Thursday, August 22, 2013

Drama 1 Syawal

Assalamualaikum

Tak sah lah ada blog tapi tak updated entry raya kann. So as i promise before, now I will tell you how I celebrated my Hari Raya which was very dramatic gila.

Hari Raya pertama, 8 Ogos 2013

1 Syawal, sepatutnya aku kene gembira. Tapi entah macam mana, aku rasa amat sedih dan sakit hati yang teramat sangat. Sampaikan aku mengambil keputusan untuk tidak beraya. Aku betul-betul nekad kot. Ibu pujuk ajak beraya, aku tetap tak nak.

Mengumpulkan segala manusia sebelum bertolak pergi beraya

Well, ada sebab aku buat macam tu. Agak tak manis sebenarnya nak bercerita kat sini. Let just assume that orang di sekeliling aku masa nie teramatlah menyakitkan hati dan sangat annoying. Ditambah dengan pressure yang dah lama aku tanggung, pulaknya meletup di pagi raya, tu yang buat aku hilang sabar. Aku berkurung diri dalam bilik.

My parents 

Haziqah with Damia. Damia is a poser

My kakak and my adik

Damia with her family and her kakak-kakak sedara

Then my family pon pergilah beraya rumah sanak-saudara, aku pulak dok terperuk dalam bilik sampai lah aku tertidur. Jam 3 petang baru aku terbangun. Rumah sunyi sepi tak ada orang. Rumah sedara sekeliling pon sunyi sebab semua pergi beraya rumah sedara aku yang dekat Labuhan Dagang. So aku pon sarunglah baju hari raya pertama aku, then naik motor pergi lah ke rumah sedara aku yang dekat Labuhan Dagang tu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Curlass kan naik motor pakai baju raya. Korang jangan dok ketawakan aku pulak yerp.

Aku saja nak check sama ada keluarga aku masih lagi ada kat situ ataupun tidak. Tetapi sebaik sahaja aku sampai sana, ternyata semua sedara-mara aku masih lagi ada kat situ. Dek kerana ego terlampau tinggi ibarat gunung kinabalu, aku tak masuk. Malah aku mengambil keputusan untuk patah balik rumah. Bodoh kan ?

My mother and my makcik-makcik =)

 Ye aku tau sedara aku cantik , heh =P

Tengok apa lah tu agaknya erk

That's how my baju raya looks like... tapi sayang tidak dapat nak show off di pagi raya

#Gambar-gambar yang aku paparkan di atas nie semasa ketiadaanku, harap maklum.

Sudah menjadi rutin setiap tahun, lepas je habis beraya, my family akan terus bergerak balik Pahang. So aku pon mula terfikir, apa lah yang aku nak buat pada hari-hari mendatang nie sepanjang ketiadaan family aku kat rumah. Rasa menyesal tu makin membuak-buak. Kenapalah aku meragam pada hari yang sangat penting, hari yang sangat di tunggu-tunggu tiap tahun. Kenapalah aku tak meragam hari-hari biasa yang lain, kenapa ? kenapa ?!!

But then, aku dengar bunyi kereta. Aku ingat sapa lah yang datang beraya rumah aku nie. Ahh sudahh, memang tak lahh aku nak layan. Parents dah lah tak ada. Aku intai-intai, rupanya family aku. Aikk, aku ingatkan dorang terus balik Pahang. Pelik. Tapi dalam hati masa nie terasa sangat lega lah, sebab aku nak ikut balik Pahang. Dah lama sangat kot tak balik sana.

Rupanya dorang nak balik besoknya, sebab ayah dah penat sangat. Takut ngantok time drive. Boleh je bergilir drive dengan aku, tapi ayah aku nie penyakit dia jenis tak percaya kemampuan anak dia drive. So dia memang takkan bagi aku drive. Unless keadaan betul-betul memaksa, then barulah dia tukar dengan aku. Itupon jarang sangat berlaku.

Maka sia-sia lah 1 Syawal aku. Hari raya pertama melabuhkan tirai begitu sahaja. But wait ! Aku tak cerita lagi kan apa pulak yang berlaku sebelah malam. So meyh sambung lagi cerita aku nie. Belah malam, rumah aku penuh dengan sedara-mara aku yang duduk dekat sekeliling rumah aku nie. Dorang semua datang beraya malam tu. Semua dok tanya aku kenapa tak beraya and blah blah blahh. Aku hanya mampu senyum sahaja. Malas nak jawab. Lagipun mood belum 100% full masa nie. Masih lagi teringat-ingat kejadian pagi raya tu.

Lepas dorang balik je, my family pon sarung baju raya, then beraya rumah sedara sebelah rumah aku nie. Potpet potpet bersembang sampai 1 pagi barulah balik. So kiranya beraya jugak lah aku pada 1 Syawal even cuma satu rumah je. Okey lah tu kan daripada tak ada.

Dah mampu tersenyum lebar nampak 
Lol, ternampak pulak tuan rumah yang tidak berbaju itu, kahkah =D

Ayah dengan gembel je pakai macam tu and can you spot my mother's kain batik ?
Beraya rumah sebelah rumah je , dress up tak yah over sangat, katanyaaaa

PESANAN PENAJA

No picture

" A big apologize to all my saudara-mara sebab tak datang beraya rumah. Mostly to my family. I know what I did was wrong. I wish i could turn back time but I can't. I'll make sure this would not happen again next time. Sincerely, Me "

Seriously, baju raya tempah vogue-vogue tak dapat nak show off di pagi raya. Sangat menyesal. Disebabkan entri nie dah terlampau panjang berjela so hari raya kedua aku cerita dekat entri akan datang yerp. Mungkin akan ada part 1 and part 2. Or maybe ada part 3, so tengoklah macam mana nanti erk. Kboi ~

Yang baik datang dari Allah, yang jahat datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

13 comments:

  1. Mesti serius sampai terperap di bilik pagi 1 syawal.
    Tp nseb baik malam tu dah oke ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper, sangat serious sampai tak leh tahan dahh

      Delete
  2. alah, sayangnya 1 Syawal buat macam tu, takpe2, jadikan pengajaran, tahun depan jangan buat lagi, hehe

    ReplyDelete
  3. sygla 1syawal tak beraya ....staun sekali je jumpa 1syawal tu tau ^_^
    barang yg lepas jgn di kenang . jika dikenang meranlah diri ..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kann, haishhh nasi dah jadi bubur... thanx ekin =)

      Delete
  4. chill yo!! tahun depan boleh beraya lg learn from pass ok ;p

    ReplyDelete
  5. apo kono eh jang? haha, ayah aq pon sama, tak kasi drive. bila aq mengantuk baru ayah aq nak pass, memey tak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa tak percaya kat kita lah tu kann, haishhhh

      Delete
  6. Keep calm zarep, raya haji kan ada lagi? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa tak sama dengan raya aidilfitri =)

      Delete
  7. Alhamdulillah jumpa blog orang Banting...

    ReplyDelete

Home