Sunday, August 4, 2013

Shopping sakan sampai 4 pagi

Assalamualaikum

3 Ogos yang lalu, bertolak lah kami berenam ke KL. Motif kali ini adalah untuk shopping raya sepuas-puasnya. Al-maklumlah orang baru dapat gaji, shopping lah jawabnya. Seriously aku cakap, bila dah kerja penat-penat, lepastu spend duit untuk diri sendiri memang best !!

Bertolak seawal 9 pagi kalau tak silap. Alhamdulillah, xde lah jammed mana pon KL masa nie. Jammed sikit-sikit je. First place kitorang pergi ke syurga membeli belah bagi ku iaitu Times Square. OMG !! Lama gila woi tak datang sini shopping. Terus mengorak langkah meneroka satu-persatu kedai yang ada. Dekat 3 jam jugak lah dalam Times Square nie.

 Boleh main-main pulakk si Nurin nie =D

 Tak ingat dah apa yang diketawakannya pon

Muka segar haziqah di pagi hari, ce tengok belah petang nya pulak. Memang selebet !

Since my adik lelaki duduk asrama nie, dia terus buntu terkaku terkelu dan blank tiada idea what type of baju he want. I'm so confuse lah. Memang budak-budak asrama nie kalau keluar sekolah je terus jadi blurr macam tu erkk ? Same goes to my kakak and my adik perempuan lah. Tapi sekarang dorang berdua tu dah okey sikit. Tapi adik laki aku nie memang blurr habis tahap cipan. Rasa macam nak ketuk-ketuk je bagi sedar. Fenatt lah tolong dia pilihkan baju -___-

Pilih baju untuk adik lelaki aku, dia tukang tengok je -___-

Lepastu kitorang pon blah pergi ke destinasi seterusnya. Kitorang bergerak menuju ke Petaling Street. Nak cari beg tangan for my mom. Dengar cerita banyak beg tiruan jenama mahal-mahal ber-gred A kat sini. Tu yang nak try usha tu. Seriously, time nie KL dah start jammed. Pack sangat dengan manusia. Menci tau >__<

Ambik gambar tempat parking merupakan perkara wajib, nak balik senang nak cari =)

Petaling street nie kalau tak gheti nak tawar menawar, susah hidup. Peniaga kat sini semua jenis memaksa suruh masuk kedai dorang. Lepastu bila kita tak beli, dia marah. Tak ke bang-ang tu nama nya ? Dah cakap awal-awal tak ada duit pergi paksa jugak dah kenapa.

Harga asal 220 ringgit dia bagi kurang, dia jual 80 ringgit. Nampak sangat harga asal dia bukan 220. Ada ke patut harga asal 220 dia bagi kurang sampai 140 ringgit ? Tak logik benor. Menipu kuat lah peniaga-peniaga kat sini. Tapi tak apa. Jika mereka fikir mereka bijak, fikir lagi sekali. Aku lagi bijak. Kah kah kah *Ketawa jahat*

Biru untuk ibu,  kuning oren faris belikan untuk mak dia
( Beli dua dapat murah ) 

We bought this two bags that cost us only 55 ringgit each. Puas aku menawarnya weyhh. Naik berbuih mulut nie hah. Dah lah puasa, sabor jelahh. Nasib baik peniaga yang nie baik SIKIT. Sikit je oke. Actually, that was the best-est price i could get. Kat tempat lain paling rendah pon 60 ringgit. So kira berbaloi lah walaupon asalnya aku nak beli design yang lain, tapi tak dapat kurang. Ada satu tu yang aku betul-betul berkenan, gerai perempuan India depan sekali dekat pintu masuk Petaling Street tu. Tapi hampehh mintak kurang harga yang aku nak dia tak bagi. Ke harga yang aku mintak tu melampau sangat ? Kbye.

Kat Petaling Street nie dekat 1 jam setengah jugak lah. Dari belakang ke depan cari yang betul-betul menepati citarasa. Alhamdulillah ada yang berkenan. Selesai satu barang yang dicari.

