang ikut resepi buku or just campak-campak je. Tapi hasilnya memang sedap.



Kenyang je , kitorang pon turun ke sungai semula.

 Aku cuba buat and totally failed. Sekian ~

 Fiza tiup apa tu ? 


Then lagi dua classmates aku nie pon sampai dari Melaka.
Finally sampai gak, kitorang dah setengah hari mandi dorang baru sampai.


 Dorang berdua nie paling lama berendam

 Comel tak kitorang ? Hahahaha



Si tukang ambik gambar pon nak jugak bergambar hokeyhh =P


Lepastu makan, turun balik. Makan lagi, turun balik. Dan begitulah seterusnya sepanjang satu hari tu. Sampai lah makanan habis licin. Ayam, hot dog, spagheti, sandwich semua licin.

You jump i jump maybe ?

 Muiz menikmati sangat tau air yang deras tu 

 Semua dok berkubang ~

 Lol, Qasha macam kene rasuk je. Hahahaha


Qasha berulik-mayang nampak =P


Lepastu kitorang semua makan untuk terakhir kali bagi menghabiskan segala jadah makanan sebelum nak balik. Time nie lah kitorang bergelak ketawa, berborak, bergosip. Sorry kalau kitorang sampai terlebih-lebih gurau. Kot-kot ada yang terasa kan. Sorry sangat kay, kitorang just bergurau je =D

But then bila dah petang-petang tu, mula lah semua nya start nak tido. Mengantuk kot.

 Aksi ngantuk 1

 Aksi ngantuk 2

Aksi ngantuk 3

Yang paling tak tahan nya, kenapa time aku tidur je dorang rakam ? Menci >__<


Aku memang ngantuk sangat-sangat masa tu sebab satu malam tak tidur. Then Fiza cakap ada tempat nak baring kat sebelah tempat kitorang makan tu, aku pon apa lagi, manfaatkan lah kemudahan yang ada.

Look, dorang ambik gambar aku tido lagi -___-

Dalam jam 6 petang macam tu, kitorang semua dah siap-siap untuk balik kolej.


Posing sebelum balik

Kemudahan kat sini memang bagus, tandas dan tempat solat semua ada. Tempat solat dia cantik, terbuka luas tak ada dinding. Bayaran masuk kat sini RM10 ringgit, aku sebenarnya agak pelik juga, tempat semulajadi macam nie pon kene bayar ke. Tapi boleh faham lah kenapa dia cas. Tempat kat situ pon memang bersih dan terjaga.

Tapi masa kitorang mandi nie, kitorang cuma bayar RM5 ringgit satu kepala, tak tau lah dorang runding macam mana dengan owner tempat nie. Korang goda erk acik tu ? Hahahaha.

PESANAN PENAJA


" Selamat bercuti sem semua degree student =) "

Dah masuk hari ketiga dekat rumah nie, still dalam proses mencari kerja. Harap-harap ada tersangkut satu.
Yang baik datang dari Allah, yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

20 comments:

  1. bestnya... dah lama tak buat aktiviti berkelah macam ni... wuuuuuu

    ReplyDelete
  2. zharif, ko tido, cute sgt! #tangan didada

    ReplyDelete
  3. classmates kau ni semua byk umur brp? Knp muka semua mcm tua2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. we are not in high school anymore adi

      Delete
  4. Assalamualaikum dik, alahaii comelnya tidur. kena tangkap gambar siap buat video. famous kau dik. hehehe anyway akak enjoy baca entri ni. heee nanti nak ajak abang pergi sana juga. heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) bagus jugak tu kak sheila, tp kalau bawak budak kene hati2, agak dalam jugak lah sungai nie =)

      btw thanx kak sheila =)

      Delete
  5. gambar fourth last tu x tahan..adoyai..hahaha,really made my day ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha =D
      bila tgok gambar tu balik, mcm xpercaya diri ini tidor sebegitu =)

      Delete
  6. adoyaiii.. takleh tgk plak video tu >__<
    hahaha.. seb baek ade gambo.
    siyes mcm klakar jugak style kau tido kan..? hahaha
    tp aku rasa mcm same jek dgn style aku tido :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kita geng ^__^ hahahhaa
      malu dohhh >___<

      Delete
  7. Wahhh...happeningnya!!!
    Dulu pernah wt trip ngn classmate, memang syok kuar ngn kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok kalau wat trip dengan classmates, happening sbb semua gila2 ^__^

      Delete
  8. Jiblon tu apa? Berendam ke? Terjun ke?

    Seronoknya berkelah, ber-BBQ, segala ber la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiblon tu terjun farah =) huhu
      memang best, teringat masa kita pergi warisan rimba dulu ^___^

      Delete
  9. okeh nak try gi sini esok... mcm best je

    ReplyDelete
  10. tempat BBQ tu byk x kt situ..ke kna bgtau mana2 pihak dulu sblm amik tempt tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti masa bayar untuk masuk tu, bg tau lah akak tu nak guna tmpt BBQ.. xpasti dia kene kan extra charge ataupon tak..

      Delete

Home