Next destination kitorang pergi Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Susahnya nak cari parking weyhh. Dahlah hari Sabtu, ramai orang kot. Malas nak parking berbayar, membazir. Parking tepi jalan kang, takut polis saman pulak. Tapi memandangkan ramai orang berbuat sedemikian, aku pon join sekaki lah. Parking tepi jalan. Nak keluar kereta tu siap baca-baca. Mohon kereta tu dilindungi Allah. Siap dipagar. Ceyhh melampau. Cerita nak hebakk je. Puihh. Alhamdulillah lah, kereta selamat dari surat saman. Polis-polis nie time-time nak raya rajin pulak lah keluarkan saman. Tu yang seram tu.

Kerongsang tudung murah-murah punya =)

Motif sangat beli tudung si Haziqah nie, pakai 10 minit dah mintak bukak

Masa kat Jalan TAR dengan Jalan Masjid India nie, perghhhh ! Cabarannya tidak kurang hebatnya. Panas terik mentari masih lagi ada. Dugaan betul berpuasa dalam keadaan panas begitu. Adik bongsu aku dah sibuk suruh telefon ibu mintak izin bukak puasa. Aku sebagai abang yang sangat garang, tidak membenarkannya sama sekali !

Sampai tak larat nak berjalan 

Walaupon aku nie garang, tapi aku amat bertimbang rasa. Mohon contohi daku. Sekian .

Alhamdulillah lagi sekali, nak belikan baju raya kaler turqoise untuk ibu aku juga berjaya diperolehi di sini. Harga nya pon boleh tahan murahnya. Designya nya pon okey, quite nice. Fabric nya pon boleh tahan, lembut dan selesa. Dah kenapa aku rasa macam aku nie cerewet sangat kat sini ? Bukan setakat baju untuk ibuku saja dapat tau, macam-macam lagi kitorang beli kat sini.

Muka mintak simpati sebab dah lapar sangat katanyaaaa ...

Habis shopping dekat sini, masa tu hari pon dah hampir waktu berbuka. Adik aku masa nie seriously dah tak boleh tahan lagi. Santak lemah tak berdaya masa nie. Kalau tengok muka nya masa nie, macam orang tak makan seminggu. Tapi aku tetap suruh dia tahan sebab sayang lah lagi setengah jam je lagi berbuka. Kitorang beli McD je untuk berbuka. Ingat nak berbuka dekat situ tapi MasyaAllah penuhnya. Tak jadi, terus mengambil keputusan untuk bungkus dan berbuka di dalam kereta.

Selesai je beli makanan, kitorang pon menuju kembali ke Times Square. Tapi kali nie kitorang tak parking kat dalam, kitorang parking tepi jalan je. Membazir lah pulak kalau parking buat kali kedua. Pagi tadi dah kene 11 ringgit duit parking, takkan malam pon nak kene keluarkan duit jugak untuk parking ? No no no, tidak sama sekali. Parking tepi jalan je. Lepastu kitorang pon berbuka puasa dalam kereta. Kan sweet tu berbuka puasa seramai 6 orang dalam kereta kelisa yang kecik tu. Terasa sangat ikatan kekeluargaan yang erat lagi utuh bak air dicincang takkan putus. Dan terasa nak muntah lepas aku menaip ayat tersebut. Tak sangka aku boleh tak terdelete ayat itu.

Kalau lah aku boleh merakam detik-detik buka puasa kitorang berenam masa nie, mesti korang terkezut. Santak kebulur weyhhhh. Minum air sampai habis sedangkan makanan satu haper tak sentuh lagi. Boleh bayangkan tak ? Ce pandang atas sekejap sambil tutup mata dan bayangkan detik itu. Teruk kan ?

Muka Haziqah lepas berbuka, tak ke menggedik tu ?

Sehabis saja kitorang berbuka puasa, maka bermula lah kembali aktiviti shopping kami semua. Opsss bukan kami tapi aku and paris sahaja. Kakak aku dan yang lain sudah tidak larat lagi berjalan. Surrender kata omputihnya. Aku masih lagi gagah menjelajah Times Square tu, yelahh barang-barang yang aku nak tak dapat lagi. Sibuk carikan orang lain sampaikan barang sendiri tak terbeli lagi. Dorang semua barang dah dapat. Aku je yang tak dapat lagi. Parah.

Semasa ketiadaanku 1

Semasa ketiadaanku 2

Agak pelik lah Times Square nie. Jam 9.30 malam semua kedai dah terburu-buru nak tutup. I thought bersempena musim perayaan nie dorang akan extend business hour to eleven o'clock. Tapi tak pon. Hampehh je. But somehow i managed to bought everything i want. Complete head to toe aku dapat beli. Me iz happy =)

Sesi menunjukkan barang yang dibeli. Yang tengah tu dah kenapa ?

Si gedik Haziqah dah kenyang baru boleh beraksi -__-

 Haziqah mengganas lagi -___-

Pose sekejap depan Times Square 

Penat erk berjalan ?

Sebelum jam 12 malam, aku kene hantar kakak and adik perempuan aku nie balik kolej dia dekat Ampang. Dorang ada program kat kolej katanyaa. Motif sangat program buat dekat-dekat nak raya. Kolej dorang nie aku tak berapa familiar jalannya. Ada lah terlajak sana sini sikit. Masa nie KL memang jammed gilos. Jammed kalau sebab traffic light or jalan dua nak menjadi satu takpe tau. Ini sebab accident tepi jalan boleh jammed sampai 5km jauhnya. Padahal tak effect apa-apa pon dekat jalan yang dilalui. Sooo typical malaysian, ada accident mula lah slowkan kenderaan, motif sangat -___-

Selesai sahaja menghantar budak dua ekor tu ke kolej, kami nie saki baki manusia yang ada kat kereta masa tu singgah lah ke Uptown Ampang. Nak tengok-tengok harga je sebenarnya, kot kot murah boleh lah beli sehelai dua. Tapi nya tak ada yang betul-betul vavavoom lah. Beli jugak lah 2 helai baju kat sini. Kang tak beli teringat-ingat pulak dekat rumah nanti.

Haziqah dah mengantuk sangat masa nie

Lepastu kitorang pon start lah perjalanan untuk pulang ke rumah. Tapi terlalu satu jalan nie, memang jammed gila. Jammed disebabkan ada bazaar dekat dengan hospital HUKM yang baru tu. Pernah pergi tak ? Bukak jam 10 malam sehingga 5 pagi sempena nak raya nie. Aku pon tak nak ketinggalan, singgah jugak lah. Ingat nak cari capal aka sandal. Tapi tak jumpa yang berkenan. Usha seluar jeans, mahal lah pulak. Lebih baik beli kat Times Square je, lagi murah, lagi cantik. End up tak beli apa-apa pon. Beli makanan je sebab dah lapar.

Then baru lah pulang ke rumah. Dah telefon ibu awal-awal kitorang balik lambat so takde lah ibu risau dan fikir benda-benda tak elok berlaku. Alhamdulillah dekat 4 pagi baru sampai rumah dengan jaya nya. Bonet kereta penuh dengan plastic bag.

PESANAN PENAJA 


" Rasa puas sangat setelah sekian lama tak dapat rasa shopping macam nie "

Seronok shopping sama adik-beradik. Ketawa sama-sama, sesat sama-sama, tak cukup duit pon sama-sama. Harap tahun depan dapat buat macam nie lagi =D

Yang baik datang dari Allah yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim.

See ya !

20 comments:

  1. 4 pagi baru habis shopping?? bahaya ni..huhu

    ReplyDelete
  2. hamboihhh kemain sehari semalam shopping yer..
    best ar korang, keluar sama2 adik beradik wpun berimpit mcm nasik impit 1 kereta.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweet kan semua dlm satu kereta yg sempit =)

      Delete
  3. suka shopping suka shoppingggggg =D

    ReplyDelete
  4. aku rasa puas tengok kome bershopping sakan. rajin bebenor shopping tengah puasa. penat seh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey mestilah kne rajin, nak raya kann =P

      Delete
  5. seronoknya bershopping dengan adik-adik, rindu saat2 itu..

    ReplyDelete
  6. terus nampak Zharif MACAM hensem bila dukung adik tu... tepuk tangan :)

    ReplyDelete
  7. warrgghhh shopping ! TS the most best place lah utk perabehkan duet... muke haziqah nmaok sayu gilerr hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TS mmg syurga membeli belah !! =D
      haziqah dia mmg mcm tu, berlakon je tu nak suruh kita kesian ...

      Delete
  8. sronok nyer korang shoping...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Amboi shopping sakan. ada geng ni boleh bawa die kalau g ts after ni..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewahhhh =D kalau ada duit je baru pergi, xde duit mmg tak lahh =)

      Delete

Home